Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
309,020
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 22

RAYYAN SUDAH SELAMAT SAMPAI DI KOTA SINGA. Sudah berada di hotel pun. Sebaik saja di hotel, terus dia menghubungi Aleeya. Alvin tersenggih melihat sikap abang sulongnya. Teruk betul lah abang nih.

Aleeya sejak dari tadi berbalas mesej dengan suaminya kesayangannya setelah sejam berbual di talian. Seperti orang kemaruk bercinta saja lagaknya. Telefon yang sentiasa di tinggalkan sekarang sentiasa di sebelahnya. Tak pernah berpisah.

“Sudah lah tu, anak nak menyusu lah!” tegur mak melihat sikap anak perempuan tunggalnya. Sudah banyak kali dia menegur Aleeya hari ini. Kebetulan papa tak ada, jadi hanya tinggal ayah dan mak saja di rumah. Apa lagi, Aleeya bebas lah nak buat apa saja hari ini.

Pergi lah buat kerja abang, jangan kacau liya boleh tak, Adam menangis lah., balas Aleeya. Dah berapa puluh mesej yang masuk ke dalam telefonnya. Dah nak termuntah handset itu dibuatnya, kerana banyak sangat mesej yang masuk hari ini. Hehehe

Cium Adam dan Ain untuk abang sama yer..,

Ha lah..

Bye sayang..,

Bye abang..,

Hmm.. rindunya di hati. Kalau boleh nak terbang ke kota Singa sekarang. Rindu di dalam hati sudah sampai ke penjuru mata. Rasa seperti mahu mengalir air mata saja kalau berpisah begini.

“Liya!” tegur mak lagi apabila melihat muka Aleeya sudah naik merah. Mahu menangis!

“Rindu lah mak!” ucap Aleeya. Mak mengelengkan kepalanya. Macam-macam lah budak-budak ni.

“Pergi lah solat, berdoa dan tenang hati tu!” pujuk mak seakan mengerti perasaan Aleeya. Aku tidak pernah berpisah dengan suamiku walaupun sekali, ke mana pergi mesti berdua. Bisik hati mak. Haji Mohsin di ruang tamu dijengguknya. Kami hanya tinggal di kampung, mana ada buat kerja seperti Rayyan yang terpaksa berjauhan dengan Aleeya. Kasihan Aleeya!

Entah lah, tak tahu nak buat apa hari ini tanpa cek abang di sisi. Rasa semua janggal dan kosong. Mujur lah ada mak dan ayah, kalau tidak mesti rasa sepi dan sunyi tanpa dia di sini. Dia di sana pun separuh nyawa juga kerana memendam rindu kepada isteri kesayangannya.

“Liya, boleh masuk ofis tak hari nie, ada masalah lah!” suara Akma sewaktu dia sedang meniburkan Ain. Adam sudah lama terlena di atas katilnya.

“Kenapa?”

“Abang Husna mengamuk lah, kes cek yang kita tahan hari tu..,”

“Alamak, cik abang aku tak ada lah..,”

“Habis, tak berani ke?”

“Bukan lah, nanti takut cik abang aku marah..,” dia kan semua kena minta izin. Nanti mengamuk lah pulak.

“Call lah minta izin,”

“Papa aku kan ada,”

“Masalahnya papa kau mesyuarat kat Putrajaya!”

“Kejap, aku call cik abang aku!”

Mengamuk kes kena tahan cek??? Tapi cek itu bukan hak Husna atau hak abang Husna pun. Jadi memang patut kena tahan pun. Aduhai, kenapa lah masalah berlaku ketika Rayyan dan Alvin tiada di ofis. Aku bukannya boleh buat apa-apa pun.

“Kenapa Yang? Rindu ke?” soal Rayyan sebaik terdengar suara Aleeya.

“Banyak lah rindu..,” orang ada masalah boleh pula buat lawak yer.

“Hahaha..,” baru setengah jam dah call. Kalau bukan rindu, jawabnya apa tu?

“Abang..,” panggil Aleeya. Takut dan cemas. Takut orang di sana naik angin bila tahu keadaan sekarang.

“Yer, sayang!”

“Abang Husna mengamuk lah kes cek yang saya sekat tu..,”

“Apa??? Habis Liya jangan memandai masuk campur, biar abang yang uruskan bila abang balik nanti,” suara Rayyan sudah bertukar nada. Seakan tahu hasrat Aleeya yang mahu meminta izin kepadanya untuk ke pejabat.

“Akma call tadi suruh Liya ke ofis..,” beritahu Aleeya. Teringat Akma di ofis yang sedang di serang hendap sekarang.

“Liya tak dengar ke abang kata apa tadi?” jerkah Rayyan sekali lagi. Dengar lah. Cuma Liya nak beritahu abang saja. Kali ini Aleeya diam tanpa bersuara. Seminit berlalu terasa begitu lama. Biarkan dia tahu aku sedang marah dengannya.

“Liya!” panggil Rayyan sedar akan kesilapan diri sebentar tadi.

“Tak nak cakaplah. Merajuk!” hah, best jugak tinggal berjauhan nie, boleh beritahu apa yang sedang terlintas di hati.

“Abang tak nak Liya bahayakan diri. Biar abang uruskan nanti yer. Liya tinggal lah kat rumah sepanjang abang tak ada nih. Boleh??” pujuk Rayyan.

Boleh sangat.

Arahan suami Aleeya patuhi, walaupun dalam hati sudah berbagai perasaan bermain di dalam hatinya. Entah lah bila si suami tiada di sisi rasa pelik semacam saja. Berdebar dan gemuruh. Kata Akma, Tuan Mirzal sudah memecat ahli keluarga Husna, hanya tinggal Husna saja di ofis itu. Abang dan Kakak ipar Husna sudah diberi notis tamat perkhidmatan 24 jam oleh Tuan Mirzal, dan beritahu Akma lagi, ini telah menaikkan api kemarahan Razman dan Nany di ofis tadi. Razman mengamuk!

Papa membawa Ayah dan mak makan di luar malam ini. Tinggal Aleeya saja di rumah bersama anak-anak. Anak-anak sudah lama terlelap di dalam biliknya. Aleeya sedang leka menonton tv di ruang tamu. Sedang beristirehat. Ketika ini Rayyan dan Alvin ada mesyuarat. Jadi tak perlu bersms dengan Rayyan kerana pesan Rayyan dia akan menelefon Aleeya sebaik saja mesyuaratnya selesai. Jadi tunggu saja lah.

Loceng berbunyi, Aleeya terus bangun dan membukanya sangkanya ibu bapanya sudah pulang ke rumah. Tetapi salah sangkaannya apabila melihat wajah cemas Akma dan Husna yang datang bersama. Belum sempat menutup pintu, Razman dan Nany merempuh masuk ke dalam rumahnya. Terkejut Aleeya.

“Cukup Razman, kau boleh menjual aku kepada geng along yang kau berhutang tu, tetapi jangan sesekali menyakiti Kak Liya,” tengking Husna membuatkan Aleeya terkejut sekali lagi. Panggilan abang kepada Razman sudah hilang.

“Apa semua ni, Husna?” soal Aleeya kehairanan. Apa sebenarnya yang cuba Husna rahsia dari keluarga kami?

“Liya, Razman rupanya telah berhutang dengan geng along sebanyak 3 juta ringgit. Kerana nak bayar hutang-hutang tersebut dia perangkap adik tirinya iaitu Husna agar mengikis harta Alvin. Kalau Husna engkar dengan arahannya, Husna akan dijual menjadi pelacur...,” cerita Akma. Entah mengapa dia menyuruh Haikal menyiasat perkara ini, sebab kalau tengok dari perwatakan Husna yang lemah lembut itu, Husna bukanlah seorang yang buruk lakunya.

“Astagfirullahazim.., lafaz Aleeya. Tidak sangka ini penyebabnya yang menyebabkan Husna berubah hati. Selama ini mereka menyangkakan yang Husna ingin mengikis harta-harta Alvin. Rupanya Husna ditimpa masalah.

“Maafkan saya Kak Liya, saya sebenarnya terpaksa...,” ucap Husna yang sudah mengalirkan air mata kesedihan. Aleeya memegang bahu Husna dengan perlahan.

“Cukup Husna. Memang layak pun kau jadi pelacur. Hey, perempuan mana cek aku. Bagi balik cek aku kalau tidak aku bunuh kau!” ugut Razman yang sedang memegang pisau yang tajam. Terdengar suara jeritan Akma yang berang dengan tindakan Razman.

“Awak ni memang muka tak malu yer. awak yang berhutang dengan ALONG, kenapa orang lain pula yang menjadi mangsa..,” marah Akma. Laki bini ni sama saja. Yang Bini pun asyik menurut. Mata Akma menjeling ke arah Nany yang sudah naik singa.

“Diam kau, kalau tidak aku bunuh kau sama!” jerkah Razman ke arah Akma. Akma naik takut tetapi dalam masa yang sama menyampah dengan perangai Razman.

“Bunuh??? Kau ingat Malaysia nie tak ada undang-undang ke? kalau apa-apa berlaku kat kami bertiga, kau dengan bini kau pun tak akan terlepas lah,” sambung Akma lagi.

