Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 6

Alarmnya berbunyi dengan nyaring sekali. Mengejut mereka yang masih tidur. Yana yang rasa lenanya terganggu, terus mencelikkan matanya. Dia mengeliat sedikit, membetulkan segala urat sarafnya. Pantas dia duduk bersandar di kepala katil. Jam loceng yang masih nyaring berbunyi, di ambil lalu dimatikan. Matanya di gosok dengan perlahan sebelum dia bangun mencapai tuala yang tersangkut di tempat penyidai dan dia segera beredar ke bilik air untuk bersiram.


Selesai sahaja bersiram, Yana segera membuka almari pakaiannya. Dia memilih pakaian yang sesuai untuk dipakainya hari ni. Sambil memilih baju, sambil matanya melirik ke arah suaminya yang masih syok tidur tu. Amboi, laki aku ni... Tak reti-reti nak bangun ke? Dah pukul berapa ni? Kang lambat pergi office, baru tahu.


"Abang, bangun. Dah pagi ni..." Yana mengejutkan suaminya.


Tiada respon daripada suaminya itu.


"Abang..." panggil Yana sambil menyarungkan t-shirt putih dan dipadankan pulak dengan tracksuit berwarna hitam. Ala, awal lagi nak bersiap untuk perjumpaannya dengan musuhnya tu. "Abang..." panggilnya, lagi. Masih tiada respon dari encik suami.


Dia bergerak ke meja solek pulak. Sikat di ambil lalu di rapikan rambutnya yang panjang beralun ombak ini. Dia menyepitkan rambutnya ala-ala sanggul gitu. Bedak compactnya yang berada di dalam laci di keluarkan. Mukanya hanya ditempek dengan bedak compact sahaja. Pagi-pagi ni, tak payah nak over sangat berdandannya. Simple beauty sudah kan. Kemudian, dia mengambil losyen pulak. Losyen itu disapukan di pergelangan tangan dan kaki. Apabila dah siap, dia menghampiri suaminya yang masih lena tu. Dia melabuhkan punggungnya di sisi suami tercinta.


"Abang, bangunlah. Dah pagi ni..." Sekali lagi Yana cuba mengejutkan suaminya. Disertakan dengan tepukan lembut di bahunya itu.


Imran menguit sedikit.


"Abang..." panggilnya, perlahan.


"Hmm..." sahut Imran, perlahan. Matanya masih terpejam rapat. Mengantuk lagilah tu.


"Bangunlah. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat pulak." Kata Yana, sambil memandang suaminya.


"Lima minit." Balas Imran sambil menayangkan lima jarinya itu sebelum menyambung tidurnya balik.


Ya Allah, laki aku ni...

Dah macam anak dia tau. Boleh pulak minta lima minit lagi. Ish! Lantaklah... Kang dah lambat, baru dia tahu. Time tu, sila-silalah dengar isterimu ni membebel iya bang..., omel Yana sekadar di dalam hati sahaja. Dia segera bangun dan beredar pergi ke kamar anak-anaknya pula. Nanti dia akan jengah suaminya balik.


Tukk Tukkk...

Pintu bilik anak sulungnya itu di ketuk.


"Pintu tak kunci pun, ma." Laung Suhaila dengan nada serak basahnya.


Daun pintu terkuak dari luar. Yana menjengahkan kepalanya. Dia melihat anak daranya itu sedang mengemas katil.


"Morning, sayang." Ucap Yana sambil melangkah masuk.


"Morning, ma." Balas Suhaila sambil tersenyum manis.


Yana membalas senyuman manis anaknya itu.


"Awalnya anak mama ni bangun. Mimpi apa jer malam tadi?" Yana sengaja ingin mengusik.


Suhaila ketawa kecil.


"Mana ada mimpi apa-apa, ma. Akak cuma excited je. Tu yang bangun awal pagi ni." Beritahunya sambil mengibas bantal dan disusunkannya dengan teratur sekali.


Yana tersenyum senang. Daripada raut wajah anaknya, dia sudah tahu perasaan anaknya itu. Teruja nak pergi sekolah dan teruja nak buat persembahanlah yang paling utamanya.


"Kan bagus kalau hari-hari macam ni. Senang hati mama tengoknya. Tak adalah akak asyik dengar mama berleter aja, kan?" Kata Yana, sambil tersenyum senang.


