Home Novel Thriller/Aksi IMPLISIT
IMPLISIT
#mystrill
21/11/2019 14:07:07
25,340
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

Wanita ituberhenti, dia tidak lagi menulis diari. Hanya cara lama untuk dia menyimpankenangan, biarlah buku itu menjadi kenangan. Dia menoleh  ke arah luar tingkap. Memikirkan soal Ayumi.Ya! Anak itu akan diberi nama Ayumi.


Wanita itu kemudiannya berpaling wajah,menyambung diari ringkas tentang apa yang terbuku di hatinya.


“Aku berjayakahwini Arif. Aku berjaya! Dia adalah yang selayaknya. Aku percaya dia akanmenguruskan zuriatku. Dan aku mahu keturunan dari zuriatku. Apa yang perlu akulakukan, telah aku lakukan, sekarang giliran Arif untuk menjaga Ayumi dengansebaiknya.”


Wanita yangbernama Ratna itu bangkit dari kerusi, menutup diarinya. Dia berjalan ke tepitingkap. Diari itu hampir siap. Banyak yang perlu diubah tentang diri Arifsebagai seorang ayah. Yang pasti, dia telah menyiapkan suaminya sebelum hariitu datang!


Hari yangdinanti penuh debaran. Hari yang dirasakan paling malang. Satu-satu rancangantelah tersusun rapi dan lengkap, semua terkandung di dalam diari yang telahsiap dikarang.


Wanita itumelihat ke luar jendela, dari luar, kelihatan lampu jalan semakin samar, malahada yang malap terus. Dia kemudian duduk memeluk tubuh dengan kedua kakidirapatkan ke dada. Dia bersendirian. Dia sudah tidak ada lagi sebarangperasaan. Satu masa nanti, Arif perlu memilih. Ya! memilih

 

Memilih dia atau Ayumi!

 

Kerana salah satu dari mereka perlu mati!
Previous: BLURB
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.