Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,755
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 16

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 16)

Tak sedar bila masa Rayyan balik ke rumah. Tetapi yang peliknya, sebab papa ada sekali. Bukankah papa bercadang hendak bermalam di rumah Alvin tadi? Tapi?? Mungkin kah sudah berlaku sesuatu??

“Papa dah cari Julia dan Fawwaz merata tempat tetapi tak jumpa lah. Tanya mama kamu, dia sendiri pun tak tahu...,” keluh Tuan Mirzal dalam nada kesedihan. Ayah mana yang tak sayangkan anak-anaknya, biar pun berlainan agama, tetapi dia tetap darah daging kita.

“Papa jumpa dengan mama?”

“Selalu jumpa, pujuk dan merayu supaya mama kembali ke pangkal jalan, tetapi mama Ryan tetap berdegil,”

“Mama tu keras hati lah papa!”

“Ryan tahu, mama dah kehilangan banyak hartanya kerana kekasih-kekasih barunya itu. Geramnya papa dengan sikap mama kamu sekarang. Melepaskan amarahnya kepada papa dan anak-anak dengan jalan yang salah,”luah papa. Patut lah Rayyan susah hati sekarang. Kenapa lah tak berbincang dengan Liya, nie asyik marah Liya saja.

“Dia sayangkan papa tu..,” gurau Rayyan cuba memujuk papa.

“Huh..sayang apa kalau macam tu, sekarang tambah lagi satu masalah. Apa nak jadi dengan Alvin tu. Papa sebenarnya bukan nak lepas tangan semua tanggungjawab dengan Ryan, tetapi papa nak cari Julia dan Fawwaz terlebih dahulu sebab papa tahu kamu boleh selesaikan masalah-masalah yg lain tu tapi tak sangka Alvin pula bermasalah..,” terang Alvin. Bukan sengaja dia tinggalkan syarikat tetapi dia mencari anak perempuannya yang hilang entah ke mana.

“Ryan akan selesaikan masalah kat ofis tetapi masalah Alvin, Ryan malas lah nak masuk campur!” hal suami isteri ini sepatutnya biarlah diselesaikan dengan cara sendiri. Kalau dah abang ipar yang masuk campur, apa lah maknanya. Sedangkan dia sendiri tidak mahu ahli keluarganya atau pun ahli keluarga Aleeya masuk campur dalam hal rumah tangganya.

“Hal ofis papa tak bimbang, sebab papa tahu kamu boleh selesaikan. Lagi pun syarikat kita tak ada masalah selama ini, Cuma apabila keluarga Husna datang buat kacau saja yang timbul masalah tu,” kata Tuan Mirzal. Harap memang kebanggaan diri nya sejak dari dulu lagi. Mungkin sebab Rayyan anak yang patuh dan taat kepada dirinya. Rayyan anak yang boleh diharapkan. Tidak pandai membantah pada orang tua, tetapi atas nama kebenaran.

“Jangan lah papa bimbang tentang syarikat tu!”

“Habis yang kamu asyik marah isteri kamu tu kenapa?” persoal Papa. Silap sikit asyik Liya saja yang jadi mangsa. Mentang-mentang lah isteri kamu tu penyabar, kamu buat dia sesuka hati saja lah. Marah-marah sayang lah, papa. Mana ada marah sungguh-sungguh pun.

“Hahahaha...,” mana boleh bagi tau papa, itu hal saya dengan Aleeya lah papa.

Aleeya yang mencuri dengar sejak dari tadi terus masuk ke bilik semula. Anak beranak itu kalau boleh berbual, sampai subuh lah hari ini. Bukannya boleh berhenti, tambahan lagi kalau baru berjumpa begini.

Teruknya Liya, suami ada masalah keluarga pun Liya tak tahu. Rayyan ni kalau bab masalah dengan keluarganya, semua rahsia. Mana pernah dia kongsi dengan Liya Dia kan hero, semuanya nak selesaikan sendiri saja. Sepatutnya Liya menenangkan hatinya, bukan sengaja cari pasal. Ini apa kata suami, semuanya Liya lawan. Semuanya tak kena, jadi siapa yang salah dalam hal ini? Liya atau cek abang Liya?

Tetapi tulus Liya cakap, LIya tak kisah abang menegur Liya, bukannya dia marah sungguh-sungguh pun. Liya kenal lah suami Liya sendiri. Entah pukul berapa dia tertidur, bila bangun sudah pukul enam lebih. Mentang-mentang lah tak perlu bangun untuk solat subuh, tidur sampai terlajak pula. Hai, papa tidur sini lah semalam, sarapan pagi tak buat pun lagi.

Dialih di sebelah kerana dia merasakan ada orang masih tidur di sebelahnya. Ek, abang pun tak bangun lagi ke? Tak pergi kerja ke hari ini.

“Abang tak pergi ofis ke?” soal Aleeya sebaik saja melihat Rayyan masih baring di atas sofa panjang. Baju pun pakai t-shirt saja.

“Cuti!” jawab Rayyan sepatah. Isteri cuti, suami pun bercuti juga. OO.. papa ada kat ofis, jadi ambil kesempatan yer.

“Kenapa cuti?” soal Aleeya.

“Liya bercuti, abang pun bercuti lah!” senangnya beri jawapan. Tak susah hati ke tinggal ofis. Selalunya nak cuti pun susah. Liya ini mesti tak sedar hari ini hari apa? Tak kan lupa kut?

“Pergi lah kerja, tinggal kat rumah pun nak buat. Abang sihat kan?” soal Aleeya. Kalau dia ada, aku memang tak boleh berehat lah. Ada saja benda yang dia nak suruh nanti. Rosak lah rancangan!

“Abang nak balik kampung lah hari ni, rindu kat ayah dan mak. Liya tak nak ikut ke?”

“Biar betul nih?” macam bermimpi lah pula kalau nak balik kampung. Hari ini hari rabu kan, kalau sabtu atau ahad itu lain lah cerita. Tiba-tiba nak balik kampung pula.

“Kalau tak ikut sudah, tapi abang nak balik lah!” yakin Rayyan. Dirangkulnya bahu Aleeya dengan mesra. Aleeya memegang tangan kanan suaminya.

“Nak lah. Sekarang ke?”

“Sekarang lah. Pergilah bersiap. Kita balik naik Airasia. Papa dan Alvin tunggu kat airport nanti,”

“Aik, papa dan Alvin ikut sekali?”

“Ha, ah!” mesti papa nak jumpa dengan ayah juga. Ataupun papa nak balik tengok rumahnya di kampung. Rumah papa tu dah siap sepenuhnya tetapi tak ada orang yang tinggal.

Perjalanan dari KL ke Alor setar memakan masa dalam empat puluh lima minit saja. Sebaik saja sampai di lapangan kapal terbang, abang long dan abang ngah sudah siap menunggu dengan kereta masing-masing. Aik, ada apa nih, macam ada sesuatu saja. Hati Aleeya sudah rasa tidak enak. Ada benda tak baik ke yang berlaku? Tetapi tengok muka semua happy dan ceria saja. Tambahan Rayyan, senyum memanjang.

“Bang long dan bang ngah pun ada sekali..,” ucap Aleeya apabila kedua abangnya menghampirinya. Selalunya kalau hal penting saja dia orang pulang ke kampung. Atau pun masa hari raya. Ini hari biasa saja lah.

“Jom lah, dia orang sedang menunggu tu!” beritahu abang long. Lagi lah suspen. Semua orang sedang menunggu. Tetapi untuk apa? Aleeya menjeling ke arah Rayyan yang tersenyum tanpa suara. Asyik senyum dari tadi, apa hal? Adam dengan Rayyan. Ain bersama Tuan Mirzal. Adam kalau Rayyan ada, dengan ibu sendiri pun tak sudi. Aleeya berlenggang saja.

Sampai di rumah, suasana rumah berbeza. Macam kenduri. Meriah sekali. Ada ramai orang dan sanak saudaranya. Ayah dan mak biasa saja. Sihat walafiat. Tak ada orang jatuh sakit pun.

“Ayah!” panggil Aleeya sewaktu bersalaman dengan ayah. Mak tersenyum senang sambil mengambil Ain. Mula tadi mak dah cuba nak ambil Adam, tetapi Adam jual mahal.

“Jom lah, majlis dah nak bermula ni,” beritahu ayah.

“Majlis apa, ayah?” soalnya sebelum sempat naik ke rumah. Ternampak muka mak long yang tidak pun senyum kepadanya. Hanya mengangguk saja.

“Cuba tanya suami kamu?” alih ayah sambil memandang ke arah Rayyan. Ayah dan Tuan Mirzal berpelukan mesra. Alvin pula terus menghilang dengan abang-abang yang lain. Tinggal dia dengan Rayyan saja lagi.

“Majlis apa ni?” soal Aleeya. Bertambah hairan.

“Ah, nak tidurkan Adam dulu lah. Abang masuk bilik dulu lah!” jawab Rayyan cuba mengelak dari Aleeya.

“Cakaplah, majlis apa ni?” soal Aleeya lagi sambil mengekori langkah Rayyan naik ke rumah.

“Cuba jumpa dengan adik-beradik Liya dulu, lagi pun ramai tetamu tu!” balas Rayyan. Masih mengelak.

Kalau tak sebabkan orang ramai asyik memandang aku, memang aku kejar suami ku hari ini. Bukan apa kerana nak tahu jawapan saja. Tetapi nanti org cakap aku asyik berkepit dengan suami lah pulak.

Previous: Bab 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.