Sinopsis :
Johan bin Abdullah…. anak seorang
pesawah… telah 2 tahun menganggur setelah menamatkan pengajian di salah sebuah
universiti terkemuka di Selangor. Sekarang
hanya bekerja sambilan dan membantu kawannya Lan berniaga burger. Selepas
berniaga akan mengikut Lan merempit di jalanan.
Kemudian perniagaan mereka diganggu
oleh Mr Bull iaitu ketua gangster jerung merah tetapi berjaya mengalahkan
orang-orang yang dihantar Mr Bull. Mr Bull tertarik untuk mengambil Lan dan
Johan sebagai orang kanannya. Disebabkan oleh tarikan wang… maka Johan dan Lan
tertarik untuk memasuki gangster jerung merah.
Kelicikan Johan di dalam membersihkan
wang haram Mr Bull telah menarik minat CIA. 2 orang agen CIA yang berpusat di
Singapura menawarkan Johan untuk menjadi Economic Hitman dengan pendapatan dan
jawatan yang super lumayan. Johan bersetuju kerana Economic Hitman menjanjikan
wang yang lebih banyak dan menjadikannya
orang-orang korporat. Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana
sambil pada waktu yang sama menjalani latihan menjadi Economic Hitman di
Amerika selama 3 tahun.
Tamat latihan Johan bekerja di APER
Consult Singapura di bawah seliaan Mr Lieberman dan Mr Frank selama setahun.
Projek pertamanya membangunkan projek ala Las Vegas di Vietnam selama 5 tahun.
Kembali semula ke Malaysia atas
arahan Ibupejabat untuk menyerang Yahya Group yang dikatakan memberi dana
kepada pihak Hamas bagi menentang Israel. Beliau perlu memastikan dalam tempoh
3 tahun Yahya Group hanya tinggal sejarah sahaja. Disedarkan oleh kawan baiknya
Lan yang sudah bertaubat bahawa itu semua agenda yahudi bagi menghancurkan
Islam. Cintanya kepada Aisyah anak pemilik Yahya Group turut membantu menginsafkannya.
Beliau tidak boleh berpatah balik…tapi beliau sudah nekad untuk berundur. Johan
meletakkan jawatan dan lari ke negeri China. Ini bagi mengelakkan diburu oleh
agen-agen CIA dan Yahudi yang pasti akan memburunya.
Namun, Mr Frank bermain kotor apabila
menculik Aisyah dan seterusnya mengugut Tan Sri Yahya. Ini menyebabkan Johan
kembali semula ke Malaysia untuk menyelamatkan Aisyah dan berjumpa dengan Mr
Frank.
Begitulah lebih kurang cerita saya
ini yang menceritakan bagaimana Johan seorang graduan boleh terjebak dalam
dunia samseng iaitu bermula sebagai samseng politik kampus….samseng
jalanan…samseng gangster….samseng ekonomi dan juga samseng terhadap Bangsa dan
Agama.
PROLOG
Aku
keluar dari kereta…… Aduh! Aku menoleh ke hadapan dan ke belakang. Aku telah
dikepung! Tiada jalan keluar! Tiada jalan untuk aku dan Aisyah melarikan diri.
Aku kini tersepit di tengah-tengah. Di depan keretaku kelihatan samseng-samseng
Cina yang diupah untuk membunuhku menyuakan pistol kepadaku. Di belakang pula,
agen-agen Yahudi yang diketuai Mr Frank,juga berdendam ingin menamatkan
riwayatku. Pistol Magnum di tanganku hanya tinggal beberapa butir peluru sahaja
( magazin peluru tertinggal di dalam kereta… memang malang betul aku malam ni
). Tak cukup untuk aku bedal semua penyangak-penyangak. Ini cara hidup yang aku
pilih dulu….. aku kini sudah terlajak jauh… kini aku perlu menghadapi masalah yang
aku timbulkan sendiri.
Tak sangka dalam masa 17 tahun aku
menjadi samseng dalam pelbagai bidang.Samseng politik kampus. Samseng Jalanan…
Samseng dalam kumpulan gangster… Samseng ekonomi juga samseng kepada agama dan
bangsa. Kerana seorang perempuan aku bertaubat.
Aku mengangkat pistolku dan mengacukannya
ke arah Mr Frank. Apa hendak jadi, jadi
lah. Janji Mr Frank aku dapat bunuh. Agen-agen yahudi juga tiba-tiba mengangkat
pistol mereka ke arahku.
Selamat
tinggal dunia…
Selamat
tinggal keluarga….
Selamat
tinggal sahabat….
Selamat
tinggal Aisyah…..
Ya
Allah ! Kau ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah
selainMu.