Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,940
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

“Diana, baba nak cakap dengan kamu sikit. Lepas makan datang bilik bacaan.” Kata Encik Yusof tegas. Dia mahu tahu apa sebenarnya masalah anaknya itu. Selama dia tidak mempunyai kerja yang banyak di pejabat dia cuba pulang awal ke rumah untuk memerhati kelakuan anak gadisnya itu.

Dia tidak dapat menafikan bahawa memang Diana sudah banyak berubah. Sikapnya 360 darjah berubah. Semakin kurang ajar dan berani meninggikan suara ketika ditegur. Dia tidak tahu dimana silapnya dalam mendidik anaknya itu.

Diana hanya menganggukkan kepala.

Setelah makan,Diana terus menuju ke bilik bacaan untuk berjumpa dengan ayahnya.

“yes baba? Ada apa nak jumpa Diana ni.” Tanya Diana seusai sahaja masuk ke bilik itu. Encik Yusof yang sedang duduk hanya mengangkat kepalanya memandang Diana tanoa mengeluarkan sebarang suara.

“kenapa pandang saya macam tu?” tanya Diana kehairanan.

“duduk.” Arah Encik Yusof. Diana hanya menurut.

“awak okey?” tanyaEncik Yusof memulakan bicara,

“macam baba tengoklah. Saya okey.”

“ tapi baba tengok awak tak okay. Sikap apa yang awak tunjukkan sejak kebelakangan ni?” tanya Encik Yusof penuh sifat kebapaan. Dia tahu ada sesuatu yang lain akan anaknya itu. Susuk tubuh anaknya juga kelihatan sedikit susut.

“saya okay baba.Jangan risau.” Kata Diana tak selesa akan pertanyaan ayahnya itu.

“kalau awak ada masalah, awak perlu bagitahu baba dengan mama.” Kata Encik Yusof lagi.

“faham.” Jawab Diana acuh tak acuh.

“satu lagi, baba dengar awak bergaduh dengan Gina. Betul ke?” tanya Encik Yusof.

“dia tak layak jadi kawan saya. Dia cemburukan saya baba. Sebab saya cantik daripada dia.” Kata Diana dengan penuh emosi. Encik Yusof semakin yakin yang ada yang tidak beres akan anaknya itu.

“awak kan dah kawan dengan dia lama. Kenapa boleh timbul hal macam ni? Tak kira awak kena minta maaf dengan dia.” Kata Encik Yusof tegas. Diana hanya menganggukkan kepala walaupun dia masih merasakan yang dirinya betul. Diana bangun untuk keluar dari bilik itu.

“ehh sekejap.”Encik Yusof perasan akan sesuatu tentang anaknya.

“kenapa ibu jari awak bengkak?” tanya Encik Yusof lalu bangun untuk melihat kaki anaknya itu.

“tak ada baba.Saya terlanggar kaki kerusi.” Jawab Diana cepat dan terus berlalu keluar daripada bilik bacaan. Encik Yusof terpinga -pinga dengan sikap anaknya itu.

Diana masuk ke biliknya lalu duduk di atas katilnya. Wajahnya nampak murung. Dia membelek kakinya yang ditegur oleh ayahnya.

Imbas kembali…

Diana yang tidur lena terjaga apabila dia terasa sakit di ibu jari kakinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan dia sangat terkejut ada seseorang sedang menghisap ibu jarinya. Dia cuba menarik kakinya namun tidak berjaya.

Air mata nya jatuh kerana sakit serta ketakutan yang teramat.

“ss..siapa kau?!” Tanya Diana dalam nada yang ketakutan. Makhluk itu menampakkan wajahnya kepada Diana. Diana sekali lagi diserang rasa takut yang teramat apabila ternampak wajah itu.

Amat hodoh. Wajahnya yang berkedut seribu dan mengelupas diseluruh wajah. Dia jelas nampak daging yang sepertinya sudah membusuk di wajah itu. Wajah itu berair penuh dengan darah. Dan bau darah juga kuat menusuk hidungnya.“ Aku hanya menuntut janji kau!” kata makhluk itu menyeringai ke arah Diana.

Badan Diana mula dipenuhi peluhnya kerana ketakutan. Dia hanya mampu melihat makhluk itu menghisap darahnya sehingga selesai.

“ jika darah kau tidak aku dapat, maka wajahku akan menjadi wajah kau!” kata makhluk itu lalu menghilang dalam sekelip mata. Diana menangis sendirian. Dia tidak mengetahui dari mana datangnya makhluk itu.

***

Encik Yusof masuk ke kamar nya, dia melihat isterinya sedang sibuk dengan kerjanya. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Puan Kalsum yang memandang sekilas wajah suaminya itu lalu meneruskan kerjanya. Dia dapat menangkap wajah suaminya itu sepertinya dalam kebingungan.

“Awak kenapa?” Tanya Puan Kalsum sambil matanya masih lagi menghadap laptop.

“Saya tengok Diana macam ada yang tidak kena.” Luah Encik Yusof kepada isterinya.

“tapi buka hal yang biasa-biasa ni. Saya tengok ibu jarinya lebam teruk dan kalau awak perasan bawah lengan Diana ada kesan lebam-lebam.” Tambah Encik Yusof lagi. Puan Kalsum berhenti menaip, dia mula memandang Encik Yusof dengan pandangan yang serius.

“maksud awak?” TanyaPuan Kalsum.

“tadi saya dapat call dari Gina. Dia kata dia try call awak tapi awak tak angkat.” Kata EncikYusof. Puan Kalsum terus memeriksa telefonnya. Dan betul ada tiga panggilan tidak berjawab daripada Gina.

“apa yang Gina cakap?” Tanya Puan Kalsum ingin tahu.

“dia mengadu pasal Diana tu lah. Dia kata Diana semakin pelik. Dan dia pernah ternampak Diana bercakap seorang diri.” Encik Yusof mengulang semula apa yang diberitahu oleh Gina. Puan Kalsum terdiam mendengar kata-kata suaminya itu. Dan tiba-tiba dia membulatkan matanya dan berkata.

“saya pernah juga terserempak dengan Diana bercakap seorang diri masa saya bangun turun untuk minum air. Tapi bila saya tanya dia kata dia bercakap di telefon.” Kata Puan Kalsum apabila dia teringat sesuatu yang pelik akan anaknya itu.

“kenapa awak tak pernah cerita hal ni pada saya? Saya agak risau dengan Diana tu. Dia ada pergi mana-mana yang boleh menyebabkan tersampuk makhluk ghaib ke?” tanya Encik Yusof.

“ehhh awak ni. Ada pulak cakap macam tu. Tak baik lah.” Tegur Puan Kalsum.

“saya tanya je .”

“ tak apa lah kita try tengok camna keadaan dia. Kalau teruk kita bawa dia pergi psikiatri.” Cadang Puan Kalsum.

“ awak nak kata dia tak waras ke ?” tanya Encik Yusof.

“bukann. Kita nak cari tahu masalah dia je. Awak ni pun. Bukan semua orang yang pergi psikiatri itu tak waras.” Kata Puan Kalsum. Encik Yusof hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan isterinya. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.