Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 13

"Terbaiklah you kak." Puji Lashmi dengan slang indiannya. Ibu jarinya dinaikkan, menunjukkan thumbs up.


Yana tersenyum senang. "Okay tak tu?" Soalnya sambil menunjukkan ke arah tepi bibirnya.


Lashmi yang mengerti segera menganggukan kepalanya. Dia tahu tepi bibirnya ni sudah membiru gara-gara ditumbuk oleh salah seorang budak Achong tadi. Sebelum kedatangan bos dan kawan-kawannya.


"Lain kali, hati-hati. Jangan alpa walaupun sesaat. Waspada sentiasa. Kalau silap sikit, itu yang dapatnya..." pesan Yana kepada Lashmi dan budak-budaknya yang lain.


Mereka hanya menganggukan kepala tanda mengerti.


"Thia..." panggil Yana.


"Iya, saya." Sahut Thia sambil berlari anak mendekati bosnya itu.


"Pergi kedai sekejap. Belikan air batu cincin tu satu pek kecil. Nak tuamkan muka kawan-kawan awak yang dah membiru ni, haa..." arah Yana, bersahaja.


Thia menurut perintah dan bergegas menuju ke motorsikalnya. Setelah enjin dihidupkan, dia segera memecut pergi.


"Lashmi, Ai Lin, Mona dengan Lynn, kau orang boleh berehat. Duduk dediam kat sana tu. Yang lain, akak nak kau orang berlatih sekarang juga." Arah Yana, tegas.


Lashmi, Ai Lin, Mona dan Lynn menonong mendekati sofa lapuk yang berada di hujung sudut bangunan lama tu. Punggung mereka dilabuhkan di situ. Walaupun sofa itu kelihatan sudah agak lapuk tetapi masih boleh menampung berat mereka lagi tau.


Lisa, Nani, Ema, Rita dan Sherry sudah bersiap siaga. Yana tersenyum senang apabila melihat budak-budaknya yang agak bersemangat tu. Untuk hari ini, dia mahu budak-budaknya berlatih secara berpasangan. Seorang tugasnya hanya menyerang manakala seorang lagi tugasnya hanyalah bertahan selagi termampu. Selepas setengah jam berlatih, mereka kena bertukar posisi. Yang menyerang kena bertahan. Begitu jugak dengan yang bertahan. Dia harus menyerang pulak.


"Nani, awak berpasangan dengan Sherry. Rita dengan Ema..."


"Takkan saya berlatih sesorang kak?" Soal Lisa, ingin tahu. Dia seorang jer yang tak ada pasangan. Mana adil macam ni. Alaa...


"Kenapa? Tak suka ke berlatih sesorang?" Tanya Yana, dengan lagak bersahaja.


"Tak syoklah kak. Tak extrem kalau sesorang berlatihnya. Nak juga ada partnernya." Adu Lisa penuh beriya-iya.


"Kalau macam tu, awak berlatih dengan akak jer lah." Kata Yana, sambil tersenyum.


"Erk?" Lisa kaget. Dia meneguk air liurnya. Kelat. Berlatih dengan bos sendiri? Takutnya...


"Lisa dengan akak. Thia nanti berlatih sesorang." Ujar Yana lagi.


Nani, Sherry, Rita dan Ema sudah mengulum senyum. Nasib baik mereka ada partner. Kalau tak, mahu kena berlatih dengan bos sendiri. Seriau weiii...


"Tak apalah, kak. Saya rela berlatih sesorang." Balas Lisa, bersahaja.


Dahi Yana sudah berkerut seribu.


"No. Tadi kata tak syok berlatih sesorang kan. So, awak tetap kena berlatih dengan akak. No excuse..." Yana bertegas.


"Tak nak...." jerit Lisa sambil melarikan diri.


Yana terkejut. Dia tak sangka budaknya itu akan melarikan diri daripada berlatih dengannya. Bertuah punya budak. Nak kena ni...


Bermulalah sesi kejar mengejarnya.


Nani, Sherry, Rita dan Ema sudah tergelak kecil melihat gelagat Lisa dengan bosnya itu. Boleh pulak main kejar-kejar kan.


"Awak semua tak payah nak gelak sangat. Berlatih cepat." Arah Yana, tegas.


Kalut mereka dibuatnya. Pantas mereka berlatih tanpa mempedulikan Lisa yang sedang dikejar oleh bosnya itu.


Yana bertambah geram dengan budaknya yang seorang ni. Boleh pulak dia ajak kita main kejar-kejar. Memang betul-betul nak kena ni...


