Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
100,027
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4
Dingin malam semakin terasa hingga ke tulang hitam. Sebaik sahaja lepas azan Maghrib berkumandang, hujan lebat turun mencurah-curah. Di cafeteria kelihatan beberapa orang siswa dan siswi yang terperangkap menunggu hujan reda. Langkah Zeaya dan Nursyamia terhenti hanya dua blok daripada bangunan asrama Seroja. Salah satu daripada asrama yang dikhususkan untuk siswi. Dingin malam ditambah dengan cuaca lembap akibat hujan menyebabkan Nursyamia mengigil kesejukan. "urghhhhh..sejukkkknyaa" rungutan kecil terlepas daripada bibir Nursyamia. 


Masih ada dua blok lagi perlu mereka lepasi sebelum tiba ke asramanya. Gerimis halus renyai hujan masih juga belum menunjukan tanda untuk reda. "kalau aku redah juga, terpaksa pulak aku skip kelas esok!..urghhh..sakit kepala kena hujan gerimis nihh!!'..bersambung rungutan Nursyamia. Shawl yang di pakai atas kepala sudah herot petot. Separuh basah di timpa gerimis hujan sewaktu dia dan Zeaya menapak langkah seribu sejurus selepas titisan hujan mengenai mereka tadi. Siapalah dapat menjangkakan perubahan cuaca yang tiba-tiba seperti itu. Sudahlah kedua mereka tidak membawa sebarang payung. "Patutlah orang tua-tua selalu pesan, sediakan payung sebelum hujan!..hahhh kan dah kenaaa!" sambil menepuk dahinya sendiri ,Nursyamia menggelengkan kepalanya beberapa kali. 


"Nursya? awak ni kenapa?" berkerut sedikit kening Zaeya sewaktu melontarkan pertanyaan.

"kkenapa apaa?"

"dari tadi dok cakap sorang-sorang? awak ok ke nih?"

"ehh..ookayy jea..huhuhu!"

"yee keee nihhh?"

"aa'ahh.. saya okay jeaa.."

Perbualan mereka terhenti seketika sewaktu Zeaya merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan dia dan Nursyamia. Mereka berteduh seketika di bawah kaki lima berbumbung di bangunan asrama Dahlia, berhampiran dengan taman permainan mini. Dalam gelap malam itu tidak sukar untuk mata Zeaya menangkap kelibat makhluk berbadan seperti kanak-kanak lelaki berumur lingkungan usia 4 ke 5 tahun, sedang bermain buaian di bawah renyai hujan di taman permainan mini itu. "ahhh..Toyol mana pulak terlepas kat sini?" desis hatinya.

Si Toyol hijau juga menghentikan buaiannya. Mata keduanya bertembung. Zeaya langsung tidak berkedip. Tanpa di sedari, sebelah tangan kanannya dengan segara mengengam kuat tangan kiri Nursyamia. Sedikit hairan dengan gengaman tangan Zeaya, Nursyamia mahu membuka mulut untuk bertanya tapi..

"shusss.." Zeaya meletakan jari telunjuknya yang runcing betul-betul di atas bibir mungil Nursyamia. 

"huh?" 

"dia nampak awak..tapi takpe..awak ada dengan saya.." Zeaya memberikan jaminan.

"siapa nampak siapa?" soal Nursyamia kehairanan. Di matanya hanya kelihatan taman permainan mini yang berbalam-balam dek gelap malam. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.