Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,948
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9
“Huff..huffff..hufff” kembang kempis hidung Zeaya menahan amarah. Jemari yang runcing berkuku bagaikan penari tradisional Thailand itu meramas kuat dahan pohon Ara yang menjadi tempat pertemuan dia dan Camelia. 

“Woiii?! Kau dah kenapa?!” sergah Camelia sebaik sahaja dia melayang hinggap dan bertenggek disisi Zeaya. 

“Macam sembelit tahi batu jeee aku tengok?” sambung Camelia memuntahkan soalan.

“Argghhh.. sakit hati aku laaa!!” sahut Zeaya tanpa menjawab persoalan Camelia.

“Yeaa.. aku tahulah kau sakit hati, kalau tak, takdenya mata kau jadi merah mata hitamku kaannnn??” sindir  Camelia.  

“Cerrr habaq mai kat aku.. appaa siapaa yang berani-beraninya membangkitkan kemarahan dihati sahabat aku nih huh?!” sambung Camelia sambil tangan kanannya menepuk-nepuk lembut bahu Zeaya.

“Kelmarin siang Gale datang kampus..”

“Huh?? Gale si hantu Galah tuh?”

“Yup”

“Dia cari kau?”

“A’ahh..”

“Hantu galah tak tahu malu!” Camelia mencebik.

“Hahahah.. kau ni Cam..”

“Betul lahh..kan kau dah lama reject dia?” soal Camelia.

“Gale mane ada perasan malu? Perasan hensemmm adalah! hahahhahahahaehehehehheee!!..” 

“Urghhhh.. hensemmm celah bedahhhh.. mata pun dok kat luar soket! terlajak tinggi macam galah!, belum bab tengkuk dia kena kerat yang darah dok menjejes turun tuhhhh.. urgghhhh hilang seleraaa aku!!”  

“Amboiii kau Camm! Capuihhh sangat aihhhh!!”

“Hahahahaha hehehehe..”

Hilai tawa Camelia dan Zeaya dapat didengari sayup-sayup oleh Nursyamia yang kebetulan mahu membuka tingkap biliknya. Sebaik memdengarkan tawa entah dari mana itu, Nursyamia bergegas menuju ke katil. Dia membatalkan hasrat hati mahu membuka tingkap untuk memdapatkan udara segar. “Silap-silap haribulan benda lain pulak yang aku dapat arghhh”.. desis hatinya.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.