Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 3

"Aku tahu kau orang ni tak ada adab tapi jangan biadab, boleh tak? Dengan orang tua pun nak berkasar." Omel Lisa dengan raut wajah yang serius.


Budak-budak Rozy tersenyum sinis.


"Ada... Ada... Ada aku kesah?" Jawab Adib sambil tergelak kecil. Diikuti kawan-kawannya.


"Kau tak kesah tapi aku kesahlah, bodoh." Jerkah Thia, marah. Dalam sepuluh orang budak Yana, dia nilah yang cepat panasnya. Sekejap je darahnya boleh mendidih.


Jerkahan tersebut membuatkan budak-budak Rozy terhenti gelak tawanya. Mereka memandang Thia dengan mata yang sengaja dijegilkan.


Mereka ingat dengan menjegilkan biji mata tu, mampu membuatkan Thia ketaq lutut. Nampak gayanya, mereka silap besarlah. Tiada sedikit pun rasa takut yang datang bersarang di dalam diri Thia. Malahan, dia membalas pandangan budak-budak Rozy dengan renungan yang tajam.


"Ek'eleh, minah keding ni. Bajet macam kita takut jer der..." kata Adib sambil tergelak sinis.


Thia merengus kasar.


"Cakap banyak tak guna. Mari sinilah hakak-hakak TONG DRUM oiii..." balas Thia sambil tergelak besar. Diikuti dengan kawan-kawannya.


Kali ini, budak-budak Rozy yang merengus kasar.


"Kurang ajar kau, perempuan." Jerkah Adib, marah. Terjegil-jegil biji matanya.


"Badan sado tapi hati sentap, doh..." perli Thia yang sangat berbisa.


Lisa, Rita dan Sherry tergelak kecil mendengarnya. Amek kaw! Kan dah kena... Jangan main-main dengan si Thia ni. Mulut dia boleh tahan juga. Mulut tak ada insuran punyalah. Sekali dah bersuara, sentap sampai ke hulu hati.


"Tak guna punya, perempuan." Marah Adib sambil mengenggam kerusi plastik yang berada di hadapannya ni.


Thia tak duduk diam. Dia menjelirkan lidahnya kepada Adib. Sengaja ingin membakar hati budak-budak Rozy tu.


"Tak guna kau..." jerkah Adib sambil mencampakkan kerusi plastik itu tepat ke arah budak-budak Yana.


Pantas Thia, Lisa, Rita dan Sherry mengelakkan diri daripada terkena kerusi itu. Mereka berpecah apabila budak-budak Rozy datang mendekati mereka.


Mereka berempat hanya menanti serangan daripada budak-budak Rozy. Bak kata kak Yana, "Pertama, kita kena tengok pergerakkan musuh. Kedua, biar musuh yang serang kita dahulu dan kita hanya perlu bertahan dan yang ketiga, barulah kita buat serangan balas."


Budak-budak Yana bersiap siaga. Mereka hanya menanti.


Thia vs Adib, Lisa vs Bad, Rita vs Fad dan Sherry vs Ram...


One by one atau satu lawan satu...


Adib yang masih tidak berpuas hati, mulai menyerang Thia dengan mencuba melepaskan tumbukannya tetapi tidak berjaya apabila dengan tangkasnya Thia mengelak. Itu membuatkan Adib merengus kasar. Dia berjalan mengelilingi musuhnya manakala Thia hanya melihat dengan menggunakan hujung matanya sahaja. Dia menunggu serangan yang seterusnya.


Kali ini, dengan raut wajah yang bengis Adib berlari mendekati musuhnya. Thia terkejut. Dia dapat merasakan yang bumi ni bergegar akibat larian Adib yang berbadan gempal itu. #SempatLagiTu...


Thia bersiap sedia. Matanya tajam memerhati pergerakan lawannya.


Adib cuba untuk menyerang di bahagian kaki musuhnya tetapi Thia lagi pantas bertindak. Dia dapat melepaskan dirinya daripada menjadi mangsa Adib yang bengis itu.


Untuk sekian kalinya, Adib merengus kasar. Raut wajahnya berubah merah padam. Nampak gayanya, gajah sudah menggamuk ni...


Thia pantas melarikan diri apabila Adib mengejarnya. Tak jauh mana pun dia lari. Hanya berlari di dalam kedai yang dah macam tongkang pecah tu. Si Adib yang berbadan gempal itu agak sukar untuk berlari di kawasan tersebut. Dia terpaksa mengalihkan kerusi meja yang berselerakan manakala Thia hanya sekadar melompat untuk mengelak kerusi meja yang berselerakan di lantai. Al-maklumlah, tubuh badannya yang kecil dan ringan itu membuatkannya lebih mudah melompat ke sana dan ke sini. Berbeza sekali dengan Adib yang berbadan sado a.k.a gemuk gempal gedempol itu.


Adib mulai mengah dan mencunggap. Penatnya. Dia berhenti daripada berterusan mengejar Thia yang licik itu.


"Makcik oii, takkan dah penat kut? Mehlah sini. Cepatlah." Thia sengaja membakar line. Dia mengamitkan tangannnya supaya musuhnya datang mendekat. "Come to me, sayang sayang sayang..." nyanyi Thia sambil bergoyang ala-ala Dato Vida. Nakal betullah...


Adib merenung Thia dengan tajam. Kecik besar kecik besar jer dia pandang budak keding ni. Kurang ajar betullah...


Thia tersenyum sinis. Dia tahu yang musuhnya sudah kepenatan dan lelah. Tulah. Siapa suruh menternak lemak-lemak kat badan tu? Baru kejar sikit dah berhenti. Ish ish ish...


"Oii makcik, kalau dah tak larat tu, pergi ajak kawan-kawan kau balik ajalah. Buat penat jer." Ujar Thia, lantang.


Adib bengang lalu dia mengambil kerusi plastik yang berada di hadapannya itu dan dengan sekali humban sahaja kerusi plastik itu sudah melayang ke arah Thia.


Thia yang sudah bersiap sedia terus melompat dan melakukan satu libasan ke atas kerusi tersebut. Kemudian, dia berlari dengan pantas dan melompat ke atas kerusi yang masih elok terletak di hadapan musuhnya itu lalu dia melompat sekali lagi dan kali ini dia ingin sasarkan tendangan padunya ke bahagian dada musuhnya pulak.


Ternyata sasarannya tepat di bahagian dada musuhnya yang bengis lagi annoying tu.


Adib kaget melihat pergerakkan tersebut sehinggakan dia tidak sempat hendak menggelak dan dia juga tidak menyangka bahawa minah keding di hadapannya ini sehebat itu. Dadanya di pegang dengan raut wajah yang berkerut seribu. Sakitttt yang tak terhingga...


"Amacam? Power tak?" Soal Thia sambil tergelak sinis.


Adib merengus. Dia merasa geram dengan diri sendiri kerana dirinya kalah dengan budak kecik. Dia tak berdaya nak meneruskan perlawanan ini disebabkan dadanya yang sakit akibat tendangan yang padu itu.


Thia masih bersiap siaga di hadapan musuhnya. Mana tahu, kalau musuhnya tiba-tiba buat serangan hendap ke kan.


"Kau menang." Ujar Adib, perlahan.


Thia terkejut.


"Apa dia?" Soal Thia, inginkan kepastian.


Adib merengus kasar. Nak tak nak, dia kena cakap juga.


"Kau menang." Jawabnya, perlahan.


Thia tersenyum sinis. Begitu juga dengan kawannya yang lain.


"Cakap kuat sikit." Suruh Thia, bersahaja.


Adib merenung Thia dengan tajam.


"Kau menanggggg..." jeritnya.


Thia melepaskan tawanya. Dia datang menghampiri Adib tetapi Adib berundur ke belakang sikit demi sikit. Takut ler tu...


"Kesian. Kalah, ya." Perli Thia sambil menepuk bahu Adib dan dia terus berlalu pergi manakala Adib merengus kasar. Tak guna punya perempuan. Hari ni kau menang. Esok lusa aku akan pastikan kau tewas di tanganku. Huh! Adib menyimpan dendam terhadap Thia.


"Satu, kosong..." kata Lisa sambil memandang Bad yang kelihatan bengang itu.


Kini, tiba giliran mereka pulak.


Lisa membuka langkah kekudanya. Dia sudah bersiap sedia untuk beradu domba dengan Bad yang merenungnya bagaikan nak ditelannya itu manakala Thia, Rita dan Sherry hanya memerhatinya. Mereka memberikan ruang untuk Lisa dan Bad berentap.


Pak Hamid, pemilik kedai makan itu sudah tercengang melihat budak-budak perempuan berlawan manakala pelanggan kedai makan tersebut sudah melarikan diri. Mereka tak nak menjadi mangsa kekasaran budak-budak perempuan ni.


Muka Bad sudah merah padam kerana menahan amarah yang semakin membara di hatinya ini. Dia berjalan sedikit lalu tanpa di duga, dia segera memijak kaki meja yang sudah hampir patah itu. Lisa yang melihat agak terkejut sedikit.


Kaki meja terus patah apabila dia memijaknya. Dia mengambil kaki meja tersebut sambil merenung tajam ke arah Lisa.


Gulp! Lisa meneguk air liur dengan payah apabila musuhnya datang mendekati sambil memegang besi kaki meja tu. Dia bersiap siaga. Jangan gentar walau sedikit sekali pun.


Dengan penuh amarah, Bad terus memulakan serangan dengan menghayunkan besi kaki meja itu ke tubuh kecil musuhnya. Lisa yang melihat sudah terbeliak biji mata lalu dengan gerakkan yang pantas, dia segera berundur ke belakang untuk mengelak. Fuh! Nasib baik sempat elak. Kalau tak, mahu kena sosah dengan besi kaki meja tu. Sakit ooo...


Bad merenung Lisa dengan tajam. Pandangannya tu macam nak telan Lisa hidup-hidup jer.


Lisa masih statik di tempatnya. Renungan tajam musuhnya itu dibalas tanpa rasa takut. Dia takkan menyerah kalah dengan mudah dan dia akan cari peluang untuk membuat serangan balas.


Bad mendekati musuhnya dengan perlahan lalu dia menghayunkan besi kaki meja itu sekali lagi. Sasarannya di bahagian kaki musuhnya agar pergerakkan musuhnya terbatas tetapi Lisa lebih bijak dengan melompat tinggi lalu dia membuat libasan di bahagian tangan musuhnya itu. Besi kaki meja terus terlepas dari genggamannya, akibat libasan yang cukup padu itu.


Suka hati kau jer nak sosah aku dengan besi kan. Kan dah mendapat... Itu baru sikit aku bagi. Huh! Monolog Lisa, sekadar di dalam hati. Matanya masih tajam memandang musuhnya.


Bad merengus kasar. Dia semakin geram dengan budak-budak Yana ni. Dia membongkokkan tubuh badannya sedikit untuk mengambil besi kaki meja yang jatuh tadi.


Lisa sudah tersenyum sinis. Peluang ini dia tidak akan sia-siakan lalu dia berlari dengan pantas menuju ke arah musuhnya itu.


"Bad, hati-hati..." jerit kawan-kawannya.


Bad terkejut mendengar jeritan tersebut lalu dia mendonggakan kepalanya. Terbeliak biji matanya apabila melihat musuhnya sudah semakin hampir dengan dirinya ni. Dia cepat-cepat mengambil besi kaki meja tersebut lalu dia ingin menghayunkannya tetapi dia dah terlambat apabila Lisa sudah pun melayangkan tumbukannya tepat ke arah mukanya ini. "Arghhh..." jeritnya. Bad terundur ke belakang dan sekali lagi besi kaki meja itu terlepas dari tangannya. Tepi mulut Bad sudah berdarah gara-gara tumbukan tersebut.


Besi kaki meja yang terlepas itu di ambil oleh Lisa. Dengan raut wajah yang bengis dia datang mendekati musuhnya. Besi kaki meja itu di angkat tinggi lalu dihayunkan ke arah musuhnya tetapi dengan bersahaja Bad dapat menangkap besi kaki meja tu dan tanpa di duga oleh Lisa, Bad terus melepaskan tumbukan di bahagian perutnya. Bukan sekali tapi berkali-kali.


"Arghhhh..." jerit Lisa, nyaring. Tersembur darah dari mulutnya.


Thia, Rita dan Sherry terkejut melihatnya. Mereka ingin menghantar pertolongan tetapi dihalang oleh Lisa.


Bad semakin ghairah menumbuk musuhnya yang semakin lemah.


"Jangan pernah menyerah kalah. Berjuanglah habis-habisan dan jangan biarkan mereka menang dengan mudah..." pesan Yana kepada budak-budaknya.


Lisa kembali bersemangat apabila pesanan kak Yana berlegar di fikirannya. Dia harus berjuang ke titik penghabisan.


Bad yang ingin melampiaskan penumbuknya yang terakhir ke bahagian perut musuhnya, terkejut apabila Lisa berjaya menangkap pergelangannya itu. Dengan sepenuh tenaga, Lisa melepaskan satu tumbukan di bahagian perut musuhnya. Mengaduh Bad dibuatnya. Bukan itu saja, Lisa turut melepaskan tumbukan di bahagian pipi kanan Bad. Tumbukannya itu dilepaskan bertalu-talu tanpa sempat Bad mengelak. Tersembur darah keluar daripada mulut Bad. Segera dia memberhentikan serangan. Bagi can kat musuhnya untuk ambil nafas sekejap.


Kawan-kawan Bad terkejut melihatnya. Mereka ingin menolong tetapi turut di tegah oleh Bad. Dia ingin mengalahkan Lisa sendirian tanpa bantuan kawan-kawannya itu.


Kawan-kawannya terpaksa mengalah. Mereka sekadar memerhati sahaja.


Riak wajah Bad kelihatan bengis sekali. Perasaan amarahnya sudah sampai ke puncak yang tertinggi. Tanpa berfikir, dia terus berlari ke arah Lisa untuk melampiaskan amarahnya itu. Dia ingin menumbuk muka musuhnya tetapi Lisa dengan tangkas dapat mengelak lalu dia melompat tinggi dengan kedua belah kakinya terus memberikan tendangan yang padu di bahagian pinggang Bad.


"Arghhh..." jerit Bad, kesakitan. Tangannya memegang pinggangnya yang sakit itu. Bisa sekali.


Kawan-kawan Bad, tergamam.


Dengan penuh keberanian, Lisa datang mendekati tetapi Bad mulai berundur ke belakang sikit demi sikit. Dia mulai takut dengan musuhnya itu. Nampak aja dia berbadan kecil tapi dia agak berani menentang lawannya, walaupun saiz lawannya itu berlipat ganda daripada saiz badannya ini.


Senyuman sinis terukir dibibir Lisa. Ibu jari kanannya dinaikkan tetapi tidak lama kemudian, dia menurunkan ibu jarinya pula. "Loser..." katanya perlahan.


Huh! Bad merengus kasar tapi dia tak berani menghampiri musuhnya itu. Tak apa. Sekarang aku kalah tapi esok lusa aku akan pastikan kau pulak yang kalah. Itu tekad Bad.


"Dua, kosong. Tahniah beb." Ucap Thia sambil menepuk bahu Lisa. "Sekarang, giliran kau orang pulak." Kata Thia sambil memandang ke arah Rita dan Sherry.


Gulp! Mereka berdua meneguk air liur. Mata mereka tepat memandang Fad dan Ram yang sedang merenung tajam ke arah mereka berdua ni.


Fad dan Ram sudah mara ke hadapan. Menanti budak-budak Yana masuk ke dalam gelanggang.


"Apa tunggu lagi? Pergilah..." arah Thia sambil menolak kawan-kawannya agar mara ke hadapan.


Rita dan Sherry tergamam. Mereka berdua nampak takut sekali. Dup dap dup dap... Detak jantung mereka jangan cakaplah. Dah macam kompang di palu. Berdegup laju macam mereka sedang lari marathon ketika ini.


"Steady, beb. Kau orang pasti boleh." Kata Thia, sekadar bagi semangat.


Senyuman sinis terukir di bibir Fad dan Ram. Mereka mulai berfikir yang mereka pasti mudah mengalahkan budak-budak Yana yang berada di hadapan mata ni. Musuh mereka yang ni nampak penakut sikit. Mesti senang nak dihabiskan. Petik jari je... Mesti tumbang ke tanah juga. Huh!


Berlagak betullah budak-budak Rozy ni.


"Kau orang pasti boleh lawan mereka. Chaiyok-chaiyok." Kali ini Lisa pulak yang bagi semangatnya.


Rita dan Sherry masih statik di tempatnya berdiri.


"Jika kau fikir kau boleh, kau boleh melakukan..." nyanyi Rita sambil berbalas pandang dengan kawannya, Sherry.


"Jika kau fikir kemenangan, kau hampiri kejayaan..." sambung Sherry pula. Mereka sudah bersiap siaga. Musuh mereka harus ditumpaskan.


Berkerut dahi Fad dan Ram mendengar mereka menyanyi. Sempat lagi tu. Sengal betullah budak-budak Yana ni. Mereka berpandangan sesama sendiri. Begitu juga dengan Adib dan Bad. Mereka kelihatan bingung ketika itu.


Kesempatan yang ada itu takkan dilepaskan. Rita dan Sherry pantas berlari ke arah musuhnya lalu secara serentak mereka terus melayangkan tendangan padu di bahagian perut pihak lawan.


Fad dan Ram mengaduh sakit sambil memegang perut masing-masing. Terkejut. Itulah yang mereka rasa. Tak guna betullah. Mereka diserang hendap. Serangan secara serentak pulak tu. Kurang ajar dia orang ni.


Riak wajah mereka bertukar bengis.


Rita dan Sherry menanti musuhnya membuat serangan balas. Mereka takkan berpisah. Mereka akan saling tolong-menolong di antara satu sama lain.


Fad dan Ram mendekati musuh mereka dengan muka yang bengis manakala Rita dan Sherry masih statis di tempat mereka berdiri. Langkah kekuda sudah siap di buka. Walaupun mereka nampak penakut sedikit tetapi mereka berani buat serangan dahulu.


Mereka bertentang mata.


Tanpa menunggu lagi, Fad dan Ram memulakan serangan secara serentak. Fad melayangkan penumbuknya ke arah Rita tetapi dengan pantas Rita mengelaknya. Begitu juga dengan Sherry yang tangkas mengelak daripada terkena tendangan musuhnya itu.


Fad dan Ram merengus kasar. Mereka akan terus-terusan membuat serangan. Biar budak-budak Yana ni ketaq lutut.


Mereka menyerang sekali lagi tapi setiap serangan mereka ditepis dan dielakkan dengan begitu bersahaja oleh budak-budak Yana.


"Fokus, beb. Jangan biarkan mereka menang. Bergabung." Arah Thia, separuh menjerit.


Rita dan Sherry yang mendengarnya terus berubah rentak. Mereka berpegangan tangan dengan erat. Langkah kekuda di buka dengan penuh bergaya manakala Fad dan Ram hairan dan pelik melihat perubahan mereka yang mendadak itu.


Walaupun mereka pelik melihatnya, mereka tetap ingin membuat serangan. Mereka mendekati Rita dan Sherry.


Ram memulakan serangan dahulu. Dia pantas berlari ke arah Sherry. Gerakkannya tidaklah selaju mana pun. Akibat saiz badannya yang gempal.


Terbeliak biji mata Sherry melihatnya. Dia sudah bersiap sedia. Dia memegang tangan Rita dengan kuatnya.


Musuhnya semakin mendekat dan Sherry pula hanya menunggu masa sahaja. Dia takkan tergopah-gapah dalam membuat serangan.


Akhirnya, Ram sudah pun semakin mendekat maka Sherry dengan tangkasnya terus berpaut dengan kawannya lalu dia melompat sambil kakinya cuba membuat tendangan padu di perut musuhnya tetapi serangannya itu dapat dipatahkan dengan sekali elak sahaja. Itu tidak membuatkan Sherry berputus asa. Sherry dan Rita berlari ke arah Ram lalu sekali lagi Sherry membuat serangan yang sama. Kali ini, serangannya berterusan. Ram hanya mampu menepis serangan tersebut tanpa sebarang tindak balas.


Mencunggap Ram dibuatnya. Mengah. Dengan saiz badannya yang gempal itu, dia mudah cepat penat dan keletihan.


Fad merengus kecil. Dia pantas menghampiri musuhnya, Rita. Dia kena serang Rita agar Rita tidak bisa membantu kawannya itu.


Rita yang melihat Fad datang mendekatinya segera bertindak dengan membalingkan kasut yang dipakainya itu. Fad kaget lalu menepis kasut yang tiba-tiba melayang ke arahnya itu. Rita yang melihat situasi tersebut, tidak melepaskan peluang lalu dia pantas berlari ke arah musuhnya dan dengan padunya dia melepaskan tendangan di bahagian perut Fad.


Senak. Itu yang Fad rasakan. Merengkut dia menahan sakit sambil memegang perutnya. Bukan itu sahaja. Rita berlari selaju yang boleh. Setelah sampai ke arah musuhnya, dia terus melompat tinggi dan dia terus menggunakan sikunya dan memberikan hentakkan yang padu di belakang tengkuk musuhnya itu. Menjerit Fad dibuatnya. Kemudian, Rita menggunakan lututnya pula. Dia menghayunkan lututnya itu tepat di bahagian perut Fad. Itu makan diaaa... Senak kauuu! Setelah tiada tindak balas daripada musuhnya, barulah Rita berhenti daripada buat serangan.


Ketika itu, Sherry pulak yang tidak bernasib baiknya apabila musuh dapat tumpaskannya dengan sekelip mata. Disebabkan satu kesilapan, dia mudah ditumpaskan. Kini, dia menjadi mangsa. Ram melepaskan tumbukan yang padu di perutnya dengan berkali-kali. Setelah dirinya puas, Ram segera mengangkat tubuh kecil Sherry lalu dilemparkan seperti barang.


Sherry mengaduh sakit kerana badannya terentak dengan meja makan yang berantakkan di situ. Darah yang pekat mengalir di mulutnya. Dia mengesat darah tersebut dengan telapak tangannya. Sakit. Pedih. Semua ada...


Thia, Lisa dan Rita terkejut.


Adib dan Bad tersenyum puas. Memang patut pun dia kena humban macam tu. Berlagak kuat. Huh!


Sherry tidak berputus asa. Dia cuba bangun tapi pergerakkannya agak perlahan kerana masih merasa kesakitannya. Ram yang melihat segera mendekati. Kolar baju Sherry digenggam lalu ditariknya dengan kasar. Sherry hanya mampu mengikut tanpa banyak songeh. Tubuh badannya masih sakit dan bisa.


Sherry kelihatan lemah sekali. Ram dengan bengisnya terus melayangkan penumbuknya ke arah muka pihak lawannya tetapi Sherry pantas menepisnya dengan kasar sehinggakan Ram terpaksa melepaskan kolar baju Sherry yang digenggamnya tadi.


