Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
138,903
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

Encik Yusof melangkah keluar dari restoran dan menuju ke arah keretanya. Dia mendail nombor telefon isterinya untuk memberitahu akan hal itu.

“Assalamualaikum.”Terdengar suara lembut isterinya memberi salam melalui corong telefon.

“Waalaikumusalam.”Jawab Encik Yusof.

“Awak ada dekat office ke?” Soal Encik Yusof kepada isterinya.

“Baru nak balik office. Saya baru jumpa kawan.”

“Hujung minggu ni saya nak bawak seseorang datang rumah. Awak ada hal lain hujung minggu ni?”

“Hujung minggu?Bukan ke awak kena fly to Japan?” Soal Puan Kalsum.

“Saya boleh minta orang gantikan saya. Awak free? Ini pasal Diana.” Ujar Encik Yusof.

“awak nak panggil siapa?” Soal Puan Kalsum.

“Ustaz Khairi. Kak Ngah yang rekomenkan.” Jawab Encik Yusof. Jawapan Encik Yusof membuatkan Puan Kalsum mengeluh panjang sebelum menjawab.

“kan kita dah setuju nak bawak Diana jumpa psikiatri? Saya dah jumpa dengan kawan saya untuk temujanji Diana.”

“Kita cuba dua-dua cara. Kalau cara saya tidak kena, kita cuba cara awak.” Ujar Encik Yusof lembut. Dia tidak mahu isterinya itu marah kepadanya atas perkara itu. Dia sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan isterinya itu.

“baiklah. Ikut awak lah. Saya ikutkan aja.” Kata Puan Kalsum mengalah. Sekuat mana pun cadangannya, dia perlu mengikut kata suaminya. Syurga kan di bawah kaki suami.

Lega hati Encik Yusof mendengar persetujuan isterinya itu.

***

Makanan diletakkan di hadapan bilik Diana. Perlakuan anak majikannya itu membuatkan dia berasa takut untuk nengejutkannya dari tidur atau mengetuk pintu bilik gadis itu. Dia hanya mengetuk pintu apabila makanan telah diletakkan di hadapan pintu bilik itu.

Pernah sekali dia terlihat Diana makan dengan lahap sekali dengan menggunakan kedua belah tangannya. Tidak seperti manusia makan tetapi seperti orang kerasukan sedang makan. Selang 1 jam pasti Diana menjerit menyuruh pembantu rumahnya itu membawakannya makanan.

Sudah lebih 2 minggu, dia berkerja di rumah Encik Yusof dan Puan Kalsum. Namun dia tidak pernah melihat Diana secara berhadapan. Majikannya pula hanya sibuk berkerja dan membiarkan anak gadisnya itu dalam jagaannya. Walaupun dia tahu majikannya amat sayangkan anaknya namun kerja yang banyak meminimumkan masa mereka bersama anaknya.

Diana turun dari tangga menuju ke arah dapur dan terkejut melihat seseorang yang dia tidak kenali.

“ehhh makcik siapa?” tegur Diana. Terkejut orang yang ditegurnya itu. dia melihat Diana dari atas ke bawah. Dia agak pelik akan kelakuan Diana.

“siapa makcik  ni? Saya tanya ni.” Soal Diana sekali lagi apabila wanita tua di hadapannya tidak menjawab pertanyaannya malahan hanya terdiam sambil melihatnya dengan pandangan yang pelik.

“Saya pembantu rumah baru, cik. Boleh panggil Makcik Kiah,” kata Makcik Kiah sambil menundukkan kepala tanda hormat terhadap anak majikannya. Diana menjadi pelik.

“bila pulak mama dengan baba upah pembantu rumah baru.” Monolognya dalam hati.

“ohhh, maafkan saya.Saya tak tahu makcik kerja dengan family saya.” Ujar Diana sopan. Jawapan Diana membuatkan riak wajah Makcik Kiah berubah.

