Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 12

Yana mengeliat kecil di atas katil apabila dia sudah terjaga daripada lenanya yang panjang. Dah pukul berapa ni? Tangannya terkapai-kapai nak ambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja sisi sebelah katilnya itu. Terkebil-kebil matanya melihat jam yang tertera di skrin. Ya Allah... Dah pukul 2.00 petang? Haish! Terlajak tidurlah pulak. Solat Zohor pun tak lagi. Hmm... Dia kalut bangun dari katil dan segera mencapai tuala mandinya yang tersangkut lalu dia meloloskan diri ke dalam bilik air, untuk membersihkan diri.


Sesudah dia membersihkan diri, yang utama sekali dia harus melaksanakan solat Zohornya dahulu. Itu wajib dilakukan kerana solat itu tiang agama.


"Penatnya..." Adu Haikal sambil menghempaskan tubuhnya di sofa empuk yang terletak di ruang tamu.


"Kan? Penat sangat." Adu Suhaila, pula. Punggungnya dilabuhkan disebelah adiknya.


Mereka pulang dari sekolah dengan menaiki bas sekolah yang telah disediakan. Kononnya, mereka tak nak menyusahkan mamanya daripada duk ulangalik ambil mereka di sekolah.


"Abang, nak tahu tak..." kata Suhaila dengan penuh beriya.


"Mana abang tahu kalau akak tak cerita lagi..." nyampuk Haikal.


"Ish! Akak nak ceritalah ni. Abang dengar jer lah." Omel Suhaila.


Haikal tersenyum sumbing. Dia mulai memasang telinga. Tak sabar nak dengar cerita daripada kakaknya itu.


"Akak kena buli kat sekolah tadi tau..." ngadunya, sambil mencemik. Sedih.


Terbeliak biji mata Haikal mendengarnya. "Siapa buli akak? Kawan sekelas ke?" Tanyanya, tegas.


Suhaila mengelengkan kepala. "Budak-budak kelas 4 Cempaka, bang. Si Niza, si Nemah dengan si Noni tu yang buli akak." Adunya, lagi.


"Dia orang buli apa jer?" Tanya Haikal, ingin tahu.


"Ada ke patut dia orang pau akak. Dia orang cakap, mulai hari ni kau kena bayar singgit kat kita orang bertiga. Kalau tak, habis kau kita orang kerjakan. Huh!" Ujarnya, bengang.


Haikal yang mendengar pun turut merasa bengang. "Apa hal dia orang tu? Sebelum ni tak ada pulak dia orang nak mengepau akak kan."


"Tu lah, bang. Akak terkejut sangat tadi. Tetiba jer dia orang tahan akak masa akak on the way nak balik ke kelas tadi. Terpaksalah akak bagi tiga ringgit kat dia orang sebab masa tu akak tengah rushing sangat nak masuk kelas cikgu Norehan kut..." beritahunya, panjang lebar.


"Ish! Abang pulak yang bengang dengan dia orang tu. Huh!" Haikal mendengus kecil. "Lepas ni, kalau dia orang buli akak lagi, akak terus bagitahu abang. Tahulah abang ajar dia orang tu. Memang abang belasah dia orang cukup-cukup." Pesannya lagi dengan riak wajah bengangnya.


"Amboi! Dah kenapa sampai nak belasah orang ni? Abang jangan nak macam-macam, ya. Kang, mama yang belasah abang dulu tau." Nyampuk Yana yang baru muncul.


Haikal sudah garu kepala yang tak gatal. Dia menyengih memandang mamanya yang sudah cekak pinggang di hadapan mereka. "Kesian akak, ma. Akak kena buli kat sekolah tadi. Kalau abang tahu memang nahas budak tu abang kerjakan."


"Betul ke akak?" Tanya Yana, ingin tahu. Dia sudah melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan anak-anaknya tu.


Suhaila menganggukan kepala tanda mengiyakannya.


Yana mulai soal selidik anak daranya itu. Dia ingin tahu apa kejadiannya. Apabila dia dah tahu awal dan akhir ceritanya, barulah dia boleh cari solusinya. Dia akan cuba cari jalan penyelesaian buat masalah anaknya itu. Kepalanya digelengkan apabila anaknya menceritakan apa yang terjadi di sekolah tadi. Amboi! Budak-budak sekolah pun dah pandai nak tunjuk gangster, ya. Tak apa, sayang. Jangan risau. Mama ada kat sini. Tahulah mama nak ajar budak-budak tu nanti. Nak tunjuk gangster sangat kan. "Akak jangan risau. Esok, kalau dia orang datang buli akak lagi, akak buat don't know jer. Akak blah jer dari situ. Tapi, kalau dia orang berani pukul akak, akak terus call mama. Pinjam telefon cikgu kelas akak tu tau. Tahulah mama nak buat apa nanti." Pesannya, serius.


