Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,535
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

" KAU yakin ke Raf ? ," soal Reza salah- seorang kawan sekampung Rafael selain Osman.Kopi yang telah dia cicip di letakkan kembali atas pelapiknya." Asal kau tanya aku begitu ?," soal Rafael pula." Bukan apa , kau terpelajar orangnya tapi percaya pula pada benda - benda karut begitu ?," ujar Reza yang cukup tidak mempersetujui plan sahabatnya itu.

" Tak salahkan kalau kita mencuba sesuatu yang baru ? Mana tahu kali ini , Fena melekat pada aku " 

" Syiriklah Rafael ! Aku tak sangka kau juga terjebak ? Aku , aku tak bersetuju dengan plan ini ! Entah ceruk mana Osman bawa kau nanti .Bukan kau tak kenal si Osman tu " Reza cuba provok .Memang ia syirik .Kerana kebanyakkan bomoh atau pawang mereka menggunakan khidmat jin atau khadam .Dan jika menggunakan ayat al quran sudah semestinya akan dicampuri mantera .

" Ala bro..Tunjuk alim nampak ? ," sindir Rafael tersenyum sinis seraya menggelengkan kepalanya.Macamlah dia tak kenal si Reza ni macamana ! 2 x 5 je....

" Aku bukan nak tunjuk alim! Ya aku tahu aku tak sealim manapun tapi sekurang- kurangnya aku tak mudah ditipu ! Bro, kau kena ingat mana ada bomoh real dalam dunia ni , yang fake many lah ! " 

" By the way, papepun terpulanglah kat kau bro ! Aku just bagi pendapat je...Kau nak dengar atau tak , it' s up to you k" Reza meneguk sehingga habis kopi kaw nya sebelum dia bingkas bangun ." Ok lah , bro aku chow dulu ...Oh iya , malam ni aku nak ke masjid .Aku bukan nak tunjuk alim tapi masjid ada jamuan sekali ceramah ustaz terkenal kat tv tu .Kalau kau nak lah ya ...Ok assalamualaikum.! " Bahu Rafael ditepuk lembut.

Bibir mencicip cangkir manakala otak pula mencerna kata - kata sahabatnya itu ." Betul jugak , boleh percaya ke bomoh si Osman tu nanti.Kang duit aku yang lesap , menjadi tak jugak...."

Hampir tersembur minumannya tatkala dia terdengar suara seseorang di belakangnya.Dia terus menoleh ." Mak kamu sihat, Fena ? " Soal mak Limah isteri Pak Lan tauke warung sambil menghulurkan bungkusan plastik berisi kuih keria. 

" Alhamdulillah makcik dia sihat " 

" Fena..? Tak nak jumpa abang ke ? " Soalnya sendirian.Mata nakalnya memandang atas bawah tubuh tinggi lampai itu .Haruman dari Rafena membuatkan duduknya tak menentu ." Aduh ! Apa ni ?," soalnya lalu mengeluarkan kembali barang yang telah dia kunyah itu." Lah, aku ingatkan biskut ? Rupa- rupanya keychain ! Nasib baik tak tercekik..Hai, Fena...Fena..." ujarnya tersenyum gelihati.

Dek terlalu ghairah memerhati Rafena nasib dia tak tercekik ! Kalau tak ? Tak pasal je masuk wad , pakai baju hijau ! 

" Hai, Fena ....Dari mana nak ke mana ni ? Duduk lah dulu , abang belanja kopi ke teh ke nak ? " Bingkas dia berdiri tatkala Rafena mendekati mejanya.

Rafena terundur ke belakang , kerana mereka hampir berpeluk." Takpe lah, terima kasih aje .Lagipun , Fena nak cepat ni " Dalih Rafena tertunduk.Dia agak rimas dengan renungan Rafael .Renungan itu , seolah tersembunyi sesuatu.

" Alahai ! Takkan tak sudi kot ?," soal Rafael kian mendekati Rafena yang semakin mengundur itu ." Tak , bukan begitu .Tapi , Fena betul- betul nak cepat ni .Nanti bising pula mak ..

" Rafena cuba bergerak namun pergerakkannya agak terhalang dek tubuh itu menghadangnya.

" Kenapa ?macam takut- takut je ngan abang ? Abang tak makan oranglah sayang ? " 

" Raf, please bagi Fena lalu....Fena nak cepat ni ...." 

" Boleh, abang boleh je bagi Fena lalu tapi ngan satu dua syarat ? Boleh ? " Soal Rafael berbaur nakal.Sengaja mahu menduga hati gadis yang semakin hari semakin cantik pada pandangannya itu .Rafena terdongak seraya melawan renungan itu seketika." Boleh ke sayang ? Ala, tak susah pun syarat abang ni ..." 

" Hah, apa dia ? Cepatlah " Gesa Rafena semakin gelisah .Nak bersyarat bagai lah pulak.Berkali dia pandang jam di tangan.Jarum tetap laju bergerak tanpa menunggu dia.Rafael semakin tersenyum nakal .Mak limah menggeleng kepala melihat ulah pasangan itu .Memang dia jugak tahu bahawa Rafael menaruh hati pada anak gadis Omar itu .

" Erm , syarat yang pertama ? Jeng jeng jeng .....Kiss dekat sini ," ujar Rafael seraya mendekatkan pipinya.Rafena menjegilkan matanya.Syarat yang mustahil untuk dia tunaikan." Syarat yang kedua.....Jeng Jeng Jeng.....Jumpa malam ini kat taman " 

Rafena sedikit lega kerana tiada syarat gila lagi namun, dia kembali resah untuk membuat pilihan.Sudah tentu dia takkan pilih mana- mana pun tapi....

" Tiada kompromis ok ! Syarat tetap syarat ! Jika tak sampai ke malamlah kita kat sini , sayang...

" Rafael seakan dapat menghidu jawapan yang pasti akan keluar itu.Tatkala merenung jam , dan langit kian kelam Rafena tiada pilihan lain.Mahu tak mahu dia perlu buat keputusan.

" Janji kalau Fena dah pilih , bagi Fena lalu ? " 

" Ye, Fena ku sayang...." 

" Jumpa malam ni pukul 8 di taman ...." Jawapan yang melebarkan lagi senyuman Rafael ." Baiklah , intan ku sayang ....Dipersilakan..Nak abang teman tak ? Hari makin gelap ni " 

" Tak apa, tak apa terima kasih " Dengan pantas Rafena mulai melangkah ke arah luar warung itu .Botol kecil dalam poket di pegang lalu tersenyum penuh makna." Osman, aku cuba malam ini ....Tapi kalau tak menjadi jugak kita pergi ...." Masih terngiang janjinya itu.Tipulah kalau dia tak gementar untuk bertemu dengan bomoh apatah lagi ini kali pertama .Takut jugak kotlah terserempak dengan ' khadam' bomoh itu ke ? Mahu tidur dengan Osman jawabnya.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.