Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,823
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 3

KUALA LUMPUR

Kesesakan jalan raya di bandar Kuala Lumpur tidak pernah mati. Seawal pagi seperti ini ramai penduduk Malaysia sudah keluar berkerja. Siang mahupun malam, ada sahaja tugas-tugas manusia keluar mencari duit untuk sesuap nasi. Kenderaan bergerak bertali arus di ibu negara Malaysia, sekali gus membingitkan.

  Sepanjang perjalanan balik ke pejabat, Dato’ Mustafa termenung jauh ke luar tingap kereta. Suara sendiran Dato’ Shahzul Asmawi masih tergiang-giang di telinga. Sangat menyakitkan hati, membakar perasaan. Pemandu peribadinya sekejap-kejap menoleh ke arah majikannya itu. Keluhan demi keluhan yang dihembuskan Dato’ Mustafa membuatkan dia teranggil untuk berbual-bual dengan lelaki itu.

  “Ada apa-apa yang tak kena ke dato?” Soal Rafiq. Mendengar keluhan lelaki itu sahaja dia sudah tahu yang Dato’ Mustafa ada masalah.

  “Kamu masih muda lagi Rafiq. Dah ada anak bini nanti baru betul-betul kenal dunia,” tutur percakapanya diselangi dengan keluhan yang memberat.

  Rafiq yang mampu tersenyum. Tumpuannya masih ditumpukan pada jalan raya di hadapan. Tangannya kejap memegang stereng kereta.

  “Kamu memang baik hati, Rafiq. Selalu menyenangkan hati saya kalau saya rasa tak tenang. Bawa saya ke masjid. Beribadat, bersedekah. Saya mula sedar yang diri saya dah jauh dengan ALLAH,” ujarnya tulus ikhlas.

  “Itu namanya kesedaran. Alhamdilullah kalau dato dan sedar kesalahan diri dato. Bertapa rama mansia kat luar sana yang masih lalai dan tidak sedar yang diri mereka melakukan kesalahan. Menganggap diri mereka sempurna dalam apa saja tindakan yang mereka buat. “ Rafiq memberi tazkirah ringkas.

  Beberapa meter di hadapan dia membelok ke kanan. Kemudiannya memberhentikan kereta Mercedes yang dipandunya itu di hadapan sebuah lagi kereta. Deretan kereta memanjang di hadapan menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Kereta mereka tersekat di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

  “Kamu buat apa sebelum ni di kampung Rafiq? Maksud saya, sebelum kamu kerja dengan saya,” Dato’ Mustafa bertanya. Dia memang kurang mengenali latar belakang lelaki muda itu.

  “Ambil upah mengajar budak mengaji dato. Malam pula, melatih budak bersilat,” ujarnya..

  “Kamu berasal dari mana?” Dato’ Mustafa berbasa-basi.

  “Saya dilahirkan di Perak. Ayah pula jarang balik sebab bertugas. Sejak mak saya meninggal. Opah besarkan saya dan abang saya di Kota Bharu,” Rafiq mencerita ringkas berkenaan latar belakagnnya.

  “Ayah kamu kerja apa?”

  “Askar,”katanya sejurus soalan dilontarkan. “Opah saya cakap, ayah saya ada susur galur keturunan arab. Sebab tu nama saya Rafiq Al’ Qayumm,”

  Dato’ Mustafa mengangguk-angguk memahami. Kedaan dalam kereta kembali sunyi. Kenderaan tidak bergerak-gerak dari tadi akibat kesesakan yang semakin teruk.

  “Rafiq...”

  “Ya dato,” jawab Rafiq. Melihat ke arah cermin pandang belakang .

  Hembusan nafas halus dihembus keluar. Terasa menghimpit dada. Berat sungguh dia hendak mengatakan berkenaan hal ini.

  “Saya rasa buat masa terdekat ini. Kamu bolehlah balik ke kampung. Tak perlu berkerja dengan saya lagi,” mahu atau tidak, dia terpaksa memberitahu juga hal itu.

  Rafiq menoleh ke arah majikannya yang duduk di tempat duduk belakang . Reaksi di wajahnya jelas berubah.

  “Tapi dato, kenapa?” Soalnya.