"Okay, ma." Suhaila akur dengan pesanan mamanya itu.


"Wah! Akak kawasan sudah mari..." usik Haikal, sambil tergelak kecil.


Bibir Yana sudah mengukirkan senyuman yang penuh makna. Hanya dia yang mengerti akan maksud tersirat senyumannya itu. "Dah-dah. Pergi masuk bilik. Mandi. Solat Zohor dan lepas tu, turun makan." Arahnya.


Suhaila dan Haikal menurut perintah. Mereka bergegas naik ke tingkat atas menuju ke kamar masing-masing.


Yana pulak sudah ke dapur untuk membantu bibiknya menyediakan makanan tengahari.


"Bik, semua dah siap ke belum?" Tanya Yana yang baru muncul.


"Makan tengahari sudah bibik hidangkan, puan. Tapi, kuih keknya bibik belum potong lagi." Jawab bibik Riyanti sambil mencuci peralatan dapur yang dipakainya tadi di sinki.


Tanpa berlengah lagi, Yana segera settlekan kuih keknya. Dipotong kecil-kecil. Dalam dia leka memotong kuih kek, anak-anaknya pun muncul.


"Ma, ada orang call..." bagitahu Suhaila sambil menghulurkan telefon bimbit kepada mamanya.


"Siapa call?" Tanya Yana sambil tangannya ligat memotong keknya.


"Ai Lin, ma." Jawab Suhaila sambil memandang sekali imbas nama yang tertera di skrin.


Terkejut. Yana cepat-cepat mengambil telefon bimbitnya. Sebelum dia beredar pergi, dia sempat menyuruh anaknya Suhaila menggantikan tempatnya untuk memotong kuih kek tu.


Suhaila mengangguk tanda mengerti. Haikal dan Sofea sudah melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan. Perut sudah berdongdang sayang ni.


"Hello!" Tegur Yana, serius.


"Hello, kak. Akak kena datang sini sekarang juga. "Suruhnya tanpa mukadimah yang panjang berjela.


Berkerut dahi Yana mendengarnya. "Apa pulak kali ni, Lin?"


"Kami kena serang kak."


"Budak-budak Tiger ke?"


"Bukan..."


Talian diantara mereka terputus dengan sendirinya. Yana merengus kasar. Siapa pulak yang berani buat kacau kat tempat dia ni? Grrr... Menyusahkan betullah... 

Yana bergegas meniti anak tangga menuju ke kamarnya. Tas tangannya yang terletak elok di atas meja solek segera di capai dan dia kembali berlari anak menuruni anak tangga. Sebelum dia menuju ke muka pintu, dia sempat menjengah anak-anaknya di dapur. "Akak, mama nak keluar sekejap. Akak jaga adik-adik, ya." Pesannya, dengan nada tergesa-gesa.


"Mama nak pergi mana?" Tanya Haikal, penuh minat. Manakala Sofea pulak sudah memandang mamanya dengan dahi yang berkerut.


"Mama nak jumpa kawan, abang." Jawab Yana.


"Adik nak ikut, ma?" Tanya Sofea sambil cuba turun dari kerusinya.


"No. Tak boleh. Adik duduk kat rumah dengan akak dan abang. Buat kerja sekolah yang cikgu bagi tadi. Balik nanti mama nak tengok. Okaylah. Mama pergi dulu. Assalamualaikum."


"Hati-hati, ma. Waalaikumusalam." Pesan Suhaila dan Haikal serentak. Sofea pulak sudah tayang muncung donald ducknya, gara-gara tak dapat ikut.


Yana tergesa-gesa mengambil kunci keretanya lalu dia segera keluar dari rumahnya. Kereta Myvi kesayangan yang terparking elok di garaj di dekati lalu butang alarm yang berada di kunci segera ditekan. Lock keretanya sudahpun diunlockkan. Tak sampai beberapa minit dia memanaskan enjin kereta, dia segera memecut meninggalkan halaman rumahnya itu. Dia perlu cepat sebab budak-budaknya dalam bahaya. Dia tak mahu budak-budaknya diapa-apakan. Huh!


20 minit kemudian...