“Arg...,” pekik Razman sambil menolak Akma ke sebelah. Dia sudah menghampiri Aleeya dan Husna.

“Bagi balik cek aku!” jerit Razman sambil mengacukan pisau ke arah Aleeya. Aleeya naik cemas. Takut semakin menjadi-jadi bila melihat pisau yang tajam itu.

“Razman apa ni? “ marah Husna sambil melindungi Aleeya. Tetapi Nany menarik Husna ke sebelahnya dengan kuat sekali. Tetapi Husna tidak mengajak.

“Hey anak pelacur, jangan nak tunjuk berlagak kat sini yer. Nanti dengan kau-kau pun kami bunuh!” marah Nany pula sambil cuba menarik tangan Husna tetapi masih belum berjaya. Tindakan Husna membuatkan Razman semakin marah dihunusnya pisau ke tangan Husna, tangan Husna cedera. Kali ini Razman cuba melakukan perkara yang sama kepada Aleeya tetapi Akma sempat menolak tangan Razman. Razman semain berang. Dia cuba untuk menikam Akma tetapi Aleeya berjaya menghalangnya, malangnya Aleeya tertolak dengan kuat sehingga perutnya terkena bucu meja berkaca yang tajam. Aleeya mengaduh kesakitan. Tangan kanannya pula sempat terkena pisau lalu mengalirkan darah merah.

“Liya!” pekak Akma apabila Aleeya memegang perutnya yang begitu sakit sekali. Mata Aleeya mula berpinar apabila melihat darah banyak mengalir dari tangannya. Sudah mabuk darah.

“Kak Liya..,” jerit Husna sambil menghampiri Aleeya yang sudah rebah terduduk.

“Aleeya..,” jerit papa pula yang baru balik bersama dengan ayah dan mak. Selepas itu Aleeya tidak tahu apa yang berlaku lagi kerana dia pengsan. Sudah tidak sedarkan diri, apabila terjaga dia sudah pun berada di hospital.

Semua orang tiada, yang ada hanya Akma saja. Yang lain mungkin di luar.

“Mana Husna?” soal Aleeya cemas. Janganlah terjadi apa-apa kepada Husna. Selama ini dia dan ahli keluarganya yang lain sudah salah anggap kepada Husna.

“Husna okey lah, kau tu patut risau kan kau!” kata Akma sambil cuba tersenyum. Tegakah Aleeya mendengar berita sedih ini? Tetapi apa pun Aleeya perlu tahu keadaan dirinya yang sebenar. Semua ini tidak perlu dirahsiakan dari pengetahuan Aleeya.

“Aku okey lah!” jawab Aleeya sambil tersenyum. Alhamdulillah, kami semua selamat. Itu yang penting. Mujur nyawa kami semua tidak melayang tadi.

“Liya..,” panggil Akma tersekat-sekat.

“Kenapa ni?” soal Aleeya kehairanan. Tetapi dia sudah syak sesuatu kerana tubuh badannya yang sedang merasai sekarang. Benarkah semua ini? Astagfirullahalazim. Kalau benar, bagaimana harus aku berhadapan dengan suamiku nanti.

“Kau keguguran tadi..,” beritahu Akma. Terpaksa. Mesti Aleeya tidak tahu, dia sedang mengandung selama ini.

“Hah???” Jadi betullah tekaan suamiku selama ini? Aleeya memegang perutnya sendiri. Hati sudah menangis tetapi dia tidak mahu menangis di hadapan Akma.

“Doktor tak berjaya selamat kan kandungan kau yang baru berusia empat minggu tu,” jelas Akma lagi.

“Apa??” baru sebulan dan aku tidak berjaya menjaganya dengan baik. Aku telah berdosa kepada suamiku. Abang, ampunkan Liya! Pinta Aleeya di dalam hati. Aleeya cuba kuatkan diri, tidak mahu membiarkan kesedihan di dalam hati diketahui oleh Akma, sahabat baiknya itu.

“Liya, sabar yer!” pujuk Akma sambil memeluk Aleeya dengan erat. Dia tahu perasaan Aleeya tetapi dia juga berpura-pura menahan kesedihan.

Sedang mereka berpelukan mak, ayah dan papa pula masuk untuk melihat keadaan Aleeya.

“Aku balik dulu, kau bawa berehat yer!” kata Akma sambil melepaskan pelukan. Aleeya mengangguk dan cuba tersenyum ke arah ahli keluarganya.

