Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,950
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Diana kelihatan agak murung pada hari itu. Emosinya agak terganggu kerana temuduga yang dia pergi nampaknya tidak menghubunginya semula. Dia beranggapan kerja itu bukan untuknya. Dia menelefon Gina dan mengajaknya berjumpa. Tetapi dia perlu menunggu Gina pulang dari kerja.

Dia agak terkilan kerana Gina telahpun mendapat perkerjaan tetapi dia masih lagi menganggur.

“haihhh” keluh Diana dengan kasar sambil mehenyakkan punggungnya ke atas sofa empuk. Puan Kalsum menggelengkan kepalanya melihat anak gadisnya yang seperti orang hilang anak. Dia tahu anaknya sangat inginkan pekerjaan itu namun apakan daya mungkin rezekinya di tempat lain.

Diana duduk sambil melihat telefonnya. Dia membuka instagramnya dan tertarik akan tutorial kecantikan yang ditayangkan dalam IG nya itu. Dia merasa agak pelik akan diriya. Dia makin obsess dengan kecantikan dirinya. Padahal selama ini dia tidak terlalu mengambil berat akan kecantikan diri. Ini kerana wajahnya sudah memang dilahirkan cantik secara semulajadi. Dia juga tidak ada produk yang khusus untuk dirinya. Hanya memakai bedak dan pelembab bibir tiap kali dia ingin keluar.

“maa, saya nak keluar.” Kata Diana sambil bangun dari sofa.

“awak nak kelua rpergi mana?”

“nak pergi shopping sambil tunggu Gina habis syif kerja.” Jawabnya dan terus berlalu tanpa menunggu balasan daripada Puan Kalsum. Puan Kalsum hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia terasa akan perubahan anaknya itu. Anaknya itu semakin dingin dan tidak suka tersenyum. Mungkin kecewa tidak mendapat kerja fikirnya.

Diana naik ke biliknya untuk mandi. Dia merasa dia perlu keluar untuk menghilangkan rasa kecewanya.

Seusai dia mandi, diaduduk di hadapan cermin untuk bersolek. Semakin lama dia melihat cermin semakin dia merasakan dirinya tidak secantik sebelum ini. Dia merasakan wajahnya pucat lesi seperti mayat.

“kenapa dengan muka aku ni.” Tanyanya pada dirinya sendiri. Dengan laju dia mengambil alat soleknya dan menacapkan di wajahnya.

Setelah puas bersolek, wajahnya yang dirasakan pucat itu kembali seperti sediakala. Walaupun hakikatnya wajahnya masih seperti dulu walaupun tidak bersolek. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dia merasakan dirinya tidak cantik dan dia semakin obsess dengan kecantikan. Sehinggakan setiap kali dia keluar dia pasti akan membeli produk kecantikan.

Selesai bersiap dia terus keluar dari biliknya untuk keluar membeli belah. Dia membelek jam ditangannya, jam baru menunjukkan pukul 3 ptg. Dia harus menunggu kawannya pulang kerja pukul 6.30 ptg. Dengan itu dia membuat keputusan untuk mengunjungi pusat membeli belah terlebih dahulu.

Dia keluar dari rumah setelah memberitahu Puan Kalsum. Dia membawa kereta miliknya. Perlahan keretanya meninggalkan perkarangan rumah.

 

*Di Pusat Beli Belah*

Diana berjalan seorang diri sambil melihat-lihat sekelilingnya. Sedang dia berjalan, matanya terpandang pantulan cermin kedai dan melihat wajahnya sendiri. Alangkah terkejutnyadia apabila dia melihat wajahnya yang seprti orang tua. Dia terus mendekatkan wajahnya ke arah cermin dan dia dia wajahnya masih seperti sediakala. Dia membelek wajahnya dan dia pelik akan apa yang dia lihat sebentar tadi.

“kenapa dengan aku ni?” Dia buntu memikirkan kejadian itu. Dia benar-benar lihat wajahnya seperti orang tua. Namun apabila dia lihat di cermin wajahnya masih tidak berubah. Apa yang sebenarnya berlaku kepadanya?

“tersilap nampak kut.Hahaha” katanya sendiri untuk menyedapkan hatinya. Dia terus berjalan menuju ke satu kedai yang menjual alat solek dan produk-produk kecantikan. Walaupun dia cuba menyedapkan hatinya tetapi dia masih lagi ada rasa takut akan wajah yang dia lihat sebentar tadi.