Kereta Myvinya segera diparkingkan di kawasan yang selamat. Bangunan lama yang terbengkalai di hadapannya di pandang. Matanya terbeliak apabila ternampak budak-budaknya dibelasah oleh budak-budak dari kumpulan mana entah. Inilah masalahnya... Kita tak cari gaduh dengan orang tapi orang yang cari gaduh dengan kita. Kurang asam betullah... Yana segera buka dashboard lalu dia mencari sesuatu di dalamnya. Bandage dikeluarkan lalu dibalutkan di tangan kanannya, supaya tangannya tak sakit nanti. Apabila sudah siap, dia segera keluar dari dalam perut keretanya. Dia terus berjalan menghampiri bangunan lama yang menjadi markasnya itu dengan riak wajah yang bengis.


"Hoi!" Jerkah Yana, lantang.


Mereka yang sedang sakan belasah budak-budaknya, terkejut. Pantas mereka menoleh ke arahnya dengan tangan yang sedang mencekak leher baju budak-budaknya tu.


"Lepaskan mereka..." arah Yana, dengan riak wajah bengis.


Mereka segera melepaskan leher baju budak-budaknya lalu ditolaknya budak-budaknya itu dengan kasar sehingga mereka jatuh terduduk. Dengan muka yang berlagak hebat, mereka datang mendekati Yana yang sudah bersiap siaga.


Budak-budak Yana berundur ke tepi. Mereka tahu yang bos mereka takkan berdiam diri. Memang cari nahas betul dia orang ni...


"Siapa kau?" Tanya seorang lelaki yang berbadan sasa itu. Matanya merenung Yana dengan tajam.


Yana menghamburkan tawanya. Kedengaran sinis sekali.


"Kau tak kenal aku ke bro?" Soalan berbalas soalan.


Budak-budak Yana turut tersenyum sinis. Apa daa... Kau dah langgar kawasan dia lagi kau nak tanya siapa dia? What the life... Hahaha


"Sebab tak kenallah dia tanya, bodoh." Jerkah seorang perempuan yang berbadan kurus keding. Lagaknya macam bagus sangat.


Yana menghamburkan tawanya sekali lagi. Ini kelakar... Kau dah serang budak-budak aku. Lepas tu, kau boleh tanya, 'siapa aku?' Aduhai! Budak-budak siapalah ni? Sengal yang amat...


"Bro, kau tahu tak ni kawasan siapa?" Tanya Yana, dengan nada tegas.


Mereka berempat saling berpandangan sesama sendiri. Reaksi wajah mereka ke main bengisnya. Lelaki yang berbadan sasa itu kembali menoleh ke arah perempuan yang berdiri di hadapannya ni. "Bodohlah kalau aku tak tahu. Kawasan si Yana lah..." Jawabnya dengan angkuh sekali.


Yana tersenyum sinis. Begitu juga dengan budak-budaknya. Memang kau bodoh pun, bro. Nama aku kau boleh tahu tapi orangnya kau tak kenal. Sedihlah kau ni, bro... Siapalah bos kau kan? Malang dapat budak-budak macam kau orang ni. Huh!


"Kau memang bodoh pun." Ujar Yana sambil tersenyum sinis.


Lelaki yang berbadan sasa itu mulai bengang. Begitu juga dengan kawan-kawannya.


"Aku tak ada masalah dengan kau, jadi kau boleh berambus dari sini." Jerkah lelaki berbadan sasa tu. Merah menyala mukanya menahan amarah.


Yana tergelak besar mendengarnya.


Bertambah bengang lelaki yang berbadan sasa tu. Sakit pulak hatinya dengan perempuan yang baru muncul ni. Huh!


"Bro, kasi hentam dia satu kali." Suruh lelaki yang berbadan kurus kering, berdiri tegap di sebelah kiri lelaki berbadan sasa tu.


Lelaki berbadan sasa itu segera mendekati perempuan yang masih kekal di hadapannya ni. Perempuan itu kelihatan bersahaja jer. Tak ada riak takut yang terpamer di wajahnya. Itu membuatkannya semakin bengang. Tanpa banyak bunyi, dia segera melayangkan penumbuknya tepat ke arah muka perempuan tersebut.


Dengan pantas Yana menggelak.


Lelaki berbadan sasa dan kawan-kawannya itu terkejut melihat kepantasan Yana.


Yana tersenyum sinis.


Lelaki yang berbadan sasa itu cuba melampiaskan penumbuknya sekali lagi dan dengan tangkas Yana dapat menangkap pergelangan tangannya lalu dipulaskan ke belakang, membuatkan lelaki itu meronta minta dilepaskan.


"Kau orang dah buat kecoh kat tempat aku, lagi kau orang nak tanya, siapa aku? Dasar bodoh..." kata Yana sambil melepaskan pergelangan tangan lelaki yang berbadan sasa tu.


Lelaki berbadan sasa dan kawan-kawannya terkejut mendengarnya.


