Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
309,016
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 6

KAU CINTA AKHIR KU BAB 6

LEGA! DIA ADA HAL PUKUL dua tadi. Jadi tak perlulah keluar makan tengah hari. Susahnya bekerja satu ofis. Sudah lah dia bos, dan dia juga suami. Setakat kalau bos tanpa ikatan suami isteri, memang Liya tak akan turut kehendaknya, tapi dia adalah suami yang perlu Liya ikut dan taat akan perintahnya. Lagipun boleh ke tunjuk degil di hadapan Rayyan yang tak pernah makan saman tu...,

“Liya, abang lapar lah. Jom kita pergi makan!” suara Rayyan di telefon. Jam sudah menunjukkan ke angka lima petang. Baru habis berbincang dengan cliet lah tu. Dah habis pun waktu pejabat. Arg.. letihnya kerja dengan suami sendiri. Semua nak kena urus!

“Liya ada nasi goreng antarabangsa, nak?” beritahu Aleeya. Teringat nasi goreng yang dibeli oleh Alvin tengah hari tadi. Liya sendiri belum sempat menjamahnya. Sibuk lah sangat.

“Boleh juga!”

“Kita jumpa kat pantry. Liya nak panaskan dulu nasi ni!”

“Okey, nanti kita jumpa kat situ!”

Pukul berapa lah nak balik kalau macam ini lah ceritanya. Adam dan Ain tak jemput lagi. Mesti si Adam menangis kalau tidak berjumpa dengan ibunya waktu macam ini. Ketika Aleeya sibuk menyediakan minuman untuk suaminya, Alvin pula muncul dengan muka masam mencuka. Apa lagi yang tak kena nih?

“Tumpang ek!” ujar Alvin sambil menarik nasi goreng kepunyaan abang sulongnya. Tanpa memandang ke arah Rayyan, Alvin terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Nampak seperti orang yang lebih tension saja. Teruk sangat ke?

Aleeya menghulurkan nasi goreng kepunyaannya kepada Rayyan kerana dia tahu Rayyan mesti kelaparan.

“Liya duduk sebelah abang, senang sikit!” arah Rayyan sambil menarik tangan Aleeya duduk di sebelahnya.

“Nak buat apa?” soal Aleeya kehairanan. Suruh duduk dekat-dekat nie nak buat apa sebenarnya.

“Duduk saja lah!” pinta Rayyan. Selesai membaca doa makan, Rayyan mengambil sudu lalu disuapkan nasi goreng ke mulut Aleeya. Terharu Aleeya dengan layanan dari suaminya. Selepas itu barulah Rayyan menyuap nasi ke mulutnya pula. Kami boleh kongsi lah nasi ini, dik. Kak Liya kau ni mesti tak kisah dengan semua ini.

Alvin di sebelah hanya melihat. Best kan? Ini asyik nak bergaduh saja. Abang Rayyan dan Kak Liya ada sifat sefahaman, saling bertolak ansur dan yang penting cinta mereka itu terlalu mendalam, sebab itu lah mama buat macam-macam untuk memisahkan mereka tetapi tidak berjaya.

“Perkahwinan bukan untuk suka-suka tetapi untuk dikongsi saat suka dan duka. Bertuah Along!” ucap Alvin membuatkan Rayyan terhenti menyuap. Sudu di letakkan ke dalam pinggang. Aleeya mengambil sudu tersebut.

“Jangan cakap macam tu, semua ini mesti ada jalan penyelesaiannya!” tegur Rayyan. Sikap manusia sebenarnya sukar untuk diubah kecuali dia mahu berubah untuk kebaikan diri sendiri. Kadang tu sudah diberi nasihat tetapi masih begitu juga. Masih tidak mahu berubah. Jadi, salah siapa? Salah diri sendiri kan?

