Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 8

"Wow! Cepatnya dia datang..." Yana terkejut apabila bayangan musuhnya itu kelihatan di ruangan mata. Dia memandang jam yang terpapar di telefon bimbitnya itu. "Baru pukul lapan setengah pagi. Bagusnya..." pujinya.


Rozy turut tersenyum sinis apabila melihat orang yang dinanti-nantikan telah pun muncul. Dia menunggu musuhnya itu keluar daripada perut keretanya.


Telefon bimbitnya di masukan kembali ke dalam kocek seluar tracksuitnya, di bahagian belakang lalu dizipkan agar telefon bimbitnya tidak jatuh kelak. Yana segera mematikan enjin keretanya. Tali pinggang keselamatannya turut di buka. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat merapikan dirinya agar tidak kelihatan comot. Handbagnya yang terletak di kerusi sebelah pemandu di ambil lalu dibukanya. Minyak wangi yang berjenama De'xandra itu dikeluarkan dan disemburkan di serata tubuh badannya ini. Harum mewangi... Apabila dia sudah yakin dengan penampilannya, barulah dia keluar dari dalam perut kereta kesayangannya itu.


Rozy yang sekian lama menanti, sudah tidak sabar ingin beradu domba dengan musuh ketatnya iaitu Yana.


"Selamat datang..." ucap Rozy sambil tersenyum sinis.


"Thank you. Awal datang? Dah tak sabar nak menang...gung kekalahan ke?" Sindir Yana sambil tersenyum manis.


Huh! Rozy merengus kecil.


"Aku akan pastikan kau yang akan menanggung kekalahan." Balas Rozy dengan muka kereknya.


Yana tergelak kecil. Sengaja ingin menyakitkan hati musuhnya itu.


"Eeeiii, takutnya..." provok Yana dengan sengaja membuat reaksi takutnya itu.


Bengang. Itu yang Rozy rasakan. Dia mulai membuka langkah kekudanya. 


"Wah! Dah tak sabar nak kalah, ya." Yana memprovokasinya lagi. Senyuman sinis terukir di bibirnya.


Semakin bengang Rozy rasakan ketika ni. Tanpa membuang masa, dia terus mendekati musuhnya dengan penuh berhati-hati manakala Yana sudah bersiap siaga. Matanya tajam memerhatikan setiap pergerakkan Rozy itu.


Rozy memulakan serangan. Target pertamanya adalah di bahagian kaki musuhnya. Nak tumpaskan musuh harus di bahagian kakinya dahulu agar musuhnya tidak bisa melarikan diri. Dia segera melepaskan tendangannya di bahagian betis kaki kanan pihak lawan.


Pergerakkannya itu dapat di baca oleh Yana lalu tendangannya itu bisa di elak dengan begitu mudah sekali.


Rozy merengus kecil. Dia tidak berputus asa. Dia mencuba sekali lagi. Kaki pihak lawan menjadi sasarannya. Bertalu-talu serangan dibuat tetapi satu pun tidak kena kerana Yana lebih cemerkap dalam bab mengelakkan diri.


Kali ini, serangannya berubah dari kaki ke pinggang pulak. Dia berterusan menendang musuhnya.


Yana tangkas mengelaknya. Tiada satu tendangan pun yang berjaya singgah di tubuh badannya ni. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Yana.


Bengis. Rozy merengus kasar. Serangannya langsung tidak mengena. Musuhnya tangkas mengelak. Tak guna! Untuk sekian kalinya dia merengus kasar manakala Yana hanya sekadar memerhati sahaja. Dia takkan menyerang musuhnya dalam keadaan yang beremosi. Sebab itu akan menampakan kelemahannya. So, jangan biarkan emosi menguasai diri anda.


Rozy pulak sudah pun dikuasai emosi. Dia semakin berang dengan Yana yang tangkas mengelak dan tangkas mematahkan setiap serangan yang diberikan. Dia memandang Yana dengan renungan yang tajam. Bengis.


"Sudah-sudahlah. Terima jer lah hakikat yang budak-budak kau dah kalah dengan budak-budak aku." Ujar Yana dengan lagak bersahaja.


Kata-kata Yana tu bukan mengurangkan amarah tapi menambahkan lagi api yang tengah semarak. Fuh! Panas...


