Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,802
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG
Novel ini merupakan karya yang bertanding dalam Pertandingan Menulis Novel Thriller anjuran Buku Prima.

Penulis : AZMEER SYAHIRAN

PROLOG

Borhan Abdullah menunggu di dalam kereta di sebuah lorong yang gelap dan sunyi. Enjin dan lampu kereta dimatikan. Angin dingin di luar menyejukkan ruangan dalam kereta. Tidak lama selepas itu, telefon bimbit berdering dan mengeluarkan cahaya pada skrin. Lantas, Borhan Abdullah menyembar alat telekomunikasi itu sebelum melihat skrin. Nombor tidak dikenali terpapar. Tanpa menunggu lama, dia terus menjawab panggilan tersebut.

  “Helo,” Suara Borhan Abdullah sedikit bergetar di halkum. Menahan sebak yang masih bersisa.

  “Mana duit tu?”

  “Ada di tempat duduk belakang. Dalam dua beg. Macam yang kau cakap. Sekarang, aku nak anak aku balik!” Borhan Abdullah berkata lancar.

  “Bagus. Dengar sini baik-baik...”

  “Apa yang kau nak lagi, huh!” Belum sempat lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya, Borhan Abdullah membentak.“ Kau dah ubah lokasi tiga kali! Kau jangan nak main-main!

Aku dah bagi kau duit, kau pulangkan balik anak aku!”

  “Duit itu tak dapat kat tangan aku lagi,” lelaki itu membalas dengan nada yang selamba.

  “Kau memang manusia bangsat!” herdik Borhan Abdullah sambil menghentak stereng kereta.

  “Jaga mulut kau, Borhan. Kau tak sedar apa yang aku boleh buat terhadap kau... yang pasti memang sakit,”  percakapannya berkias dan memberi satu amaran keras.

  “Aku nak anak aku balik!” Tegas Borhan Abdullah. Menahan rasa geram dan amarah yang bertakung di dada.

  “Aku nak kau keluar dari kereta. Biarkan tak berkunci. Jalan tiga puluh langkah ke hadapan. Mudah,”

  “Habis, anak aku macam mana?” Tingkah Borhan Abdullah berang.

  “Jangan risau, aku akan letak anak kau dalam kereta,” panggilan terputus.

  “Helo... helo...” dia menyumpah seranah.

 Sejurus dia melihat persekitaran lorong yang gelap dan sunyi itu. Melihat ke cermin pandang belakang . Mengawasi sebarang aktiviti mencurigakan. Berwaspada dengan keadaan sekeiling. Seletah dia memastikan semua dalam keadaan baik, dia membuka pintu kereta sebelum melangkah keluar. Kepalanya masih tertoleh-toleh ke semua arah lorong gelap itu.

  Borhan Abdullah tiada pilihan lain. Dia harus mematuhi segala suruhan lelaki tidak dikenali itu serta berwaspada dalam pelbagai segi. Kuatir ditipu seorang penipu. Kelakuan lelaki berlagak tenang itu menimbulkan prasangka, yang bermuslihat mengabui pandangannya agar terleka.

  Selangkah demi selangkah diatur perlahan seperti yang disuruh. Borhan Abdullah sempat menjeling ke belakang sejenak. Selanjur dia kembali mengatur tiga puluh langkah ke hadapan dari kenderaannya sebelum berhenti.

  Dengan tidak semena-mena, terasa seperti ada benda keras diajukan di belakang kepalanya. Borhan Abdullah langsung terkaku dan tidak berani bergerak sedikit pun, apatah lagi menoleh. Terasa seluruh urat darahnya disiat keluar dari badan. Dia seakan tahu objek apa yang berada di belakang kepalanya itu.

  “Kau pusing aje aku tembak,” kedengaran satu suara di belakangnya memberi amaran.

  “Mungkin kali ni kau terlepas. Lambat laun kau akan tertangkap juga,” kata Borhan Abdullah dalam nada getir. Takut muncung senjata itu memutahkan peluru sekali gus memecahkan kepalanya.

  Lelaki itu ketawa mengejek.

  “Aku dah dapat apa yang aku nak. Kau buatlah apa yang kau suka,” dia menjeling ke belakang. Melihat rakan berbangsa cina seorang lagi mengeluarkan dua buah beg berisi wang dari kereta Borhan Abdullah.

  “Kenapa kau buat semua ni?”

 “Aku diupah. Kau akan tahu juga nanti siapa,” pantas dia membalas.

Timbul rasa hairan tatkala Borhan Abdullah mendengar kenyataan terakhir itu. Diupah? Siapa? Siapa yang mengupah mereka? Kenapa? Pelbagai persoalan menunjah-nujah fikirannya.

  “Siapa yang ubah kau?” Borhan Abdullah tidak dapat menahan gelonjak perasaan itu dari terus bertanya walaupun dia tahu tidak akan ada jawapan yang menyusul.

  Senyap. Tidak suara yang kedengaran. Namun, dia tahu lelaki itu masih berada di belakangnya memegang pistol yang diacukan di belakang kepala. Sejurus itu, terdengar bunyi bonet kereta ditutup dengan kasar.

  “Aku dah pulangkan anak kau. Dalam bonet kereta,” ujarnya perlahan dan cukup tenang.

Lelaki itu mencampakkan pistol kepunyaannya ke tanah berdekatan kaki Borhan Abdullah. Dia melihat senjata itu dengan terliti. Apabila diamati-amati senjata api tersebut, dia mendapati ada sesuatu yang tak kena. Pistol itu diperbuat daripada plastik! Atau lebih tepat lagi, pistol mainan. Dirinya telah diperdaya. Borhan Abdullah lantas menoleh. Kelibat lelaki itu sudah tidak ada lagi di situ. Hilang sekelip mata.


DIA berlari deras menuju ke arah kenderaannya dengan keadaan tergesa-gesa dan gopoh. Lekas-lekas dia membuka bonet kereta yang dikatakan Ariana Erina diletakkan di situ.

“ALLAHHUAKABR!” Borhan Abdullah terundur beberapa langkah ke belakang. Matanya terbuntang besar tatkala melihat sesuatu yang mengejutkan di dalam bonet kereta tersebut.

Next: PROLOG2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham