Apabila
buat kali pertama masuk ke dalam masjid tentulah agak sukar untuk mengingati
lokasi-lokasi di dalam masjid yang amat diperlukan untuk diziarahi.
Bagaimanapun, beberapa lokasi utama seperti mimbar dan mihrab Nabi Muhammad
amat mudah dikenalpasti.
Alangkah mudahnya jika seseorang
jemaah dapat mengenalpasti lokasi-lokasi penting di dalam masjid, sebelum
sampai ke Madinah. Tambahan pula pada masa sekarang, maklumat berkaitan mudah
diperolehi melalui Internet dan buku-buku berkaitan tanah suci.
Ini
kerana, selain daripada berbagai pintu masuk yang terdapat di dalam masjid,
terdapat juga berbagai tiang masjid yang mempunyai sejarahnya tersendiri.
Beberapa
ahli sejarah cuba menggambarkan kedudukan tiang-tiang dalam masjid sebagai
panduan kepada Jemaah. Di antaranya ialah Syeikh Dehlawi (958H – 1052H) yang telah
menggambarkan kedudukan tiang masjid serta sejarahnya dalam sebuah buku bertajuk
“Sejarah Madinah”. Melalui buku itu beliau yang menggambarkan kedudukan tiang-tiang
utama di dalam masjid seperti yang digambarkan melaluiGambarajah
2 di bawah.


Gambarajah
2:Kedudukan
Tiang di dalam
Masjidil Nabawi
Sumber:
Dilukiskan semula berdasarkan Buku Panduan Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji
Keterangan
mengenai kedudukan tiang-tiang, mihrab dan pintu-pintu di dalam masjid adalah
seperti berikut:
1.
Tiang Duta ialah kedudukan tiang masjid yang selalu digunakan oleh Rasulullah
bagi menerima utusan
2.
Tiang Pengawal adalah tempat para sahabat yang mengawal Nabi Muhammad
berdiri.
“Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi Muhammad
melalui
pintu ini menuju ke Masjidil Nabawi.”
3.
Tiang Iktikaf ialah kedudukan tiang masjid yang digunakan oleh Nabi
Muhammad
ketika beriktikaf di dalam masjid. Abdullah
bin Umar mengisahkan, “Nabi menggunakan tempat ini sebagai tempat baginda selama
I’tikaf.
4.
Tiang Abu Lubabah ialah kedudukan tiang masjid di mana seorang sahabat bernama
Abu Lulabah mengikat dirinya. Seperti yang disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir,
Abu Lulabah telah membocorkan rahsia kepada salah seorang dari Bani Quraizzah,
yang merupakan rakan lamanya. Ketika itu Nabi Muhammad
bercadang
hendak menghukum bani Quraizzah yang telah khainat kepada Nabi Muhammad
. Abu Lubabah kemudian
menyedari kesilapannya dan mengikat dirinya pada tiang itu, hinggalah Allah
menerima taubatnya. Setelah tujuh hari Nabi menerima wahyu dari Jibril seperti
yang disebut dalam Surat Al-Anfal, Ayat 27 – 28. Nabi Muhammad
kemudian melepaskan ikatan Abu Lulabah.
5.
Tiang Aisyah ialah kedudukan tiang di mana Nabi menyatakan bahawa tempat yang
mulia. Dari riwayat Tabrani menyebutkan Aisyah
meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad
bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di
dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan
mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar biasa solat di situ”.
Sahabat-sahabat
Nabi Muahammad
bertanya
mengenai kedudukan yang disebut oleh Nabi Muhammad
, bagaimanapun Aishah
enggan memberitahu. Sahabat-sahabat kemudiannya melihat Abdullah bin Zubair
selalu bersolat berdekatan tiang ini. Mereka kemudian bersepakat bahawa itulah tempat
yang disebut oleh Nabi Muhammad
.
6.
Tiang Mukhallaqah ialah kedudukan di mana pada asalnya adalah sepohon kurma
yang selalu digunakan oleh Nabi Muhammad
untuk
menyampaikan khutbah Jumaat. Dalam hadis Bukhari yang diriwayatkan oelh Jabir bin
Abdullah, mafhumnya “Nabi Muhammad
bersandar pada sebatang pohon kurma ketika
melakukan khutbah Jumaat. Kemudian kaum Ansar menawarkan untuk membina sebuah
mimbar. Apabila terdirinya sebuah mimbar di dalam masjid, Nabi Muhammad
tidak
lagi bersandar pada pohon kurma itu.
Ketika
Nabi Muhammad
duduk
di atas mimbar ini untuk menyampaikan khutbah, para sahabat mendengar batang
pohon kurma itu menangis seperti anak kecil. Nabi
mendekati pohon yang sedang menangis ini dan
kemudian memeluknya. Pohon ini menjadi tenang. Pohon kurma itu menangis kerana mendapati
dia tidak lagi digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.
7.
Mihrab Nabawi ialah mihrab yang dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada
tahun 91 Hijrah. Dikatakan tempat sujud seseorang yang solat di dalam mihrab
ini adalah terletak pada kedudukan Nabi Muhammad
berdiri
ketika solat di situ.
8.
Mihrab Uthman ialah tempat di mana Khalifah Uthman
mengimami
solat. Mihrab ini dibangunkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada masa
kini, Imam masjid mengimamkan solat di mihrab Uthmani.
9.
Mihrab Hanafi ialah tempat di mana Imam Hanafi mengimamkan solat. Suatu ketika,
ke-empat-empat Imam Mazhab (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimamkan
solat dalam waktu yang berbeza dan terpisah. Pemerintah Arab Saudi kemudiannya
menjadikan bahawa hanya satu solat dan satu imam saja dilakukan di dalam
masjid.
10.
Mihrab Tahajud ialah tempat di mana Nabi Muhammad
melakukan
solat tahajjud.
11.
Mimbar ialah kedudukan di mana seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith
Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah
, Nabi
bersabda
“Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan
mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat.”
12.
Platform azan ialah tempat di mana muazzin mengalunkan azan solat lima waktu
serta menguatkan suara ketika berpindah rukun-rukun ketika solat, bagi makluman
jemaah di dalam masjid.
14.
Tempat petugas ialah tempat yang dibangunkan oleh Sultan Nuruddin Mahmud
Al-Zanki, yang terletak di sebelah kanan jika melalui pintu Jibril.
15.
Tempat ahli Suffah ialah tempat di mana sahabat-sahabat yang miskin dan tidak
memiliki rumah berkumpul untuk mendapatkan ajaran Islam. Suffah bererti tempat
berteduh setelah Nabi memperluaskan masjid pada tahun ke-tujuh Hijrah, lokasi suffah
dipindah kira-kira sepuluh meter ke arah timur.
16.
Pintu Baqi’ ialah pintu yang terletak bertentangan dengan pintu Salam serta
mengadap ke arah Perkuburan Baqi’.
17.
Pintu Jibril ialah pintu yang terletak di bahagian timur, disebut juga Pintu
Nabi, kerana baginda selalu masuk ke dalam masjid melalui pintu ini. Dari sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah
berkata
mafhumnya “Ketika Nabi pulang dari Perang Khandaq, dan meletakkan senjata
kemudian mandi, Jibril mendatangi baginda sambil berkata, ‘Engkau meletakkan
senjatamu? Demi Allah kita belum boleh meletakkan senjata, pergilah menuju kepada
mereka! Nabi bertanya, ‘kemanakah?’ Jibril menjawab, ‘ke sini’, sambil menunjuk
ke arah Bani Quraizah. Maka Nabi keluar memerangi bani Quraizah.
18.
Pintu Nisa ialah puintu yang dibuka oleh Khalifah Umar bin Khattab pada tahun
12 Hijrah. Beliau pernah berkata, “Alangkah baiknya kalau pintu ini dikhususkan
untuk wanita”.
20.
Pintu Salam ialah sebuah lagi pintu yang dibuka oleh Khalifah Umar bin Khattab
ketika melakukan pembaikan masjid tahun 12 Hijrah. Pintu ini dinamakan Pintu
Salam (Babussalam) kerana letaknya sejajar dengan makam Rasulullah, di mana
para jemaah mengucapkan Salam
21.
Rumah Abu Bakar
. Jika kita berjalan
dari mimbar melalui Pintu Siddiq, rumah ini terletak selepas tiang yang ke-lima
sejajar dengan Pintu Siddiq. Suatu hari Nabi Muhammad
bersabda,
“Semua pintu rumah-rumah yang terbuka langsung ke dalam masjid harus ditutup
kecuali pintu rumah Abu Bakar”. Hal ini mewujudkan ramalan bahawa Abu Bakar
akan
menjadi khalifah pertama.