Riak wajah Sherry bertukar mendadak. Bengis yang amat. Thia, Lisa dan Rita terkejut melihat perubahan tersebut.


Ram cuak juga melihat perubahan itu. Dia hanya menanti serangan daripada musuhnya itu dengan debaran di dada.


Sherry mengambil besi kaki meja yang terletak betul-betul di hujung kakinya. Dia takkan biarkan dirinya dipukul lagi. Di genggam erat besi kaki meja itu. Dia hampiri Ram yang cuak memandangnya di ketika ini. Besi kaki meja di angkat tinggi. Hanya tunggu masa untuk menghayunkannya sahaja.


Gulp! Telan air liur Ram dibuatnya. Cuak. Dia berundur ke belakang dengan perlahan.


"Hati-hati, Ram." Pesan kawan-kawannya.


Pesanan itu menganggu konsentrasi Ram. Dia pantas menoleh ke arah kawan-kawannya.


Di kesempatan itu, Sherry segera berlari anak dan setelah dia menghampiri musuhnya, dia laju menghayunkan besi kaki meja itu ke arah tubuh badan Ram yang gempal itu.


"Ouch!" Jerit Ram.


Sherry semakin mengganas. Dia memukul tubuh badan Ram dengan bertalu-talu tanpa belas kasihan. Itu makan dia...


Adib, Bad dan Fad terkejut. Lidah mereka kelu untuk berkata-kata manakala Thia, Lisa dan Rita sudah bersorak riang kerana bangga dengan kawannya itu. Pantang mengalah sebelum berjuang...


Ram semakin lemah. Dia cuba menepis serangan tersebut tetapi tak dapat, disebabkan Sherry yang mengganas. Habis dipukulnya Ram dengan besi kaki meja itu.


"Aku nga...ku ka...lah." kata Ram separuh gagap tapi bisa di dengari oleh Sherry.


Terus terhenti pukulan Sherry.


"Apa? Aku tak dengar." Tanya Sherry, kasar. Hilang takutnya.


Huh! Ram merengus kecil.


"Aku ngaku kalah. Kau menang." Balasnya dengan lancar tanpa ada gagapnya.


Sherry menguntum senyum sinis. Begitu juga dengan kawannya manakala Adib, Bad dan Fad sudah merengus kasar. Mereka tidak berpuas hati. Tak mungkin mereka boleh kalah dengan budak-budak Yana yang kurus keding ni. Huh!


Puih! Sherry meludah ke tepi. Baru puas hatinya...


"Aku ni bukan punch bag yang boleh kau tumbuk sesuka hati dan aku ni bukannya barang yang kau boleh lemparkan macam tu aja. Mampus kau." Marah Sherry sambil menghayunkan besi kaki meja sekali lagi.


Ram cuba mengelak tetapi gelagatnya itu mengundang tawa Sherry.


"Tahu takut. Ingatkan tak takut tadi." Perli Sherry sambil gelak sinis.


Adib, Bad dan Fad menghampiri Ram yang lemah tidak berdaya itu. Mereka segera mengajak Ram beredar dari situ. Kekalahan sudah menjadi milik mereka. Tak guna betullah. Memang jahanam hidup mereka lepas ni. Mahu kena bunuh dengan bos. Huh!


"Berambus kau orang dari sini. Jangan berani buat kecoh kat tempat aku lagi. Pergi..." tengking Sherry, berani. Marah betul dia ketika itu.


Adib, Bad, Fad dan Ram berlalu pergi sambil memegang badan mereka yang masih sakit dan bisa itu. Mereka masih tidak berpuas hati. Mereka akan balas suatu hari nanti. Tunggulah...


Thia, Lisa dan Rita mendekati Sherry. Bahu kawannya itu dipeluk erat. Mereka bangga dengan Sherry. Pasti kak Yana pun turut merasa bangga dengan keberanian yang ditunjukan oleh Sherry itu. Im proud with youlah...


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.