Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 4

"Kami minta maaf, pak cik." Thia memohon maaf di atas apa yang terjadi. Dia menghulurkan tangan, ingin berjabat. Manakala Lisa, Rita dan Sherry bertungkus lumus mengemaskan meja makan dan kerusi yang berselerakan itu. Kerusi, meja yang masih elok digunakan lagi dan kerusi, meja yang telah rosak mereka asingkan ke tepi.


"Tak apa, nak. Bukan salah kamu pun." Ujar Pak Hamid sambil bersalaman dengan gadis yang baik hati itu.


Tangan tua milik pak cik itu dicium penuh hormat. 


"Pak cik..." tiak Lisa, pulak.


"Iya." Sahut Pak Hamid, perlahan.


"Apa yang pak cik nampak hari ni, pak cik tolong rahsiakan ya." Suruh Lisa, bersungguh-sungguh.


Thia, Rita dan Sherry menganggukan kepala, tanda setuju. Terhenti kerja mereka sekejap.


"Baiklah, nak. Pak cik akan rahsiakan semua ni." Kata Pak Hamid sambil tersenyum.


"Alhamdulillah. Terima kasih, pak cik." Ucap Lisa, gembira sangat. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain.


"Sama-sama." Balas Pak Hamid.


Thia, Lisa, Rita dan Sherry segera menolong Pak Hamid mengemaskan kedai makan tersebut. Banyak kerusi, meja yang tak boleh digunakan lagi. Terpaksa mereka buangkan sahaja. Kesiannya... Kurang ajar betul budak-budak Rozy ni lah. Kalau tak puas hati dengan kami, tak payahlah buat kacau kat tempat orang nak mencari rezeki kan. Ini tidak... Habis kerusi, meja orang di campak-campaknya. Geram betullah...


Walaupun tubuh badan mereka masih sakit-sakit akibat pertempuran tadi, mereka tetap membantu Pak Hamid mengemaskan kedai makan itu. Tiada sebarang rungutan. Muka mereka ketika ini jangan cakaplah... Lebam-lebam. Terpaksalah mereka klentong keluarga masing-masing apabila ditanyakan pasal lebam-lebam ni nanti.


Setelah selesai mengemas, mereka segera keluar dari kedai makan itu. Pak Hamid membuntuti mereka dari arah belakang.


"Terima kasih sebab dah tolong pak cik, nak." Ucap Pak Hamid, ikhlas.


"Sama-sama, pak cik." Balas Thia, Lisa, Rita dan Sherry serentak.


Sherry teringatkan sesuatu lalu dia segera mengeluarkan dompetnya yang terselit di kocek belakang seluar jeansnya ini.


"Nah, pak cik. Apa-apa hal, pak cik call jer nombor yang ada kat atas kad ni. InshaAllah, kami akan datang dengan segera." Kata Sherry dengan nada seriusnya. 


Thia, Lisa dan Rita pelik melihatnya. Amboi! Ada kad nama bagai...


"Iyalah, nak. Terima kasih sekali lagi." Ucap Pak Hamid sambil menyambut huluran tersebut. Kad nama yang dihulur bertukar tangan sudah.


Mereka berempat serentak menganggukan kepala.


"Okaylah, pak cik. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamit Lisa sebelum beransur pergi.


"Waalaikumusalam."


Thia, Lisa, Rita dan Sherry berlalu pergi. Sakit-sakit badan mereka dikerjakan oleh budak-budak Rozy tu. Dah lah dia orang tu punya saiz gemok gedempol. Lawan pulak dengan mereka yang bersaiz kurus kering ni. Haish! Kena minta cuti satu hari dengan kak Yana ni...


Mereka berempat kembali ke tempat asal mereka melepak tadi. Masing-masing duduk tersandar di koridor yang terbiar lagi sunyi itu untuk melepaskan lelahnya. Penat berlawan oii... Kaki langit pun sudah bertukar warna. Remang senja sudah pun beransur pergi, menggantikan gelap menandakan malam sudah menjelma.


"Aku nak call kak Yana sekejap." Beritahu Lisa sambil mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeansnya.


Kawan-kawannya hanya sekadar mengangguk tanpa banyak soal. Mereka memerhatikan Lisa yang sedang mendail nombor telefon kak Yana itu.