Dia melihat semua jenis produk dan mengambil keputusan untuk membeli dan mencubanya. Dia merasakan ini lah saatnya dia menjaga kecantikan dirinya.

Setelah selesai dia membeli belah, dia duduk di suatu sudut untuk menunggu kawannya. Dia telah berjanji untuk berjumpa dengan Gina di situ. Namun kesabarannya semakin menipis apabila kelibat kawannya masih tidak kelihatan.

“mana lah pulak dia ni? Suka buat aku tertunggu-tunggu!” katanya sendirian. Dia mual merasa marah dengan kawannya. Sedang dia mengutuk akan kelambatan kawannya itu, Gina datang dari arah belakang dan menegurnya.

“haa! Lama tunggu? sorry babe . jalan sesak.” Kata Gina sambil tersengih. Namun sengihannya tidak lama apabila melihat muka Diana yang penuh dengan kemarahan.

“kalau tak pandai nak tepati masa takpayah nak berjanji!” tengking Diana. Gina terkejut dengan perubahan kawannya itu. Setahu dia sepanjang mereka berdua berkawan baik belum pernah Diana meninggikan suara kepadanya tambah-tambah lagi di tempat awam. Dua tiga orang yang lalu lalang di situ berpaling melihat mereka berdua apabila mendengar suara Diana yang mulai meninggi.

“ehh babe, sorrylahh. Kenapa dengan kau ni? Kau tak pernah marah aku macam ni. Lagipun aku lambat 10 minit je.” Kata Gina dengan perlahan sambil menatap mata Diana. Dia lihat anak mata Diana mula bergetar menandakan dia tersedar akan suaranya yang meninggi.

Diana mulai tersedar akan sikapnya yang agak keterlaluan terhadap Gina. Dia seperti keliru dengan sikapnya yang mudah marah sejak akhir-akhir ini.

“errr, sorry Gina.Aku penat sangat kut. Sorry wehh. Aku termarah kau.” Kata Diana sambil memaut lengan Gina tanda rasa bersalahnya. Gina berasa aneh akan sikap Diana. Namun dia segera melupakan sikap Diana tadi dan mengajaknya makan.

“aku belanja kau makan. sorry again babe. Aku tak perasan suara aku naik.” Kata Diana lagi. Dia memang berasa serba salah akan sikapnya tadi. Sepatutnya dia tidak seharusnya bersikap seperti itu.

“it’s okay. Aku yang salah. Aku lambat” kata Gina perlahan. Dia agak berkecil hati sebenarnya dengan Diana yang memarahinya tanpa memikirkan mereka berada di mana. Dia malu dengan orang yang lalu lalang di situ.

“sorry wehh. Aku taktahu kenapa dengan aku hari ni. Rasa macam tak ada mood je.” Kata Diana lagi. Dia tahu kawannya itu berkecil hati dengannya. Dia benar-benar tidak tahu apa yang terjadi dengan mindanya saat itu.

“tak apalahh. Terkejut sikit je. Tak pernah tengok kau macam tu sebelum ni. kau ada masalah ke?” Gina bertanya kepada Diana.

“Aku tak tahu lah.Aku rasa aku kecewa sebab aku tak dapat interview hari tu kut.”

“ohh patut lah. Janganlah risau kerja lain kan banyak lagi. Mohon kat tempat lain pulak.” Saran Gina.

“Dah banyak tempat aku mohon. Tapi tak dapat panggilan apa-apa pun.” Kata Diana dengan nada yang kecewa. Gina terus cuba memberikan kawannya itu semangat. Dia sedikit pelik akan kelakuan Diana sekarang. Diana yang dia lihat kini lebih mudah berputus asa dan tidak bersemangat seperti selalu. Diana juga mudah marah dan amat sensitif. Dan yang paling ketara yang dapat dilihat adalah barangan yang Diana beli setiap kali keluar ke pusat membeli belah. Tetapi Gina hanya menepis semua perkara negatif dan berpikir mungkin Diana hanya ingin menghilangkan tekanannya.

Mereka berjalan masuk ke sebuah restoran. Seperti yang dijanjikan Diana membelanja Gina makan tanda minta maaf nya akan kejadian sebentar tadi.

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.