Dengan penuh emosi, Rozy terus menyerang Yana di setiap sudut. Dia takkan mudah menyerah kalah. Selagi musuhnya tak rebah, selagi itulah dia akan berterusan menghantar serangan. Malang baginya apabila setiap serangan yang diberikan, begitu mudah dipatahkan oleh Yana yang sentiasa bersiap siaga.


"Dah-dah lah tu..." kata Yana, bersahaja.


Rozy mendengus kasar mendengarnya.


"Tak guna punya perempuan." Marah Rozy. Bengis. Dengan melulu dia menyerang musuhnya tetapi kali ini, Yana tak duduk diam. Dia mulai bertindak. Lengan Rozy ditangkap lalu dengan pantasnya dia memulaskan tangan Rozy ke belakang. Kemudian, dia menghayunkan lututnya tepat di bahagian tulang belakang musuhnya itu. Amek kaw! Pergerakkannya terlalu cepat dan pantas. Sukar bagi Rozy untuk melepaskan diri.


Akhirnya, Rozy mengaduh sakit.


Yana segera melepaskan pergelangan Rozy. Sebenarnya, dia malas nak gaduh-gaduh ni tapi ada aja insan yang cuba cari gaduh. Tak boleh nak tengok dia bersenang-lenang sikit. Mesti ada yang nak cari pasal dengannya.


"Kau bukan lawan akulah, Rozy. Lebih baik kau mengalah aja." Suruh Yana, tanpa sebarang riak di wajahnya.


Semakin berang Rozy mendengarnya.


"Tak payah nak berlagak kuatlah." Tengkingnya dengan mata yang terbeliak memandang Yana yang nampak bersahaja di hadapannya ni. Langkah kekudanya di buka.


Yana mengelengkan kepala.


"Kau ni jenis tak makan saman kan. Jangan menyesal kalau dah patah riuk aku kerjakan. Huh!" Yana dah start bengang dengan si Rozy ni. Langkah kekudanya turut di pasang.


Mata bertentang mata. Tiada sekelumit pun rasa takut di hati mereka. Yana menanti serangan yang seterusnya manakala Rozy sudah bersiap sedia untuk membuat serangan. Dia akan pastikan musuhnya ni tunduk menyembah bumi. Dia yakin bisa menundukan musuhnya itu dengan pelbagai cara.


Rozy memulakan serangan. Dia cuba menjatuhkan musuhnya dengan melepaskan tendangan padu di bahagian kaki tetapi Yana pantas melompat untuk mengelak daripada terkena serangan tersebut.


Merah padam muka Rozy dibuatnya. Marahlah tu... Kenapa susah sangat nak jatuhkan dia ni? Ilmu apa yang dia pakai. Ish! Aku tak boleh kalah dengan perempuan ni. Huh! Hati kecilnya mendengus kasar. Dia kembali membuat serangan. Sasarannya masih di bahagian kaki. Tendangan padu dilepaskan tetapi malang baginya apabila Yana berjaya menangkap kakinya lalu tak semena-mena Yana melompat dan segera menghayunkan lututnya itu tepat di bahagian bawah pelipat kaki Rozy.


"Aduh!" Rozy mengaduh kecil.


Yana tak berhenti setakat itu jer. Dia sempat juga menghadiahkan penumbuk sulungnya tepat di bahagian pipi kanan milik musuhnya itu. Hah! Kan dah kena...


Untuk sekian kalinya, Rozy mengaduh kesakitan. Dia sudah pun jatuh tersungkur ke tanah akibat ketidakstabilan dirinya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata kerana dia tergamam dengan tindak balas Yana yang begitu tangkas dan pantas itu.


"Amacam?" Tanya Yana sambil mengangkat kedua belah keningnya.


Bengang. Itu yang Rozy rasakan ketika ini. Dia takkan mengalah selagi dia tidak berjaya menumpaskan Yana. Dia bangun sambil mengibas seluarnya yang sudah kotor dengan habuk. Langkah kekuda kembali di atur.


"Degil betul minah ni..." monolog Yana sekadar di dalam hati. Matanya tak lepas daripada memandang Rozy yang bila-bila masa sahaja akan datang menyerangnya.


Rozy terus menyerang. Sasarannya di bahagian rusuk kiri, Yana. Dia berlari mendekati musuhnya lalu dihayunkan tendangannya tepat di bahagian rusuk kiri milik musuhnya itu. Tanpa di duga, Yana berjaya menangkap kakinya sekali lagi. Disebabkan itu kedudukannya mulai tidak stabil. Begitu sukar baginya untuk berdiri dengan sebelah kaki. Dia cuba menarik kakinya tetapi tak boleh kerana pegangan Yana itu terlalu kuat.