Lisa berlari ke arah kawan-kawannya yang sedang duduk bersantai di hujung sudut tu. Yana melajukan speed lariannya. "Tepi sikit..." pinta Yana.


Lashmi dan Mona yang sedang bersandar di sofa itu segera memberikan laluan.


Yana terus panjat sofa tersebut dan melompat ke arah belakang sofa dan akhirnya dia berjaya memerangkap Lisa yang kini sudah tercengang di hadapannya. "Mana mau lari,ha..." tanyanya sambil menghalang larian budaknya itu.


Lashmi, Mona, Ai Lin dan Lynn sudah tergelak kecil melihat gelagat Lisa dan bosnya tu.


Lisa sudah tersenyum nakal. Dia berundur setapak dua tapak tetapi setapak dia berundur setapak juga Yana melangkah ke hadapan.


Yana sudah tersenyum sambil mengangkat keningnya. Nampak sangat nakalnya tu.


Lisa pantas berpusing ke belakang dan cuba melarikan diri tetapi malang sekali baginya apabila Yana sudah mencekak leher bajunya dari arah belakang. Lisa mengulum senyum lalu dengan tangkas dia berpusing ke hadapan dan berjaya membuatkan bosnya melepaskan leher bajunya itu.


Kini, mereka saling berhadapan. Yana dan Lisa sudah bersiap siaga. Senyuman tak lekang terukir di bibir mereka. Di antara mereka, siapakah yang akan menjadi penyerang terlebih dahulu?


Dengan bersemangat, Lisa pantas melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke bahagian muka bosnya itu.


Yana yang sudah bersiap sedia, pantas menangkis serangan yang diberikan. Ditepisnya penumbuk Lisa dengan lagak bersahaja. Kemudian, dia menunggu serangan yang seterusnya. Sambil menunggu dia sempat memerhatikan setiap gerak geri Lisa ketika hendak menyerangnya. Dia ingin pastikan budaknya itu tidak tersilap langkah. Kalau ada yang salah, dia boleh tegur dan boleh menyuruhnya perbaikikan langkah-langkahnya itu supaya tak nampak sumbang sangat.


Kali ini, Lisa cuba menyerang di bahagian kaki pulak. Dia melepaskan tendangan padu di bahagian kepala lutut bosnya tetapi sama seperti tadi. Bosnya itu berjaya menangkis serangannya itu dengan penuh bergaya sekali. Lisa merengus kecil. Geram pulak hati kita dibuatnya...


Disebabkan dia geram dengan bosnya, lalu dia bertalu-talu menghantar serangan. Sengaja nak menguji ketangkasan bosnya itu.


Setiap serangan yang Lisa hantarkan, mudah dipatahkan oleh Yana. Satu serangan pun tak bisa kena di tubuh badannya ni. Semuanya ditepis dengan tangkas sekali.


Yana tersenyum lebar sambil mengangkat keningnya apabila matanya bertentangan dengan Lisa. Saja bikin panas line budaknya itu.


Huh! Lisa melepaskan keluhan kecil. Susah betul dia nak tewaskan bosnya ni. Satu serangan pun tak kena. Haish! Kalau dapat tumbuk sekali pun dah cukup weiii... Ini tidak, semua serangannya di tepis macam tu jer. Dahsyat betullah bos aku ni. Akhirnya, dia terpaksa mengangkat kedua belah tangannya. Menandakan bahawa dia sudah mengaku kalah.


Senyuman manis terukir di bibir mungil Yana. "Jangan cepat mengalah." Katanya sambil memasang kekudanya lagi.


Lemah lutut Lisa melihatnya. Nak tak nak, dia kena juga sambung berlatih dengan bosnya ini. Langkah kekudanya turut di buka. Mereka bertentang mata buat seketika. Masing-masing sudah bersiap sedia. Hanya tunggu masa untuk menyerang sahaja.


"Fokus, fokus dan fokus..." Yana meminta Lisa fokus dalam pertarungan.


Lisa mengangguk tanda mengerti.


Kali ini, Yana pulak yang ingin menguji ketangkasan budaknya itu. Dia memulakan serangan di bahagian muka tapi Lisa cepat-cepat menggelak dan ditepisnya pergelangan tangan kanan bosnya itu.


Sasaran seterusnya di bahagian buku lali pulak. Yana cuba memberi tendangan padu di situ tetapi Lisa dapat membaca akal fikirannya lalu dia segera melompat dengan serta-merta. Yana tersenyum senang melihat kecekapan budaknya itu.


Yana membuat serangan yang seterusnya. Sasarannya di bahagian perut pulak. Untuk kali ini, serangannya dilepaskan bertalu-talu.


