Home Novel Thriller/Aksi Proksi
Proksi
NaimTamdjis
30/5/2013 10:32:09
21,861
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
2 tahun menganggur

BAB 1

2 Tahun Menganggur

Nama aku Johan Bin Abdullah. Orang-orang kampung dan kawan-kawan aku semua memanggil aku Jo. Aku yang suruh mereka panggil sebegitu… nampak macam nama orang putih sikit. Aku berasal dari utara semenanjung iaitu dari kampung Sungai Kecil dalam daerah Jitranegeri Kedah Darul Aman. Dilahirkan pada tahun 1976 ketika irama Rock kapak sedang mula naik. Kelahiran yang disambut oleh bidan kerajaan di rumah tepat pukul 10 malam.

Aku ini hensem sangat tu takdelah tetapi hidung mancung jugalah. Ramai orang kata muka aku ni boleh berlakon dalam filem Hindustan. Kawan-kawan aku yang lain bergurau agak kasar. "Kau jual karpet pun laku gak nanti." Memang muka aku macam pelakon Hindustan. Hidung mancung. Kulit putih melepak. Mak aku ada darah Pakistan sikit. Ayah aku ada darah siam sikit. Kawan baik aku di kampung, si Rosli jongang kata aku ini kira mix la jugak. Siam dengan Pakistan.

Aku anak kepada seorang pesawah.Mak aku pulak pembantu am di sebuah sekolah. Kira kami ini hidup sederhana jer. Aku ada 4 orang adik beradik dibawahku.Yang kedua, adik lelaki, sedang belajar ilmu pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ketiga pula adik perempuan yang sedang belajar di Politeknik Seberang Prai dalam jurusan perakaunan di peringkat diploma manakala adik lelaki yang keempat dan kelima sedang belajar di SMK Sains Pendang. Seorang berada di tingkatan 5 dan seorang lagi di tingkatan 4. Kiranya adik-adikku semuanya menjadi la.

Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah mengenai diri aku iaitu bagaimana orang berijazah seperti aku boleh terjebak di dalam dunia gengsterisme.Dilatih menjadi ejen kepada CIAseterusnya menjadi agen pemusnah korporat ( Economic Hitman ) kepada sebuah negara pendukung Israel…..Amerika !

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Arghhhhhh. Bangang!!!Surat itu aku campak sahaja ke lantairuang tamu. Sudah berpuluh-puluh surat terima memberikan jawapan yang sama. ‘Maaf , anda gagal di dalam temuduga di syarikat kami.Sila cuba lagi.“ Masuk ni dah hampir 30 temuduga aku pergi. Baik kerajaan mahupun swasta, semuanya gagal. Maknanya tahun ini sudah dua tahun aku mengganggur .

Tahun ini adalah tahun 2001.Malaysia baru sahaja pulih daripada krisis ekonomi tahun 1998. Sekarang ini aku berumur 25 tahun. Kawan-kawan aku ramai dah masuk kerja. Ada yang dah jadi akauntan, eksekutif, pegawai kerajaan, pembantu peribadi dan paling busuk pun meniaga sendiri. Mak aku sering sahaja menyuruhaku balik ke kampung menolong ayah bersawah. Malah dia juga menyuruh aku bekerja sementara sebagai operator pengeluaran di kilang yang terletak di Kulim atau di Prai. Aku mengabaikan nasihat emak aku itu. Belajar tinggi-tinggi takkan ke sawah atau kerja kilang. Lagipun aku tak boleh duduk di kampung. Orang-orang kampung mestimengejek. Belajar tinggi-tinggi tapi jadi pesawah atau kerja kilang.

Risau jugak aku bila dah dua tahun menganggur ni. Niat di hati belajar tinggi-tinggi supaya nanti dapatlah menjawat jawatan besar atau mendapatkan gaji yang tinggi seterusnya membantu meringankan beban keluarga. Kalau orang kampung tanya aku kerja apa kat Kuala Lumpur, aku katakan saja aku buat bisnes. Kononnya aku masuk pemasaran pelbagai tingkat atau bahasa inggerisnya Multi Level Marketing ( MLM ).

Hendak kata ijazah aku tak menepati pasaran semasa…. Bukan sebarang ijazah beb. Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan lagi. Tapi pointer takdelah mantap sangat. Setakat kelas kepujian 2 bawah. Biasalah bila sudah mendapat kebebasan, jauh pula dari keluarga. Aku lebih suka mengikut kawan-kawan universiti yang tak nak belajar sangat. Ronda-ronda. Tengok bola dekat mamak memalam. Pergi camping menghabiskan duit. Karaoke. Main boling. Selalu tuang kelas. Kertas kerja pun last-last minit baru buat. Study lagila haram. Esok exam baru malam tu terhegeh nak cari buku. Akhirnya, keputusan yang ado. Padan muka aku. Malah, aku juga terlibat di dalam aktiviti politik,

Tapi ada jugak kawan-kawan aku yang pointer lagi rendah atau yang mendapat ijazah kelas ketiga mendapat kerja. Bekas teman sebilik aku yang dapat ijazah dalam pengajian Bahasa Melayu pun senang-senang dapat jadi cikgu (Ada kabel kot. Maklumlah, nak masuk kerja kerajaan kalau ada kabel senang je nak masuk).

Kawan-kawan aku kat universiti lagilah. Semua macam pandang rendah kat aku. Maklumlah, aku ini tidak bekerja tetap lagi. Perjumpaan fakulti kami enam bulan lalu, aku rasa terpinggir sangat. Kawan-kawan semeja semua menceritakan kejayaan masing-masing. Semua dok sibuk bertanya berapa pendapatan masing-masing dan kehebatan kereta yang mereka beli. Mentang-mentanglah aku bawak motor cabuk je ke majlis tu. Semua tanya apa yang aku buat sekarang. Aku jawablah aku buat bisnes kecil-kecilan jer.

Bekas awek aku dan suaminya si Halili pun sudah berjaya sebagai kontraktor. Malah, dengan bangga mereka menunjuk-nunjukkan kemewahan yang dimiliki. Dicanang segala percutian, emas dan kereta. Alah… mereka berjaya pun disebabkan pertolongan orang tua mereka yang sedia kaya. Bukan sebab mereka sendiri berusaha. Mertua Ila yang memberi modal kepada Halili untuk menubuhkan syarikat pembinaan. Projek pun banyak Halili dapat kerana bapa Halili rapat dengan ahli politik. Macamlah aku tak tahu. Sejak hari itu, aku berazam tidak akan pergi lagi perjumpaan seperti itu selagi aku tidak berjaya mendapat pekerjaan.

Aku tak tahu lah berapa banyak temuduga aku dah pergi. Macam-macam cara dah aku buat. Pergi kursus menguasai kemahiran temuduga sudah, minta tolong kabel pun sudah. Malah, aku siap bawak resume aku jumpa bomoh kasi perasap. Idea si Lan. Katanya biar lembut sikit pegawai temuduga aku tu. Lembut apa. Kena marah adalah.

Kalau masuk temuduga syarikat swasta lagilah. Speaking sokmo. Aku pun hairan dengan orang melayu ni. Ada je pangkat sikit mulalah tak reti cakap melayu. Aku mengaku memang lemah sikit speaking London. Maklumlah, orang kampung. Ada dalam satu temuduga yang aku pergi, pegawai penemuduga tu marah sebab aku tergagap-gagap cakap Bahasa Inggeris. Aku selamba cakap, “Saya orang melayu, duduk di kampung, makan belacan, rambut hitam”. Lantas aku keluar meninggalkan penemuduga terpinga-pinga.

Kenapa aku ambil jurusan Pentadbiran Perniagaan? Ini semua disebabkan Pengaruh drama TV. Nak sangat jadi orang korporat, gaji besar. Kerja hanya mengarah orang buat kerja. Pakai baju mahal dan berjenama. Kereta besar. Rumah mewah. awek keliling pinggang. Macam dalam kebanyakan drama Melayu. Dan kini aku berjaya. Berjaya menjadi orang keparat yanghanya mengajar budak-budak sekolah bersilat dan menolong orang di stor Burger Ramly.

Sekarang ini aku hanya punya kerja sambilan. Petang pukul 2.00 aku ke sekolah sekitar Cheras mengajar silat. Ilmu yang aku belajar dari sekolah sampai universiti lebih bermanfaat daripada sekeping sijil yang mak aku banggakan dengan orang kampung. Nasib baik lah aku ada tali pinggang hitam dalam seni silat gayung Fatani. Layaklah mengajar silat. Malam pula aku tolong teman serumah meniaga burger kat Bandar Tun Hussien Onn. Untung kongsi dua. Dapatlah dalam RM1200 untuk hidup sebulan.

Cakap pasal roommate aku ni, aku panggil dia Lan. Umur 21 tahun. Bekerja hantar Pizza. Ha! Dia ni mat rempit sejati. Hati kering. Kepala gila-gila. Sekolah pun setakat tingkatan 3. Macam mana aku boleh kenal si mat rempit ini? Lepas graduat aku kenalah cari port atau rumah sewa kat KL ni. Maklumlah, masa itu aku dah dapat kerja sementara sebagai guru silat separuh masa di dua buah sekolah di Cheras.

Jadi, dengan pendapatan yang tak seberapa, kenalah aku mencari rumah yang sewanya murah tapi dekat dengan tempat kerja. Kalau aku ulang alik dari Bangi ke Cheras, mana tahan beb. Mahu tercirit buntut aku ni hari-hari berulang alik.