“Liya sabar yer. Papa dah call Rayyan, sekejap lagi Rayyan sampai!” beritahu Papa sambil menepuk bahu Aleeya. Aleeya cuma mampu mengangguk. Tentu papa, ayah dan mak kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Tengok wajah mak murung benar hari ini. Tetapi Ayah tenang dan hanya tersenyum saja.

“Bila Liya boleh balik ayah?” soal Aleeya tidak mahu mengungkit tentang peristiwa yang menyakitkan itu.

“Insha ALLAH, doktor kata tadi esok mungkin dah boleh balik!” jawab Ayah cuba menenangkan anak bongsu kesayangannya.

“Liya nak makan apa-apa tak? Boleh mak balik masak sekejap lagi?” ujar mak pula. Aleeya mengelengkan kepalanya. Mati selera.

“Abang ada kerja sehari lagi lah Papa. Liya tak apa-apa pun. Abang tak perlu tergesa-gesa balik tengok Liya. Liya okey lah!” beritahu Aleeya. Hari ini baru dua hari. Kalau ikut perancangan hari ketiga baru tahu sama ada syarikat di sana setuju berkerjasama dengan syarikat papa atau pun tidak. Dan surat perjanjian akan ditandatangani setelah mengetahui keputusannnya. Kalau Rayyan dan Alvin balik hari ini bermaksud mereka gagal untuk mendapatkan kerjasama dengan syarikat di Singapura.

Papa tidak menjawab kerana dia tidak kisah pun akan hal projek di Singapura tu. Yang penting adalah anak dan menantunya, tetapi bolehkah Rayyan menerima berita sedih ini.

“Liya berehat yer. Kami balik dulu. Biar mak tunggu Liya kat sini!” ujar ayah.

“Tak mengapa ayah. Adam dan Ain perlukan mak kat rumah. Mak balik tengok kan dia orang yer,” ujar Aleeya. Ketika ini dia mahu bersendiri tanpa ditemani oleh sesiapa pun termasuk ibunya sendiri.

“Betul juga tu,” kata mak. Terlupa kat Adam dan Ain yang ditinggalkan kepada Puteri Shima sejak dari tadi. Tentu Adam dan Ain menangis mencari ibunya yang sedang terlantar di hospital sekarang.

“Kalau gitu kami balik dulu, apa-apa hal Liya call yer,” ujar ayah sambil mencium dahi Aleeya. Aleeya hanya mengangguk. Mak peluk Aleeya dengan kuat, semuga anaknya ini tayah menghadapi ujian ini. Doa mak di dalam hati.

Bila semua orang sudah balik, baru lah dia menangis. Sedih sangat dengan apa yang berlaku hari ini. Dia memegang perutnya sekali lagi. Zuriat Rayyan yang diharapkan oleh Rayyan selama ini tidak lagi menjadi kenyataan. Tentu Rayyan marah dan mengamuk nanti kerana dia tidak menjaga zuriat Rayyan yang berada di dalam rahimnya dengan baik. Ah, dia sendiri tidak tahu dia mengandung kerana dia tidak mengalami apa-apa alahan pun. Jadi dia sememangnya tidak sedar ada benih Rayyan di dalam rahimnya. Kalau dia tahu, mesti dia menjaga dirinya.

Liya, menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Semuanya sudah berlaku dan bagaimana aku hendak berhadapan dengan suamiku nanti. Tentu dia hampa dan kecewa kerana dia terlalu berharap aku mengandung kali ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Air matanya mengalir laju.

“Kak Liya!” panggil Husna yang muncul di muka pintunya. Segera dikesatkan air mata yang sedang mengalir. Dia melemparkan senyuman kepada Husna.

“Maafkan Husna kak, Husna yang bersalah sehingga menyebabkan akak jadi begini,” ucap Husna yang menangis di dalam pelukan Aleeya.

“Jangan cakap macam tu lah. Akak tak salahkan Husna..,” pujuk Aleeya. Bukan salah Husna pun. Salah akak sebab tak pandai jaga diri.

“Tetapi akak kehilangan anak kerana Husna!” lafaz Husna. Tentu Abang Rayyan dan Alvin mengamuk bila tahu aku lah yang menyebabkan Kak Liya keguguran.

“Tak lah dik, Akak terima semua ini dengan redha!” pujuk Aleeya. Semuga Husna dan Alvin berbaik semula selepas ini. Doa Aleeya di dalam hatinya.

Jangan salahkan orang lain dengan apa yang berlaku, Liya. Kerana yang bersalah adalah kerana diri kau sendiri.

Abang, balik lah cepat. Walaupun apa pun terjadi, Liya tetap perlukan abang sekarang. Huhuhuhu...

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.