Nada dering lagu Havana yang dinyanyikan oleh Camila Cabello bergema ke udara. Amboi! Dah tukar nada dering nampak gayanya. Hilang sudah lagu Doraemon. Ala, tak lama nada dering tu. Nanti bertukar balik lagunya.


Imran yang sedang leka bermain games di telefon bimbitnya itu mulai merasa terganggu dengan nada dering tersebut. Telefon bimbit isterinya yang berada di sisi di lihat sebentar. Ada panggilan masuk rupanya. "Sayang, ada orang call sayang ni." Beritahunya, separuh menjerit kerana isterinya berada di dalam bilik air yang terdapat di dalam kamar tidurnya itu.


"Siapa yang call, bang? Tolong jawab sekejap." Suruh Yana, bersahaja.


Telefon bimbit isterinya itu di ambil. Nama 'Lisa' tertera di skrin. Tanpa berlengah lagi, butang hijau segera ditekan lalu dilekapkan telefon tersebut ke cuping telinganya.


"Hello! Assalamualaikum, kak." Sapa Lisa di hujung talian.


"Waalaikumusalam." Salam yang diberikan disahut oleh Imran dengan lagak bersahaja.


Ooo...ho!


Lisa terkedu. Alamak! Suami kak Yana pula yang jawab panggilannya ni. Ish! Matilah aku... "Hello! Saya nak bercakap dengan kak Yana sekejap, boleh tak?" Pinta Lisa, gugup. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah mulutnya tak lancang sangat.


"Ada apa call, ya?" Tanya Imran, sekadar berbasa basi sambil menunggu isterinya keluar dari bilik air.


Gulp! Telan air liur Lisa dibuatnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang kawan-kawannya sambil bercakap dengan nada yang perlahan, "Suami kak Yana lah." sambil jari telunjuknya menunding ke arah telefon bimbitnya ini.


Terbeliak biji mata Thia, Rita dan Sherry. Aiyokkk...


"Siapa yang call, bang?" Tanya Yana yang baru keluar dari bilik air.


"Lisa." Jawab Imran, sepatah.


Kaget. Itulah reaksi pertama Yana apabila mendengar sepotong nama yang disebut oleh suaminya itu. Lisa? Apalah budak ni nak? Ish! Kan aku dah cakap jangan call time-time macam ni. Kalau kantoi, tak pasal-pasal aku juga yang dapat susahnya. Grrr... marahnya sekadar di dalam hati. "Bak telefon tu, bang." Minta Yana sambil menghulurkan tangan.


Telefon bimbit itu dikembalikan kepada isterinya.


"Abang pergi tengokkan anak-anak sekejap, boleh tak?" Soal Yana dengan penuh kelembutan.


"Boleh, sayang." Jawab Imran sambil tersenyum manis. Dia segera beredar meninggalkan isterinya keseorangan di dalam kamar.


Hilang sahaja bayangan suaminya, Yana pantas melekapkan telefon bimbitnya itu ke cuping telinga. "Hello!" Serius sekali nada suaranya.


Gulp! Sekian kalinya Lisa meneguk air liurnya.


"Hello, kak." Sahut Lisa, gugup.


"Kan akak dah bagitahu jangan call akak time macam ni. Nanti kantoi dengan husband akak, akak juga yang susahnya. Ish! Kenapa call? Jangan cakap yang kau orang dah kalah dengan budak-budak Rozy tu, ya." Yana dah start membebel.


Lisa hanya mampu tadah telinga.


"Sorry. Excited sangat nak call akak tadi." Jawab Lisa sambil tersengih. "Don't worry, kak. Budak-budak Rozy tu kami dah settlekan. Dia orang datang dengan badan tegap-tegap belaka tapi bila nak balik, masing-masing macam nenek bongkok tiga. Terbongkok-bongkok. Sakit ler tu..." sambung Lisa sambil tergelak kecil.


Begitu juga dengan kawan-kawannya yang sentiasa pasang telinga itu.