“Indah kan, kalau Husna seperti Kak Liya, semuanya dengar cakap along saja!” ujar Alvin separuh kesal. Nasib kita tak sama lah, Alvin. Along dengan kehidupan Along dan Alvin dengan kehidupan Alvin. Kehidupan kita memang berbeza. Yup, Along memang bertuah sebab dapat Kak Liya. Dia bukan mata duitan dan gilakan kemewahan. Tetapi dia perempuan yang hidup dalam kesederhanaan saja.

“Akak mana ada apa–apa pun lah!” tepis Aleeya sambil memandang wajah suaminya. Rayyan tersenyum penuh bermakna. Di buatnya anak mata sebagai tanda isyarat supaya Aleeya menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Aleeya patuh! Dan itulah keistimewaan Aleeya, biar pun dia wanita moden dan berpelajaran tinggi tetapi dia memegang teguh kepada ajaran agama islam. Tetapi apa pun agama, menyuruh isteri menghormati suami kan?? Tambahan lagi agama islam, isteri wajib patuh pada arahan suami.

“Ooo.. ada kat sini rupanya. Puas saya cari awak, rupanya berkepit dengan Kak Liya awak. Ini baru sehari Kak Liya awak ada kat sini, dah tunjuk belangnya!” jerit Husna dari arah belakang. DI sebelah Husna ada abang dan kakak iparnya. Aik, macam ini pula jadinya? Kami tak ada apa-apa lah.

“Cakaplah apa awak nak cakap saya dah malas nak layan awak!” jawab Alvin perlahan. Awak terlalu mendengar cakap orang lah, Husna! Kalau baik tak mengapa lah juga.

“Malas nak layan saya sebab nak layan Kak Liya awak tu,” sambung Husna membuat telinga Rayyan berdesing. Ini dah mencabar maruah aku. Dah tak boleh sabar dah nie. Makin disabar makin menjadi perangai Husna ni.

“Cukuppp!” lantang suara Rayyan kedengaran. Terkejut semua orang yang ada di situ. Tersentap Husna dan ahli keluarganya. Alvin tersenggih! Ha, baru kau tahu siapa abang aku selama ini. Nampak saja pendiam. Kalau bersuara pecah habis semua yang ada di sini.

“Abang!” ujar Aleeya sambil memegang lengan Rayyan. Nampak muka Rayyan merah menyala. Seperti terbakar saja. Jangan lah marah Husna kat sini, tak elok lah!

“Awak tak ingat depan siapa awak bercakap semua ini, Husna. Alvin tu adik kandung saya, dan Aleeya ini adalah isteri saya. Jangan jatuh kan maruah orang hanya kerana kepentingan diri sendiri. Selama ini saya beri awak dan ahli keluarga awak peluang bekerja di syarikat saya, sebab Alvin saja. Jadi jangan melampau sangat. Kalau dah tak pandai nak menghormati saya sebagai ketua di sini, awak semua boleh belah dari syarikat saya!” sambung Rayyan tegas. Kecut perut Husna dan ahli keluarganya yang lain.

“Betul tu, kami beri pilihan, nak terus kerja di sini, atau sila letak jawatan dan tinggalkan syarikat ini serta merta. Itu amaran dari saya!” celah Alvin pula menyokong kata-kata dari abang sulongnya. Aleeya di sebelah hanya mengelengkan kepalanya. Ini bukan lah jalan penyelesaian yang terbaik lah. Kenapa lah ikut sangat nafsu amarah tu. Hmm, Aleeya mengeluh perlahan. Perkara ini boleh di bawa berbincang, boleh berakap elok-elok lah. Bukan dengan meninggikan suara.

Itu lah jangan dicabar sangat Rayyan Danish bin Tuan Mirzal tu. Bila dia naik angin habis lah. Sakit dibuatnya. Muka Husna pucat lesi. Malu pun ada. Menyesal pun ada. Entah lah, tetapi Aleeya memang tidak berpuas hati dengan cara Rayyan sebentar tadi. Bukan begini caranya untuk menegur kesilapan Husna. Rayyan sepatutnya menjaga air muka Husna, kerana Husna adalah adik iparnya. Isteri kepada Alvin. Apa pun Aleeya memang tak suka cara Rayyan menyelesaikan masalah ini.

