MISTERI HUTAN AWANGAN
Pelajar yang mengambil kos kewartawanan dan pengacaraan telah mendapat suatu tugasan yang mereka harus pergi ke tempat yang dianggap misteri yang masih belum ada orang terokai . Dalam tugasan tersebut,mengatakan kumpulan tersebut haruslah mendapat kan gambar atau rakaman yang aneh dan misteri.Tugasan itu diberi masa selama 3 bulan untuk menyiapkan segala assignment dalam tempoh yang diberi itu . Pelajar-pelajar itu diberikan kepada beberapa kumpulan .
Khairul Naim ,nama salah seorang pelajar yang mengambil kos tersebut . Khairul atau Khai telah mendapat kumpulan yang dianggotai seramai 8 orang .Khai mendapat kumpulan bersama-sama dengan Aina,Kay,Adda,Era,Jep,Apiz dan Akem. Mereka mula mencari tempat yang dianggap misteri, nasib mereka baik kerana sepupu Khai memberitahunya HUTAN AWANGAN ialah tempat yang sesuai dan tiada yang berani untuk ke sana .
Khai yang selaku ketua kumpulan telah memberitahu kepada ahli kumpulannya yang mereka akan pergi ke hutan tersebut .Mereka semua bersetuju dengan pilihan tempat yang Khai telah pilih. Khai yakin mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam masa yang telah diberikan .Mereka telah menyediakan barang-barang untuk mendapatkan gambar dan rakaman iaitu kamera serta perakam video ..Khai dan ahli kumpulan nya telah menetapkan tarikh untuk berangkat kehutan itu .
Pada hari yang telah ditetapkan ,mereka pun menuju ke destinasi yang mereka yang mereka ingin pergi . Mereka pergi dengan perasaan yang teruja,semangat dan gembira. Namun mereka tidak mengetahui bahawa hutan itu menyimpan banyak peristiwa dan rahsia yang besar.
Mereka pun sampai ke tempat tujuan mereka .Namun mereka harus mendaki bukit untuk masuk ke hutan tersebut .Setelah membawa semua barang dan peralatan mereka pun terus mengorak langkah menuju ke tempat yang ingin dituju .Mereka mendaki dengan berhati-hati dan penuh waspada kerana kawasan pendakian agak curam .
Setelah mendaki selama 1 jam setengah mereka mula mencari tempat untuk bermalam kerana hari sudah lewat dan semakin gelap. Khai dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk mendirikan khemah di tepi kawasan air terjun .Mereka pun membahagikan tugas-tugas agar dapat menjimatkan masa.Khai,Aina dan Era akan mencari kayu api untuk membuat unggun api manakala Jep,Kay dan Adda akan mendirikan khemah dan Akem dan Apiz akan mengambil air untuk dimasak .
Jam menunjukkan pukul 6.57 ptg ,setelah semuanya sudah dibereskan .Mereka hanya menunggu waktu maghrib untuk menunaikan solat maghrib . Pada jam menunjukkan waktu maghrib sudah pun tiba mereka terus pergi ke tepi kawasan air terjun untuk mengambil air wuduk. Setelah selesai mengambil air wuduk mereka pun bersama-sama menunaikan kewajipan mereka yang diimamkan oleh Akem. Mereka berdoa agar mereka dilindungi dan selamat sepanjang berada di dalam hutan itu . Mereka tahu ,mereka harus meminta pertolongan daripada Allah S.W.T agar mereka selamat daripada segala ancaman bahaya .
Setelah mereka selesai menunaikan solat maghrib ,mereka pun bergotong-royong untuk membersihkan kawasan perkhemahan agar lebih selesa untuk memasak dan makan . Aina dan Kay mengambil barang-barang untuk memasak nasi dan lauk-pauk di dalam untuk dipanaskan. Era dan Adda pula menjerang air untuk membuat air untuk mereka semua . Jep dan Akem pula hanya memetik gitarnya sambil menunggu rakan mereka siapkan makanan. Khai dan Apiz sukarela untuk mencari kayu api bagi memastikan unggun api mereka bertahan sehingga ke pagi.
Sesudah makan dan menunaikan solat isyak mereka mula memasuki khemah untuk tidur .Bagi keselamatan mereka telah membahagi masa untuk berkawal atau berjaga untuk mengelakkan sebarang masalah atau pun bahaya .Pada pukul 10.30 Jep akan berjaga di kawasan khemah mereka. Setelah mereka semua masuk ke dalam khemah masing-masing ,Jep pun memulakan tugasnya .Dia membaca buku komiknya bagi menghilangkan rasa bosannya. Setelah berjaga selama 2 jam lebihdia berasa amat mengantuk. Dia pun mengejutkan Apiz untuk mengambil alih pula.
Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi , dan masa untuk Apiz pula berjaga. Setelah Jep masuk ke dalam khemah untuk berehat ,Apiz mengambil kameranya dan cuba merakam kawasan yang berhampiran. Tiba-tiba dia mendengar bunyi tapak kaki yang menghampiri kawasan khemah mereka namun dia tidak melihat orang atau haiwan yang menghampiri kwasan khemah mereka. Dia pun bangun dan meninjau-ninjau di persekitaran khemah mereka itu namun sekali lagi telinganya mendengar orang bergelak ketawa seperti sedang berborak rancak. Apiz pun mengambil keputusan untuk mengejutkan rakan-rakan mereka yang lain.
Khai selaku ketua kumpulan, mengarahkan mereka berhati-hati. Setelah dikejut oleh Apiz dan diberitahu tentang suara orang berborak rancak mereka pun mengambil keputusan untuk berpecah untuk melihat persekitaran kawasan khemah mereka. Manalah tahu ada orang lain datang kesini mungkin untuk meneroka kawasan hutan ini. Namun setelah mereka melihat-lihat kawasan berdekatan , mereka tidak menemukan apa-apa yang menunjukkan ada orang lain di dalam hutan ini selain mereka berlapan sahaja.Mereka pun berkumpul semula di khemah mereka dan Khai menyuruh Apiz berehat dan dia dan Akem akan berjaga untuk menjaga kawasan itu dari ancaman binatang buas dan berbisa.
Akem dan khai memulakan tugas mereka untuk berjaga.Mereka berbual-bual untuk menghilangkan rasa bosan mereka . Bermacam-macam topik yang mereka bualkan dari topik keluarga masing-masing hingga ke topik tugasan mereka yang memahukan mereka masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan cerita dan rakaman tentang misteri hutan itu. Akem meluahkan rasa takutnya kepada Khai tentang hutan itu. Khai menasihati Akem agar tidak mudah berasa takut dan tidak menegur apa-apa yang pelik kerana mereka berada di dalam hutan dan mereka tidak tahu apa yang ada di dalam hutan itu .
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi . Khai mengejutkan Akem yang terlena di sisinya dan rakan-rakannya yang lain untuk bangun dan membersihkan diri serta mangambil wuduk. Mereka pun bangun dan masing-masing pergi untuk membersihkan diri mereka. Setelah mereka semua selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk ,mereka bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.
Pada pukul 8.30 pagi mereka mula bersiap untuk meneruskan perjalanan mereka menuju ke Hutan Awangan. Mereka berjalan sambil merakam keindahan pemandangan di setiap sudut . Semakin hampir dengan hutan itu semakin gelisah hati mereka tetapi mereka fikir secara positif .Dalam perjalanan ke hutan tersebut ,mereka telah berhenti berehat selama 3 kali .Dan tepat jam 5 ptg mereka mula nampak papan arah yang menunjukkan mereka telah sampai ke destinasi yang mereka tuju. Mereka pun mula memasuki kawasan hutan itu dan berjalan dalam sekitar 35 minit mereka nampak satu pondok yang membolehkan mereka semua berehat untuk merakam dan mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk tugasan mereka itu.
Khai memberikan tugasan untuk mereka semua untuk menyediakan perkakas memasak dan membuat unggun . Setelah semuanya telah disediakan . Mereka pun mula memasang kamera-kamera untuk merakam sesuatu yang boleh diambil untuk tugasan mereka.Mereka semua memasang kamera di setiap sudut pondok dan juga di sekitar pohon-pohon .Aina dan rakan perempuan telah berkerjasama untuk memasak manakala Khai dan Akem telah menawarkan diri sendiri untuk mencari kayu api .
Akem membawa kameranya untuk merakam setiap aktiviti mereka .Mereka pun mula mencari kayu api . Sedang mereka asyik dengan pencarian kayu api ,mereka mendengar sesuatu yang pelik iaitu seperti suara orang sedang memanggil mereka . Mereka pun mencari dari mana datangnya suara misteri itu .Mereka terus mengikut dan berjalan mencari suara itu ,namun mereka tidak menyedari yang mereka sudah jauh dari kawasan khemah rakan-rakan mereka .
Selama 1 jam Jep dan rakan-rakannya yang lain menunggu Akem dan Khai namun kelibat mereka tidak juga muncul. Mereka pun merasa risau dan pelik . Apakah yang terjadi kepada mereka ?Bermacam persoalan yang muncul di minda mereka semua . Apiz dan Jep mengambil keputusan untuk mencari Khai dan Akem namun ditegah oleh rakan perempuan mereka yang lain. Oleh itu ,mereka pun tetap menunggu kepulangan ketua kumpulan mereka dan juga Akem.Namun setelah beberapa jam menunggu kelibat rakan-rakan mereka tetap tidak muncul-muncul. Mereka pun mengambil keputusan untuk menunggu sehingga pagi esok dan mencari rakan-rakan mereka itu.