“mustahil dia taktahu. Aku yang hantar makanannya tiap hari di hadapan biliknya.” Makcik Kiah berkata di dalam hatinya.

“makcik ada masak apa? Saya rasa lapar sangat ni. Tak tahu kenapa.” Kata Diana lembut kepada Makcik Kiah. Kata-kata Diana sekali lagi membuatkannya pelik. Masakan tidak, baru satu jam yang lepas dia menghantarkan makanan kepada Diana dan habis dimakannya.

“ada masak gulai ayam dengan sayur kubis tumis. Diana nak makan?”

Mendengar lauk yang dimasakkan oleh Makcik Kiah, terus sahaja bibir Diana menguntumkan senyuman manis.

“nak!! Sedapnyaa.”Kata Diana ceria.

“duduk dulu. Makcik ambikkan.” Kata Makcik Kiah.

“ehh takpa makcik.Saya ambikkan sendiri.” Kata Diana sopan lalu menuju ke arah periuk nasi.

“apa masalah dengan anak majikan aku ni agaknya?” hati Makcik Kiah berkata sendirian.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Diana yang sedang menikmati makanannya terdengar suara Puan Kalsum yang baru sahaja pulang dari kerja. Mungkin sedang bercakap dengan pembantu rumahnya.

Puan Kalsum menapak masuk ke dapur. Dia agak terkejut dengan keadaan Diana yang sepertinya tiada apa yang berlaku sebelum ini.

“Diana?!” Puan Kalsum memanggil nama Diana lalu mendekati anaknya itu. dia membelek wajah dan tubuh Diana. Perbuatan Puan Kalsum itu membuatkan Diana pelik.

“why mama? Are you okay?”Tanya Diana. Puan Kalsum terkejut mendengar pertanyaan Diana. Sepatutnya dia yang bertanyakan soalan itu kepada Diana.

“nothing. I’m Okay. Rindu anak mama ni.” Jawab Puan Kalsum lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Diana.

“haah mama. Diana pun rindu mama. Macam lama tak jumpa. Baba mana? Outstation again?”

“Diana dah sihat ke ni?” soal Puan Kalsum tanpa menjawab pertanyaan anaknya tentang suaminya.

“sihat. Bila pulak Diana sakit? hahaha.” Soal Diana sambil tergelak mendengar pertanyaan pelik Puan Kalsum itu.

“mama rest lah dulu. Diana nak masuk bilik dulu.” Diana berkata lalu bangun meninggalkan Puan Kalsum yang masih tertanya-tanya akan keadaan Diana.

Puan Kalsum memanggil Makcik Kiah untuk bertanyakan tentang Diana.

“Makcik. Bila Diana keluar dari bilik?” Soal Puan Kalsum.

“baru lagi. Dia turun dan tanya saya siapa.” Terang Makcik Kiah.

“Tanya makcik siapa?”

“itulah yang makcik pelik, Cik Diana sepertinya tak ingat tentang Puan gajikan saya untuk jaga dia.” Kata Makcik Kiah.

“ni pelik.. pelik sangat ni. Saya risaulah makcik.”

“Maaf saya bertanya puan. Cik Diana sakit apa?” soal Makcik Kiah. Pertanyaan itu membuatkan Puan Kalsum mengeluh.

“saya pun sebenarnya tak tahu apa masalah Diana. Sebenarnya, sikap yang Diana tunjuk tadi tu adalah sikap sebenar dia. Tapi dia berubah menjadi seorang pemarah sejak akhir-akhir ni. Dan sekarang saya tak tahu bagaimana dia boleh berubah semula.”Terang Puan Kalsum dengan panjang lebar.

“bersabar lah puan, pasti ada hikmahnya perkara ini.” Kata Makcik Kiah dalam nada lembut. Dia tidak sanggup memberitahu majikannya itu apa yang dia lihat tentang diri Diana.Jauh di sudut hatinya mengatakan bahawa ada sesuatu yang menganggu Diana.

 

 

 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.