Yana dengan penuh tenaga segera menarik kaki Rozy dan tak semena-mena Rozy hilang pertimbangan diri dan menyebabkan dia hampir terjatuh. Yana yang melihat situasi tersebut tidak melepaskan peluang yang terhidang di depan mata. Dia pantas bertindak dengan memberikan tendangan padu di bahagian perut Rozy.


"Arghhh..." jerit Rozy sambil memegang perutnya yang sakit. Dalam situasinya yang sedang menunduk itu memudahkan lagi kerja Yana.


Tanpa mempedulikan kesakitan yang di alami oleh musuhnya, Yana segera mendekatinya lalu dia melompat sambil dia menghayunkan tangannya ke atas. Dengan menggunakan siku, Yana segera memberikan hentakan padu di belakang badan Rozy. Terus jatuh tersungkur ke tanah musuhnya itu.


Menyeringai Rozy dibuatnya. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan Yana lagi. Kan dah mendapat...


Yana tak berhenti setakat itu. Dia cekak leher baju Rozy dan memaksa musuhnya itu berdiri. Lembik longlai Rozy dikerjakan Yana. Sampai nak berdiri pun dah tak larat. Untuk terakhir kalinya, Yana cuba melampiaskan amarahnya dengan ingin memberikan satu tumbukan ke arah muka musuhnya yang sudah lemah itu.


"Jangannn..." jerit Rozy sambil berpalingkan mukanya. Takut ler tu...


Tindakan Yana terus terhenti mendadak. Dia merenung musuhnya dengan pandangan yang tajam.


"Aku ngaku kalah." Katanya separuh perlahan.


Yana yang mendengar cuba mencari kejujuran di sebalik kata-kata itu. Apabila dia melihat musuhnya tu sudah lemah, dia segera melepaskannya.


"Aku tak kacau kau jadi kau jangan kacau aku. Ingat. Kalau kau berani kacau aku dengan budak-budak aku, jangan menyesal kalau kau makan guna tiub pulak nanti. Itu pun kalau kau masih hidup lagilah." Ugut Yana bersahaja.


Rozy hanya mendengar sahaja. Dalam hati, dia berdendam dengan Yana. Kau tunggu Yana. Tiba masanya nanti aku akan balas balik. Kau tunggu..., katanya. Dengan penuh dendam, dia melangkah pergi dari situ. Sakit-sakit di badannya tidak dihiraukan. Dia segera masuk ke dalam perut kereta Vivanya lalu memecut pergi dengan api dendam yang membara di dalam hatinya.


Apabila hilang bayangan Rozy di situ, Yana segera membuat rengangan otot. Huish! Sakit-sakit badannya. Itu yang dia tak suka. Dia tak nak gaduh tapi musuhnya yang sakan carik gaduh dengannya. Ish! Dikibas-kibas segala habuk dan kotoran yang menempel di baju dan seluarnya. Dia mendekati keretanya lalu segera membuka pintu di bahagian pemandu. Punggungnya cecah sahaja di kerusi terus nada dering telefon bimbitnya memecahkan kesunyian di situ. Yana mengeluh kecil. Siapalah yang call pagi-pagi ni? Kacau betullah. Segera di ambil telefon bimbitnya yang berada di kocek. Nama encik suami tertera di skrin. Yana tarik nafas panjang dan dihembuskan secara perlahan. Diaturkan penafasannya agar tidak terlalu mencunggap. Iyalah, penat berlawan pun tak hilang lagi. Setelah dia bersedia, butang hijau segera ditekan.


"Assalamualaikum, abang." Sapa Yana dengan suara lemah lembutnya.


"Waalaikumusalam, sayang." Sahut Imran.


"Ada apa abang call ni?" Tanya Yana ingin tahu.


Imran sudah tersenyum sendirian.


"Abang rindu..." jawabnya.


Tepuk dahi Yana dibuatnya. Kemudian, dia melepaskan tawa kecilnya.


"Ngadalah abang ni..." ujar Yana, bersahaja.


"Kenapa pulak?" Tanya Imran dengan kening yang berkerut. Kita rindu dia bagai nak rak. Boleh pulak dia kata kita ni mengada. Ish! Nak kena dia ni tau.


"Awal lagi bang oii... Tak sampai berapa jam abang pergi office, dah nak merindu bagai. Kira mengada ler tu..." kata Yana sekadar ingin mengusik.


