Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,511
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16

     PAK TAHIR menadah tangan , segala ayat ruqyah dia bacakan dengan lantang ." Argh!! Diam ! Panas! Panas ! Hahaha ! Kau nak aku bunuh isteri kau ke ? Aku kata diam !!" Terpekik, terlolong Bu Senah kini.Dia yang merangkak kelihatan menakutkan .Entah apa silapnya, tatkala azan maghrib berkumandang dia melolong ,mengilai , agresif sehingga Pak Tahir juga tidak termampu memegang apatah lagi mahu melawannya.

      Amran dan tok bomoh tertawa suka hati .Ya, memang Amran puas hati .Walaupun insan yang mereka seksa itu tidak bersalah apa- apa pun pada mereka! Hanya kerana mereka mengenali Rafael ! Hanya kerana mereka orang tua Rafena ! Bagi Amran kalau tak kerana gadis itu , semua ini tidak akan terjadi .Maria tidak terseksa ! Rafena harus terseksa sepertimana mereka perlakukan pada Maria! 

       Namun begitu , hanya satu yang Amran tidak tahu .Roh arwah Maria kini terbelenggu dalam tangannya tanpa dia sedari .Bomoh Anjang sengaja tidak berterus - terang padanya.Hanya dia dan arwah sahaja yang tahu.Arwah menjadi mangsa kekejaman dua orang insan yang tidak berhati perut ! Rafael yang kini mengusirnya dan suaminya sendiri ! 

       " Tuai padi antara nampak..

Esok jangan...Layu- layuan...." Bu Senah kini bergurindam pula dengan rambut putihnya yang mengerbang kini dia pintal- pintalkan hujungnya.Pak Tahir semakin runsing , Bu Senah bagaikan pelakon yang sedang melakonkan tiga watak sekaligus.Bacaan doanya tidak selantang tadi , tapi tetap dihafaz 

       " Pohon beringin ...Tegaknya rimbun....," ujarnya lagi yang kadang- kala diselang- selikan dengan tawa kecil mirip seorang dara pingitan .Tiba- tiba, matanya terjegil dan liar memerhati sekeliling lalu pandangannya terhenti pada alang rumah .Kelihatan seorang perempuan , tertunduk .Wajahnya dilindungi rambut mengurainya.

        " Kau ! Kau lah punca segalanya !! " Bu Senah mulai bertindak agresif , wajah yang tadi manis sedikit kini berubah secara mendadak.Makhluk atas palang itu juga terjelir- jelir lidahnya .Pak Tahir tidak nampak apa- apa , hanya sebatang palang yang melintang bawah atap .

       Tanpa mereka sedari, Rafena ada bersama dengan mereka .Dia kini bersatu dengan jasad Bu Senah  .Dan makhluk atas palang itu pula, Maria! Marialah yang merasuki Rafena dahulu sehingga Rafena kini bukan Rafena yang dahulu.

       " Allahuakbar ! " Teriak Pak Tahir benar- benar terperanjat kini tatkala Bu Senah kini terbang ke arah palang .Tiada manusia yang bisa berkelakuan begitu ." SubhanAllah , HasbunAllah wani' man wakiil ...!" 

        Hilaian keduanya amat menyeramkan ." Pulangkan hak aku ! " teriak Maria ." Kau yang sepatutnya pulangkan abang Rafael aku !!" 

         " Rafael ? Ya Allah !Benarkah ?," soal Pak Tahir curiga .Takkanlah itu , Rafena! Duganya bahawa makhluk yang merasuki isterinya itu Rafena! Rafena dah jadi hantu ??? 

          Ayatul Qursi diulang pembacannya sebanyak 50 kali .Menyebabkan kedua makhluk itu kepanasan.Bu Senah semakin dicemari peluh .Dia semakin diasak rasa libang- libu.Manakala Maria pula rasa mahu terbakar .Palang kian berasap kini.

         Kembang - kempis hidungnya tatkala terhidu bau asap.Mata yang terpejam kini terpaksa dia bukakan." Ya Allah ! Rumah aku !" 

         Palang yang terbakar itu terus rebah ke lantai papan rumah .Api semakin marak sana-sini .Hilaian nyaring kedengaran kuat seolah menyindir mereka .

         " Argh !!! Abang !! Tolong Senah bang ! Tolong Senah ! " Bu Senah terkapai- kapai meminta pertolongan .Dia yang terperangkap dalam palang tersebut tidak mampu berbuat apa- apa apatah lagi kakinya tersepit .Terbakar sehingga menampakkan separuh isinya yang melecur .

       " Bersabar Senah ! Bersabar!! Allahuakbar !! Allah, bantu aku Allah !!" Laungnya yang semakin banyak menelan asap .Mukanya semakin hitam dek jelaga .Dia juga terperangkap .Lepas satu , satu perabot serta papan yang jatuh akibat kebakaran itu .

       " Bang tolong bang !! Tolong !! Hahaha!! " Bu Senah kembali kesurupan kini .Kini jasadnya dihuni oleh roh Maria pula .Tetapi  di manakah Rafena! Tidakkah dia ingat mereka ini ? 

       " Allah !! " Tatkala atap zink yang cukup- cukup panas itu menghempap tubuh tua milik Pak Tahir .Menggelepar kepanasan .Mata hitamnya ternaik, sehingga mata putih sahaja yang kelihatan.Segala kukit dan isi mencair ,melecur bagaikan di simbah asid  .

        " Asyaduhallah..." Tanpa sempat dia tamatkan.Perlahan tubuhnya yang kekejangan itu menghentikan segala tindakannya .Kaku ditemani mata putih yang terjegil dan lidah yang terjelir kehitaman.   

         Manakala Bu Senah terbakar bermula dari rambutnya.Hitam  dan kejung.Wajahnya kini tidak menyerupai orang lagi .Amat mengerikan.Boleh dikatakan semua kulit dan isi wajahnya terbakar .Meninggalkan tengkoraknya yang hitam lagi rentung  .

        Rafena terbang melayang dari satu pokok ke satu pokok mencari mangsanya yang baru .Dalam masa yang sama juga , Rafena tetap mengekori Rafael .Walaupun kekasihnya itu tidak mengenali dia lagi .

         " Seri pagi , seri merindu....Rama- rama terbang melayang   .....Saban hari adik  merindu .....Merindu kepada abang sayang ...." 


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.