Ayah dan Mak turut datang bersama Papa dan Alvin pagi
tadi. Ayah memang bercadang hendak
tinggal seminggu sebelum abang long mengambil ayah dan mak ke rumahnya, selepas
itu ayah dan mak akan ke rumah angah pula. Setiap tahun ayah dan mak memang
buat macam ini pun, melawat anak-anak kerana tahu anak dan menantunya sibuk
bekerja. Cucu-cucu pula sibuk bersekolah.
Kalau berkumpul pun time raya dan ada majlis kenduri saja. Kenduri
kahwin dan selesai, sebab semua anak-anak ayah dan berkahwin. Last kahwin tentu
lah Aleeya, anak bongsu dan perempuan tunggal pula tu.
Oleh kerana ayah dan mak ada di sini, papa pun hendak
tinggal di sini juga lah buat sementara waktu. Papa kan rapat dengan ayah, Cuma
Avlin saja lah masalahnya sekarang, Aleeya memang keberatan untuk membiarkan
Alvin tinggal di rumahnya. Lain lah kalau Husna ada bersama. Itu memang
dialu-alukan.
“Tak balik jengguk Husna ke?” soal Aleeya ketika melihat
Alvin sibuk dengan lap topnya. Rayyan menjungkitkan anak keningnya mendengar
pertanyaan itu.
“Husna pun tak pernah tanya khabar saya lah kak!” jawab
Alvin, tidak berkecil hati pun dengan pertanyaan dari Aleeya. Hish, macam mana
lah yer, kau orang hidup sebagai suami dan isteri, aku kalau sejam tidak
mendengar suara suami, boleh gila bayang tau tak?
“Tak rindu ke?” soal Rayyan pula. Sepanjang Alvin tinggal
bersama mereka, tak nampak pun Alvin menelefon Husna. Begitu juga dengan Husna.
“Rindu apanya, kalau telefon ada saja yg tak kena.
Bertengkar tu adalah!” jawab Alvin.
Bertengkar pun ok apa, abang dengan akak kau hari-hari bertengkar, tapi
tak luak pun kasih sayang kami. Rayyan memandang wajah Aleeya. Rasa rindu tak
pernah hilang walaupun sesaat. Dia sentiasa rindukan Aleeya, walaupun sentiasa
bersama.
“Kak Liya kau menangis kalau abang tak ada di sebelah
dia!” gurau Rayyan. Aleeya menampar bahu suaminya dengan manja. Ke situ lah
pulak. Alvin tersenyum mendengar. Tahu! Tengok hubungan mereka berdua pun kita
dah tahu. Sentiasa bersama seperti pengantin baru saja.
“Patut lah abang tak pernah pergi outstation sekarang
yer. Sejak kahwin dan ada anak ni asyik terperuk dalam rumah saja! “sindir
Alvin. Semua kerja luar dia yang uruskan sekarang sebang abang longnya ini
menolak untuk kerja-kerja luar.
“Tak ada org nak jagakan Adam dan Ain lah!” jawab
Rayyan. Sekadar alasan atau apa yer?
Entah lah, sukarnya untuk meninggalkan anak-anak dan Liya sekarang. Hendak
dibawa bersama pun masalah, sebab Adam dan Ain masih kecil lagi.
“Cakaplah tak nak berpisah dengan isteri, macam lah saya
tak faham!” ujar Alvin membuatkan Rayyan dan Aleeya saling tersenyum.
“Tak baik lah Alvin buat macam tu kat Husna, sebagai
suami, Alvin perlu bertanggungjawab kat isteri, kena ambil berat, perlu beri
perhatian dan kasih sayang. Jangan biarkan Husna kesepian tanpa belaian manja
seorang suami. Berdosa tu,” tegur Rayyan. Sebagai seorang abang, dia perlu
menasihati adik kandungnya yang baru masuk islam itu. Apa saja kesalahan Husna,
masih perlu diperbaiki dan masih boleh diperbetulkan. Semua manusia boleh buat
salah. Boleh melakukan kesilapan tetapi perlu diingat, kita hanya manusia biasa
saja.
