Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,913
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1
"Che' Ponti Name Zeaya?" 

" Yea saya" Zeaya mengangkat sebelah tangan kanannya.

"erkkkk..memang nama, emak awak kasi macam tu ke?" soal Luqman sedikit kehairanan.

"aahhh.."pendek sahaja jawapan Zeaya.

"Okay semua..kita ada student transfer semester ni. Che' Ponti Name Zeaya"..

"erkkk..panggil Zeaya jea.."

Luqman mengelengkan kepala. Sudahlah masuk ketika pertengahan semester, nama pulak pelik, mujur orangnya cantik. "Hishhh..student aku kot! snap out off it Luqman!"..detik hatinya. Tapi tidak dinafikan wajah Zeaya memang cantik. Kulit Zeaya berwarna putih pucat, sepasang mata galak berwarna coklat jernih seakan marble, dan bibirnya yang merah delima tanpa calitan lipstik. Muka bujur sirih, dengan lesung pipit di kedua belah pipinya yang kelihatan jelas bila sahaja dia membuka mulutnya untuk bercakap. Rambut Zeaya yang ikal mayang hitam berkilat separas pinggang dilepaskan tanpa di ikat.

"Keluarkan assigment yang saya bagi bulan lepas yea? takkan tak siap lagi kot?" ujar Luqman selepas selesai menanda kedatangan semua pelajar yang mengambil jurusan yang diajarnya, Liberal Communication.

"Erkk..Encik Luqman..saya macam mana?" soal Zeaya. 

"Owhh..awak..hmmmm..banyak yang awak kena  catch up..macam ni lah, lepas kelas nanti jumpa saya di pejabat ketua program, saya kena bincang dengan big boss dulu...buat masa sekarang awak boleh baca buku teks Liberal Communication dulu, kalau takde, pinjam dengan kawan sebelah ok?"

"baik En Luqman"..ujar Zeaya. Disebelahnya Rina. Baru sahaja dia berkenalan tadi.  Tapi riak wajah Rina tidak mesra alam. Muka ketat, kata orang zaman sekarang. Zeaya sedikit gelisah. Di toleh kesebelah kirinya pula, seorang gadis bertudung sopan berwajah sederhana. "bolehhh..awak boleh kongsi dengan saya"..ujar si gadis tanpa memperkenalkan namanya. Serentak dengan itu, buku teks Liberal Comunication di letakkan ditengah-tengah meja antara Zaeya dan gadis bertudung sopan. 

"Nama awak?"

"Saya Nursya"

"Hi,...saya Zea.."

"Zeaya? kannn?"

"terima kasih sebab pinjamkan saya buku nih.."

"sama-sama kasih.."ujar Nursya sambil melirikkan senyuman manis.

"erkkkk..kat mana saya boleh beli buku ni yea Nursya?"

"hmm..nanti lepas kelas, saya bawak awak ke kedai buku yea?"

"owhhh..lepas saya jumpa En Luqman?"

"a'ahhh..owhh yea-yea"

"bboleh saya mintak no telefon awak Nursya?"

"019-3444110..Nursyamia.."

"aaa...bbole.."

"shusss..fokus!"

"bbaaikk.."

Sebaik sahaja tamat kelas Liberal Comunication, Zeaya bergegas mengikut langkah Luqman. Dia masih kurang arif dengan kedudukan bangunan-bangunan yang baru dibina di Fakulti Masscomunication itu. "Tak sama dah dengan zaman aku study dulu..sesat nanti satu hal pulak!..takkan aku nak terbang macam ponti pulak cari jalan sana sini!" desis hatinya.

"En Luqman..tunggu saya.." ujar Zaeya tercungap-cungap mengejar langkah Luqman.

"Ehh..maafkan saya.." sahut Luqman seraya mematikan langkah. Dia menunggu sehingga Zeaya mendekat barulah melangkah semula. Debar hati bukan kepalang sewaktu Zeaya berjalan beriringan dengannya. "Minyak wangi apa dia pakai nih?..wanginyaaaaa!!"...Luqman bermonolog.

"erkkk..maaf En Luqman, banyak sangat ke yang saya kena catch up nih?"

"banyak jugak..sebab awak masuk pun dah tengah semester..jarang ada kemasukkan di pertengahan semester..so yup..agak banyak yang awak ketinggalan..bukan subjek saya sahaja..subjek-subjek lain juga.."

"alahaiii..penat la saya nak kejar!" keluhan kecil terkeluar daripada mulut Zeaya.

"takpe..pelan-pelan kayuh" ujar Luqman tersenyum.

"kita dah nak sampai.."sambung Luqman.

Dihujung blok sana, kelihatan sekumpulan pelajar beratur dihadapan pejabat ketua program bagi Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan. 

"arghhh..tak sangka pulak ramai nak jumpa ketua program hari ni.." 

"jadi? macam mana dengan saya En Luqman?"

"nanti saya aturkan hari yang lain..saya buat temujanji dulu sebelum jumpa dia..apa-apa nanti saya maklumkan pada awak dalam kelas".

"baikklah En Luqman..kalau takde apa-apa boleh saya gerak dulu? ada janji dengan kawan.."

"okay"

Zeaya segera berlalu meninggalkan Luqman. Dia mengingati dengan jelas laluan yang ditunjuk oleh En Luqman sebentar tadi.

"Heyy!" Nursya melambai-lambai tanganya. Di kejauhan kelihatan Zeaya menapak kearahnya. 

"Maaff..lambat skit"..ujar Zeaya menarik nafas.

"takpe..tak lama pun tunggu" sahut Nursya tersenyum manis.

" Jom.."  mereka melangkah beriringan menuju ke arah kedai buku Optima. 

"Nursya orang mana?" Zeaya sekadar mahu mematikan kesunyian antara mereka.

"hurmm?..Zeaya?" Nursya tidak menjawab pertanyaan Zeaya sebaliknya memuntahkan kembali soalan sama.

"aaahhhh..hmmmm..."

"kenapa? orang jauh ke?"

"Nursya asal mana?"

"Orang mana-mana jea..hahhaha" Nursya ketawa kecil. 

"Cepatlah..nanti buku yang nak beli tuh habis.."Nursya segera menarik lengan Zeaya. "huh?! sejuknya tangan dia?" Nursya tersentak. 

"Zeaya?"

"hurmmm?" Zeaya berpaling ke arah Nursya. Pandangan mata Zeaya menikam jauh ke dalam mata Nursya. Nursya tergamam seketika. Saat itu, Zeaya yang berketinggian 6 kaki 3 inci menunduk sedikit untuk mendekatkan wajahnya hampir dengan wajah Nursya.  Begitu hampir sehinggakan Nursya dapat merasakan hembusan lembut nafas Zeaya. Wangian yang melingkari tubuh Zeaya menusuk ke rongga hidungnya.

"Ada apa Nursya?" lembut sahaja pertanyaan Zeaya namun tidak segera di jawab. Nursya terlalu terkejut dengan tindakan Zeaya. Suara Zeaya saat itu kedengaran sangat berlainan. Terasa serbuan darah menyerbu naik ke kepalanya. Wajah Nursya merona merah.  "arckk kenapa dengan aku nih?"

"erkkkk..aahrghh..ttakk..tak de apa-apa"..gagal menyembunyikan kegugupannya, Nursya sekadar melemparkan senyuman keresahan. 

"kalau macam tuh, boleh kita beli buku nih? kedai pun dah nak tutup?" ujar Zeaya tersenyum melihat tingkah Nursya.

"aahhh..yea-yea..bbolehhh..."

"jommm..saya nak bayar buku ni kat kaunter, Nursya tunggu saya kat luar jap eak?"

"okay".

Sambil tanganya menghulurkan bayaran buku, mata Zeaya tidak lepas memandang ke arah Nursya yang masih setia menunggu di luar koridor kedai buku Optima. "Hmmmm..kalau dia tahu rahsia aku..aku kena ikat dia!" getus hati kecil Zeaya. Menyesal pula dia disebabkan terlupa memakai losyen pemanas badan sebelum keluar dari rumahnya pagi tadi. "Aku cuma nak cuba hidup sebagai manusia biasa sahaja...arghhhh...!"

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.