Nursyamia menguis-nguis dedaun kering menggunakan hujung kaki. Dia membetulkan postur badan dengan menegakkan sedikit tubuhnya melepaskan lelah yang bertandang di kerusi batu terazzo putih yang diletakkan di bawah rimbunan pohon brown heart di Seri Laman Universiti. Taman yang dipenuhi pohon-pohon rimbun yang menghijau dan tasik buatan manusia di tengahnya. Dibina khas untuk para siswa dan siswi merehatkan seketika otak mereka selepas seharian menelaah pelajaran.
"Aghhhh...penatnyaaa!"..terlepas keluhan kecil dari bibir Nursya. Dahi Nursyamia kelihatan berenik peluh kecil. Panas bahang mentari masih terasa walaupun dia berteduh di bawah pokok. "Mana pulak si Zeaya nih"..mata Nursyamia memicing melihat persekitaran taman. Kalau-kalau dapat menangkap kelibat Zeaya. "Janji nak jumpa kat sini..jangankan batang hidung, bayang pun tak nampak!!"..rungut Nursyamia. Baru sahaja mahu mengangkat punggung, Nursyamia terdengar namanya dipanggil. Berkerut dahi Nursyamia saat melihat Zeaya berjalan laju diantara pohon teduhan di pinggiran taman tersebut menuju ke arahnya.
"Nursya!"..laung Zeaya dari kejauhan sambil langkahnya semakin dipercepatkan. Walaupun berjalan di bawah pohon teduhan, kepanasan tetap juga menyengat tubuh."Arghhhh..nih yang aku menyampah kalau pergi taman..silap pulak aku janji jumpa dia kat sini!!"..keluh Zeaya sedikit kesal. Sudahlah jarak antara pohon teduhan agak jauh, dia bimbang kalau-kalau Nursyamia perasan akan tiada bayang yang mengekori. Pontianak mana ada bayang.
"Heh..sampai pun..panas tau tunggu lama-lama kat sini.." ujar Nursyamia. Dia mengesat sedikit peluh yang semakin merenik di dahinya.
"Sorry Nursya..sorry..saya bukan lupa..tapi tak ingat ada janji dengan awak..huhu sowwyyyy"...sahut Zeaya sambil tersenyum sumbing.
"huhhhh...bukan lupa tapi tak ingat?!" Nursyamia mengejilkan mata pada Zeaya.
"berbekas bontot duduk kat bangku nih tunggu awak tauuu!! bayang pun tak nampak tadi! huhhhh!!" sambung Nursyamia sedikit geram bercampur marah.
"erkkk..hehe..sorry beb..jom saya lanje awak minum petang nak? cakap nak discuss pasal assigment En Luqman kan?" Zeaya mahu segera beredar daripada taman itu. Berpijar rasa tubuh dek hembusan angin panas waktu petang. Jam di tangannya ketika itu menunjukkan pukul 4.00 petang. "aku memang takde bayang sebab tu kau tak nampak Cik Nursya ooiii!"..sambung Zeaya dalam hati.
"Awak lanje haaa!" ujar Nursyamia sambil mengambil buku-buku yang diletakkan bersebelahan tempat duduknya tadi.
"Yoooo lahhhhhhh...."sahut Zeaya. Mereka melangkah beriringan menuju ke cafeteria yang berdekatan. Seboleh mungkin Zeaya akan berjalan di bawah deretan pokok teduhan walaupun dia tahu Nursyamia memandangnya dengan padangan aneh.
"Amboiiiii..sejak bila ambik jawatan Puteri Lilin nih?" soal Nuryamia sinis.
"huh?"
"takut cair ke Cik Zeaya?" sambung Nursyamia.
"kalau saya betul cair awak nak buat apa?" soal Zeaya tanpa menjawab pertanyaan Nursyamia.
"huh?..awak betul-betul boleh cair ke? waoaaa.." Nursyamia lantas menutup mulut dengan tangan.
"merepek la awak ni Nursya!!..ahahahhah" Zeaya tertawa kecil.
Sebaik sampai di cafeteria, Zeaya menuju kearah sebuah meja yang sedikit tersorok di hujung sebelah kiri. Lebih selesa kerana kurang sesak seperti di kawasan tengah cafeteria yang penuh dengan siswa siswi. "Ada yang baru mengisi perut barangkali"..bisik hati Zeaya.
Tenggelam dek kusyuknya perbincangan untuk menyiapkan assigment antara dirinya dan Nursyamia, Zeaya langsung tidak menyedari peredaran masa. Keadaan yang semakin kelam di sekitar cafeteria menunjukkan waktu Maghrib semakin hampir.
"Nursya..dah nak malam nih..esok sambung yea?" ujar Zeaya sambil mula mengemas buku rujukan dan nota-nota yang agak berterabur di atas meja.
"erkkk..laaa sket je lagi Zeaya..tak nak habiskan ke?"
"cuba pandang kat luar?"
"huhhh..dahhhh nak malam!"
"hahh..tau punnn..dah tuh?? tak reti-reti nak balik?"
"hummmm..ingat boleh siapkan hari nih.."
"Esok boleh buat kan..sempat lagi.."
"Lagipun tak elok anak dara dok kat luar Maghrib macam nih..dah jom..saya teman awak ke asrama"
"Ehhh..tak payah Zeaya..saya boleh balik sorang .. bukan ada hantu punnn..."
"Yea keeeee!??"
"Arghh kalau ada pun apa salahnya?..tak takut laaahhhh..Nih Nursyamia tauuuu!..hekk!" ujar Nursyamia sambil menunjuk aksi bagus dengan jarinya.
"ohhoooo..tak takut yeaaaa"...sahut Zeaya sambil mengecilkan mata merenung Nursyamia.
"Dah kenapa tengok saya cam tuhhh?" ujar Nursyamia sambil menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Zeaya.
"hahahahah..tadi cakap tak takut?!..dah jom balik..Saya teman awak sampai pintu asrama okay?"
"sure?!"
"sure laahh..kang benda lain pulak teman awak nanti!..nak ke? heehheh.."
"owhhh..takmoa-takmoa!" laju-laju Nursyamia menggelengkan kepala.
"jom gerak"
Sewaktu Zeaya dan Nursyamia beriringan meninggalkan cafeteria, sepasang mata berwarna merah memerhati pergerakan mereka di balik rimbunan pohon ketapang.
"hebakkk..hebakkk..kau Zeaya..dapat berkawan dengan manusia!!..aku nak tengok lama mana kau bertahan Zeaya!!"..