“Saya tahu hak saya lah, along. Tetapi Husna yang tak nak
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri....,”
“Nak jalankan tanggungjawabnya macam mana kalau Alvin dan
Husna saling berjauhan macam ni? Kasih sayang dan cinta perlu di pupuk lah. Tak
sayang ke, cinta dekat setahun, bila berkahwin jadi macam ni?” pintas Rayyan.
Aleeya yang mahu menegur tadi hanya diam mendengar kata-kata suaminya. Tetapi
apa yang suaminya ucapkan adalah benar belaka. Cinta dan kasih sayang perlu di
pupuk, baru lah boleh mekar.
“Along dan Kak Liya dulu bercinta juga ke?” soal Alvin.
Dia memang tidak tahu hubungan antara Rayyan dan Aleeya sebelum mereka
berkahwin, yang dia tahu Alongnya ini memang ramai perempuan. Keliling
pinggang, tetapi Alongnya tidak pernah mengheret perempuan masuk ke bilik.
Setakat belanja makan, teman ke kelab malam dan berhibur saja.
‘Tanya kak liya?” alih Rayyan. Tidak memberi jawapan.
Perkahwinan kami kan pelik sedikit. Kahwin tergesa-gesa. Sebab itu orang fikir
yang macam-macam tentang kami.
“Mama kata abang kahwin sebab kak liya dah mengandung
sebelum ada ikatan..,” anak kacukan memang suka cakap terus terang yer, tak
selindung langsung.
“Yer lah tu...,” jawab Rayyan. Semua orang cakap macam tu
dulu, alih-alih dekat lapan bulan berkahwin baru ada Adam dan Ain. Mungkin ini
hikmahnya mengapa kami lambat dapat anak, sebab nak sangkalkan cakap orang
selama ini.
“Abang ni..,” marah Aleeya. Nanti Alvin fikir betul pula
aku mengandung sebelum kahwin.
“Betul kan sayang, awak mengandung sebelum kita kahwin?”
usik Rayyan. Aleeya sudah menarik mukanya. Nampak comel sangat. Aleeya meninggalkan suami dan adik iparnya.
Malas nak layan.
“Liya!” jerit Rayyan melihat Aleeya berjalan keluar.
“Sambung lah merepek abang tu. Alvin kau dengar lah abang
kau merapu yer!” balas Aleeya.
“Hahaha..,” ketawa Rayyan. Mentang-mentang lah aku kaki
perempuan, bila berkahwin tergesa-gesa saja, semua orang cakap aku dengan
aleeya terlanjur. Sampai sekarang pun masih terdengar lagi perkara ini
dibualkan orang. Ingat aku jahat sangat ke?
“Padan muka, kak liya dah marah tu!” luah Alvin.
“Kami kahwin tanpa cinta pun. Abang berkenan kat kak
liya, masuk minang dalam masa dua minggu terus kita orang kahwin. Tapi walaupun tanpa cinta, kak liya kau tetap
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Abang dapat cinta selepas
berkahwin..,” terang Rayyan apa yang berlaku antara dia dan Aleeya. Dia tahu,
waktu itu hati Aleeya masih terluka dengan perbuatan Azlan, bekas tunangnya
itu. Dan perempuan memang susah itu melupakan cinta pertamanya. Tetapi sebagai
isteri, Aleeya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan
sepenuh jiwa dan seikhlas hati.
“Kak Liya tu memang lain dari yang lain. Mungkin kerana
didikan ayah dan mak kut!” sambung Alvin. Dia tahu kakak iparnya masih suci
sewaktu berkahwin dengan abang sulongnya.
Bukan seperti cakap-cakap orang yang tidak betul tu.
Malam itu, selepas waktu makan, sekali lagi Alvin kena
tegur dengan ayah dan papa. Semua orang menyuruh Alvin pulang ke sisi Husna, terpaksa
lah Alvin mengalah. Itu pun selepas lawan bertengkar dengan papa. Papa cakap
papa tak nak Alvin mengulangi kesilapan seperti papa lagi. Cukuplah apa yang
berlaku ke atas diri papa dan Mama Sarah dulu.
“Yang!” kejut Rayyan. Aleeya sudah lama tidur. Sudah
pukul dua pagi. Tadi dia di bilik sebelah. Menyelesaikan kerja-kerja yang tidak
siap di pejabat. Lama tak masuk ke ofis, buka saja emel, macam-macam emel yang
ada yang dihantar oleh Rina dan Akma mengenai hal syarikatnya.
