Home Novel Komedi/Romantik Komedi AWAK JANGAN NAKAL
AWAK JANGAN NAKAL
muRni aQiLa
24/2/2014 23:27:42
209,785
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14
"WUHUU...” Bukan main seronok lagi Jeffry dan gengnya hari ini. Masing-masing memberhentikan skuter di kawasan parkir motosikal sambil mulut membuat bising. Lagak seperti begitu seronok. Manalah takseronok, semester ini mereka perlu mengambil subjekBusiness Ethics. Dan kelas mereka di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Inilah peluang namanya. Asyik belajar di fakulti sendiri aje.

Mereka berjalan menghampiri bangunan berhampiran. Cara jalan pun ada gaya. Masing-masing ‘control macho’. Ramai yang pandang mereka ketika ini.

“Boleh cuci mata kat sini weh!” kata Burn teruja sambil tersengih-sengih apabila mereka menjadi tumpuan.

Siapa yang tak kenal mereka? Tapi, orang panggil mereka Geng Mat Ngek. Mat Ngek pun Mat Ngeklah! Janjiglamour.

“Ramai yang pandang kita, weh! Siap bisik-bisik lagi. Terujalah tu tengok kita datang fakulti dia orang. Dan terpukau tengok kehenseman kita,” kata Jeffry penuh yakin.

Geng Mat Ngek ketawa. Perasan!

Makin lama mereka berasa diri megah pula apabila semakin menghampiri bangunan fakulti itu. Ramai pelajar sedang duduk berdiskusi. Semua tahu mereka pelajar fotografi. Siapa tak kenal dengan Geng Mat Ngek, kan?

“Aku rasa aku akan jumpa jodoh kat sini.” Dengan yakin Fauzi berkata.

Apa lagi, ketawa lagi mereka berlima.

“Siapa nak dengan kau, Fauzi? Naik skuter aje. Perempuan sekarang tak pandanglah. Dia orang pandang lelaki yang bawa kereta.” Shahrul menepuk-nepuk bahu Fauzi.

“Tak jugak. Janji... ayat mesti mahu manis, beb!” Atang tersengih-sengih gatal.

“Kat mana kelas kita ni? Kita ni main redah masuk aje ni.” Mata Jeffry melilau-lilau.

Masing-masing berhenti melangkah.

“Entah.” Serentak mereka menjawab.

Apada kau orang ni. Belajar malas! Main-main! Tengok macam aku ni. Pelajar terbaik. Anugerah Dekan.”Jeffry perasan sendiri. Jangan kata nak dapat Anugerah Dekan. Nak dapat GPA 3.5 pun susah. Diamengeluarkan sehelai kertas dari dalam beg sandangnya. Jadual waktu yang disalin sendiri tadi dibelek.

“Poyo.” Burn mencebik. “Aku yang suruh kau salin. Kalau tak...”

Jeffry mengerling Burn sekilas. “Pandai aje cakap dia yang suruh. Aku yang tekun menyalin. Kau orang tu asyik buat lawak, buat lawak, buat lawak. Lepas buat lawak, ketawa. Lepas ketawa, buat lawak.”

“Cepatlah! Kat mana kelas kita?” Burn jadi tak sabar pula. Bukan apa, panas kot kat luar ni. Tak sabar nak duduk dalam bilik berhawa dingin.

Jeffry terkebil-kebil melihat tulisan tangannya yang macam cakar ayam. Apa yang aku tulis ni?

“Kau tulis bahasa Tamil ke, Jeff?” sindir Atang.

“Haihh...” Rimas pula Jeffry apabila semua mengeruminya. Dia nak tengok kertas tu pun payah. Kertas itu diangkat agar lebih dekat dengan mukanya.

Yang lain beralah dengan wajah hampa.

“Oh... kat Dewan Kuliah Permata.” Akhirnya Jeffry tersenyum.

“Kat mana?” soal Fauzi.

“Err... kat situ kot,” tunjuk Jeffry ke satu arah dengan teragak-agak. Kemudian dia ketawa.

“Tak tahulah tu!” jeling Atang. “Buat-buat tahu pulak.”