Keesokan harinya ,mereka bangun awal pagi dan menunaikan solat subuh serta bersiap-siap untuk mencari rakan mereka.Mereka mengambil semua kamera dan mula bergerak mencari rakan mereka. Mereka berjalan sambil merakam panorama kawasan itu. Jep yang mengetuai mereka menggantikan Khai yang masih hilang.Sudah berjam-jam mereka berjalan namun tanda-tanda mereka yang hilang masih tidak dijumpai.Mereka pun berhenti berehat seketika sambil memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini.
Jep dan rakan-rakannya buntu memikirkan kemanakah hilangnya ketua kumpulan mereka dan Akem .Mereka meneruskan pencarian mereka untuk mencari rakan-rakan mereka . Mereka berjalan bersama-sama namun tidak menyedari bahaya semakin hampir dengan mereka . Jep melihat rakan-rakannya yang lain dan menyedari yang Aina dan Kay telah hilang dan hanya ada kamera yang dipegang oleh Kay tadi . mereka pun berasa pelik kerana mereka hilang secara tiba-tiba sahaja . Mereka mula berasa takut dan tidak sedap hati.Jep mengambil kamera itu dan melihat rakaman namun dia terkejut kerana ada wajah Aina yang dalam ketakutan namun suaranya tidak terkeluar .
Mereka berasa ada yang tidak kena disitu . Mereka mengambil keputusan untuk keluar dari hutan itu dan meminta bantuan daripada pihak renjer hutan dan pihak polis untuk mencari rakan mereka yang hilang itu .Dalam perjalanan hendak keluar dari hutan itu mereka berasa amat risau dan berwaspada agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.Mereka berjalan berjam-jam namun tidak berasa ingin berehat kerana mereka ingin cepat keluar dari hutan misteri itu.Akhirnya mereka dapat keluar dari hutan itu.Mereka menyambung perjalanan dan berhenti berehat di tempat dimana mereka mula-mula sampai kehutan itu tempoh hari. Mereka berehat dan bermalam di situ tapi Jep mengingati mereka agar tidak pergi jauh daripada mereka semua. Pada malam itumereka tidak tidur dan hanya berjaga sepanjang malam.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi dan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk keluar mencari bantuan. Mereka pun mula bergerak menuruni bukit untuk turun ke jalan besar. Mereka berjalan selama berjam-jam dan akhirnya mereka sampai ketempat kereta mereka diletakkan. Mereka terus menaiki kereta dan keluar daripada kawasan berpuaka itu. Perjalanan untuk mereka pergi ke jalan besar dan mencari bantuan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Mereka telah keluar dari kawasan pedalaman dan terus menuju ke balai polis berdekatan.Mereka melaporkan kes kehilangan rakan mereka itu di Hutan Awangan .Setelah melaporkan di balai polis mereka menelefon keluarga mereka dan keluarga rakan mereka yang hilang itu memberitahu tentang perkara itu .
Kini mereka pulang ke rumah masing-masing dan masih menunggu berita tentang rakan-rakan mereka itu. Namun setelah 2 minggu kejadian itu berlaku tetapi rakan-rakan mereka itu tetap hilang tanpa meninggalkan jejak.Mereka hilang dengan misteri dan aneh. Jep,Apiz,Adda dan Era amat sedihdan tertanya tanya kemanakah perginya rakan-rakannya. Mereka dan keluarga telah berusaha bermacam-macam cara untuk mencari mereka yang hilang namun masih tidak menjumpai. Mereka juga telah membuat doa selamat dan solat hajat bagi memohon pertolongan kepada Allah S.W.T .
Kes kehilangan pelajar universiti yang membuat tugasan di dalam Hutan Awangan amat hangat diperkatakan. Sehingga kini kes itutidak dapat diselesaikan dan mereka yang hilang masih lagi hilang dan tidak ada yang dijumpai. Seramai lebih 50 orang anggota polis dan renjer hutan telah mencari mangsa namun tidak dapat ditemukan lagi.Polis telah mengambil keputusan untuk menutup kes itu dan dianggap misteri sampai ke hari ini.Ramai yang memikirkan tentang kejadian itu dan ramai juga yang tertanya-tanya apakah terjadi sebenarnya namun masih kekal misteri. Begitu juga dengan Jep dan kawan-kawannyayang selamat mereka masih lagi tidak melupakan kejadian itu.Mereka berharap rakan mereka yang hilang itu selamat dan akan pulang ke pangkuan mereka.
Apakah yang terjadi di dalam Hutan Awangan itu?Dimanakah mangsa yang hilang itu ?Masihkah ada harapan lagi untuk melihat mereka?Mengapa kamera Kay salah seorang mangsa yang hilang itu menunjukkan muka Aina yang sedang ketakutan ? Bermacam persoalan telah timbul tetapi akan adakah sinar untuk mereka semua ? Hutan Awangan masih kekal misteri sehingga kini. Jika anda semua mahu merungkai misteri itu dan berani menghadapi risiko serta melupakan apa yang pernah berlaku di dalam hutan itu . Datang lah keHutan Awangan dan cuba selesai kan misteri yang masih membelenggu sehingga kini.
SEKIAN TERIMA KASIH