  Sebuah motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Z 250 melaju, dibrek mendadak di tepi kereta Mercedes Dato’ Mustafa. Dua orang  lelaki yang tidak dikenali menaiki motor itu, seorang menunggang dan seorang lagi menjadi pembonceng. Kedua-duanya lengkap bertopi keledar cermin gelap dikenakan dengan jaket kulit tebal berwarna hitam.

  Rafiq sempat menjeling sekelas ke arah motosikal buatan Jepun itu. Mempunyai 250 sisi dan mampu mencecah kelajuan 220 kilometer sejam. Si pembonceng menarik keluar sepucuk pistol Glock 19 lengkap dengan silencer dan diajukan tepat ke arah Dato’ Msutafa.

  “Dato, tunduk!” Teriak Rafiq.

  Beberapa das tembakan dilepaskan tepat mengenai tubuh Dato’ Mustafa. Cermin kereta pecah berderai. Selepas yakin lelaki itu tidak bernyawa lagi, si penembak mengacukan pistol ke arah Rafiq dan melepaskan dua tiga das tembakan. Rafiq lekas menunduk. Salah satu peluru sesat mengenai lehernya. Sekadar hirisan yang memajang mengenai kulitnya. Namun, darah tetap mengalir keluar dari luka itu, sekali gus mengotori bajunya.

  Motorsikal itu memecut pergi. Rafiq keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa. Menarik keluar senjata canggih FN Five-Seven menggunakan tangan kanan. Manakala tangan sebelah lagi menekup luka pedih di leher. Laras senjata diajukan ke arah dua orang lelaki yang menaiki motosikal tadi. Rafiq tidak dapat bidikan yang tepat. Sedang motorsikal berkuasa tinggi itu semakin manjauh.

  Lantas, dia berlari pantas di kesesakan lalu lintas. Melintasi di celahan kereta-kereta yang berderet. Rafiq tidak akan membiarkan kedua lelaki itu terlepas. Dia hampir-hampir sahaja dilanggar sebuah motorsikal. Sejurus dia melompat di atas kereta pengguna jalan raya sambil matanya meliar mencari motorsikal berkuasa tinggi tadi. Melompat dari satu kereta ke satu kereta yang lain. Lelehan dari lehernya menitis.

  Tidak jauh dari tempat dia berdiri, Rafiq dapat lihat motosikal jenama Kawasaki itu bergerak perlahan tetapi kelam-kabut di celah kereta-kereta. Tanpa menunggu lama, dia melompat ke atas sebuah lagi kereta. Melutut dengan satu lutut mencecah bumbung kereta. Memegang senjata berlaras 122mm itu kejap dengan kedua belah tangannnya. Hujung jarinya bersedia menarik picu.

  Dia menarik nafas dalam, lalu menghembuskannya seraya menarik picu. Sebutir peluru muntah dari laras pistol dengan percikan api berserta detuman yang mengegarkan bandar itu. Peluru berukuran 5,7 x 28mm meluncur laju membelah udara. Tepat mengenai tayar belakang motorsikal berkuasa tinggi itu lalu pecah. Penunggang motorsikal itu hilang kawalan lalu mengelosot jatuh terserat beberapa meter ke hadapan. Keadaan mula kecoh.

  Pantas dia berlari ke arah mereka. Kedua-duanya terkocoh bangun. Salah seorang dari mereka mengangkat pistol ke arah Rafiq. Rafiq lebih bersedia tatkala dia terlebih dahulu melepaskan dua das tembakan mengenai badan lelaki itu sebelum rebah di atas jalan raya. Orang awam mula bertimpiaran melarikan diri.

  Rafiq memacu larian deras ke arah lelaki yang rebah tadi. Dilihatnya di bahagian dada lelaki itu berlubang. Darah mula mengalir keluar dan bertakung. Dia meliarkan pandangan ke marata arah sambil senjata berada kejap di tangan. Berwaspada. Pandangannya memercikan api kemarahaan.

  Ekor matanya terlihat seorang bertopi keledar berlari semakin menjauh. Tanpa menunggu lama Rafiq bertindak berlari deras  seperti pacuan seekor kuda. Rasa sakit dan pedih di leher kanan akibat luka ditembak tidak dipedulikan. Kayuhan langkah kakinya dipercepatkan. Sesekali dua tiga orang awam direpuhnya tanpa sengaja. Lelaki tidak dikenali itu pun bijak bergerak mengelak dari merempuh sesiapa.


Previous: BAB 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill