Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,282
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11

“Kahwin dengan awak baru sebulan, tetapi tipu rata tempat. Mula cakap anak drebar teksi saja, pastu tertiba saja anak pula, saya tak faham lah dengan awak,” keras suara Adam menghalang Risya dari masuk ke dalam kereta.

“Tak payah faham lah Encik Adam, saya dah tak nak teruskan perkahwinan ini..,”

“Senang yer awak cakap.. awak tahu tak apa yang awak buat nie berdosa? Dah tak ingat dosa dan pahala lagi ke?” marah Adam lagi. Hmm, nak cakap lagi semua benda dah jadi pun. Dia dah tahu aku anak siapa, dan dia juga dah tahu ini anak siapa?

“Saya perlukan masa untuk berterus terang lah!”

“perlukan masa apanya, saya ambil awak jadi isteri saya dengan seikhlas hati saya, saya kahwin dengan awak nak buat awak sebagai isteri, bukan sebagai kawan atau kekasih pun. Status awak tu bukan tunang mcm awak dengan Fiqri. Kenapa lah awak nie bodoh sangat hah?” panjangnya leteran Adam Rafael. Siap cakap aku bodoh lagi.

Berkahwin dengan orang yang kita kenal, kita cinta lebih senang kan? Dari kahwin dengan orang yang dia tak kenal siapa kita. Tengok macam sekarang, aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku dan yang susahnya, aku tak pandai nak cerita tentang diri aku sendiri. Memang bab yang itu aku gagal. Bukan sedikit tetapi banyak kegagalan aku tu.

Kena korek rahsia dia dari keluarga dia, aku rasa. Kalau harap dia bercerita, sampai kesudah dia hanya diam saja. Risya, Risya, susah sungguh yer awak nih.

“Papa!” panggil Ayien. Dua-dua terkedu. Risya terkejut. Adam pun terkejut. Risya mendukung Ayien. Rasa mcm nak menangis bila Ayien panggil macam tu kat Adam. Rasa marah Adam kepada Risya terpadam apabila melihat wajah comel ayien. Matanya bulat dan hitam itu memikat hati Adam.

“Nie bukan..,” belum sempat Risya habiskan ayat tersebut. Adam terus mengambil Ayien di tangan Risya.

“Nie papa ayien,” yakin Adam. Risya terus mengelengkan kepalanya, tidak mahu Adam membuat pengakuan seperti ini. Adam kucup pipi Ayien dan memeluk Ayien dengan erat sekali.

“Jangan buat macam tu lah.. dia masih kecil.. saya tak kisah kalau awak hina saya, caci saya, tetapi jangan lukai hati kecil anak saya..,” bisik Risya di telinga Adam. Aku tak sanggup ada orang melukai hatinya.

“Jom ikut papa!” kata Adam terus membawa ayien pergi. Apa salah Ayien? Aku pun boleh beri segala kasih sayang aku kat Ayien lah. Bukan satu masalah pun. Lagi pun aku memang suka budak-budak.

“Nak bawa anak saya pergi mana tu?” soal Risya. Nak bawa lari anak aku ke?

“Kalau awak nak anak kita nie, awak ikut saya balik rumah saya sekarang jugak!” jerit Adam tidak peduli pun dengan jeritan Risya. Main kasar nampak. Sampai melarikan Ayien pula nih.

Tak nak pergi, kalau Ayien menangis, mesti kena hantar Ayien balik kan? Jadi tunggu saja lah kat rumah. Menunggu seperti pungguk rindukan bulan saja. Sebab dari pukul 1.00 tengah hari tadi sampai lah sekarang, pukul 10.00 malam, tak ada berita pun tentang Ayien. Ayien selalunya boleh tinggal dengan nenek-nenek atau pun datuk-datuknya saja. Dengan orang luar memang tak boleh lah. Paling kuat pun setengah jam saja, Ayien akan buat perangai. Nie dah berjam lamanya.

Call saja lah.

“Hantar anak saya balik, boleh tak?”

“Anak kita dah tidur lah!”

“Tidur???”

“Anak kita nie saya rasa ikut saya kut, cerdik. Tak macam mama dia, otak lembap macam siput!”

“Anak kita?””

“Hah, tak payah nak terkejut bagai, kalau cakap dari awal kan senang. Saya boleh terima lah semua ni..,”

“Oo.. dulu hina saya tu kenapa? Ingat saya janda ke? Ingat saya nie perempuan murahan ke apa nih?”

“Awak tak kahwin tiba-tiba ada anak, saya ingat macam-macam lah, atau awak memang nak makan penampar saya lagi..,”

“Hah..,”

“Nie alamat rumah saya, kalau sayang kat ayien, buktikan kasih sayang awak tu..,” Ooo, pindah rumah. Pandai-pandai beri arahan kat aku pulak yer.

“Saya memang sayang dia lah..” jerit Risya nyaring.

“Sayang anak sampai jadi tamak..,” tup............... talian dimatikan. Hish, geramnya aku.

Mama sejak dari tadi hanya melihat saja sikap anak perempuannya. Sekarang kena lah masuk campur, kalau tidak rumah tangga Risya mungkin tak ke mana.

“Cuba belajar mengalah sikit, Ris tu perempuan tau tak..,” tegur Mama. Hmm, aku nie tak kisah kalau Adam seksa aku, tetapi bukan lah cara begini. Dengan pisahkan aku dengan Ayien pula.

“Dia tak nak bagi Ayien kat Ris lah, mama!”

“Pergilah berbincang elok-elok dengan Adam. Jangan tunjuk sangat kepala keras Ris tu..,”

Rasa rindu sangat kat Ayien. Dan rasa tanggungjawab seorang ibu membawa Risya pulang ke pangkuan Adam malam itu juga. Ketika sampai, dua orang lelaki ini sedang rancak bermain di bilik tidur. Atas katil ada lima biji bola. Tu tak kira dikira atas lantai lagi.

“Mama kenapa lambat sangat nih?” rungut Ayien segera mendapatkan Risya. Aku jerit berpuluh kali sambil beri salam, dia boleh buat tak dengar. Sengaja lah tu.

“Jangan belajar menipu dengan anak. Tipu saya tak mengapa lagi..,” marah Adam. Risya menjenggilkan biji matanya.

“Ayien, tanya mama kenapa datang lewat malam ni?” suruh Adam. Amboi berpakat nampak.

“Mama..,” panggil Ayien mahu menyoal.

“Mama sibuk lah..,” jawab Risya. Kali ini giliran Adam pula menjenggilkan biji matanya.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.