“Yang kau beria sangat ni apasal? Biasa tak ambil kisah pun.” Jeffry pelik.

“Ni tempat jodoh aku. Kenalah tunjuk baik.” Atang ketawa diikuti Geng Mat Ngek.

“Kau pun macam Fauzi jugak? Nak ada jodoh kat sini? Laku ke?” Shahrul membahan Atang.

Mereka ketawa lagi. Langsung tak hiraukan pelajar-pelajar yang berdekatan di situ. Macam fakulti sendiri dibuat mereka.

“Eh, tanyalah kat sesiapa,” cadang Burn.

“Kaulah tanya,” senggol Fauzi ke lengan Atang.

“Aku? Hisy, aku ni jejaka pemalu. Kaulah, Shah. Kau yang palinghensem.” Atang memandang Shahrul pula.

“Apa pulak. Aku yang palinghensemlah!” Jeffry membetul-betulkan rambutnya yang sengaja tak dikemaskan.

Atang menepuk-nepuk bahu Jeffry. Tak nak kalah. Memanghensem pun Jeffry ni.

Go, Jeff... go!” sokong yang lain-lain. Dia orang ni dalam perangai nakal nauzubillah, tapi ada kala pemalu. Malu yang mengada-ngada.

Jeffry meliarkan pandangan, mencari mangsa yang boleh dibahankan. Dia melangkah melalui koridor bangunan sambil tersenyum. Mangsa... mangsa... mangsa...

Pelajar-pelajar perempuan yang kenal dengan Geng Mat Ngek yang kebetulan melalui kawasan itu, segera mengelak apabila terpandang Jeffry dan gengnya. Gila nak menghadap Geng Mat Ngek tu? Tak pasal-pasal aje nanti jadi bahan ketawa.

Atang, Shahrul, Fauzi dan Burn mengekori langkah ketua mereka sambil melilau mencari mangsa juga. Cuci mata sebetulnya! Cun-cun betul awek fakulti ni.

Mata Jeffry terpandang empat orang gadis yang sedang duduk di bangku di hujung koridor. Dia tersengih. Ada pun ‘bahan’. Dikerling kawan-kawannya. Masing-masing sudah menyengih semacam.

“Ehem, ehem!” Agak kuat Jeffry berdeham. Sengaja nak umpan perhatian gadis-gadis itu.

Seperti dijangka, gadis-gadis yang sedang berbual itu menoleh. Mereka kelihatan agak terkejut dengan kehadiran lelaki-lelaki tersebut. Tak pernah nampak pun wajah mereka di fakulti ini.

“Awak, awak...” Bukan main lunak suara Jeffry menegur. “Saya nak tumpang tanya boleh tak, awak?”

Kawan-kawan Jeffry terkemut menahan senyum. Miang betul suara Jeffry. Nak muntah dengar. Mereka tergelak dalam hati.

“Awak ni pelajar baru ke?” Salah seorang gadis itu bertanya.

“Ya, kak... kita orang ni junior akak.” Jeffry berpura-pura jadi budak baik. “Kalau kakak-kakak sudi, jadilah kakak angkat kita orang. Kakak-kakak ni mesti kakak yang baik.”

Apa lagi, makin terkemut-kemut geng Jeffry. Sampai terkulum lidah menahan gelak.

Gadis-gadis itu mula perasan sesuatu. Lain macam saja melihat gelagat geng itu.

“Awak ni Jeff, kan? Geng Mat Ngek?”

Jeffry terlopong. Dia orang kenal aku ke?Glamer betul aku! Dia terus ketawa. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Ketawa bangga. Mananya tak bangga? Ramai kot yang kenal mereka. Dah macam artis pulak.

“Awak buat apa kat sini? Nak mengacau orang ek?” Salah seorang daripada mereka mula rasa waswas.

“Tak baik cakap saya dengan kawan-kawan saya yanghensem ni macam tu. Kita orang datang sini dengan niat yang baik. Kita orang nak menuntut ilmu. Tapi orang selalu salah anggap kat kita orang. Semua panggil kita orang Geng Mat Ngek. Berdosa tau buat fitnah.” Jeffry membuat mimik muka sehabis simpati. Cis, propa!