Terhambur tawa Imran di talian.


"Biarlah. Seminit abang tak tengok sayang, rasa macam setahun tau. Hati abang ni sentiasa merinduimu, sayangku." Bersungguh-sungguh Imran mengungkapkan kata puitis itu.


Yana mengelengkan kepala sambil tersenyum senang. Hilang terus rasa marahnya tadi. Encik Imran nilah penyejuk hatinya dikala dia diamuk perasaan. Sayangnya kepada encik suami tak bisa diungkap dengan kata-kata. Hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hatinya ni.


"Sayang..." panggil Imran separuh berbisik.


"Iya, abang." Sahut Yana separuh berbisik juga.


"I miss you so much." Ucap Imran tanpa jemu.


Yana tersenyum geli hati.


"I miss you too, abang." Balas Yana, manja.


Semakin melebar senyuman yang terukir di bibir Imran ketika ini.


"Rindu... Rindu serindu rindunya..." Imran menyanyi di hujung talian.


Amboi! Siap menyanyi pulak dia. Macam mana ni? Nak kena nyanyi juga ke? Hmm... Lagu apa aku nak nyanyi ni? Otak Yana ligat berfikir. Tetiba terlintas satu lagu di fikirannya. Dia berdehem sekejap.


"Sayang..." panggil Imran apabila isterinya sepi di hujung talian.


Yana sudah bersedia. Sedap tak sedap belakang kiralah. Janji dia menyanyi dari hati. Khas buat suami tercinta.


"Saa...yang." panggil Imran mendayu-dayu.


"Rasa rinduku melayang-layang. Mengingatkan engkau seorang. Menyemai kasih di dahan cinta. Haruskah aku terus menangis. Mengapa rindumu padaku. Tak sebesar rasa sayangku padamu. Mengapa cintamu padaku. Tak bisa seluas lautan..." Begitu asyik Yana menyanyikan lagu Terus Mencintai yang dinyanyikan oleh Siti Nordiana itu.


Bertambah lebar senyuman yang terukir. Gembira hatinya mendengarkan nyanyian isterinya itu. Terharu. Dia betul-betul tak sangka yang isterinya akan menyanyikan lagu untuknya. So sweet, sayanggg...


"Sayang nyanyi ke tu?" Imran sengaja ingin mengusik.


Yana terkedu. Alamak? Tak sedap ke aku nyanyi? Aku rasa aku dah nyanyi sebaik yang mungkin. Siap menghayati lagu tu lagi tau. Hmm... Tak menjadi rupanya. Kena bahan dengan encik suamilah gamaknya.


"Err... Taklah, bang. Yana baca sajak tadi."


Terhambur tawa Imran mendengarnya. Isterinya ni memang pandai menghiburkan hati. Tak buat lawak, tak sah agaknya.


Tukk Tukkk... Tukk Tukkk...

Bunyi ketukkan di pintu.


"Sekejap, sayang." Pinta Imran. "Masuk..." arahnya.


Pintu pejabatnya segera dikuak dari arah luar. Wajah cik setiausahanya terpacul di sebalik pintu.


"Encik Imran, mesyuarat dah nak bermula ni. Semua dah tunggu encik kat bilik mesyuarat." Beritahu cik setiausahanya.


"Okay. Sekejap lagi saya datang." Balas Imran, bersahaja.


Cik setiausahanya segera meninggalkan bilik pejabat bosnya itu.


"Dia orang dah tunggu abang tu. Pergilah. Jangan nakal-nakal tau." Pesan Yana sambil tersenyum simpul.


Begitu juga dengan Imran.


"Sayang tu jangan nakal-nakal. Kalau nak nakal juga, biar nakal dengan abang seorang je tau."


Sempat lagi tu. Abang... Abang...


"Iyalah. Sayang nakal dengan abang seorang jer. Okaylah. Abang pergilah masuk mesyuarat tu."


"Amboi! Sampai hati sayang halau abang kan." Imran buat-buat merajuk.


Yana tepuk dahi.


"Abang ni... Dah-dah. Pergi masuk mesyuarat cepat. Nanti sayang pujuk abang, ya. Sayang siap nyanyi lagu Relaku pujuk nanti tau."


"Hahaha..." terhambur tawanya. Geli hati dengan keletah isterinya itu.


Senang hati Yana mendengarkan gelak tawa encik suaminya.