"Jadi, kaulah Yana?" Tanya perempuan berbadan gempal yang daripada tadi hanya jadi pendengar setia sahaja.


"Tak." Jawab Yana sambil menghamburkan tawanya.


Perempuan berbadan gempal tu bengang lalu dia mendekati Yana dan cuba melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke muka Yana pulak.


Yana tangkas menangkis serangan tersebut dengan menepis penumbuk perempuan berbadan gempal tu. Dan dengan pantasnya dia melayangkan penumbuknya pulak.


Perempuan berbadan gempal itu tak sempat nak menggelak lalu penumbuk yang dilayangkan oleh pihak lawan tepat menggena di bahagian pipi kanannya. Dia mengaduh sakit dan mulai meraba tepi bibirnya. Berdarah. Huh! Bengang. Itu yang dia rasakan sekarang ni.


"Kan dah kena..." kata Yana sambil mengibas tangannya.


Kawan-kawan perempuan berbadan gempal itu sudah mengepung Yana. Kini, Yana berada di tengah-tengah mereka.


Yana maintain cool dan relaks. Tiada langsung rasa takutnya terhadap mereka berempat ni. Dia sudah  bersiap siaga untuk menghadapi setiap serangan yang akan ditujukan kepadanya nanti.


"Ehem... Ehem..." Ai Lin berdehem.


Mereka berempat segera menoleh ke belakang. Terkedu. Tergamam. Terkejut. Itulah yang mereka rasakan apabila mereka telah pun di kepung oleh budak-budak Yana. Tadi, bukan ada empat orang saja ke? Sejak bila pulak, ada ramai budak-budak Yana ni? Mampus...


Yana tersenyum sinis. "Serangggg..." jeritnya, lantang.


Budak-budak Yana terus memulakan serangan. Ai Lin, Lashmi dan Ema menyerang perempuan yang berbadan kurus keding tu. Manakala, Mona, Lynn dan juga Thia mulai menyerang perempuan berbadan gempal itu secara serentak. Si Lisa, Nani dan Rita pulak pantas menyerang lelaki berbadan kurus kering itu manakala Sherry bergabung dengan Yana untuk menumpaskan lelaki berbadan sasa yang berlagak tadi ni.


Agak-agak kau oranglah kan, siapa yang akan menang dalam pertarungan ni?


Habis lunyai mereka berempat dikerjakan oleh Yana and the geng. Rasakan... Inilah akibatnya apabila datang rumah orang tanpa bagi salam terlebih dahulu. Kan dah mendapat...


Ai Lin dia mengepitkan tangan kanan perempuan berbadan kurus keding itu apabila perempuan itu jatuh tertiarap. Begitu juga dengan Ema yang sedang mengepit tangan kiri musuhnya itu manakala Lashmi sedang duduk elok di belakang badan musuhnya itu sambil melipatkan kaki perempuan itu ke atas dan memeluknya erat. Pergerakkan perempuan berbadan kurus keding itu telah pun dikunci rapi.


Mona pulak sudah mengunci rapi pergerakkan tangan kanan perempuan berbadan gempal itu.  Musuhnya itu cuba meronta dan rontaannya terhenti apabila Lynn dan Thia serentak mengunci pergerakkannya. Lynn mengunci tangan kirinya sepertimana Mona lakukan manakala Thia sudah memeluk batang lehernya dari arah belakang dan menyebabkan dia mendonggak ke langit.


Lisa memulas kedua belah tangan lelaki berbadan kurus kering itu ke belakang selepas dia menolak lelaki tersebut ke dinding dengan kasar. Musuhnya itu cuba melawan tetapi malang baginya apabila Nani sudahpun mengacukan pisau yang tajam matanya tepat di batang leher lelaki tersebut. Rita hanya mampu tersenyum sinis ketika itu.


Selepas Yana berjaya menjatuhkan musuhnya dengan membuat satu tackle tepat di bahagian buku lali, Sherry terus tak melepaskan peluang dengan mengunci pergerakkan kedua belah kaki lelaki tersebut. Gayanya itu seakan-akan ahli WWE yang sedang mengunci pergerakkan pihak lawan. Dahsyatlah. Manakala Yana pulak sempat menghadiahkan tendangan padu tepat ke bahagian muka lelaki berbadan sasa tersebut apabila ada percubaan melawan yang cuba dilancarkan. Menyembur darah keluar daripada mulut lelaki tu. Kemudian, tanpa rasa bersalah, Yana segera memijak kepala lelaki tersebut dengan kasar.


"Amacam, bro?" Tanya Yana, kasar sambil ditekan kepala lelaki tersebut dengan kakinya.