Kawan-kawan Jeffry pun sama. Kalau bab menyakat, memang nombor satu. Pandai aje mengenakan orang.

“Sebenarnya, kita orang ni ada kelas kat sini. Kelas dengan Prof. Mazlan. Pertama kali kita orang datang sini. Bagus kan fakulti ni. Semua pelajar baik-baik, cantik-cantik...” Fauzi tersengih.

Mendengar pujian itu, keempat-empat gadis itu mula tersipu-sipu.

“Awak, awak... kita orang nak tanya. Kat mana ya Dewan Kuliah Permata? Kelas Prof. Mazlan kat situ kan, awak?” Jeffry masih berlembut kata. Nak menawan hati si gadis lagaknya.

“Dewan tu kat blok sebelah. Awak keluar ikut sini, nanti nampak jalan nak ke blok sebelah. Lepas tu awak naik ke tingkat dua. Awak akan nampak papan tanda nak ke dewan tu,” terang salah seorang daripada gadis itu dengan senang hati. Apatah lagi melihat Jeffry begitu sopan dengan mereka.

“Okeylah... kita orang pergi kelas dulu ya? Dah lambat ni.” Atang menunjuk baik sambil tersengih gedik. “Kita orang tak biasa datang kelas lambat. Tapi sebab sesat cari kelas, dah lambat dah ni. Alamak... risaunya.” Mukanya berkerut-kerut konon-konon kerisauan.

Jeffry sudah menahan gelak mendengar kata-kata Atang yang poyo gila tu.

“Kelas Prof. Mazlan tak boleh lambat. Nanti dia denda berjemur tepi bangunan.” Salah seorang gadis itu sengaja menakut-nakutkan mereka.

“Oh... ya ke?” Burn buat muka cuak sambil mulut ternganga.

Jeffry tersenyum. Oh... hang nak bikin loqlaq na? Berani haa? Ni... geng yang kau orang panggil Geng Mat Ngek ni takkan terpedaya. Tak ada pensyarah buat macam tu. Ingat budak sekolah menengah? Dia memandang kawan-kawannya sambil buat isyarat sesuatu. Yang lain-lain sudah tersengih faham.

“Kalau macam tu kita orang pergi kelas dulu ya?” beritahu Shahrul dengan sopan.

Gadis-gadis itu sekadar tersenyum kerana dapat menakut-nakutkan Geng Mat Ngek.

Jeffry berpaling. Begitu juga dengan yang lain-lain. Namun, cuma seketika. Mereka menghadap gadis-gadis itu semula dan dengan sepantas kilat masing-masing mencapai hujung tudung mereka dan merentapnya sebelum melarikan diri.

“Hei!” jerit gadis itu yang terkejut. Sangkanya Geng Mat Ngek sudah berlalu. Tudungnya tertarik ke belakang. Apa lagi, tersembul jambul rambut masing-masing. Ada yang sampai terbuka tudung mereka.

Jeffry dan kawan-kawannya sudah berlari pecut sambil terkekeh-kekeh ketawa. Dia orang ni memang suka tarik tudung orang. Hobi!

Dari jauh, Ayu ternampak kelibat Geng Mat Ngek berlari-lari. Dan dia juga nampak Shahrul! Mereka buat apa kat sini? Ada kelas ke? Diam-diam dia mengekori mereka sehinggalah tiba di Dewan Kuliah Permata. Dia terintai-intai. Kelas dengan Prof. Mazlan? Jadi, mereka ambil subjek perniagaan.

Setelah tahu hal itu, dia menyelinap pergi. Bimbang jika ada yang perasan. Mujur Eja dan Mala ke bilik air. Boleh dia mengintip sendirian.

Tak sangka Shahrul ada kelas di fakultinya. Kalau begitu, maknanya mulai hari ini setiap hari Rabu pukul 11.00 pagi aku boleh jumpa Shahrul. Ya ALLAH... tak sangkanya! Dia tersengih-sengih. Gembira sungguh!

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.