Yana menguntum senyuman. Dia bangga dengan budak-budaknya ni. Walaupun berbadan kecil, dapat juga mereka tumpaskan budak-budak Rozy yang berbadan besar tu. "Bagus. Akak bangga dengan kau orang. Jadi, kekalkan prestasi tu. Jangan mengalah sebelum berjuang. Niat kita hanya satu iaitu..."


"Membantu orang ramai daripada di tindas oleh musuh-musuh kita." Sampuk Lisa dihujung talian.


Yana tersenyum senang.


"Tahu tak apa." Jawabnya.


Lisa turut tersenyum kecil.


"Kak, esok saya, Thia, Rita dengan Sherry cuti, eh. Kami dah tak laratlah kak. Sakit-sakit badan sudah... Boleh tak kak?" Pinta Lisa, perlahan. Harap-harap kak Yana mengizinkan mereka cuti walaupun hanya sehari aja.


Yana berfikir seketika.


"Iyalah. Sehari jer cuti. Jangan nak lebih-lebih pulak."


"Okay, bos." Jawab Lisa, gembira. "Kak..." tiaknya lagi.


"Iya. Apa lagi Lisa oii?" Tanya Yana.


Lisa sudah menyengih dihujung talian.


"Kesian dengan Pak Hamid tu. Habis berselerakan kedainya tadi kak. Banyak kerusi, meja yang dah rosak gara-gara budak Rozy tadi." Adunya, pulak.


Yana turut bersimpati dengan apa yang didengarinya. Apalah salah Pak Hamid tu? Si Rozy ni memang cari nahas betullah. Kalau tak puas hati dengan aku, meh jumpa aku depan-depan. Bukannya pergi hantar budak-budak buat kecoh kat tempat aku. Huh! Yana merengus kecil. "Memang tak guna betullah si Rozy ni..." marahnya.


Pintu bilik di kuak dari luar. Yana terkejut. Bayangan encik suami muncul di sebalik pintu tersebut.


"Yeke? Kesiannya dia. Nanti kita tolong apa yang patut. Okaylah. Esok kita jumpa kat tempat biasa. Kita bincangkan pasal benda ni lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak bantu mereka kan?" Ujar Yana, bersahaja.


Berkerut dahi Lisa mendengarnya. Esok, dia cutilah. Nak jumpa apanya? Kak Yana ni, takkan dah lupa kut...


"Sayang..." panggil Imran, manja. Dia sudah pun melabuhkan punggung di atas katil, di samping isteri tercinta. Tangan mulus isterinya diusap dengan penuh kelembutan.


Yana memandang encik suaminya sebelum tersenyum manis.


"Okaylah. Tak ada apa yang kita nak bincangkan lagi. Good night. Assalamualaikum." Talian segera dimatikan.


"Waalaikumusalam." Jawab Lisa sebelum menghamburkan tawanya.


Thia, Rita dan Sherry hairan melihat kawannya itu.


"Wei, kau apa hal? Tetiba gelak. Apa yang kelakarnya?" Tanya Rita, ingin tahu.


Sakit perutnya kerana terlalu banyak ketawa. Kelakarlah...


"Kelakarlah, kak Yana tu. Tadi, beriya-iya dia marah tapi bila cik abang ada kat sebelah, terus hilang marahnya. Cakap pun lemah lembut aja. Hilang terus niat nak mengaumnya." Kata Lisa sambil gelak berdekah-dekah.


Thia, Rita dan Sherry turut menghamburkan tawanya. Macam-macam... Tak lama kemudian, mereka pun beredar pulang ke rumah untuk beristirehat.


"Anak-anak tengah buat apa, bang?" Tanya Yana sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lampu tidur yang berada di sisinya ini.


"Si kakak tengah praktis menyanyi sambil bermain gitar. Si abang pulak tengah sibuk buat homework and budak kecil seorang tu sibuk main teddy bear dalam biliknya. So, kita nak buat apa sekarang ni sayang?" Soal Imran sambil mengangkat keningnya. Senyuman manis terukir dibibirnya.


Berkerut dahi Yana. Dia memandang suaminya di sisi dengan mata yang mengecil. Amboi! Manisnya senyuman dia... Bikin hati kita jatuh berkali-kali tau.


"Sayang..." panggil Imran, lembut. Jari-jemarinya mulai bermain dengan rambut ikal mayang isterinya itu.