Hilang terus suara gah lelaki tersebut.


Yana tersenyum sinis untuk sekian kalinya.


"Kau dah langgar tempat aku, lagi mahu tunjuk hero kan. Kau ingat kau dah cukup kuat. Sorry to say lah. Kau bukan lawan aku." Kata Yana, berbau sinis.


Lelaki berbadan sasa itu hanya mampu mendengus kecil.


Yana melepaskan kakinya daripada kepala lelaki tersebut.


"Siapa bos kau?" Tanya Yana, tegas.


Lelaki berbadan sasa itu sempat tersenyum sinis. Mulutnya terkunci rapat. Dia takkan bagitahu siapa bosnya kerana itu yang disuruh oleh bosnya. Biar mereka berempat saja yang tahu.


Yana mendengus kasar. "Kau tak nak bagitahu, eh. Tak apa." Katanya, bersahaja tetapi dia sempat menyuruh Rita mengambil sesuatu.


"Nah, kak." Kata Rita sambil mencampak pisau tajam ala John Rembo kepada bosnya.


Yana menangkap balingan tersebut dengan sempurna. Mata lelaki berbadan sasa itu sudah terjegil melihat senjata yang berada di dalam genggaman Yana tu.


Tanpa disuruh, Rita segera duduk di belakang badan lelaki itu sambil memulas kedua belah tangan lelaki itu ke belakang. Tangan lelaki berbadan sasa itu telah selamat dikunci. Yana pulak sudah duduk mencangkung di hadapan lelaki tersebut.


"Aku tanya sekali lagi. Siapa bos kau?" Tanyanya tegas untuk kali kedua.


Lelaki berbadan sasa itu masih mengunci mulutnya. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang sudah terkunci pergerakkannya itu.


"Aku rasa dengan cara macam ni, baru kau nak bagitahu kut..." kata Yana sambil menghiris sedikit telinga lelaki itu dengan lagak yang bersahaja.


"Arghhhh..." jeritnya. Ngilu. Pedih. Sakit. Itu yang dirasakan oleh lelaki berbadan sasa tersebut. Dia juga dapat rasakan belakang cuping telinganya sudah mengalirkan cecair merah. Kawan-kawannya yang lain terkejut mendengar jeritannya itu.


"Siapa bos kau?" Jerkah Yana, lantang. Pisau yang berada  di dalam genggamannya segaja dimainkan di hadapan mata lelaki tersebut.


Lelaki berbadan sasa tu masih mengunci rapat mulutnya. Tiada tanda-tanda bahawa dia ingin bersuara. Sepi tanpa kata. Sanggup mengunci mulutnya walaupun nyawa di hujung tanduk. Huh!


Yana mengelengkan kepalanya. Dia sudah hilang sabar. "Kau ni dah buat aku hilang sabarlah, bodoh." Jerkahnya sambil meletakkan hujung pisau itu tepat di belakang cuping telinga lelaki itu.


Terbeliak biji mata lelaki tersebut apabila dia merasakan mata pisau tu merayap di telinganya.


Yana menunggu untuk sesaat tetapi masih tiada jawapan lagi, lalu dengan bersahaja dia menghiris telinga lelaki itu secara perlahan.


"Arghhhhhh..." jeritnya sambil mengetap bibir, menahan rasa sakit.


Jeritan itu tidak dihiraukan oleh Yana. Dia semakin menghiris telinga lelaki tersebut sehingga darah lelaki itu menitik-nitik ke lantai.


"Okay-okay. Aku bagitahu..."


Akhirnya, lelaki berbadan sasa itu mengalah juga. Ingatkan sanggup mati demi bos tapi.... hampeh!


Kawan-kawannya mendengus kecil.


"Siapa?" Tanya Yana, kasar.


"Achong." Jawabnya, sepatah.


"Achong? Mamat tak guna tu. Huh!" Yana terkejut mendengarnya. Bengang pun ada juga ni. "Kau cakap kat Achong, jangan jadi penakut sangat. Suruh dia jumpa aku dekat sini esok. Tepat pukul enam petang. Aku nak fight dengan dia, one by one. Itu pun kalau dia beranilah..." katanya lagi sambil ketawa sinis.


Lelaki berbadan sasa itu hanya mampu mengangguk lemah.


Yana tersenyum puas lalu dia segera meminta budak-budaknya melepaskan mereka semua.


Lelaki berbadan kurus kering itu mendekati kawannya lalu dipapah kawannya itu dan mereka berempat segera beredar pergi meninggalkan kawasan Yana.


Yana dan budak-budaknya hanya memerhati sehingga bayangan mereka berempat hilang daripada pandangan mata.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.