Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,872
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2 (KLA2)

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu sesak dengan banjiran manusia ke sana ke mari mengejar masa atas tujuan masing-masing. Manusia-manusia leka ini tidak akan berhenti mengejar dunia mereka sehingga kiamat tiba. Situasi ini tidak akan mati sehingga dunia berakhir.

Borhan Abdullah memerhatikan jadual ketibaan. Dia kurang pasti sama ada penerbangan anak gadisnya itu dari England terus ke Malaysia atau  ke mana-mana negara sebelum menaiki flight sekali lagi untuk tiba ke tanah air. Tidak sempat dia hendak bertanya perihal itu kepada anaknya.

Namun, hatinya berkobar-kobar untuk menemui satu-satunya zuriat dari benihnya sendiri. Anak kandunnya yang dibelai, dimanjakan, dikasahi bagai menatang minyak yang penuh.

“Tak sabar-sabar betul nak jumpa anak dia,” tegur Intan Haswani disisinya. Ibu susuan Ariana Erina.

“Ayah mana tak rindukan anak,” kata Rahman pula.

Turut berada bersama dengan pasangan suami isteri itu adalah anak kedua mereka, Amar. Seorang wartawan jenayah. Berwatakan bersahaja, suka berjenaka dan berfoya-foya. Berpakaian kasual. Seorang yang kacak serta berkulit sawo matang. Berambut pendek dan kemas. Kedua-dua belah tangannya sengaja dimasukkan ke dalam poket seluar slack yang dipakai. Bibirnya sengaja dimuncungkan sambil ternanti-nanti ketibaan Ariana Erina.

“Pesawat anak aku dah mendarat,” ujar Borhan Abdullah tidak lama kemudian selepas meneliti jadual peberbangan.

Kira-kira dalam 20 minit sejurus itu, Borhan Abdullah, Rahman dan isteri serta Amar terlihat kelibat Ariana Erina menarik beg roda besar. Di samping wanita itu, seorang lelaki yang tidak dikenali mereka. Raut wajah masing-masing menunjukkan perasaan bercampur baur. Tertanya-tanya serta kehairanan. Benak masing-masing mempersoalkan soalan yang sama, siapa gerangan lelaki bersama Ariana Erina itu?

Demi sahaja melihat papanya dan keluarga Rahman yang setia menanti kepulangannya, Ariana Erina berlari terkinja-kinja mendapatkan mereka. Membuatkan Adam ketinggalan di belakang.

“Papa!” teriak Ariana Erina, mendapatkan papanya dan memeluk erat lelaki itu sambil diperhatikan Rahman dan isteri. Keakraban anak beranak itutidak usah lagi disangkal. Terlalu erat. Ariana Erina sangat mendambakan kasih sayang dari bapanya.

Beg roda yang ditarik Ariana Erina dilepaskan sahaja. Beg roda itu meluncur laju dan tepat mengenai bahagian ‘tengah’ Amar. Sekaligus membuat lelaki itu tersenak.

“Matilah nak. Dia main lepas aje beg roda dia ni,” seloroh Amar. Mukanya kemerah-merahan menahan senak.

“Tak nak peluk mama ke?” ujar Intan Haswani sambil mendepakan tangannya.

Pantas Ariana Erina berkalih dari bapa kandungnya lalu memeluk ibu susuannya itu erat. Secara tidak disangka-sangka, gadis riang itu kemudian memeluk juga Rahman.

“Ingatkan tak rindu uncle tadi,” kata Rahman kepada Ariana Erina.

Rahman sudah terbiasa mengelarkan dirinya uncle kepada Ariana Erina. Malah, Ariana Erina sendiri sudah terbiasa memanggilnya dengan panggilan uncle. Manakala isterinya dipanggil mama memandangkan Ariana Erina tidak mempunyai ibu. Anak-anak Rahman pula memang sudah dianggap seperti abang dan kakak kandungnya sendiri. Mereka semua membesar bersama-sama. Berkongsi kasih sayang seorang ibu. Bahkan Intan Haswani menganggap Ariana Erina seperti darah dagingnya sendiri.

“Mestilah rindu,” kata Ariana Erina manja.

“Abang Amar tak nak peluk ke?”

“Taknak, bucuk,” balas Ariana Erina.

“Amboi! Dah pandai dah dia kata kita bucuk,”

“Abang Harris tak datang?” Soal Ariana Erina. Harris merupakan anak sulung pasangan Rahman dan Intan Haswani.

“Abang Harris tak dapat datang. Ada banyak kerja katanya kat hospital tu,” jawab Rahman.

“AkakMaya dengan kakak Lily?” Soal Ariana Erina merujuk kepada dua lagi beradik anak pasangan Rahman dan Intan Haswani.

“Kakak-kakak Ariana tu keluar negeri atas urusan kerja,” balas ibu susuan Ariana Erina.

“Tapi,abang Harris dan akak kembar Ariana kirim salam.” Sambung Rahman.

Borhan Abdullah yang sejak dari tadi entah kenapa asyik mendengar sahaja perbualan mereka.. Dia hanya memerhatikan sahaja karenah anak tunggalnya itu bertanyakan tentang abang dan kakak-kakaknya. Riangdan manja benar dia dengan keluarga Rahman. Kebahagian yang Balqis Ufaira tidak dapat lihat.

Secara perlahan-lahan Adam mengampiri mereka. Dia berasa segan dengankeluarga kekasihnya itu.

“Err...papa, Uncle Rahman, mama, Amar. Ariana kenalkan...” Dia menoleh kearah Adam. “... ni Adam. Kawan Ariana Erina,” sambunnya lagi.

Adam menyalami Borhan Abdullah, Rahman serta Amar sambil tersenyum kecil.Lelaki itu sedikit kekok berhadapan dengan ahli keluarga Ariana Erina.

“Pandai pilih boyfriend. Macam Brad Pitt,” ulas Amar.

Membuatkan Ariana Erina dan Adam tergamam. Ditambah lagi dengan tujuan mereka pulang dari England. Ada hal yang keluarga Ariana Erina perlu tahu berkenaan hubungan mereka. Berkenaan kandungan Ariana Erina...

Intan Haswani mencubit keras lengan anaknya yang seorang itu. Rasa pedih yang tidak tertanggung.

“Sakit,sakit, sakit, sakit.” Amar merintih kesakitan. Sambil cuba menepis lembut tangan ibunya.

“Cakap lagi yang bukan-bukan,” leter ibunya.

“Dah,dah,” Rahman cuba meredahkan keadaan. “Ariana , jom pergi rumah uncle dengan mama. Ajak papa dengan kawan tu sekali. Bibik kat rumah masak banyak. Mama tak ada masa nak masakkan sebab nak jemput Ariana dekat airport ni,”

Sempat Ariana Erina merung ke wajah Adam sejenak. Seolah-olah memahami apa yang tersirat di sebalik sinar mata gadis itu. Adam hanya mengikut retak. Apa yang pasti, tujuan mereka balik Malaysia untuk mendirikan mahligai cinta suci mereka yang dipanggil perkahwinan. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill