Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 10

"Kau orang ni dah kenapa?" Tanya Rozy apabila melihat Joe dan Zack datang dengan muka yang berkerut. Seakan sedang menahan kesakitan yang amat sangat.


Zack memandang Joe sekali imbas. Apa nak jawab ni? Takkan nak bagitahu yang mereka kalah kut. Buat malu aja...


"Tak ada apalah, bos." Dalih Joe, cuba berlagak bersahaja.


"Macam mana?" Tanya Rozy, sepatah.


Zack dan Joe blurr sekejap.


"Macam mana apanya, bos?" Tanya Zack, bingung.


"Bodoh. Itu pun kau tak boleh nak faham. Teruk ke budak Yana tu kau orang kerja kan?" Tanya Rozy penuh minat. Tak sabar nak dengar cerita daripada budaknya itu. Mesti habis budak-budak Yana kena belasah dengan si Zack dan Joe ni. Padan muka dia orang. Ha ha ha...


Zack dan Joe kaget. Telan air liur mereka dibuatnya. Nak jawab apa ni? Aduhai! Otak mereka ligat berfungsi mencari jawapan yang tak makan diri sendiri balik. Huh!


"Hoi! Pekak ke? Aku tanya kan. Tak reti-reti nak jawab." Jerkah Rozy mulai bengang.


Zack dan Joe terkebil-kebil apabila dijerkah.


"Mestilah, bos. Habis dia orang kami kerjakan." Bohong Joe sambil memandang Zack di samping.


Zack hanya menganggukan kepala.


"Bagus. Ini baru betul budak aku. Tak macam kau orang. Lembik. Asyik kena belasah aja." Kutuk Rozy bersahaja. Dia sangat bangga dengan Zack dan Joe yang berjaya menumpaskan budak-budak Yana tu.


"Tak payah nak klentong boslah, bro." Sampuk Jie yang baru muncul.


Zack dan Joe terkejut lalu dia menoleh ke arah empunya suara. Begitu juga dengan Rozy yang riak wajahnya sudah berubah.


"Bila masa pulak aku klentong bos?" Tanya Joe dengan muka yang tidak berpuas hati manakala Zack sudah ketaq lutut. Dia takut kalau terbongkar rahsianya. Matilah...


"Aku ada kat situ tadi. Teruk juga kau orang kena belasah, kan?" Katanya sambil tersenyum sinis.


"Apa?" Jerit Rozy, lantang.


Zack dan Joe telan air liur mendengar jeritan tersebut. Habislah...


"Ni buktinya, bos." Kata Jie sambil mendekati bosnya lalu dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada bosnya itu. "Bos tengoklah video ni." Suruhnya sambil button play ditekan.


Terbeliak biji mata Rozy melihat rakaman yang terpamer di skrin telefon bimbit tersebut. Tak guna punya budak. Kau berani tipu aku. Huh! Telefon bimbit itu dikembalikan kepada tuannya. Kemudian, matanya beralih ke arah Zack dan Joe yang mulai resah dan gelisah itu. Mereka berdua tak berani nak balas renungan tajam bosnya itu. Matilah...


Senyuman sinis terukir di bibir Jie. Dia tak berkenan langsung dengan Zack dan Joe ni. Sentiasa nak tunjukkan diri tu bagus sangat sedangkan, hampeh sebenarnya. Banyak tipu daripada yang benar. Huh! Sekarang, rasakan... Tembelang sudah pecah lorr... Terimalah padahnya.


Kayu baseball yang berada berhampiran dengannya segera diambil. Zack dan Joe telan air liur untuk sekian kalinya.


Belasah dia, bos. Belasah jer dia.., itulah kata hati si Jie. Nampak sangat yang dia betul-betul tak suka dengan Zack dan Joe tu.


Dengan riak wajah yang bengis, Rozy mendekati Zack dan Joe yang daripada tadi asyik menunduk sahaja. Dia bengang dengan mereka berdua. Berani menipu aku. Ini balasan untuk orang yang berani menipu aku. Huh!


"Tak guna punya jantan." Jerkah Rozy lalu kayu baseball yang dipegangnya itu terus dihayunkan tepat di belakang Zack. Jatuh tertiarap budaknya itu sambil mengaduh kesakitan. "Kau pun sama, Joe. Tak guna." Marahnya dan untuk kedua kalinya dia menghayunkan kayu baseball tersebut dengan sekuat hati dan dihentakkan tepat di bahagian belakang Joe dan membuatkan Joe jatuh tertiarap seperti Zack tadi.


Mereka mengaduh sakit. Huh! Tak guna betul si Jie ni. Macam manalah dia boleh ada dekat situ? Tak pasal-pasal, kantoi... Huh! Bengang. Itulah  yang mereka rasakan.


