Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,094
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12

Sebaik saja Ayien mengalih pandangan, sibuk dengan barang mainannya, Adam terus mencubit pipi kanan Risya. Risya menepisnya.

“Sakit lah!” ucap Risya perlahan.

“Ajar anak menipu, cakap saja lah terus terang!”

“nak cakap apa?” tak akan aku nak cakap perkara sebenar kut. Agak-agak lah Ayien tu masih kecil lagi lah.

“Cakap lah mama marah papa sebenarnya..,” jelas Adam. Hilang rasa marah kepada Risya. Begitu juga dengan perasaan sakit hati dan geram kepada Risya. Marah pun nak buat apa kalau hati sudah suka. Itu yang masalahnya.

“Tak guna saya nak marah awak!” kata Risya. Dia menghampiri Ayien, lalu didukungnya Ayien. Ini bukan tempat kami. Tujuan aku datang adalah untuk membawa Ayien pulang. Itu yang sebenarnya.

“Jom kita balik yer!” kata Risya kepada Ayien. Adam turut menghampiri mereka berdua. Woo, bukan datang kerana aku lah nih.

“Tak nak, ayien nak tinggal dengan papa!” jerit Ayien meronta mohon dilepaskan. Adam menghulurkan tangannya ke arah Ayien, lalu Ayien terus datang kepadanya. Aik, dah rapat macam nih?? Baru berjumpa tak sampai sehari dah jadi macam nie. Ilmu apa lah yang Encik Adam pakai nih.

“Ayien..,” nak cakap apa hah? Takut hati Ayien yang terluka nanti.

“Hal kita jangan dibabitkan dengan Ayien, dia tak faham apa-apa lah!” celah Adam. Risya mengeluh perlahan. Jangan lah Adam mainkan perasaan Ayien pula.

Ayien memang rindukan kasih sayang seorang ayah, sebab itu Ayien tak nak berpisah dengan Adam. Tidur dengan Adam saja pun sudah bukan satu masalah. Lagipun tengok Adam serasi dengan Ayien. Aku????

“Masuk lah tidur, nak tunggu apa kat situ? Tunggu hantu?” tegur Adam kerana Risya menunggu di jendela saja. Tudung pun masih kekal di kepalanya.

“Awak buat apa kat Ayien?” soal Risya terus. Aku nak balik pun tak boleh. Nak tinggal di sini, nak buat apa?

“Dia anak saya lah. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah kepada Ayien. Jadi, apa masalah awak sekarang?” jawapan itu membuatkan hati Risya tersentak saja.

“jangan main-main lah, ini soal perasaan orang!” marah Risya.

“Saya tak pernah main-main, seperti saya kahwin dengan awak juga, saya bukan main-main,” tegas Adam Rafael.

“Kita macam mana?” soal Risya. Kau kan tak suka aku. Benci aku? Jadi kita macam mana?

“Lojik saya marah dan halau awak, sebab perangai awak tu yang suka berahsia...,”

“Ooo, dah halau saya kan, jadi buat apa saya kat sini lagi? Saya pun tak teringin lah dengan awak,” ucap Risya geram.

Terdengar suara tangisan Ayien dari dalam bilik. Ke dua-duanya berlari mendapatkan Ayien.

“mama.,” panggil Ayien masih menangis. Risya menepuk perlahan punggung anak kecilnya.

“Nak tidur dengan mama dan papa mlm ni,” kata Ayien sambil menarik tangan Adam ke sebelah kanannya. Risya duduk di sebelah kiri. Kasihan dia, dia sudah kehilangan kasih sayang ibu bapa kandungnya. Kalau aku tak sanggup kehilangan kasih sayang mama dan papa, apa tah lagi dia. Risya mengalah, ditariknya bantal, dibuangnya tudung lalu dia tidur di sebelah Ayien.

“Tidur lah, papa tak akan tinggalkan Ayien dan mama lagi,” ucap Adam. Mendalam ayat yang dilafazkan oleh Adam. Kalau lah Risya penipu, tetapi Risya seorang perempuan yang sanggup mengadaikan masa depannya demi seorang anak kecil. Susah nak cari perempuan macam Risya zaman sekarang. Masih ada kah manusia yang sanggup berkorban kepentingan dirinya sendiri demi untuk orang lain.

“Ingat tu, anak tidur dengan awak, takut tendang anak jatuh katil pulak nanti,” bisik Adam apabila Ayien kembali terlelap. Risya nie kalau tidur, bukannya nak ingat ada orang di sebelahnya atau tak?

“Hish, tau lah orang!”

“Pergi lah salin baju tu dulu, menyampah tengok dengan baju kurung bagai nih,”

“Mana bawa baju pun!”

“Tak bawak baju, besok nak pakai apa?”

“Beli lah!”

Hmm, bergaduh nanti, anak terjaga pulak. Ikut lah cakap dia. Dalam hati nak tergelak pun ada juga tengok Risya nih. Degil sangat!

Pagi ini, dia pinjam baju dan seluar track Adam. Padan muka. Mujur ada kain telekung di rumah Adam, kalau tidak nak pakai apa sembahyang tadi. Dia nie, penipu saja, bukan tak reti masak pun. Malas kut. Tengok dia bangun masak sarapan pagi untuk Ayien tak ada masalah pun. Aku macam nak luku kepala dia sepuluh kali saja lah. Gerammm.

“Pergi lah beli baju kat saya, saya nak keluar lah. Nak masuk ofis nanti,” rungut Risya. Dah banyak kali suruh beli baju, tak pergi beli pun.

“Pakai lah baju saya, tak pun kain pelikat saya pun ada tu,”

“Kalau lah bukan nama suami, saya tumbuk muka awak, nak?”

“Ha, tau pun tak boleh buat ikut suka hati kat suami!”

“Hah, baju kecik nak beli juga ke?” usik Adam sambil ketawa besar melihat air muka Risya sudah berubah.

Mujurlah ada Ayien yang menyelamat kalau tidak tak tahu lah nak pujuk macam mana tadi. Dia tak ada niat pun nak halau Risya, ingatkan Risya akan merayu kepadanya, tetapi Risya pergi macam itu saja. Penipuan yang Risya buat sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan pertolongan Risya kepada ibu. Lagipun hari itu dia terlampau marah dan terlepas cakap kepada Risya.

Tetapi baju ayien dah ada dalam almari. Bila lah pergi beli yer? Atau Adam sudah ready semua itu untuk Ayien?

“Ayien nak ikut papa atau mama pagi ni?” soal Adam selesai bersarapan. Dia belikan segala kelengkapan kepada Risya tadi. Baju dan tudung turut dibelinya. Tengok Risya pakai baju kurung, comel sangat.

“Nak ikut papa..” jawab Ayien. Hai, sampai tak nak berpisah nih.

“Papa nak pergi kerja lah, Ayien ikut mama yer!” aku kerja dengan ayah sendiri, jadi tak ada masalah.

“Tak nak, nak ikut papa jugak!” bentak Ayien.

“Dah, ikut papa lah!” putus Adam.

“Tapi kita ada kelas karate pagi nih, ingat tak?” pancing Risya. Setiap hari Selasa, sabtu dan Ahad, ada kelas karate untuk Risya dan Ayien.

“Papa...,” amboi panggil papa lagi dari mama nih.

“papa hantar lah, nanti papa jemput Ayien, mama biar dia balik sendiri!” kata Adam. Aku nak pergi korek rahsia hari ini. Nak pergi tanya dari a sampai z tentang risya dan Ayien dekat mama dan mummy. Kami sudah berjanji nak jumpa di rumah mak pagi ini. Risya tak tahu semua nih. Dan nak bawa ibu sekali untuk mengetahui tentang Risya dengan lebih lanjut. Harapkan Risya, pakai sampai kiamat lah aku tak tahu tentang isteri sendiri.

“Saya tak nak kita tinggal bersama..,” suara Risya tiba-tiba ketika Ayien masuk ke dalam kereta Adam.

“Jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri saya dan ibu kepada Ayien. Titik!” arah Adam pula.

“Tak nak!”

“Anak tu dah dapat kat saya, awak nak tinggal sorang-sorang ke?”

“Adam Rafael..,” hu hu hu. Sekarang sudah terikat dengan anak lah pulak. Ayien tu perlukan Adam, sebab dah salah sangka. Lagipun apa aku fikir lagi? Adam dah terima Ayien pun. Aku saja masih mencari alasan.

“Kita tinggal bersama-sama dan besarkan ayien dengan kasih sayang kita. Tapi saya tak akan paksa awak kalau awak tak nak hidup dengan saya dan Ayien..,” syahdunya ayat-ayat tersebut menyentuh hati Risya.

“Hmm..,”

“Kenapa?” jerkah Adam. Terkejut Risya.

“Arghh..,”

“Keputusan ada kat tangan saya, saya tak akan lepaskan awak sampai bila-bila, sampai syurga pun, awak tetap isteri saya.. kenapa? Berkenan kat lelaki mana lagi nih?”

“Mana ada..,” saya berkenan kat awak selepas Fiqri lah.

“Habis, gatal? Galak??Miang ke apa nih”

“Boleh cakap macam tu kat isteri awak yer?”

“Isteri tu tinggi martabatnya tau tak? Bangang sangat ke apa awak nih?”

Gerammmnya sebab Adam bantai aku secukup-cukupnya. Nak lawan pun tak boleh. Nak karate pun tak boleh, tapi dalam hati, hanya ALLAH saja yang tahu.

“Cakap elok-elok tak boleh ke? Cakap macam singa hilang anak saja. Saya tak pekak lah, tak bodoh lah..,” balas Risya juga. Tak boleh nak simpan dalam hati.

“Awak yang tak faham!” balas Adam. Ayien keluar semula dari kereta sebab lama menunggu.

“Cium mama dulu lah,” suruh Risya apabila Ayien menarik tangan Adam supaya masuk ke dalam kereta. Setiap pagi cium pipi mama kan, hari ni ada papa, mama pun dah lupa. Kecil hati mama! Patuh Ayien mencium pipi Risya. Mula-mula sebelah kiri dan kemudian sebelah kanan pula.

“Mama, tak cium papa pun!” ucap Ayien. Hah, melampau dah nie. Adam tersenyum saja.

“Cepat lah mama!” gesa Ayien.

“Biar papa cium pipi mama,” terus Adam letakkan bibirnya di pipi kanan Risya. Terus Risya jadi patung.

“Sekali lagi papa..,” suruh Ayien agar Adam mencium pipi kiri Risya pula. Adam patuh. “Cium selalu pun tak rugi nie, sebab pipi mama gebu lah, Ayien!” usik Adam sambil merangkul Risya. Risya sudah berwarna biru campur pink kala ini.

“Ha, ah!” jawab si kecil itu yang tidak tahu apa-apa.

Ooo.. best lah kan, sebab boleh ambil kesempatan kat aku.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.