“Kenapa?”
“Bancuh kan abang nescafe, boleh tak sayang?”
“Abang tak nak tidur lagi ke?”
“Ada kerja lagi lah. Esok abang nak ikut Alvin ke
Singapura. Kebetulan mak dan ayah ada kat rumah ni,” boleh lah tinggalkan
Aleeya sehari dua ini. Mak dan Ayah akan temankan Aleeya dan anak-anak.
Aleeya patuh. Dia terus bangun menuju ke bilik air. Berus
gigi dan basuh muka. Diikatnya rambutnya separas bahu itu. Baru saja mahu
melangkah keluar, terdengar suara Rayyan memanggilnya.
“Roti sandwich sama yer, abang lapar lah!”
“Kejap, dua minit!”
Aleeya turut menyediakan minuman dan roti kepadanya.
Berbual, makan sambil menemani Rayyan melakukan kerja-kerjanya. Dia setia di
sisi suaminya.
“Ada isteri kalau marah kat suaminya, suruh suami tidur
kat luar, Liya tak nak buat macam tu ke?” pancing Rayyan. Dia tahu Aleeya marah
kepada kata-katanya tadi. Tapi marah sekejap saja. Aleeya mengelengkan kepalanya. Untuk apa lah
bergaduh sampai macam itu sekali yer, rugi lah.
“Kalau kita bergaduh macam mana sekali pun, kita tetap
tidur sekali. Bahang kemarahan itu akan hilang apabila hubungan kita terjalin.
Jangan biarkan nafsu amarah itu menyebabkan rumah tangga kita hilang
kemanisannya, “ sambung Rayyan semula. Aleeya mengangguk. Dia tahu akan itu.
Jangan biarkan iblis mengambil kesempatan atas hubungan suami isteri antara
kita.
“Kenapa abang cakap macam tu kat Alvin tadi? Nanti dia
ingat sungguh pula kita terlanjur?”
“Alvin tu bukan bodoh lah, sayang!”
“Liya tak suka..,”
“Tak suka kat abang? Tak suka pun dah nak masuk anak
tiga..,”
“Bukan tak suka kat abang lah!”
“Yer lah, Liya kan suka kat Azlan..,”
“Liya rasa abang yang suka kat Azlan kut, sebab suka
sangat sebut nama Azlan. Liya tak lah!”
Azlan??? Balik kampung hari tu, terdengar macam-macam
tentang Azlan. Dengarnya Azlan nak kahwin dengan perempuan lain pula. Betul ke?
Entah lah. Apa pun semuga Azlan bahagia di sisi orang yang dia cintai.
“Kenapa sayang?” soal Rayyan apabila tidak dengar suara
Aleeya.
“Mak ngah cakap Azlan nak pasang lagi satu walaupun
isterinya tengah sarat mengandung sekarang. Kasihan isteri dia, sedangkan
ketika mengandung lah, isteri perlukan suami di sisi,” cerita Aleeya. Rayyan
terdengar juga cerita itu di kampung tempoh hari.
“Nasib seseorang tak sama lah sayang!”
“Liya tak pernah ingatkan Azlan selepas berkahwin dengan
abang, bukan kerana hati Liya terluka tetapi kerana cinta Liya kepada
abang. Abang tahu, Liya akan berdosa
kalau mengingati lelaki lain selain dari suami Liya sendiri..,” jelas
Aleeya. Rayyan tersenyum.
“Tak tahu lah kut di dalam hati abang ada perempuan lain
ke?” balas Aleeya balik. Rayyan
menjeling tajam. Marah yang amat sangat
dengan kata-kata Aleeya. Lagilah dia tak suka.
Ooo.. dia sebut nama Azlan, tak mengapa. Kalau aku sebut
tak boleh. Aleeya tersenyum sendiri dan terus bangun dari situ.
“Liya, I love you!” jerit Rayyan di tengah kepekatan
malam.
“Apa, tak dengar lah!
“I Love you, sayang!” bergegar rumah. Terlupa kata ada ayah,
mak dan papa malam ini.
“Ryan, kamu mimpi ke?” tegur papa di bilik sebelah.
Rayyan dan Aleeya menguntum senyuman.