Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,929
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

Ustaz Khairi tiba di perkarangan rumah Encik Yusof. Dia merasakan satu aura yang tidak menyenangkan apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu. Encik Yusof menyambut kedatangan Ustaz Khairi dengan wajah yang sugul.

“Assalamualaikum.”Ustaz Khairi memberi salam.

“Waalaikumusalam Ustaz.” Mereka bersalaman dan beriringan masuk ke dalam rumah. Mulut Ustaz Khairi terkumat kamit membaca ayat pendinding diri. Dia merasakan aura jahat begitu kuat di dalam rumah tersebut. Encik Yusof membawa Ustaz Khairi ke bilik Diana.

Sesampai sahaja mereka di hadapan bilik Diana, pintu bilik Diana yang tertutup rapat secara tiba-tiba terbuka dengan sendirinya.

“Awak tak kunci kepintu ni?” soal Encik Yusof kepada isterinya.

“kunci dah.” Jawab Puan Kalsum.

Ustaz Khairi meminta izin untuk masuk ke dalam bilik itu. Encik Yusof hanya menganggukkan kepalanya tanda memberikan keizinan.

Ustaz Khairi perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia mula merasa tidak sedap hati. Dia membaca perlahan ayat suci Al-quran sebagai pendinding diri. Telinganya terasa panas tiba-tiba.

Matanya menangkap satu susuk tubuh di balik almari.

“Astagfirullahal’azim.”Ustaz Khairi mengucap panjang apabila melihat tubuh Diana yang telah pun diambil alih oleh makhluk terkutuk. Diana memandang Ustaz Khairi dengan pandangan yang tajam. Bagaikan ingin menerkam Ustaz Khairi. Namun hanya suaranya yang kedengaran mendengus kemarahan tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Perlahan Diana berjalan keluar dari balik almari mendekati Ustaz Khairi.

“KENAPA KAU DATANG SINI?!” Soal Diana dengan suara yang amat garau. Mata Diana tepat menikam dalam anak mata milik Ustaz Khairi. Sesiapa yang melihat keadaan Diana Ketika itu pastinya akan menggetarkan kepala lutut. Tetapi tidak pada Ustaz Khairi yang telah pun berpengalaman dalam mengatasi situasi-situasi seperti itu.

“Aku datang untuk membantu anak cucu Adam daripada disesatkan oleh makhluk yang dilaknat oleh Allah.” Ujar Ustaz Khairi dengan tenang sambil mulutnya yang tidak henti-henti berzikir menyebut khalimah-khalimah suci Al-Quran.

“HAHAHAHAHA! BANTU? APA YANG KAU BOLEH BANTU? KAU PUN SEDANG KETAKUTAN MELIHAT AKU!” Provok makhluk yang berada di dalam tubuh Diana. Encik Yusof dan Puan Kalsum melihat dari pintu bilik Diana. Mereka berdebar-debar melihat keadaan itu. terutama Puan Kalsum yang kurang mempercayai perkara-perkara seperti itu.

“Aku hanya takut pada Allah yang satu!” balas Ustaz Khairi. Dia tahu makhluk itu cuba memprovoknya. Memang sudah sifat makhluk itu dalam menyesatkan umat manusia dimuka bumi ini.

“PEREMPUAN INI MILIK AKU! Kau tidak dapat memisahkan kami berdua!” kata makhluk itu dengan lantang. Terangkat bahu Puan Kalsum mendengar suara lantang yang keluar daripada mulut Diana.

“Bismillahilladziy la yadhurru ma’asmihi syai’unfil’ardhi walaa fissama’i wahuwassamiy’ul ‘aliym” Ucap Ustaz Khairi doa untuk meminta pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa dalam menangani makhluk itu.

“Keluar kau dari badan perempuan itu! jika kau berdegil aku terpaksa menghapuskan kau!” Ujar UstazKhairi dengan tegas. Kata-kata Ustaz Khairi disambut dengan hilaian gelak ketawa daripada Diana.

“HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAAHA!! Apakah kau mampu? Aku telah lama hidup berbanding kau! Dia tuan aku! Aku diarahkan untuk menjaga keturunanku! Kau tidak ada hak untuk mencampuri urusanku!” Ujar makhluk itu melalui badan Diana dengan garang.

“Allahumma InnaNaj’aluka Fi Nuhurihim, Wa Na’udzubika min Syururihim” Ucap Ustaz Khairi berulang kali walaupun diketawa oleh makhluk itu. Makhluk itu mula terasa panas apabila Ustaz Khairi mula membaca ayat qursi.

“HEYYY! Dasar manusia bodoh! Aku lebih tahu membaca ayat itu berbanding kau!” Provok makhluk itu.Tetapi Ustaz Khairi hanya menghiraukan kata-kata itu. dia berjalan mendekati Diana dan menerkapkan tangannya ke atas kepala Diana. Ustaz Khairi mula dengan bacaan ayat ruqyah. Dimulakan dengan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 dan diteruskan lagi dengan ayat 102 hingga 103.

Makhluk itu sudah tidak senang duduk.

“Panas… panass..” Rintih Diana.

“sakit mama… sakit sangat.. Diana sakit mama..” rintih Diana dengan memanggil Puan Kalsum. Puan Kalsum yang mendengar rintihan Diana cuba mendekati anaknya namun ditahan oleh isyarat yang diberikan oleh Ustaz Khairi supaya tidak datang mendekat.

Ustaz Khairi tahu itu hanya permainan syaitan yang durjana itu. bacaan ruqyah terus dibaca oleh Ustaz Khairi. Badan Diana menggeliat ingin melepaskan diri daripada Ustaz Khairi namun dia tidak mempunyai daya untuk melakukan hal demikian.

“ARGHHHHH! SAKIT BODOH! MANUSIA TERKUTUK!” jerit Diana dengan suara yang kembali garau. Berbagai bunyi yang keluar daripada mulut Diana. Ada bunyi seperti anjing, serigala dan babi.

“Keluar atau tidak?!Jangan ganggu lagi perempuan ini! dia bukan milik kau! Dia adalah milik Allah Taala.” Ujar Ustaz Khairi tegas.

“Aku tidak dapat meninggalkan perempuan ini! dia milik aku! Dia diserahkan kepadaku!” ujar makhluk itu lemah setelah dibakar oleh ayat-ayat suci Al-quran.

Ustaz Khairi teruskan bacaannya dengan membaca surah Al-Baqarah ayat 206 yang digunakan untuk menyiksa jin. Sekali lagi Diana merintih kesakitan apabila bacaan itu keluar daripada mulut Ustaz Khairi.

Diana yang mula terjelepok lemah memandang Ustaz Khairi dengan pandangan meraih simpati.

“ustaz.. sakit ustaz..tolong saya..” rintih Diana perlahan. Puan Kalsum yang mendengar suara rintihan anaknya itu mula menitiskan air mata. Dia tidak sanggup melihat anaknya dalam keadaan sebegitu.

“Diana??” Panggil Encik Yusof perlahan. Dia cuba memanggil anaknya.

“baba.. Diana sakit..tolong Diana.” Rintih Diana. Encik Yusof mula mendekati anaknya tetapi lagi sekali ditegah oleh Ustaz Khairi.

“Yusof! Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Dia mahu menyesatkan kita!” ujar UstazKhairi tegas.

“tapi tu suara Diana.”Kata Encik Yusof.

“Iblis syaitan boleh menyerupai sesiapa dan meniru sesiapa yang dia mahu. Ingat jangan terperdaya.”Ujar Ustaz Khairi. Dia meneruskan lagi bacaan ayat ruqyah.

“Baiklah kau berdegil.A’u zubillah himinasy syaiton nirrajim. na’uwdzu bi’izzatillahi waqudrotihi minsyarrimaa najidu wa nuhaadziru” Bacaan demi bacaan yang keluar dari mulut Ustaz Khairi akhirnya melemahkan makhluk itu.

“JANGAN BERFIKIR KAU MENANG MANUSIA DURJANA!” kata Makhluk itu dengan nada yang marah walaupun dalam keadaan yang lemah. Diana terbaring lemah apabila mahkluk itu meninggalkan tubuhnya.

“Angkat dia ke atas.”Arah Ustaz Khairi kepada Encik Yusof. Tubuh Diana diangkat ke atas katil. Lemah longlai Diana dikerjakan oleh makhluk itu. jelas kesan lebam di kaki terutama ibu jarinya.

Ustaz Khairi membacakan ayat-ayat quran kepada segelas air dan menyuruh Puan Kalsum untuk menyapukan kewajah Diana. Perlahan-lahan Diana membuka matanya. Dia bingung melihat Puan Kalsum dan Encik Yusof yang berada di dalam biliknya.

“Diana okay? Sakit kat mana?” tanya Puan Kalsum risau.

“badan Diana sakit mama. Sakit sangat.” Kata Diana sambil mengalirkan air matanya. Puan Kalsum mengusap perlahan kepala anaknya.

Ustaz Khairi memberi isyarat kepada Encik Yusof untuk keluar daripada bilik itu.

“Alhamdulillah. Buat masa sekarang, Diana selamat.” Ujar Ustaz Khairi. Kata-kata Ustaz Khairi membuatkan Encik Yusof menghela nafas lega.

“tetapi ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Saya rasa anak Yusof ni telah diwariskan sesuatu atau lebih tepat lagi saka.” Ujar Ust az Khairi lagi.

“saka? Habis macam mana ni Ustaz?” soal Encik Yusof kerisauan.

“saka ini buka sesuatu perkara yang mudah untuk dibuang. Kita perlu mencari tahu dimana akarnya.” KataUstaz Khairi.

“apa maksud ustaz?”

“maksud saya kita kena mencari tahu dari mana datangnya saka ini. Siapa pemiliknya? Apa yang membuatkan dia datang mengganggu anak Yusof.” Terang Ustaz Khairi.

“ohhh.. tapi Ustaz..anak saya boleh sembuh kan?” soal Encik Yusof.

“Insya’Allah. Dengan izin-Nya semuanya boleh sembuh. Banyakkan berdoa supaya dapat menghindari daripada permainan syaitan.” Ujar Ustaz Khairi lembut. Dia tahu sebagai seorang bapa pastinya akan risau jika keadaan anaknya begitu. Dia dapat memahami perasaan Encik Yusof ketika itu.

“macam ni lah. Perkara ini belum lagi berakhir. Kita perlu berikhtiar dan selepas itu berserah sepenuhnya kepada kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa. Saya akan terus cuba membantu keluarga Yusof.” Kata Ustaz Khairi. Encik Yusof menganggukkan kepalanya.

“saya minta diri duluyaa. Apa-apa boleh call saya bila-bila masa sahaja. Saya akan cuba bantu.Insya’Allah.”

“terima kasih banyak Ustaz.”

Ustaz Khairi meninggalkan perkarangan Encik Yusof dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia dapat merasakan perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.