Mengelabah Lisa dibuatnya. Tak tentu arah dia nak menepis setiap serangan yang diberikan dan disebabkan kepantasan bosnya itu, dia hampir tewas di gelanggang.


Pin Pin...

Pin Pin...


Bunyi hon motorsikal mengejutkan mereka semua. Dikesempatan itu juga, Yana terus bertindak dengan cuba menjatuhkan Lisa dan tindakkannya itu berhasil. Akhirnya, Lisa dapat ditewaskan juga. Tewas kerana kecuaiannya yang mudah hilang fokus.


"Kau orang berlatih tanpa aku. Tak aci betullah." Thia yang baru pulang dari kedai mulai mengomel. Satu pek air batu cincin yang dibelinya segera diberikan kepada kawannya yang sedang menanti itu.


Yana menghulurkan tangan kepada Lisa yang sudah jatuh terduduk di hadapannya ini.


"Akak main tipu." Kata Lisa sambil menyambut huluran tangan bosnya itu.


"Bila masa pulak akak main tipunya?" Tanya Yana dengan dahi yang berkerut.


"Akak ambil kesempatan masa saya terkejut dengar bunyi hon tadi. Tu pasal akak boleh jatuhkan saya. Tak aci betullah." Rungutnya sambil menepuk-nepuk seluar di bahagian punggungnya yang sudah kotor dan berhabuk.


Yana tergelak kecil.


"Aci ada kat estet." Balas Yana sambil menjelir lidah.


Lisa sudah memuncung. Geram ler tu...


"Lain kali, fokus. Jangan cuai sangat. Nanti kalau kena serang dengan musuh, buat macam tu lagi ya. Biar awak teruk kena belasah." Bebel Yana.


Kali ni, Lisa pulak yang tayang sengih sambil garu kepala yang tak gatal.


"Benda-benda macam ni, kau orang kena ambil berat sikit. Kalau kau orang hilang tumpuan, musuh akan ambil kesempatan. Dia orang akan tewaskan kau orang dengan begitu mudah. Kau orang nak kalah ke?" Panjang lebar Yana berhujah. Raut wajahnya kelihatan serius sekali. Dia tak nak budak-budaknya tewas dengan musuh-musuhnya yang tunggu masa untuk menyerang lagi.


Lisa dan kawan-kawannya pantas mengelengkan kepala.


"Fokus tu penting. Jangan sesekali hilang tumpuan. Faham?" Tanyanya sambil memerhati setiap wajah yang berada di hadapannya ini.


"Faham, kak." Sahut mereka dengan penuh semangat.


"Bagus! Kalau tak nak kalah, berlatih cepat. Malam ni budak Tiger akan datang. Kau orang kena standby dari sekarang." Beritahunya, tegas.


Sekali lagi mereka menganggukkan kepala, tanda mengerti. Mereka kembali menyambung latihan. Pada awalnya, Thia ingin berlatih sendirian apabila dia dapat tahu Lisa berlatih dengan bosnya. Tetapi, bosnya pantas menyuruh dia berlatih dengan Lisa. Dia segera menurut tanpa membantah sepatah pun.


Langkah kakinya di atur menuju je arah budak-budaknya yang sedang duduk di hujung sudut.


"Ada kurang tak tu?" Tanyanya sambil melabuhkan punggung di sisi budak-budaknya.


Lashmi, Ai Lin, Mona dan Lynn segera berhenti daripada berterusan menuam lebam yang sudah membiru di wajah mereka ketika ini.


"Boleh tahanlah, kak." Jawab Lynn sambil menilik wajahnya di skrin telefon bimbit.


"Lain kali hati-hati." Pesan Yana yang sudah pun bersandar di sofa lapuk itu. Dia melepaskan lelahnya seketika.


Lashmi, Ai Lin, Mona dan Lynn hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Mata mereka kini terarah kepada kawan-kawannya yang sedang berlatih.


Telefon bimbit Yana berdering dengan penuh nyaring. Haish! Kacau betullah... Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluar. Butang hijau ditekan lalu telefon bimbitnya ditekapkan di cuping telinga. "Hello!" Sapanya, perlahan.


"Assalamualaikum, sayang."


Terbeliak biji mata Yana mendengarnya. Dia melihat nama yang tertera di skrin. Oo...ho! Encik suami yang call lah. Err...


"Waalaikumusalam, abang." Jawabnya separuh berbisik.


