Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,793
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

KEDIAMAN ADAM SEKELUARGA

Kepulangan Adam ke rumah sangat mengejutkan kedua orang tuanya, Dato’ Shahzul Asmawi dan Datin Wan Azizah. Sudahlah tidak memberitahu handak pulang dari England, malah kepulangannya hari ini membawa pula sekeluarga yang tidak dikenali. Cuma kali ini Harris tidak dapat mengikuti ahli keluarganya untuk ke rumah Adam untuk membincangkan perihal Ariana Erina dan Adam dengan cara baik. Dia ada hal yang perlu diselesaikan di hospital.

“Adam, siapa pula yang ramai-ramai datang rumah kita ni? Kenapa balik Malaysia tak bagi tahu mama dengan papa?” Dua soalan sekali gus dilemparkan kepada anak lelakinya itu.

“Papa, mama. Ahli keluarga tu datang nak bincangkan sesuatu,” jawab Adam ringkas.

“Bincangkan apa? Kita mana ada apa-apa urusan dengan mereka? Papa tak kenal pun mereka,” balas papanya pula. Memandang Borhan Abdullah, Ariana Erina, Rahman dan Intan Haswani serta Amar di luar pagar rumah dari muka pintu utama rumah besar itu.

“Memanglah papa tak kenal mereka sebab mereka bukan dalam kalangan dato’ dan datin,” balas Adam pula menjawab persoalan ayahnya.

“Hmm...jemput mereka masuk,” ujar Dato’ Shahzul Asmawi.

Sejurus Adam bergerak ke arah pondok kecil pengawal keselamatan. Meminta penjaga keselamatan itu membuka pintu jeriji besi yang berbentuk seperti tombak di atasnya. Selanjur menjemput Rahman sekeluarga memasuki banglo tiga tingkat bak istana itu.

Ariana Erina sentiasa mengengam tangan papanya. Meminta kekuatan dalaman dari lelaki yang bergelar ayah itu. Borhan Abdullah tidak pernah memerahi Ariana Erina sejak dari kecil lagi. Apatah lagi meninggikan suara pada satu-satunya anak kandungngnya sendiri. Tidak pernah kedua-dua belah tangannya ini mencubit Ariana Erina. Inikan lagi memukul. Borhan Abdullah terlalu menyanyangi Ariana Erina. Diasanggup buat apa sahaja bahkan menyerahkan nyawanya sebagai galang ganti. Dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anak gadisnya itu.

Sebelah lagi tangan Ariana Erina memegang perutnya seraya memandang ke arah di mana anaknya itu diikandungkan. Rasa bersyukur mengamit hati nuraninya kerana tidak membuat keputusan zalim mengugurkan anak itu untuk mengambil jalan mudah. Untuk menutup malu atas zina yang pernah dilakukan dengan seorang lelaki. Hendak menjaga maruah dan air mukanya atas kekhilafan yang dia pernah menyerahkan mahkota sucinya kepada orang lain atas nama cinta. Dia benar-benar menyesal sama sekali. Namun, kesal itu sudah tidak berguna lagi.


IMBAS KEMBALI: UNIVERSITY OF OXFORD, ENGLAND 

MALAM Valentines’s day Abigale menjemput Ariana Erina dan teman lelakinya, Adam untuk menghadiri sebuah party tertutup di rumahnya. Kebetulan pada hari tersebut, ibu dan bapanya tidak ada di rumah.Jadi dia hendak mengunakan rumah itu untuk mengadakan party tertutup. Tidak ada sesiapa dijemput kecuali Ariana Erina dan Adam serta temanlelakinya, Ryyan.

Maka pasangan yang sedang hangat bercinta itu pun pergi ke rumah Abigale. Minum besar diadakan. Tanpa rasa berdosa pasangan itu meneguk minuman keras sambil menari terkija-kinja mengikut alunan muzik instrumental yang sengaja dipasangkan dengan kuat sehingga masing-masing mabuk tuak.

Ariana Erina dan Adam sedang berkhayal. Adam terhuyung-hayang ke sana kemari sambil merangkul batang tubuh mungil Ariana Erina. Sebelah tangannya memegang sebuah gelas berisi arak. Bergitu juga Ariana Erina. Minda dan akal mereka sudah dibuis akibat lebihan alkohol.

“You, I dah penatlah you. I nak tidur,” katanya manja. Kedua-dua belah pipinya kemarah-merahan. Bola matanya ke sana ke mari. Tidak dapat melihat dengan jelas. Dunia di sekelilignya berputar perlahan.

Adam bersendawa. “Pergilah masuk bilik sana tu,” dia menuding jari kearah sebuah bilik yang terbuka pintunya.

Abigale dan Ryyan sudah tertidur atas sofa di ruang tamu.

“You temankanlah I,” pintanya.

“For you baby, apa pun I buat,"

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.