"Okay. Balik nanti abang nak dengar sayang nyanyi tau. Abang nak masuk mesyuarat ni. Nanti abang call sayang lagi. Love you sayang."


"Love you too, abangku sayang. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam."


Talian segera dimatikan. Imran tergesa-gesa menuju ke bilik mesyuarat.


Yana pulak segera menghidupkan enjin keretanya. Dia terus memecut pergi meninggalkan tempat yang menjadi gelanggang pertarungannya bersama Rozy tadi. Destinasinya yang seterus adalah kedai bakery. Dia nak buat kek petang ni. Boleh mereka makan anak-beranak malam nanti.


"Tak guna punya perempuan." Dengus Rozy geram sambil menghentak stereng keretanya. Sakit betul hatinya dengan si Yana tu. "Aku kan balas balik. Tunggu jer lah." Tekadnya di dalam hati. Dia masih menyimpan dendam dengan musuhnya itu. Dia takkan biarkan musuhnya itu duduk dengan senang-lenangnya.


Dalam dia tengah bengang, tetiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengambil telefon bimbitnya yang terletak elok di atas dashboard. Nama 'Zack' tertera di skrin. Dia mendengus kecil sebelum butang hijau ditekan.


"Hello!" Sapanya, kasar.


"Bos, kami ada nampak budak-budak Yana kat sekitar sini." Beritahunya tanpa berlengah lagi.


Berkerut dahi Rozy mendengarnya. Itu pun nak kena beritahu aku ke? Grrr... Bodoh betullah kau ni. Huh!


"Bos nak kami serang mereka ke?" Tanya Zack pulak.


Grrr...


"Kasi hentam jer lah. Itu pun nak tanya aku. Bodohlah kau ni." Marah Rozy.


Terkedu Zack sekejap. Tak pasal-pasal aku diperbodohkan. Huh! "Okay, bos." Jawabnya sebelum menamatkan panggilan.


"Bos kata apa?" Tanya Joe, ingin tahu.


Zack hanya menganggukan kepala manakala Joe mengerti akan maksud angggukan tersebut. Dia sudah siap sedia. Tali pinggang keselamatan dibuka dengan segera. Mereka bergegas keluar dari dalam perut kereta.


Kawasan di sini agak sunyi sepi. Jarang sekali nampak orang duk lalu-lalang dekat situ. Itu memudahkan mereka laksanakan kerja yang diperintahkan oleh cik bos.


Mereka mendekati dua orang budak Yana yang tidak berapa jauh tu.


"Hai, cik adik." Sapa Zack sambil tersenyum miang.


Lynn dan Nani malas nak layan mamat slenge ni. Mereka buat dont know jer. Mereka kembali menyambung perbualan yang terhenti tadi, gara-gara mamat yang datang menyibuk ni.


"Cik adik dari mana nak ke mana ni?" Tanya Joe pulak. Dia cuba mengorat budak-budak Yana yang comel loteh ni.


Lynn dan Nani pekakkan telinga. Malas nak layan. Mereka kenal mamat slenge ni. Budak-budak Rozy ni memang takkan berhenti buat kacau. Selagi salah seorang daripada mereka tak makan guna tiub, selagi tulah mereka akan cari pasal. Ish!


"Janganlah sombong cik adik..." katanya sambil memegang bahu Nani.


Dengan pantas Nani segera melibaskan bag plastik yang dipegangnya tepat ke lengan lelaki yang berani memegang bahunya itu.


"Aduh!" Dia mengaduh sakit. Zack menahan tawa. Tu lah kau... Bos suruh habiskan budak-budak ni. Bukannya suruh kau menggatal. Apa daaa...


"Kau orang nak apa, hah?" Jerkah Nani sambil memandang tajam ke arah mamat slenge tadi.


"Aku nak kaulah, sayang." Kata Joe sambil menyengih miang. Dia berdiri di hadapan Nani manakala Zack sudah berada di belakang Lynn. Ini bererti mereka berdua sudah di kepong.


Lynn dan Nani sudah bersiap siaga. Mata mereka mencerlung ke arah mamat-mamat slenge yang tak berguna sesen ni. Huh! Sekejap lagi pasti ada pertempuran yang akan berlaku di antara mereka. Semoga kemenangan akan menjadi milik mereka dan bukannya milik mamat-mamat slenge ni. Budak-budak Rozy ni nak kena ajar sikit. Biar tahu rasa... Huh! 


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.