Lashmi, Ai Lin, Mona dan Lynn segera meninggalkan Yana sendirian di situ. Mereka ingin bergabung dengan kawan-kawannya yang sedang berlatih dan mereka juga ingin memberi ruang kepada bosnya untuk bergayut dengan cik abang...


"Sayang masih marah abang lagi ke?" Tanya Imran, ingin tahu.


"Yana geram je." Balas Yana masih dengan nada yang sama. Separuh berbisik. Takut budak-budaknya terdengar pulak.


Imran mengeluh kecil di hujung talian.


"Sorry, sayang." Mohonnya, sayu.


Pilu rasa hatinya ini apabila mendengar nada suara encik suaminya itu.


"Yana pun nak minta maaf dengan abang juga sebab Yana ada marahkan abang tadi. Sorry." Sayu suaranya memohon maaf kepada encik suaminya itu.


Imran tersenyum.


"Sayang..." tiaknya, lembut.


"Iya, saya." sahut Yana.


"I love you!" Ucap Imran dengan nada meleret.


Kembang kuncup hati Yana dibuatnya. Ayat keramat tu tak pernah lekang daripada mulut encik suami. Setiap detik dan saat pasti akan diungkapkan ayat-ayat cinta tersebut dan dirinya juga tidak pernah jemu untuk mendengarnya.


"I love you too abang." Ucap Yana, lembut dan manja.


Semakin melebar senyuman yang terukir di bibir Imran apabila ungkapan keramat itu keluar daripada dua ulas bibir mungil isterinya itu.


"Akhirnya dapat juga abang dengar suara manja sayang ni. Abang rindu sangat tau." Kata Imran sambil menatap gambar isteri dan anak-anaknya yang berada di atas meja.


"Abanglah. Cakap benda bukan-bukan lagi. Kan dah rindu." Balas Yana, bersahaja.


Imran tergelak kecil.


"Abang tahu abang salah. Abang takkan cakap macam tu lagi. Rindu sangat kat sayang abang ni. Mmmuahhh."


Amboi! Siap muahhh lagi tu. Kemain encik suami aku ni tau. Suka buat hati aku jatuh berkali-kali. Haish! Bahagianya...


"Yana pun rindu kat abang juga. Rindu sangat tau." Ucap Yana, manja.


Itu aja ke? Takkan tak ada muahhh kut. Aduhai! Sayang abang ni... Saja bikin abang geram kan. Grrr


"Sayanggg..." panggilnya.


"Iya abang." sahut Yana.


"Cium sikit. Rindu." Mintak Imran, bersahaja.


Tergelak kecil Yana mendengar permintaan encik suaminya tu. Boleh pulak dia minta cium dengan kita kan. Ish! Abang ni...


"Sayang, pleaseee..." rayu Imran, separuh merenggek.


Semakin galak Yana mentertawakan encik suaminya itu. Mengada-ngada tau...


"Iyalah-iyalah. Mmmmmmuu..."


Ouchhh! Jerit Sherry dengan penuh lantang.


Jeritan itu membuatkan Yana segera menoleh ke arah budak-budaknya. Terbeliak biji matanya melihat Sherry yang sudah terduduk tu.


"Hoi! Apa hal main tolak-tolak ni?" Jerkah Lisa sambil mencerlung memandang mamat yang baru muncul tu.


Mamat tu buat pekak telinga jer. Dahlah datang tak di undang. Boleh pulak buat perangai kat sini. Huh!


"Hoi! Pekak ke?" Jerkah Lisa lagi.


Mamat tu tayang muka bengis lalu dia cuba menendang perut Lisa dengan niat ingin mendiamkan mulut perempuan itu. Tapi, Lisa sudah pun bersiap sedia. Dengan tangkas dia menepis tendangan tersebut. Huh!


Kurang ajar!


Lisa mulai bengang. Dia ingin membalas serangan itu tetapi di tahan oleh kawannya, Thia.


"Sabar, beb." Suruh Thia sambil mengusap bahu kawannya itu.


Yana mencerlung tajam melihatnya.


"Kenapa tu sayang?" Tanya Imran, ingin tahu. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Macam ada something yang tak kena.


"Abang, nanti Yana call balik ya. Kawan-kawan Yana dah sampai tu. Assalamualaikum." Talian segera dimatikan.


Imran terkejut. Hatinya di landa kerisauan. Haish! Tak tenang hatinya selagi tak tahu apa yang terjadi di sana. Sayang... Jangan buat abang risau. Hmm...


"Mana bos kau orang?" Tanya mamat tu dengan nada separuh menjerit.


"Kau nak apa?" Tanya Yana bersahaja.


Mamat tu terkejut. Dia terus menoleh ke belakang.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.