"Abang..." panggil Yana, manja.


Semakin lebar senyuman yang terukir di bibir Imran apabila mendengar isterinya memanggilnya itu. "Iya sayang..."


"Jom..." Ajak Yana.


Gembira Imran dibuatnya. Lampu tidur terus di tutupnya. Tubuh kecil isterinya itu ingin dipeluk erat tetapi pantas isterinya mengelak.


"Abang ni dah kenapa? Tetiba bertukar jadi harimau jadian. Nak terkam aja kerjanya." Kata Yana yang sudah pun berdiri di sisi katil.


Imran tergelak kecil.


"Ofcauselah. Dah sayang ajak abang kan. Jom."


Kali ni, Yana pulak yang tergelaknya.


"Memanglah Yana ajak tapi bukan ajak ehem-ehem tu..."


"Habis tu?"


"Yana nak ajak abang pergi tengok anak-anaklah..."


"Alaa..." Imran tayang muncung. Merajuk kononnya.


Yana tersenyum sumbing melihat gelagat encik suaminya itu. Merajuk ler tu... Alahai! Macam peel anaknya yang bongsu tu. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit tayang muncung donald duck tu. Haish!


"Abang sayang..." panggil Yana, lembut.


Imran berpeluk tubuh. Masih dengan ragam rajuknya. Sedangkan di dalam hatinya sudah tersenyum riang kerana isterinya bakal memujuknya sebentar nanti.


Panggilannya tidak bersahut. Bibirnya sentiasa terukir dengan senyuman.


"Merajuk ke?" Tanya Yana, lembut.


"Tak." Jawabnya, sepatah tanpa menoleh ke arah isterinya.


"Tak? So, TAK PAYAHLAH Yana pujuk abang."


"Erk?"


"Memandangkan suami tercinta Yana ni tak merajuk, jadi bolehlah Yana pergi tengok anak-anak sekarang ni. Bye-bye, my lovely husband." Kata Yana, bersahaja. Kemudian, dia segera beredar pergi meninggalkan encik suaminya yang terkebil-kebil di atas katil.


Imran mengelengkan kepalanya. Merajuk konon. Last-last, kena pujuk diri sendiri. Apa daaa... Siaplah sayang nanti. Memang nak kena tau...


Dia berbaring di atas tilamnya yang empuk ini sambil tangannya kembali mencapai telefon bimbitnya. Lebih baik dia layan games mobile lagend. Bolehlah merawat hatinya yang tengah rawan ni. Rawanlah sangat. Sebenarnya, bukan dia merajuk betul-betul pun. Saja nak menyakat isterinya. Sekadar nak bermanja aja. Hehehe...


Tukk Tukkk...

Tukk Tukkk...


"Masuklah. Pintu tak berkunci pun." Laung Suhaila dari dalam.


Tombol pintu segera di pulas dan bayangan Yana muncul disebalik pintu. "Boleh mama masuk?" Tanya Yana sambil melangkah masuk.


"Nak kata tak boleh tapi mama dah masuk pun kan." Usik Suhaila.


"Yeke? Mama tak perasan pulak." Balas Yana sambil tergelak kecil. Dia melabuhkan punggung disebelah anak daranya itu. "Papa kata kakak tengah praktis menyanyi tadi. Untuk apa?"


Suhaila mengulum senyuman.


"Esok, kelab kebudayaan kakak ada buat pertandingan ma. Semua member kelab kena ambil alih. Tak terkecuali. Tu yang kakak duk praktis menyanyi sambil main gitar ni." Beritahu Suhaila, beriya-iya.


Yana sekadar mengangguk.


"Kakak nak nyanyi lagu apa nanti?" Soal Yana penuh minat.


"Lagu Zombie dari The Cranberries. Kakak nak buat secara akustik, ma." Beritahunya lagi.


"Wah! Lagu favourite mama tu..." ujar Yana, teruja. "Bak sini gitar tu. Mama nak goreng satu lagu. Ingat kakak seorang jer ke yang pandai main gitar. Mama pun pandai juga tau."


Suhaila kaget. Nak tak nak, gitarnya itu bertukar tangan. Biar betul mama aku ni. Pandai ke main gitar? Ke pandai goreng (tipu) anaknya ni aja?


