Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,301
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20

“Cam?! Cam mana pulakkkk?!!aishhh..rungut hati Mink. Berkerut dahi Mink memikir-mikir adakah

 nama Cam pernah terpacul daripada mulut Nursya. “hhmm..tak pernah pulak aku dengar Nursya

 sebut nama Cam nih..? kalau Zeaya tuh ye..naik bernanah telinga aku dengar nama Zeaya..Zeaya

 itu…Zeaya ini…haishh”… Perasaannya berbelah bagi untuk membuka pintu bilik mereka. Apatah lagi

 mengingati pesan Zeaya agar menunggunya balik dan menjaga Nursya dengan baik. “Arghhh...i’m not

 enroll to the uni to babysit someone but yeahh…she seems to need a friend now than ever”…keluh

 hatinya. Seingatnya, saat nama Zeaya mulai berdendang di bibir Nursya ketika itulah, Nursya mulai

 mengalami pelbagai keadaan yang dia sendiri sukar untuk memahaminya. Padahal Mink tahu, Nursya

 sangat susah hendak rapat atau berkawan baik dengan seseorang yang baru dikenalinya. Dia sendiri

 sebagai rakan sebilik Nursya mengambil masa hampir 3 bulan untuk berkawan baik dengan Nursya…

tapi Zeaya? dan sekarang? Camelia?! huhhh…”

 

Mata Mink masih tertancap pada daun pintu. Sesekali matanya mengerling ke arah Nursya yang

 seperti bayi ketiduran mendatangkan resah di jiwa Mink.

 “Urghh…Nursya…Nurysa…what you have gotten yourself into my friend?!

“Apa yang berlaku pada ko sebenarnya Nursya?!”…resah Mink bergumpal-gumpal.

“Tuk…tuk…tuk!!” ketukan di muka pintu semakin kuat.

“Saya tahu awak ada kat dalam Nursya…tolong bukak pintu nih…” ujar Camelia tercegat di balik pintu.

Mink tidak lagi menyahut. Dia menahan nafas. Entah kenapa dia tidak merasakan keperluan untuk

 membuka daun pintu bilik mereka kepada orang asing yang masih membatu di luar.

 

“Tolong la Nursya…saya datang nak bantu awak…saya tahu apa yang berlaku pada awak”…Camelia

 tidak berputus asa.Selagi tuan rumah tidak mengizinkannya masuk, selagi itu dia tidak boleh masuk

 rumah itu. Bagi makhluk seperti mereka, tanpa keizinan tak mungkin mereka dapat memasuki rumah

 sebarangan kecuali lah pemilik rumah itu mempunyai perangai sama lahanat macam mereka.

 

“huhhhh?! Dia tahu kenapa Nursya jadi macam nih?” sepantas kilat Mink bangun mencapai tombol

 pintu. Saat jemarinya mahu memulas tombol pintu, ketika itu juga Nursya tiba-tiba sahaja membuka

 mata dan duduk bersila mengadap tepat kearah Mink.

“Mink!...jangan!!” suara Nursya kedengaran seperti suara jantan di telinga Mink.

“Huhhh?!!...Mink berpaling cemas ke arah Nursya. Nursya yang tadinya seperti sudah di hujung

 nyawa, sekarang duduk bersila merenung tajam ke arahnya. Renungan mata Nursya bukan seperti

 dia!! Mink perlahan-lahan mengalihkan jemarinya daripada tombol pintu. Kepulan asap bubur nasi

 masih bergepul-gepul naik ke udara. Suasana di bilik itu menjaditegang secara tiba-tiba.

“Erkkk..aaakuu just nak tttenggok sapa kat luar tuh Nnnnursya..” tergagap Mink menutur bicara.

 Pandangan mata Nursya seakan mahu menerkamnya. Bulat dan cengil sekali tatapan mata itu.

“Jangan!!...tak perlu ko tengok sapa kat luar!!...”ujar Nursya lagi bernada keras. Bezanya kali ini suara

 Nursya sudah kembali asal.

“Aikk..sejak bila Nursya ni ada dua peti suara? Kejap jantan kejap pompuan pulak suaranya..”desis

 hati Mink yang kehairanan. “Ke aku yang salah dengar tadi?”…

 

“Nursya…saya tahu awak kat dalam…takpe kalau awak tak nak jumpa saya…cuma saya nak pesan

 satu jek…jauhi Zeaya!!...dia bukan macam yang awak sangka!!” Camelia segera melayang hilang

 sebaik memberikan amaran kepada Nursya. Dia enggan menunggu lebih lama di situ.Hakikat

 sebenarnya, dia dapat mengesan kehadiran Zeaya yang semakin mendekat.

 

“Mink..boleh berikan aku air kosong?” dengan senyuman pahit Nursya berkata sambil melemparkan

 pandangan mata yang semakin lemah tidak seperti tadi.

“Erkk..bbebolehhh..jap yekk..”

Mink menghulurkan segelas air sambil matanya waspada terhadap Nursya. Perubahan sikap Nurysa

 hampir 360 darjah itu menyebabkan otaknya segera menghantar signal amaran “alert..alert!! warning!!”

“beb?Sure ok aaa??” Mink bersuara dalam kebimbingan.

“Yup..even better!”..sahut Nursya dengan senyuman palsu yang diukir.

“Dia dah balik ke?”

“Rasanya lah kot..” sahut Mink sambil perlahan-lahan menapak semula ke pintu bilik dan menekapkan

 telinga pada daun pintu. Mendengar dengan cermat kiranya ada sebarang pergerakan di balik pintu.

Senyap. Sesaat…dua…tiga...“yup..she’s gone”..sahut Mink.

“Mink…ohh Minkk..bukak pintu nih..aku dah balik..” kedengaran suara dari luar bilik.

“hahh? Zeaya?!” Mata Mink dan Nursya saling berpandangan. Dengan sepantas kilat Nursya

 melompat turun dari katil dan membuka pintu.

 

“Zeayaaaa!!!” sepantas itu juga Nursya merangkul tubuh Zeaya. 

“Kemana ko pergi Zeaya!!..aakkuu takutt!!”…tubuh Nursya mengeletar. 

Wajahnya pucat lesi. Terasa semangatnya terbang. Sekali pandang macam jasad tanpa nyawa.

Zeaya tercengang seketika. Dia mengerutkan kening dan mengerling ke arah Mink yang tercegat di

 belakang Nursya. Pandangan mata Zeaya seakan bertanya pada Mink “apahal nih?”…dan Mink tidak

 segera memberikan jawapan. Dia sekadar mengelak pandangan mata Zeaya.

 

“Haaaa…mujurlah ko dah sampai Zeaya…” akhirnya Mink bersuara usai Zeaya meredakan perasaan

 Nursya.

“Kenapa? Apa yang berlaku tadi?”Zeaya mulai dapat mengesan sesuatu.

“ehmmm…aakuu tak moa campursebenarnya..tttaappii..tu laa..Nursya ni kawan aku jugak kann?

  ...think you own me an explanation rightZeaya??”… sahut Mink memberanikan diri bertanya. 

“Pasti…pasti ada yang tak kena nih…”desis hati Mink.


“Jauhi Zeaya…dia bukan macam yang awak sangka?” terngiang jelas di pendengaran Mink kata-kata

 “Camelia” tadi.“Urghhh..ni yang aku tak gemor nihh…” Mink semakin resah sendiri.

“Mink? Takde pe yang nak aku jelaskan pada ko…ko nampak kan keadaan Nursya tadi? Sebab tu aku nak bawak dia balik ke rumah aku…” balas Zeaya.

“Sssebelum tuh…ko kemana tadi? Soal Mink masih tidak berpuas hati.

“kan aku gi jumpa kak Syam…perluaku buat report kad ke?” sindiran Zeaya memanaskan hati Mink.

“somacam mana? Kak syam bagi tak kebenaran nak bawak Nursya balik rumah ko?” soal Mink

 bernada jengkel.

“Settle!”sahut Zeaya yakin.

“kalau macam tuh takpelah…akutolong kemaskan barang Nursya untuk ko bawak nanti” sahut Mink.

 “Dalam keadaan sekarang baik aku ikut je cakap Zeaya…lain macam aura dia hari ni…”bisik hati Mink.

 Nalurinya mulai merasakan Zeaya bukan biasa-biasa!!!.

 

 

 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.