Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,984
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Diana dan Gina keluar daripada perut kereta dan menuju ke tempat yang ingin mereka pergi. Gina hanya menemani Diana untuk temuduganya hari ini.

“doakan aku babe.”Kata Diana. Dia agak gementar memandangkan ini adalah temuduga kerjanya yang pertama. Walaupun posisi yang dia minta adalah hanyalah seorang kerani. Tetapi syarikat itu tetap ingin melakukan temuduga.

“aku doakan.Jangan risau. Penemuduga tu mesti terima kau. Cayok !” kata Gina memberi semangat kepada kawan baiknya. Mekar senyuman Diana mendengar kata-kata semangat daripada kawannya itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam pejabat itu dan disambut baik oleh pekerja di situ. Diana menunggu sehingga namanya dipanggil. Setelah menunggu 10 minit, Namanya dipanggil untuk masuk temuduga.

“DIANA IDAYU BINTI MOHD YUSOF” panggil pekerja di situ. Diana terus bangun lalu masuk ke dalam bilik penemuduga. Dia agak gementar apabila melihat dua orang penemuduga disitu. Namun dia memberanikan dirinya.

Salah seorang daripada penemuduga tersenyum melihat Diana dan dia juga tahu bahawa gadis itu sangat gementar.

“silakan duduk Cik Diana.” Jemput penemuduga itu. Diana melihat tag nama penemuduga itu tertulis “AFRIZAL” dan seorang lagi yang agak serius mukanya tertulis “WAN”

“terima kasih.”Ucap Diana kepada kedua-dua penemuduga.

“okay kita mulakan  sekarang ya.” Tanya Encik Afrizal dan Diana hanya menganggukkan kepalanya.

“Perkenalkan diri awak dahulu.” Kata Encik Wan.

“Nama saya Diana Idayu Binti Mohd Yusof. Bapa saya seorang pegawai diplomatik dan ibu saya seorang pensyarah. Saya anak tunggal. Sebelum ini saya mengambil STPM di SMK Seri Ampang. Di STPM saya mengambil Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Perakaunan.” Terang Diana.

“boleh beritahu pointer setiap sem?” tanya Encik Afrizal.

“boleh. Sem satu saya mendapat 3.67 , sem dua saya mendapat 3.75 dan sem ketiga tidak dapat keputusan lagi encik.”

“ohh nice result.Kenapa awak nak kerja kat sini?”

“ saya ingin mencari pengalaman sementara menunggu keputusan STPM saya dan dapat melayakkan saya ke mana-mana university nanti.”

“Apa kelebihan awak yang membolehkan saya mengambil awak bekerja di sini?”

“tentang kelebihan saya tidak berapa pasti, tetapi saya seorang yang cepat belajar dan saya senang bekerja dengan semua orang tidak kira kaum atau agama.” Jawab Diana dengan yakin.

“okay soalan last.Adakah awak boleh bekerja jika ada tekanan daripada pihak atasan?”

“itu bergantung kepada tahap tekanan lah encik, kalau tekanan yang biasa-biasa seperti teguran sebab lambat siapkan kerja saya masih boleh bekerja. Tetapi jika tekanan yang melampaui batas seperti memaki hamun di hadapan pekerja lain. Minta maaf saya tidak dapat menerima.” Balas Diana dengan panjang lebar.

“okay baiklah Cik Diana. Tunggu panggilan daripada kami jika anda diterima. Terima kasih.” Kata Encik Wan.

“terima kasih encik.”

Diana melangkah keluar dari pejabat itu.

“macam mana ?semua okey?” tanya Gina.

“okey je. Cuma kena tunggu panggilan lah.” Jawab Diana sambil tersenyum.

“kalau macam tu.Jom pergi makan. aku belanja.” Ajak Gina.

“wahhh. Ini jarang-jarang dengar ni. Hahaha Cik Gina kita nak belanja lahh.” Usik Diana.

“kau nak ke taknak. Banyak cakap kang aku Tarik balik ajakan aku.” Kata Gina sambil menjeling ke arah Diana.

“alalalalala. Naklahh Cik Gina oiii. Durian runtuh nii bukan selalu dapat rasa duit kau.” Kata Diana sambil tersengih.

Mereka pun berlalu ke arah kereta untuk menuju ke tempat makan.

 

DI RESTORAN

Makanan yangmereka tempah sudah pun sampai. Bau makan yang menusuk hidung mereka mampu membuat kan mereka menelan air liur kerana tidak sabar untuk makan.

“jemput makannn!”kata Gina. Tersengih Diana mendengar jemputan Gina. Dia tahu Gina tak sabar lagi untuk makan. Mereka pun makan dengan berselera sekali.

“gina kau percayatak perkara ghaib?” tanya Diana.

“percaya. Kenapa tanya.”

“pernah dengar tentang saka? Betul-betul ada ke?”

“ada lah. Orang dulu-dulu je yang ada benda-benda macam tu.. orang sekarang ni ramai yang dah percaya lagi dah.” Jelas Gina. Mulut Diana membentuk huruf  ‘O’ apabila mendengar penjelasan kawan baiknya.

“kenapa kau tanya? Sejak bila pulak kau berminat dengan hal-hal ghaib ni?” tanya Gina pula. Dia pelik mendengar soalan kawannya itu.

“ohh tak ada apa-apa. Cuma aku selalu dapat mimpi yang sama tiap malam. Mimpi yang pelik. Tusebab aku tanya. Mana lah tahu ada kaitan.” Kata Diana sambil tergelak. Dia merasakan mimpinya adalah mimpi yang sangat merepek.

“mainan tidur je tu. Kau tu kalau tidur bukannya nak basuh kaki. Tu sebabnya syaitan suka kacau.” Bebel Gina. Seriau pula dia mendengar kata-kata Diana. Tambahan pula dia seorang yang penakut.

“yelah kut. Aku tanya je. Hahaha relaks.” Kata Diana apabila dia dapat mengesan muka ketakutan Gina. Dia tahu Gina tidak berapa suka kalau cerita tentang perkara ghaib. Diana meneruskan makan makanannya apabila mengesan Gina tidak berapa berminat untukmendengar cerita mimpinya.

“tak apa lah,mainan tidur je tu. Jangan fikir bukan-bukan Diana!” monolognya sendiri dalam hati.

 

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.