"Alaa, ma. Kalau tak dengar ma berleter, rasa tak lengkap hidup ni tau. Sebelum ni, akak saja jer tak nak bangun awal sebab kalau akak bangun awal, nanti mama tak ada kerja pulak. Pagi-pagi lagi ma dah tak tahu nak buat apa kan." Bidas Suhaila, panjang lebar.


Tercengang Yana mendengarnya.


"Bertuah punya anak." Kata Yana sambil menepuk bahu anak daranya itu. "Dah-dah. Pergi mandi. Lepas tu, turun bawah. Breakfast." Suruh Yana sebelum beredar ke kamar anak bujangnya pulak.


Kamar anak bujangnya tidaklah jauh mana pun. Berjalan dalam lima, enam tapak, dia pun sampailah. Pintu yang berada di hadapannya ini di ketuk dengan perlahan. Tiada sahutan yang diterima. Sah. Anak bujangnya ini masih syok tidur. Dia cuba pulas tombol pintu. Tak berkunci jadi dia segera menyelinap masuk.


Ya Allah. Habis jatuh semua bantal. Lasaknya anak bujang aku ni...


"Abang, bangun." Kejutnya sambil menepuk bahu anak bujangnya itu.


Tiada respons. Dia cuba sekali lagi. Tak jalan juga. Hanya satu jer cara yang bisa buat anaknya ini bangun. Ehem... Ehem... Satu, dua, ti...ga


"Abanggggg..." jerit Yana di telinga anaknya itu.


Haikal terkejut lalu dia mengelupur bangun dari lenanya. Hah! Padan muka. Kan dah kena... Yana hanya mampu gelak dalam hati sahaja.


"Hah! Bangun pun."

"Maaaa..."

"Apa ma-ma? Pergi mandi cepat."


Nak tak nak, Haikal terpaksa bangun. Dia segera mencapai tualanya lalu terus masuk ke dalam bilik air. Yana yang melihat hanya mampu tersenyum. Kemudian, dia mengemas bilik anak bujangnya yang macam baru lepas di serang oleh pihak komunis tu.


Selesai aja mengemas, dia mengambil baju sekokah anaknya yang tergantung lalu diletakkan di atas katil. Kemudian, dia beransur pergi ke bilik anak bongsunya pulak. Si kecil ni pun boleh tahan juga. Liat sangat nak bangun paginya.


Sampai sahaja di hadapan kamar si kecik, Yana segera memulas tombol pintu. Dia menjengahkan kepalanya. Syoknya sayang mama ni tidur, ya. Kemain erat dia peluk bantal doraemon kesayangan dia tu.


Yana melangkah masuk. Dia melabuhkan punggung di sisi anaknya. Macam biasa. Bahu anaknya di tepuk manja. "Anak mama sayang, cepatlah bangun. Nak pergi sekolah tak? Sayang tak nak jumpa kawan-kawan ke hari ni?"


Anak bongsunya mengeliat kecil dengan mata yang masih terpejam rapat. Yana tersenyum melihatnya. Comel sangat...


"Sayang, bangunlah. Nanti lambat pergi sekolah pulak. Bangun, cepat." Bantal doraemon yang dipeluk segera di ambilnya.


Apa lagi, terbeliak biji mata anaknya tu memandangnya.


"Morning anak mama sayang..." ucap Yana sambil kucup dahi anaknya itu.


Sofea sambung mengeliat lagi. Dia memandang mamanya yang masih setia di sisi.


"Cepat, bangun." Suruh Yana sekian kalinya.


Akhirnya, Sofea bangun juga. Terhuyung-hayang dia berjalan menuju ke bilik air. Yana yang melihat, sekadar mengelengkan kepala sambil tersenyum. Dia mengatur langkah ke tempat penyidai untuk mengambil tuala mandi si kecik ni. Tuala itu disangkutkan di tombol pintu bilik air. Seterusnya, dia mulai mengemas bilik anak bongsunya ini. Nasib baik tak bersepah biliknya. Selepas mengemas, dia mengambil t-shirt dan seluar tabika kemas anaknya itu lalu di letakkan di atas katil.


Keluar sahaja anaknya dari bilik air, Yana segera menjalankan tugasnya selaku seorang ibu. Disarungkan pakaiannya, disikatkan rambutnya, dibedakkan mukanya dan lain-lain lagi. "Dah siap. Comelnya anak mama ni..." pujinya sambil mengucup pipi anak bongsunya itu.