Marah Aleeya sampai ke malam. Rayyan tahu akan itu. Selesai solat isyak, dia terus masuk ke biliknya. Dibiarkan Aleeya melayan karenah si kembarnya. Tidak mahu diganggu Aleeya dalam keadaan begini. Nanti perang dingin yang dilancarkan oleh Aleeya semakin merebak. Bertambah panjang lah jawabnya.

Selesai menyusukan si Adam dan melihat Adam nyenyak terlena barulah Aleeya masuk ke dalam biliknya. Ain sudah lama terlelap. Barangkali Ain mengikut perangai Aleeya, sebab itu Ain tidak banyak buat perangai, tidak seperti Adam yang banyak akalnya. Mahu diriba dan dibelai selalu. Hendak tidur atas riba ibunya selagi belum terlelap. Kalau ditinggalkan sendirian, pastinya banyak lagu lah yang diciptanya. Melalak sampai riuh satu rumah. Ikut sebiji perangai Rayyan, papanya itu.

Ooo.. baca buka cerita Kisah Nabi-Nabi ALLAH rupanya. Ingatkan buat kerja ofis tadi. Aku tidak boleh menegur dia, itu yang masalahnya. Tetapi macam mana hendak memberi nasihat. Kalau aku menegur lagi lah tidak dapat menyelesaikan masalah tadi

“Baca apa?” soal Aleeya terlebih dahulu. Hendak suruh Rayyan mengalah dan memujuk Liya, jangan harap lah. Usah bermimpi.

“Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis,” jawab Rayyan. Best cerita tu. Cerita sejarah nabi-nabi memang tak ada tandingan dengan mana-mana cerita di dunia ini. Itu jangan dipertikaikan. Subhanallah, masih teringat pertemuan antara Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis ini. Masa kecil dulu, ayah selalu bercerita kisah-kisah nabi kepada mereka adik beradik.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?

Ratu Balqis menjawab: Mungkin!
Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”

ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Apa lah sangat kalau hendak dibandingkan dengan kekayaan manusia di dunia ini. Itu pun manusia sudah hilang arah kehidupan. Ya, ALLAH lindungi lah aku dan suami ku dari perasaan takbur dan riak kepadaMU. Amin. Doa Aleeya dalam hati.

“Cakaplah tak payah simpan dalam hati,” ucap Rayyan. Buku diletak di atas meja kecil di sebelah katil. Awak memang tak pandai nak marah abang ke? Semuanya awak simpan dalam hati. Cuba marah tengok, abang nak tengok macam mana lah api kemarahan Liya tu..,

“Mana boleh abang tegur Husna macam tu. Kasihan dia!”luah Aleeya sambil merenung anak mata Rayyan.

“Itu saja? Yang awak marah sampai tak tegur abang dari tadi, sebab kes tu?”

“Ha lah. Abang tu bos kat situ. Kena jaga hati pekerja juga lah. Lagi pun dia isteri Alvin!”

“Hahaha.. “

“Abanggg..,”

“Husna atau sesiapa saja boleh kutuk abang, boleh hina abang tapi jangan sesekali hina Liya, itu yang abang tak suka,” amboi, jadi yang bengang tahap gaban tu sebab Liya lah. Abang ni, mana boleh macam tu.

“Tapi....

“Cukup. Abang nak tidur!”

Tegasnya abang sampai tak mahu mendengar penjelasan dari Liya pun. Itu lah payahnya bekerja satu ofis. Hal pejabat dan hal rumah tangga sudah bercampur aduk. Sebab itu lah Liya tak suka tau tak?

Tapi nak cakap dengan siapa, cek abang kita tu dah tidur pun.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.