Kebetulan, suatu hariselepas kelas silat, aku ke 7 eleven dengan tujuan nak beli air. Ada pulak iklan rumah sewa. Selepas beberapa panggilan, akhirnya sangkut dengan rumah sewa si Lan ni. Walaupun rumah flat kos rendah 2 bilik tapi sewa cecah RM400. Di Kuala Lumpur, harga sewa rumah lebih mahal berbanding tempat lain. Bayangkan sewa rumah PPR 3 bilik di kawasan Cheras ini mencecah RM 700. Padahal rumah tu milik DBKL yang kemudiannya disewa oleh tuan punya asal dengan hanya RM 135. Kalau tuan rumah ada 4 buah rumah sewa yang sama, agak-agak berapa banyaklah untung. Kiralah sendiri. RM 400 dibahagi dua, seorang RM200. Bolehlah tu.

Padanlah denganbajet aku. Mana lagi kat Cheras ni nak dapat harga macam murah tu. Siap perabot lagi. Malam minggu aku mesti ikut dia ni merempit. Aku terjebak dalam dunia rempit ni kerana aku memang suka bawak motor laju-laju. Kat kampung pun akulah jaguh merempit. Setakat 8 tiang takde hal la bro. Lagipun, aku nak duit tambahan. Hidup di Kuala Lumpur kalau setakat pendapatan seribu sebulan manalah cukup. Jadi kalau menang merempit dapatlah duit tambahan dalam dua atau tiga ratus. Dapat awek lagi kalau jadi juara.

Pintu terbuka.

Cis, rupanya Lan. Baru gua nak berimaginasi pasal minah rempit ni.

“Awal kau balik hari ni, Lan. Selalu pukul 6 petang. Ni pukul 2 dah terpacak ?” tanyaku. Lan hanya tersenyum dan meletakkan helmetnya di atas meja. Dia duduk di sebelahku.

“Jo, aku hari ini dah kene berhenti. Tapi aku tak heran la. Ala… ingat gua hadap sangat keje kat pizza tu? Gua tauke burger la. Setakat gaji RM700, takde mende la” balas Lan. Aku pun tak tahu nama sebenar Lan ni pada mulanya. Tapi entah macam mana aku terlihat nama Lan yang sebenar semasa dia keluarkan lesen memandu masa kena tahan dengan polis yang buat roadblock. Lan ditahan kerana menunggang secara melulu. Nama sebenarnya Ahmed Alan. Perghhh!!! Macam nama arab.

“Apehal lak kau kene buang keje kali ni? Kau buat willy lagi ker masa bawak pizza?” Aku tahu kegilaan Lan ni. Lebih lagikalau ada awek cun tepi jalan tengah tunggu kat bas stop ke, mulalah dia tunjuk aksi. Diapernah buat Willy depan minah kilang Vietnam yang sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja. Masa tu aku membonceng di belakang. Macam orang bodoh aku rasa tahu tak! Pekerja Vietnam tu tergelak-gelak je tengok aksi kami.

“Takdela. Aku usya je pekerja yang bar masuk tu. Ala, si Ena yang awek cun yabg aku cakap tu. Tup, tup, si manager Hafiz tu bengang gile awek dia nak usya tu aku kacau, bro. Senang-senang dia maki aku depan customer dengan pekerja lain. Dia kata aku selalu lewat la, pemalas la, tak reti buat kerja dan suka curi tulang. Bengang la aku. Aku tampar la dia. Terus aku dapat surat cinta ni ha” Terus dia menghulurkan “surat cintanya” itu. Aku membacanya.

“Tapi kalau kau tengok wa tampar Hafiz tadi memang best, bro. Terjatuh dia. Dia bangun nak terkam aku. Sebelum sempat bangun gua sepak lutut dia. Jatuh lagi macam nangka busuk. Nasib baiklah kawan-kawan aku leraikan. Kalau tak, mau Hafiz tu mati aku kerjakan. Hahahahahaha.” Seronok Lan mengenangkan kejadian tadi. Aku hanya diam.

“Aik… yang kau ni monyok macam ayam berak kapur kenapa? Gagal lagi la tu interview. Bro, lu ikut je la gua meniaga burger tu. Lupakan jelah pasal berangan nak jadi eksekutif atau orang-orang korporat. Kita kumpul duit buat bisnes sendiri.” Aku hanya tersenyum kelat.

“Aku masuk tido dulu. Malam ni nak meniaga. Pastu aku dengar geng Kajang nak bukak game. Hadiah RM300. Perghhh.” Kata Lan.

“Kau tidola dulu. Gua layan CD jap,” balasku acuh tak acuh. Memang aku tidak ada mood.


Next: UKM 96-99

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.