Sofea tersenyum senang.


"Sayang pergi turun bawah dulu, ya." Suruh Yana sambil membantu anaknya menyandangkan beg sekolah. Mereka beriringan keluar dan terpisah arah apabila Yana kembali ke kamarnya manakala anak bongsunya sudah turun ke bawah.


Tombol pintu dipulas dari luar lalu dia melangkah masuk apabila pintu sudah pun terbuka.


"Ya Allah..." Yana sudah mencekak pinggang. Encik suaminya masih lena di buai mimpi. Kata lima minit tapi sekarang dah lebih daripada lima minit ni. Ish! Mengalahkan anak-anaklah suami aku ni...


"Abang, bangunlah. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat pulak." Kejutnya sambil mengoncang bahu suaminya.


"Hmm..."

"Apa hmm-hmm? Bangunlah."

"Pukul berapa ni?"

"Pukul tujuh daa..."

"Hah?"


Terbeliak biji mata Imran mendengarnya. Lekas-lekas dia bangun. Tuala dicapainya lalu dia segera masuk ke dalam bilik air. Yana yang melihat hanya mampu mengelengkan kepala.


"Kenapa sayang tak kejut, abang?" Tanya Imran, separuh menjerit.


Yana yang sedang mengemas katilnya sudah mengetap bibir.


"Yana dah kejut abanglah tapi abang tu jer yang liat nak bangunnya. Lima minitlah, apalah..." bebel Yana.


"Iyalah tu."


Yana semakin mengetap bibirnya. Baju kemeja, seluar slack dan tie suaminya segera di ambil lalu diletakkan di atas katil.


"Malas Yana nak layan abang. Yana turun dulu." Kata Yana sebelum berlalu pergi.


Imran yang sedang bersiram hanya mampu tersenyum.


Bergegas Yana turun ke bawah. Dia ingin ke dapur sebentar untuk menjenguk pembantu rumahnya yang berasal dari negara seberang itu. Sebelum sampai ke dapur, dia melihat anak bongsunya sudah pun menanti di meja makan. Juadah untuk bersarapan sudah pun tersedia di atas meja. Hanya tunggu untuk di jamah sahaja.


"Bik..." tiak Yana, lembut.


Pantas bibik Riyanti menoleh ke belakang.


"Selamat pagi, puan." Ucap bibik Riyanti sambil tersenyum. Tangannya ligat mengacau air yang berada di dalam teko itu.


"Pagi. Semuanya dah siap ke, bik?" Tanya Yana, ingin tahu.


"Semuanya dah siap, puan. Cuma tinggal air ni jer." Jawab bibik Riyanti.


"Okay. Cepat sikit." Arah Yana sebelum beredar pergi ke meja makan.


Bibik Riyanti mengangguk, tanda mengerti. Tangannya ligat mengacau air dalam teko lalu segera dibawakan ke meja makan. Tugasnya masih belum selesai lagi. Air kopi 'o' yang dibuatnya segera dituangkan ke dalam cawan majikannya manakala air milo dituangkan ke dalam cawan anak cilik yang comel ini.


"Terima kasih, bik." Ucap Yana.


"Sama-sama, puan." Balas bibik Riyanti sebelum beredar ke ruang tamu. Dia ingin mengemas rumah pulak.


Semasa dalam perjalanan ingin ke ruang tamu, dia berselisih pulak dengan anak majikannya.


"Selamat pagi, bik." Ucap Suhaila serentak dengan Haikal.


"Selamat pagi si cantik dan si ganteng..." ucap bibik Riyanti sambil tersenyum senang.


Suhaila dan Haikal menguntum senyuman manis. Sukalah tu kena puji...


"Hah! Dah turun pun anak-anak mama. Cepat-cepat. Breakfast dulu." Arah Yana sambil menghulurkan sepinggan nasi lemak yang disediakan oleh pembantunya itu manakala anaknya yang bongsu cuma makan coco crunch dengan air milo sahaja.


Mereka anak-beranak menjamu selera dahulu.


"Amboi! Makan tak tunggu papa, ya." Sapa Imran yang baru muncul.


