Home Novel Thriller/Aksi IMPLISIT
IMPLISIT
#mystrill
21/11/2019 14:07:07
25,338
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1
Johor,
Kampung Parit Jawa.

“Dah fikir habis-habis ke Siah oi... anak kita tu bukannya bodoh. Yang awak nak kahwinkan dia dengan si Arif tu dah kenapa? Awak ingat anak kita tu sama ke dengan budak tu?”

Tanah di hadapan rumah tidak lah luas, tapi bolehlah untuk bercucuk tanam. Setakat sayur-sayur biasa, untuk makan Hj Redan dan isteri pun dah lebih dari cukup. Berpeluh-peluh lelaki itu menahan lelah.

“Sudah le tu ayahnya... nanti datang semput tu lagi...”

Hj Redan duduk di tangga bawah. Rumah mereka tidak jauh dari sawah. Bersaiz sederhana namun masih nampak sedikit mewah. Kalau duduk petang-petang memang sedap mata memandang, tenang pemikiran. Sejak anak-anaknya jauh bekerja di bandar, itulah masa yang diisi oleh kedua suami isteri itu. Berbual, kalau tidak pun bergurau di bawah pankin pokok besar di depan rumah.

“Awak tak jawab lagi soalan saya!” Haji Redan menghirup air kopi yang siap dibancuh tadi.

“Balik-balik, itu yang awak ungkitkan kenapa?”

“Eh Siah... Kartina tu satu-satunya anak harapan kita tau... awak nak dia berkahwin dengan Arif? Saya tak nak!” cawan tadi diletak semula. Baju putih yang disangkut di bahu, dikibas-kibas menghilangkan panas.

“Kalau dah jodoh bang....”

“Jodoh tak jodoh! Saya memang tak nak! Muktamad!” selajur, lelaki tua berwajah sedikit bengis itu turun menyambung kembali kerjanya.

Siah hanya mengeluh. Susah betul rasanya bercakap dengan suami yang terlalu memilih. Dia tahu Kartina itu belajar tinggi, tapi kalau dah itu pilihan anaknya, dan itu yang membahagiakan, apa salahnya?
“Tanah yang arwah Junid tinggalkan tu pun saya nak tuntut semula.”

“Buruk siku namanya tu bang? Bukankah abang yang bagi pada Rosnah dan keluarganya? Abang yang suruh mereka tinggal di situ. Setelah sekian lama, baru nak diungkit kembali pasal tanah?”

Hj redan berhenti seketika. Mengesat peluh di dahi. “Dulu lain Siah, sekarang lain… sekarang ni, tanah tu hak aku, arwah Junid tak habis bayar pun tanah tu. Ha! Aku ada hak nanti, tanah tu aku boleh beri pada si Kartina ke… atau anak yang lain. Sekarang harga tanah mahal tau!”

Kamsiah diam. Dia tidak setuju langsung dengan pendapat suaminya.

“Awak jangan nak pandai-pandai pujuk si Kartina tu jumpa si Arif.” Sekali lagi lelaki itu berpesan sambil menghayun cangkulnya menembusi tanah. Biji benih yang dibeli oleh anak perempuan tunggalnya itu di masukkan seperti mana diajar.

“Pandai ke tu bapaknya....”

“Mari lah sini tolong, awak duduk situ buat apa?” teraba-raba juga Hj Redan mengutip benih tadi. Matanya berkelip-kelip rabun. Kelakuan itu menimbulkan tawa yang kuat bagi Siah.

“Awak nak cari apa tu bang? Semua biji benih ni sama...”

“Saya cari yang mana sawi yang mana kailan.”

Sekali lagi Siah ketawa kuat. Haji Redan hanya mengeluh kasar. Bukannya mahu menolong, ditertawakan lagi oleh isteri.

“Untung anak kita tu bijak ye bang.... alhamdulillah...”

“Sebab tu saya tak namu dia berkahwin dengan Arif, budak yang tak ada masa depan!”

“Ish! Tak baik abang cakap macam tu...” Tegur Siah. Kata-kata suaminya sedikit menghina. Walaupun Arif tidak habis sekolah, tapi dia tidak kisah itu semua. Yang penting budak Arif itu, jujur dan baik.

“Zaman sekarang ni baik je tak cukup! Jujur je tak cukup! Kena ada duit, ada kerja, ada pelajaran!” sekali lagi Hj Redan mendengus.

“Yelah bang... saya faham. Sudahlah tu marilah kita tanam sayur ni.”

“Awak dah masak belum? Kejap lagi saya nak makan, lapar pula.” Haji Redan mencuit hidung isterinya.

Kuala Lumpur,

Petang itu, sebaik habis kerja. Kartina terus memandu ke restoran Kamaruzaman yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah sewanya. Selepas kereta diparkir, dia segera keluar berlari anak ke arah restoran tersebut.

Kartina berhenti di muka pintu depan restoran, kedua tangannya memegang ukiran berwarna kelabu di tepi pintu. Tas tangan merah terang yang dipakai, menghiasi tubuh.

Matanya bergerak-gerak mencari seseorang. Dan pandangan itu terhenti pada sudut hujung restoran itu.

Seorang lelaki berbaju kelabu mengangkat tangan separas kepala, bertujuan menyedarkan kehadirannya yang berada di situ.

Kartina tersenyum dan dia berjalan laju ke arahnya. Senyumannya manis ditambah dengan lipstik pink yang menghiasi wajah. Alis matanya lentik malah rambutnya dibiarkan mengerbang ikal mayang.

“Lambat!” tegur lelaki itu sebaik sahaja Kartina sampai.

“Sorry...”

“This is not the first time...” ujar lelaki itu sambil jari jemarinya sibuk scroll laman facebooknya, sedikit pun dia tidak peduli wanita yang sudah duduk di depannya.

“Alaaa...” Kartina duduk bersandar, mencebik.

“Banyak kerja ke?” tanya lelaki itu malas memujuk. Bukan dia tidak tahu sikap Kartina yang mengada-ngada. Malah dari dulu memang manja.

Kartina masih tidak menjawab, bibirnya sudah sedepa kedepan.

“Hai.... merajuk ke?”

Kartina menggeleng, namun masih lagi menunduk dengan kedua tangan bersilang di dada.

“So! Bila nak balik kampung?” barulah lelaki itu meletakkan telefonnya di atas meja dan membetulkan kedudukannya menghadap Kartina.

Soalan itu menceriakan hati wanita tadi. Cepat-cepat dia tersengih dan duduk merapati meja. “Minggu depan. Abang ikut sekali?”

“Memang abang nak balik. Cuma abang kena tunggu cuti Tina je.” Dia sangat risaukan wanita itu bersendirian, sampaikan di mana Kartina kerja pun diikutkan. Kartina merupakan satu-satu adik perempuannya, malah bersikap manja. Dialah satu-satunya penghibur dan bunga di dalam keluarga. Sebab itu jugalah sikapnya kadang-kadang menjengkelkan.

“Masih berjumpa dengan Arif?” Tanya Norman

Senyuman Kartina termati. Dia tidak suka betul membincangkan soal itu. Bukan sahaja ayah, malah abang-abangnya juga sama. Dia sudah besar! Biarlah keputusan berumah tangga itu jadi haknya.

“Jom makan!” Kartina mengubah topik lantas mengangkat buku menu separas wajah. Sengaja menutup dari berpandangan. Norman tahu helah adiknya, dan dia membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill