“Dah la Zeaya.. saya tak nampak apa pun.. jommm!! hujan dah berenti nih!” ujar Nursyamia sambil menarik tangan Zeaya. “okay-okay.. jommm!” sahut Zeaya mengiakan sahaja kata-kata Nursyamia. Dia tidak mahu memanjangkan cerita kerana hijab mata Nursyamia pastinya masih tertutup.
“Itu lebih baik daripada membahayakan nyawa Nursyamia sekiranya dia mampu melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dia lihat..” desis hati Zeaya.
Walaupun menyedari dirinya juga bukanlah makhluk yg sepatutnya boleh dilihat oleh Nursyamia, namun Zeaya telah berjanji pada dirinya, untuk menjadi “semanusia” mungkin sehinggalah dia bergradusi kelak.
“Dah sampai pun. ...aaahhhh.. penattttnyerrrr!”.. rungutan kecil Nursyamia menyedarkan Zeaya.
“Ehhh.. a’ahhh laaa.. huhuhu”..
“Awak?! Sambil jalan pun boleh mengelamun yek?! Hebakk..hebakkk!!” ujar Nursyamia sambil mengukir senyuman sinis.
“Mujur tak tersadung kaki awak.. nampak longkang tuh?!” sambil muncung kan mulutnya ke arah longkang kecil tidak jauh dibelakang mereka.
“ nyarissss tauuu dakkkk?” sambungnya.
“Nyaris ape?” soal Zeaya kehairanan.
“Nyaris awak nak tersadung laaa tadi!.. aiyohhhh Zeaya!!”
“Erkkk.. Huh? Ohhh yea kee?”
“Iye la Cik Zeaya oiiii”..
“Kita jumpa esok yea? Kat kelas?..”sambung Nursyamia. Dia ingin segera membersihkan dirinya, menunaikan solat Maghrib dan merehatkan diri. Kepalanya juga mulai terasa berat.
“Okay Nursyamia, jumpa esok”.. Zeaya berlalu pergi setelah memastikan Nursyamia menutup pintu bilik asramanya. “Harap kau datang esok Nursyamia”..