Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,536
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19

      " SAMPAI hati abang buat Maria begini? Apa salah Maria , bang ? Apa salah Maria ? " Soal wanita berselendang separuh muka itu ." Maria , kau Maria ? Tidak ! Maria sudah tiada ....Maria sudah tinggalkan abang ....Kau siapa hah ? Kau siapa ?," soal Amran semakin jauh dia mengundurkan dirinya.

       " Ini Maria,bang ....Maria ! Sampai hati abang tinggalkan Maria keseorangan di kubur ....Sampai hati abang tanam Maria , Maria hidup lagi bang ....Hidup lagi !! ," bentaknya semakin berubah suara.Kakinya yang terapung semakin mendekati Amran, tangannya yang berjari runcing lurus menghala ke arah lelaki yang semakin di ancam ketakutan itu.

      " Pergi ! Kau bukan Maria aku ! Aku tahu kau bukan Maria aku ! Pergi kau dari sini ! Kenapa kau ganggu aku ? Apa salah aku ? Apa yang telah aku lakukan ? ," bertubi soalan Amran persoalkan .Angin kencang secara tiba- tiba hadir di kawasan itu lalu tubuh Amran semakin ke belakang di tolak oleh angin .

       Semakin menjauh Amran, semakin jelmaan Maria mendekati dan adakalanya tersenyum menyeringai .Tanpa Amran sedari , setapak saja lagi kakinya mengundur ke belakang, dia bakal terjunam ke dalam sebuah gaung yang amat dalam.

       " Tidak ! Jangan dekati aku ! Jangan ! Kau bukan isteriku ! Kau bukan Maria ! Kau syaitan ! Pergi kau ! Per...! Arghhhhh!!!" 

        Tergawang- gawang tangan Amran tatkala dia semakin jauh terjunam ke dasar gaung ." Hahaha!....Hihihhihi....." Maria terus terawang ke udara .

        AUUuuuu.....Auuuu......Auuuuuu....Salakan anjing serigala kedengaran sayup- sayup di balik bukit .

        Buk! Bagaikan nangka busuk, jatuh terhentak punggung ke lantai ." Astagfirullah! Aku bermimpi rupa - rupanya...." Dahi yang berpeluh diseka laju .Namun, dalam masa yang sama liar mata Amran perhati sekeliling .Dia seolah dapat rasakan ada mata yang sedang memerhati .

       Huhuhu....uuuuuu....uuuu....Teresak- esak jelmaan Maria menangis di atas sebatang dahan besar pokok ara di tepi jendela rumah Amran yang terbuka luas itu .

      Maria sedih ! Maria tak sanggup lagi terseksa begini! Lepaskan Maria ! Lepaskan Maria! 

       " Eh, kau ada dengar tak ?" 

       " Dengar apa ? Kau ni kan,malam dah ni " omel si rakan terus memegang lengan temannya itu erat ." Serius wei ! Aku macam dengar suara orang menangis lah ! " Rakannya yang berselendang Neelofa juga mengintari sekeliling .Cuma dia tak berani mahu melangut atas .

      " Kau jangan wei ! Dah la motor aku ni buat hal ! " 

      " Reen, jalan cepat ! Baca apa- apa yang patut! Jalan cepat Reen ! " ujarnya membuka langkah sepantas mungkin.Begitu juga dengan rakannya .

       Mereka berdua tak dapat melangkah dengan pantas kerana salah- seorang daripada mereka terpaksa menuntun motorsikal akibat brek tak makan dan minyak juga habis .Yang mampu mereka berdua lakukan hanyalah berdoa dan pasrah .

        Gadis berselendang Neelofa itu kejap- kejap melangut atas.Dan jelmaan wanita berambut panjang dan berpakaian serba putih masih lagi mencangkung dahan pohon tersebut .

        " Oh mak kau ! Pontianak !! ," latah gadis bernama Reen tatkala seekor kelawar secara tiba- tiba terbang rendah dan hampir melanggarnya .

         Pusing kiri , pusing kanan namun matanya masih lagi berdegil dan tidak mahu lelap kembali  .Entah kenapa, Amran merindui arwah isterinya, Maria.



***********


    WAJAH Rafael semakin hari semakin bermaya dan kemas.Rafael juga semakin rajin sujud pada Allah pabila waktunya masuk .Jiwanya juga semakin tenang walaupun adakalanya rasa rindunya pada Rafena berbunga mekar.

      Ya, kini dia insaf atas segala kesilapan yang pernah dia lakukan dahulu .Terutama sekali pada Rafena .Dia harus menemui Rafena untuk memohon kemaafannya.Dia harus perbetulkan semula apa yang salah .

      Rafael akan memperisterikannya.Tetapi, seandainya Rafena enggan memaafkannya dia redha dan akur untuk menerima sebarang hukuman .Rafael yakin Rafena masih hidup lagi .Dia mesti menemuinya.

       " Nak , anak sudah bersedia untuk perjalanan kita esok hari," soal lelaki warak yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua sahaja.Rafael memusingkan kepalanya lalu memandang ke arah lelaki itu lalu mengangguk .

       " Namun, anak harus ingat ada dugaan yang harus kita tempuhi sepanjang perjalanan kita nanti .Tak usah anak risau , cekalkan hati inshaa Allah kiya akan selamat ...." 

       " Pasakkan keyakinan dalam hati ini ! Ingat tiada apa yang lebih berkuasa daripada Allah swt ! Allahuakbar ! " 

       


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.