Yana berdehem seketika, membetulkan suaranya. Gitar di tangan di tilik sebentar.


"Mama pandai ke main gitar ni?" Tanya Suhaila, ingin tahu. Dia tak berapa yakin dengan mamanya ni. Kang tak pasal-pasal putus tali gitarnya dikerjakan.


"Belum try belum tahu sayangku." Jawab Yana sambil memetik tali gitar. Huh! Sumbang...


Suhaila menggaru kepala yang tidak gatal.


"Jangan pandang mama sebelah mata tau..." kata Yana, bersahaja. Dengan lafas 'Bismillah', dia mulai memetik tali gitar. Melodi lagu yang dimainkannya ini amat dikenali oleh anaknya. Zombie by The Cranberries.


Another head hangs lowly

Child is slowly taken

And the violence caused such silence

Who are we mistaking?

But, you see it's not me

It's not my family

In your head, in your head

They are fighting


With their tanks and their bombs

And their bombs and their guns

In your head in your head they are crying


In your head

In your head

Zombie, zombie, zombie, ei, ei

What's in your head?

In your head

Zombie, zombie, zombie ei, ei, ei, oh do do do do do do do do


Tepukan bergema. Yana dan Suhaila terkejut. Terhenti terus bunyi petikkan gitarnya.


"Wah! Sedapnya suara mama. Boleh jadi penyanyi ni." Puji Haikal, anak kedua Yana dan Imran. Dia melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya itu.


Sejak bila dia muncul di muka pintu pun Yana dengan Suhaila tak sedar.


"Ha'ah, ma. Suara ma best sangat. Kakak suka dengar ma nyanyi. Kenapa ma tak jadi penyanyi jer?"


Soalan itu mengundang tawa Yana.


"Kalau mama jadi penyanyi, mama takkan pilih papa kalian tau. Sah-sah mama akan pilih Fattah Amin tu. Dah ler pandai berlakon. Lepas tu, pandai menyanyi pulak tu." Kata Yana sekadar bergurau senda.


Suhaila dan Haikal ketawa kecil mendengarnya.


"Abang dah siap buat homework ke belum?" Tanya Yana kepada anak keduanya yang sedang duduk di sebelah kirinya ini. Gitar di tangan dikembalikan ke pemilik asalnya.


"Abang baru jer siapkan homework, ma. Abang on the way nak ke dapur tadi. Nak minum air tapi bila lalu kat bilik kakak, terus dengar suara ma menyanyi. Tu yang abang singgah sini sekejap." Beritahu Haikal dengan panjang berjela.


Yana tersenyum senang.


"Dah malam ni. Abang pergi masuk bilik. Tidur. Kakak pun sama tau. Mama nak pergi tengok adik sekejap. Goodnight, sayangku." Ucap Yana sebelum mencium umbun-umbun anak dara dan anak terunanya itu sebelum dia beredar ke bilik anak bongsunya pulak.


"Goodnight, mama." Ucap mereka serentak.


"Goodnight juga kak." Ucap Haikal kepada kakaknya.


"Goodnight adikku." Ucap Suhaila, pula. Dia melihat bayangan mama dan adiknya sudah pun hilang disebalik pintu. Gitar kesayangannya itu diletakkan di tepi katil. Matanya sudah mengantuk. Sebelum dia lena di buai mimpi, dia menadah tangan ke langit dan mulutnya terkumat-kamit membaca doa tidur. Sesudah itu, dia terus berbaring dan terus terlena di ulit mimpi.


Daun pintu dikuak dari arah luar. Yana menjengahkan kepalanya. Ternyata anak bongsunya itu sudah pun tertidur dengan lena. Penat sangat ler tu...


Yana melangkah masuk ke bilik tidur anak bongsunya itu. Comeinya anak mama ni tidur...


Selimut yang terlipat elok itu di tarik dengan perlahan oleh Yana. Dia menyelimuti tubuh anak bongsunya itu separa dada sahaja. Yana mengusap rambut halus anak bongsunya itu sebelum mengucup dahinya.


Setelah tiada apa lagi yang perlu dia lakukan, dia segera berlalu pergi menuju ke kamar tidurnya. Waktu untuknya beristirehat pulak.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.