"Siapa suruh abang lambat." Balas Yana, sambil menyambung makannya. Dia segera menuangkan air kopi 'o' kesukaan suaminya itu. Kemudian, dia ingin mengambilkan nasi lemak tetapi dihalang oleh suaminya. "Lah. Kenapa abang tak nak makan pulak?" Soalnya, ingin tahu.


"Abang dah lambat sayang. Tak sempat nak breakfastnya. So, hari ni boleh tak sayang hantarkan anak-anak ke sekolah?" Pintanya sambil meneguk air kopi 'o' sekaligus.


"Tu lah. Siapa suruh bangun lambat lagi. Lima minitlah. Apalah. Kan dah lambat..." Yana membebel.


Imran mengulum senyuman.


"Boleh tak, sayang?" Soalnya, lagi.


"Iyalah."


"Terima kasih sayang." Ucap Imran sambil mengucup pipi isterinya secara spontan.


Yana terkejut manakala anak-anaknya sudah tersenyum simpul melihat ragam ibu bapa mereka ni.


"Ish! Abang ni... Jangan nak buat perangai depan budak-budak, ya." Yana buat-buat marah sedangkan dalam hati dah melompat keriangan. Gara-gara suka sangat.


Imran hanya tersenyum.


Yana memandang anak-anaknya silih berganti. Dia nampak anak-anaknya sudah tersenyum simpul macam bapaknya juga. "Tak payah nak senyum sangat. Cepat makan. Nanti lambat pulak." Kata Yana, tegas. Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya.


Suhaila dan Haikal cepat-cepat menghabiskan sarapan mereka. Begitu juga dengan adiknya yang kecik itu. Apabila dah habis menjamu selera, mereka bergegas ke ruang tamu. Beg sekolah segera mereka sandang dan mereka beriringan menuju ke pintu. Kasut sekolah yang berada di atas rak kasut di ambil lalu dipakainya.


"Bik, tolong ambilkan handbag saya kat dalam bilik." Suruh Yana.


Bibik Riyanti terus meniti anak tangga menuju ke bilik majikannya itu.


"Sayang, betul tak tie abang ni?" Tanya Imran, pulak.


Mata Yana beralih ke arah suaminya yang berada di sisi. Dia melihat tie yang dipakai suaminya itu. Dia tak menjawab soalan suaminya itu tetapi tangannya pantas bertindak. Tali tie yang dipakai oleh suaminya itu dirapikan supaya nampak kemas dan kacak.


"Ni tas tangannya, puan." Kata bibik Riyanti sambil menghulurkan handbag tersebut.


"Terima kasih, bik." Ucap Yana, sekali lagi.


Bibik Riyanti berlalu pergi.


Yana dan Imran beriringan menuju ke pintu. Anak-anak mereka sudah pun menunggu di luar.


"Salam papa, cepat." Arah Yana, lagi.


Anak-anaknya mendengar kata. Tangan bapaknya di salam dan di cium dengan penuh hormat. Kini, gilirannya pula. Tangan suaminya di cium manakala Imran pula sempat menghadiahkan ciuman di dahinya. Ya Allah... Depan anak-anak pulak tu. Malunyaaa...


"Abang pergi dulu. Sayang hati-hati bawa kereta tu." Pesan Imran sebelum melangkah masuk ke dalam perut keretanya.


"Iya. Abang pun sama. Jangan nak drift sangat. Pandu cermat..."


"Jiwa selamat..." nyampuk Suhaila dan Haikal serentak.


Terhambur gelak tawa Yana dan Imran mendengarnya. Sabar jer lah dengan budak-budak ni.


Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang keselamatan harus diutamakan. Dengan lafas 'Bismillah', dia memandu keluar meninggalkan halaman rumahnya ini. Setelah kelibat suaminya hilang di pandangan mata, Yana segera mendekati keretanya yang berada di garaj.


"Masuk, cepat. Nanti lambat pulak sampainya." Arahnya kepada anak-anaknya. Dia sudah pun meloloskan diri ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan anak-anaknya. "Abang, baca doa naik kenderaan, cepat." Suruhnya lagi.


Haikal menurut perintah. Kedua belah tangannya di tadah. Diikuti dengan yang lain. Terkumat-kamit mulut Haikal membacanya. "Aamiin..." Dia meraupkan mukanya dengan kedua belah telapak tangannya itu. Begitu juga dengan yang lain.


"Bismillahirrahmanirrahim..." ucap Yana sebelum memulakan perjalanannya.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.