Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,535
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

     TOK TOK

" Siapalah yang gatal tangan ni, main ketuk- ketuk pintu rumah orang ? ," omel Rafena geram.Mana taknya, dia sedang sibuk bikin minum petang untuk Rafael.Dah berkali dia berulang- alik dari dapur naik atas rumah .

      Buka pintu.Kosong tiada sesiapa yang ada hanya pohon merimbun dan pohon kekabu .Angin secara tiba- tiba menderu masuk, tapi yang peliknya tiada pohon yang bergoyang .Lehernya yang merinding di sapu berkali .Kelam- kabut dia menutup kembali pintu .

      " Lepas asar pun..." Ujarnya sendirian.Semenjak mereka tinggal di rumah pusaka milik kawan Rafael , Osman di kampung seberang .Pelbagai gangguan sedang mereka hadapi sebenarnya.Cuma mereka tidak meluahkan pada pasangan masing-masing .Adakah rumah itu berpenunggu ? 

        Hampir 6 bulan mereka serumah tanpa sebarang ikatan yang sah .Selama itu jugalah dia dan Rafael menanggung dosa yang menimbun.Pabila ada yang bertanya, penipuan mereka berhasil.Baru sahaja menikah itu katanya ! Bolehkah dengan Allah mereka menipu sebegitu ? 

        " Saya memang  ikut syarat- syarat yang tok berikan tu lah .."

        " Erm..Pelik juga .Mungkin rumah yang kamu duduk itu tapaknya ' keras '"

        " Tak mungkin tok ! Walaupun ia rumah pusaka " Sahut Osman ." Tok bertanya saja, Osman.Tak apalah begini, Rafael kamu terpaksa kerapkan bagi ' benda' kamu tu santapan.Mungkin itu kerja dia, dia lapar..Kamukan tahu apa bahananya nanti kan ? " 

       " Kerap tok ? Seminggu berapa kali ? Matilah saya tok kalau macam ni ? Tak berdarah saya " 

       " Tok ke yang paksa kamu ?" Tukas Tok Bomoh Aki geram.Pabila dah jadi perkara sebegini , selalunya diri dia juga yang mereka- mereka ini persalahkan." Saya yang rela hati ," gumam Rafael perlahan.Apa yang boleh dia lakukan lagi kini ? Redha sahajalah ! Biarlah dia yang menanggung dari Rafena yang menjadi mangsanya ! Salah dirinya.

       " Mana abang ni ? Selalu tak lewat sebegini ? " soal Rafena berkali memandang jam dinding.Jam berputar memang pantas selama ini.6 bulan jugalah dia melupakan dan buang ibubapanya kerana cintanya.


**********


      " KAU jangan risau, Am.Tak lama lagi dia akan terima akibatnya.Tapi kita berterima kasih jugalah pada dia kerana meninggalkan barangnya di sana( kubur) .Jika tidak sukar juga  mahu mencari angkara siapa , walaupun aku nampak dan tahu siapa ! Tapi aku tak suka tuduh begitu sahaja!" 

         " Saya juga dah lama syak mereka tok! Nasib menyebelahi dan kini terbukti memang kerja mereka! Kerana gilakan perempuan ! kubur arwah mereka korek ! Roh arwah mereka belenggu dijadikan khadam ! Tok , saya mahu mereka kembali hak saya itu tok ! Saya boleh bayar berapa sahaja yang tok mahukan ! Janji arwah dapat saya sempurnakan.Dan mereka patut dapat pembalasan !" Itu tekad Amran .Penumbuk digenggam erat .

      Masih lagi dia terbayangkan wajah sayu arwah Maria dalam mimpinya .Makin dia kejar semakin arwah menjauh .Tak dapat dia lupakan jeritan arwah meminta tolong! Tapi, semakin banyak rantai- rantai besi membelenggu tubuhnya.Ada bayangan seseorang di belakang tubuh arwah .

       " Amran! " 

       " Hah ! Maaf tok ! Maaf " 

       " Tok tahu apa yang sedang kamu menungkan .Bersabar , tok yakin mereka sekarang pun memang dalam gangguan ." Laju jari telunjuknya mengacau ketenangan air dalam tembikar tanah liat itu .Serbuk kemenyan dia taburkan lagi dalam bara yang semakin memenuhi dupa.

       " Saya sayangkan isteri saya .Terlalu menyayanginya.Sudahlah kematiannya mengerikan dan kini menjadi mangsa keaiban manusia- manusia pendek akal ! "

       " Ya, tok faham nak ..." 

       " Nah ! Kamu lihat ini ! " arah Tok Bomoh pada Amran.Amran langsung menjengukkan mukanya ke dalam tembikar berkenaan.

        Seraut wajah yang masam dan sayu kini semakin melebarkan senyuman.Kelihatan Rafael sedang menyorok di sebalik pohon .Dia seolah - olah takutkan sesuatu .Berpeluh- peluh wajahnya kini. Roman wajahnya kian keresahan tatkala di hadapannya ada sesuatu ....

        " Kan tok dah kata" 

         " Ha Ha Ha ! Saya suka tok ! Saya suka! Biar mereka rasakan apa yang saya rasakan..!" 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.