Home Novel Thriller/Aksi Proksi
Proksi
NaimTamdjis
30/5/2013 10:32:09
22,243
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Sinopsis dan Prolog

Sinopsis :

Johan bin Abdullah…. anak seorang pesawah… telah 2 tahun menganggur setelah menamatkan pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di Selangor. Sekarang hanya bekerja sambilan dan membantu kawannya Lan berniaga burger. Selepas berniaga akan mengikut Lan merempit di jalanan.

Kemudian perniagaan mereka diganggu oleh Mr Bull iaitu ketua gangster jerung merah tetapi berjaya mengalahkan orang-orang yang dihantar Mr Bull. Mr Bull tertarik untuk mengambil Lan dan Johan sebagai orang kanannya. Disebabkan oleh tarikan wang… maka Johan dan Lan tertarik untuk memasuki gangster jerung merah.

Kelicikan Johan di dalam membersihkan wang haram Mr Bull telah menarik minat CIA. 2 orang agen CIA yang berpusat di Singapura menawarkan Johan untuk menjadi Economic Hitman dengan pendapatan dan jawatan yang super lumayan. Johan bersetuju kerana Economic Hitman menjanjikan wang yang lebih banyak dan menjadikannya orang-orang korporat. Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana sambil pada waktu yang sama menjalani latihan menjadi Economic Hitman di Amerika selama 3 tahun.

Tamat latihan Johan bekerja di APER Consult Singapura di bawah seliaan Mr Lieberman dan Mr Frank selama setahun. Projek pertamanya membangunkan projek ala Las Vegas di Vietnam selama 5 tahun.

Kembali semula ke Malaysia atas arahan Ibupejabat untuk menyerang Yahya Group yang dikatakan memberi dana kepada pihak Hamas bagi menentang Israel. Beliau perlu memastikan dalam tempoh 3 tahun Yahya Group hanya tinggal sejarah sahaja. Disedarkan oleh kawan baiknya Lan yang sudah bertaubat bahawa itu semua agenda yahudi bagi menghancurkan Islam. Cintanya kepada Aisyah anak pemilik Yahya Group turut membantu menginsafkannya. Beliau tidak boleh berpatah balik…tapi beliau sudah nekad untuk berundur. Johan meletakkan jawatan dan lari ke negeri China. Ini bagi mengelakkan diburu oleh agen-agen CIA dan Yahudi yang pasti akan memburunya.

Namun, Mr Frank bermain kotor apabila menculik Aisyah dan seterusnya mengugut Tan Sri Yahya. Ini menyebabkan Johan kembali semula ke Malaysia untuk menyelamatkan Aisyah dan berjumpa dengan Mr Frank.

Begitulah lebih kurang cerita saya ini yang menceritakan bagaimana Johan seorang graduan boleh terjebak dalam dunia samseng iaitu bermula sebagai samseng politik kampus….samseng jalanan…samseng gangster….samseng ekonomi dan juga samseng terhadap Bangsa dan Agama.


  

PROLOG

Aku keluar dari kereta…… Aduh! Aku menoleh ke hadapan dan ke belakang. Aku telah dikepung! Tiada jalan keluar! Tiada jalan untuk aku dan Aisyah melarikan diri. Aku kini tersepit di tengah-tengah. Di depan keretaku kelihatan samseng-samseng Cina yang diupah untuk membunuhku menyuakan pistol kepadaku. Di belakang pula, agen-agen Yahudi yang diketuai Mr Frank,juga berdendam ingin menamatkan riwayatku. Pistol Magnum di tanganku hanya tinggal beberapa butir peluru sahaja ( magazin peluru tertinggal di dalam kereta… memang malang betul aku malam ni ). Tak cukup untuk aku bedal semua penyangak-penyangak. Ini cara hidup yang aku pilih dulu….. aku kini sudah terlajak jauh… kini aku perlu menghadapi masalah yang aku timbulkan sendiri.

Tak sangka dalam masa 17 tahun aku menjadi samseng dalam pelbagai bidang.Samseng politik kampus. Samseng Jalanan… Samseng dalam kumpulan gangster… Samseng ekonomi juga samseng kepada agama dan bangsa. Kerana seorang perempuan aku bertaubat.

Aku mengangkat pistolku dan mengacukannya ke arah Mr Frank. Apa hendak jadi, jadi lah. Janji Mr Frank aku dapat bunuh. Agen-agen yahudi juga tiba-tiba mengangkat pistol mereka ke arahku.

Selamat tinggal dunia…

Selamat tinggal keluarga….

Selamat tinggal sahabat….

Selamat tinggal Aisyah…..

Ya Allah ! Kau ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah selainMu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.