"Kau orang ni memang tak gunalah. Dengan perempuan pun boleh kalah teruk. Apa ke bodoh sangat kau orang ni?" Marah Rozy, bengang. Sekali lagi kayu baseball itu dihayunkan ke arah mereka. Zack dan Joe menjerit sakit tanpa sebarang tindak balas. Mereka jadi pengecut apabila berdepan dengan bos mereka ni. Rozy semakin berang apabila mengingatkan kekalahannya dengan Yana dan itu membuatkannya semakin hilang kawalan diri lalu segera memukul Zack dan Joe bertalu-talu tanpa belas kesian.


"Aduh!" Mereka mengaduh sakit. Berkerut dahi mereka menahan sakit yang tiada tandingan tu. 


"Relax, bos." Suruh Adib sambil cuba mengambil kayu baseball daripada pegangan bosnya itu.


"Kau jangan masuk campur. Nanti dengan kau-kau sekali kena." Tengking Rozy, lantang. Marah betul dia hari ni. Gara-gara kekalahan mereka dengan Yana and the geng. Huh!


"Relaxlah, bos. Tak pasal-pasal dia orang ni mati nanti. Kang bos juga yang dapat susah. Lepaskan jer dia orang ni. Kita plan balik macam mana nak kalahkan Yana dengan budak-budak dia tu." Adib cuba menenangkan bosnya itu.


"Betul tu, bos. Kita plan balik." Ram bersetuju dengan kata-kata kawannya  itu. Mereka harus plan dengan baik agar mereka bisa menang dan bukannya menang...gung kekalahan lagi.


Huh! Rozy merengus kasar. Kayu baseball di campak ke dinding dengan sekuat hati. Dia masih bengang dengan Zack dan Joe tapi betul juga cakap si Adib ni. Kalau dia orang ni mati, aku juga yang dapat susah. Sial betullah... "Kali ni, aku lepaskan kau orang berdua. Kalau kau orang berani tipu aku lagi, mati kau orang aku kerjakan. Faham?"


Pantas Zack dan Joe menganggukan kepala.


"Berambus kau orang dari sini." Arahnya dengan tegas tanpa memandang ke arah budak-budaknya itu.


Dengan terkocoh-kocoh Zack dan Joe melarikan diri walaupun badan masih sakit-sakit. Takut sungguh mereka dengan si Rozy ni.


Rozy dengan yang lainnya sudah berkumpul di satu meja. Mereka segera memulakan perbincangan. Yana dengan budak-budaknya memang patut terima balasan daripada mereka. Tak selamanya mereka akan di atas. Ini Rozylah... Aku akan hancurkan kau suatu hari nanti. Huh!


Waktu begini, Yana sedang bertungkus lumus di dapur.


"Bikkk..." tiaknya, lantang.


Bibik Riyanti yang sedang mengemas di ruang tamu segera berlari anak menuju ke ruang dapur.


"Puan lagi ngapain sih?" Berkerut dahi bibik Riyanti melihatnya.


"Bik, tolong tengokkan bahan apa lagi yang saya nak kena masukkan? Selepas saya masukkan serbuk penaik ni." Pinta Yana sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada pembantunya itu.


Bibik Riyanti menyambut huluran tersebut tetapi matanya masih terarah kepada Yana yang sedang memasukkan bahan ke dalam mesin. Dia leka melihatnya.


"Bik, cepatlah. Lepas serbuk penaik, apa lagi yang nak kena masuknya?" Tanyanya, ingin tahu tetapi tiada sahutan daripada pembantu rumahnya. "Bik, tolonglah. Saya malas nak pegang henfon, nanti kotor. Cepatlah, bik."


Bibik Riyanti masih begitu. Tiada tanda ingin bersuara.


"Bik, tolonglah..." rayu Yana.


"Saya tengah tolong puan lah ni." Jawab bibik Riyanti dengan slang Indonesianya. Dia masih merenung Yana.


Berkerut dahi Yana mendengarnya. "Tolong apanya kalau macam tu, bik oii..."


"Tolong tengok." Jawab bibik Riyanti sambil tergelak kecil.


"Bikkkk..." jerit Yana, geram. Ish! Bibik ni... Boleh pulak dia kenakan kita. Nak kena ni...


"Hehehe..." Bibik Riyanti tergelak kecil melihat majikannya yang sudah mengertap bibir itu. Alaa, bukan selalu dia kenakan majikannya ni. Lagipun, Puan Yana ni baik orangnya. Mereka dah biasa bergurau mesra bersama-sama dan dia amat yakin sekali bahawa Puan Yana takkan ambil hati dengan setiap gurauannya. Begitu juga dengan dirinya. Dia sudah lama berkhidmat sebagai pembantu dalam keluarga kecil ni. Semua penghuni yang berada di dalam rumah ni, sangat-sangat baik orangnya. Dia juga sudah menganggap mereka sebagai keluarganya sendiri. Terubat juga rindunya kepada keluarga yang jauh di mata.


"Amboi, suka nampak..." kata Yana, sambil mencekak pinggang.


Bibik Riyanti tergelak kecil melihat reaksi majikannya itu. Belum sempat dia nak kata apa-apa, telefon bimbit majikannya itu sudah pun berbunyi dengan nyaring sekali. "Ada panggilan daripada suami tercinta ni..." beritahu bibik Riyanti sambil menghulurkan telefon bimbit tersebut kepada majikannya.


Yana tersenyum manis mendengarnya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan sebelum dia berlalu pergi, dia sempat mencelupkan jarinya ke dalam tepung lalu dia pantas mencalitkannya tepat di pipi bibik Riyanti. Rasakan...


Bibik Riyanti tergamam sekejap. Putih sudah pipinya gara-gara kena tepung. Puan Yana... Puan Yana... Nakal banget deh... Bibik Riyanti mengelengkan kepala sambil terukirnya senyuman di bibir.


Butang hijau segera ditekan lalu telefon bimbitnya dilekapkan di telinga.


"Assalamualaikum isteriku yang tercinta." Sapa Imran, dengan suara yang penuh romantis.


Senyuman manis terukir di bibir nipis Yana. "Waalaikumusalam suamiku yang tersayang." Sahutnya dengan suara yang terlentok manjanya.


Imran turut tersenyum mendengarnya.


"Kenapa lambat jawab call? Sayang tengah buat apa ni?" Tanya Imran, ingin tahu. Pena di tangan, diketuk-ketukkan di atas meja kerjanya.


"Yana tengah sibuk nak buat kek, abang. Tu yang lambat sikit jawab call abang ni. Maaf tau." Beritahunya dengan nada lemah lembutnya.


"Maaf diterima, sayangku." Jawab Imran, sambil tergelak kecil. "Sayang..." panggilnya, perlahan.


"Iya, abang." Sahut Yana, sambil tersenyum.


"Tadi, sayang kata sayang nak nyanyikan lagu Relaku Pujuk untuk abang kan. Nyanyilah. Abang nak dengar ni..." pinta Imran.


Yana sudah tersenyum simpul. Dia teringat akan perbualan mereka tadi. Dia ada kata yang dia akan menyanyikan lagu RELAKU PUJUK tu khas untuk suaminya tapi dia tak sangka suaminya ini akan menagih lagu itu secepat ini. Haish! "Malam nanti Yana nyanyikan, ya. Sekarang ni, Yana tengah sibuk nak buat kek lah, abang."


"Alaaa..." sayu je suaranya. Muncung pun dah sama macam muncung anak. 


Yana sudah mengelengkan kepala. Dia tahu sangat peel suaminya ni. Kalau dah buat suara macam tu, sah lah nak merajuk. Macam anaknya juga. Abang... Abang...


"Janganlah merajuk, sayangku. Nanti malam Yana nyanyikan, okay? Yana siap nyanyikan kat tepi telinga abang lagi tau." Pujuk Yana, dengan nada manja. Dia layankan aja peel manja suaminya ni.


Bersinar mata Imran mendengarnya. Terus hilang muncung itiknya tu. Pandai sungguh isterinya memujuk hatinya ni. Makin saaayanglah dia dengan isterinya ni. Lagipun, dia bukannya merajuk, cuma nak bermanja dengan isteri sendiri jer. Hatinya tengah rindu sangat dengan isterinya ni. "Okay. Sayang nyanyi kat telinga abang malam nanti, ya. Tak sabarnya..."


"Tengoklah macam mana nanti..." jawab Yana acuh tak acuh.


"Sayangggg..." Imran terjerit kecil di hujung talian. Geram dengan peel isterinya tu. Tak menyakat tak sah tapi dia suka sangat dengan sikap isterinya yang satu tu.


Yana sudah tergelak kecil.


"Sukanya dia..." kata Imran.


"Mestilah suka, bang. Takkan nak nangis pulak." Balas Yana, bersahaja.


"Sayang abang nikan hati tisu. Tup-tup meleleh jer airmata dia tu kan. Entah-entah, dia siap nangis kat tepi bucu katil lagi. Sayang abang nikan, ratu airmata." Usik Imran, pula.


Terjegil biji mata Yana dibuatnya. Bertuah punya suami. Dia bantai kenakan kita balik. Huh! Dia tak mau cakap apa-apa daa... Merajuk...


Imran sudah tersenyum di hujung talian. Kalau isterinya dah senyap, dia tahulah kenapa? Apa lagi, kalau bukan merajuk. Nak pujuk ke tak nak? Haish!


"Alolo... Sayang abang ni merajuk, ya?" Tanya Imran, lembut dan penuh romantis.


Yana buat don't know jer. Sebenarnya dia sengaja hendak mengenakan suaminya tu. Bukan dia betul-betul merajuk pun.


"Nampak gayanya, malam ni abanglah yang kena nyanyikan lagu Relaku Pujuk tu. Isteri abang ni dah merajuk pula. Macam anaknya juga bila dah merajuk kan?" Imran bercakap sendirian di hujung talian manakala Yana sudah tersenyum simpul. "Saaayanggg..." panggil Imran, meleret.


"Hmm..." sahut Yana, nak tak nak.


"Merajuk, ya. Nak abang pujuk ke?"


"Yana bukan macam orang tu, okay. Sikit-sikit nak merajuk. Macam budak-budak." Balas Yana, bersahaja sedangkan dalam hati sudah mengekek ketawanya.


Imran ketap bibir. Terkena sudaaa...


"Amboi! Sayang ngata abang ke ni?"


"Eh! Mana ada ngata. Lagipun, Yana tak ada MENTION pun nama abang tau. Kenapa? Abang termakan cili ke? Auuchhh! Pedasnyaa..." usik Yana, pulak.


"Saaayangggg..." jerit Imran, geram.


Yana sudah tergelak kecil dihujung talian. Dia yakin sangat yang suaminya itu sudah mengetap bibir kerana terlalu geram dengannya.


"Sayang abang ni memang nak kena tau." Omel Imran, geram.


"Nak kena, apanya?" Soal Yana, buat tak tahu.


"Abang akan pastikan sayang terkena panahan cinta abang malam nanti. Tunggulah. Sayang takkan terlepas punyalah." Jawab Imran begitu yakin.


"Eeeiii, gatallah abang ni..."


"Gatal tak gatal, siap sayang abang kerjakan malam nanti."


"Ish! Abang ni... Anak dah tiga orang pun masih nak gatal lagi kan."


"Biarlah. Abang gatal dengan sayang abang ni jer. Bukannya dengan orang lain pun." Balas Imran, bersahaja.


Riak wajah Yana berubah mendadak.


"Berani abang duk gatal dengan orang lain. Memang Yana flying kick abang dengan dia nanti. Tengok jerlah..." ujar Yana, tegas. Sempat dia beri amaran dekat suaminya ni.


Imran tergelak kecil dihujung talian. "Amboi! Ganasnya sayang abang ni."


"Kalau abang nak tengok Yana mengganas, silalah menggatal dengan perempuan lain." Katanya, tegas.


Imran tergelak kecil lagi. Hatinya kembang kempis ketika itu. Dia tahu isterinya cemburu, kalau dia dengan perempuan lain. Cemburu tu kan tandanya sayang. Haish! Sayang... Sayang... Hati abang ni dah terikat kat sayang jer lah. Tak ada perempuan lain yang boleh curi hati abang ni melainkan sayang abang ni. Hanya sayang yang bertakhta di hati ni. Tiada yang lain melainkan sayang...


"Garangnya isteri abang ni..."


"Yana akan garang kalau abang macam-macam kat luar sana." ujarnya, masih dengan nada tegas.


Imran tersenyum senang.


"Abang sayang isteri abang yang seorang ni..."


"Macam ramai pulak isteri abang kan?" Soal Yana, mulai syak wasangka.


Imran tepuk dahi. Hah! Sudah...


"Sayang seorang jer isteri abanglah. Mana ada yang lain." Terang Imran.


"Kalau Yana tahu abang ada isteri lain, siaplah."


"Kenapa dengan isteri abang ni? Tadi, okay jer." Tanya Imran, lembut.


Yana mendengus kecil dihujung talian. "Abang milik Yana dengan anak-anak. Jangan macam-macam, eh. Kalau abang ada perempuan lain kat belakang Yana, tahulah nasib abang nanti. Okaylah. Yana nak sambung buat kerja ni. Assalamualaikum."


Talian segera diputuskan.


"Waalaikumusalam." Imran sudah tersenyum lebar dihujung talian. Dia tahu isterinya sedang marah dan merajuk. Haish! Sayang jangan risau. Abang takkan menduakan sayang. Hanya sayang yang abang cintai. Hanya sayang ratu di hati abang ni. Hanya sayang yang layak bergelar ibu untuk anak-anak abang dan jiwa raga abang ni hanya milik sayang seorang jer. Percayalah.., monolognya sekadar di dalam hati.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.