Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,067
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 18

Huwaa, dah tak jadi anak dara lagi. Adam dah rampas semalam. Kali ini kita benar-benar dah jadi isteri dia. Jadi, apa-apa saja yang berlaku selepas ini, Adam memang kena bertanggungjawab, tak boleh nak lepas tangan lagi.

“Laa, menangis? Lucu lah Ris ni!” usik Adam sambil memandang Risya yang sedang memakai tudungnya. Semalam bermalam di rumah mak, pagi ini kena masuk ofis seperti biasa, tetapi mama nak jumpa lah pulak. Ajak mama dan mummy makan tengah hari bersama lah, senang sikit.

“Sedih lah!” bila aku sudah serahkan hidup aku pada dia, ini bermakna, aku tidak boleh berpatah ke belakang lagi. Apa saja yang berlaku kena hadapi juga esok hari, kerana aku kena sudah menjadi hak mutlak kepadanya. Susah ke, derita ke, tak bahagia ke, sudah tidak boleh berundur diri lagi.

“Ha ha ha.. tak payah lah bersedih, bukan buat apa pun!” pujuk Adam. Lucu sekali perangai si Risya nih. Fikir apa lah agaknya yer? Fiqri? Tidur dengan aku, jadi rasa bersalah kat Fiqri? Hish, merepek lah tu.

“Pandai lah abang cakap...,” dia lelaki, jadi dia rasa megah dan bangga sebab boleh memiliki aku yang menjadi isteri dia yang sah. Tetapi aku perempuan, kena setia dan taat kepada lelaki yang bergelar suami.

“Abang nak tanya ni? Ris menyesal ke semalam?” soal Adam mahukan kepastian. Jangan lah cakap menyesal pula. Nanti abang pula yang rasa terlebih bersalah.

“Tak..,” jawab Risya ikhlas. Alhamdulillah, takut juga tadi.

“Habis, mengada-ngada betul lah, buat abang suspen saja!” kata Adam sambil bangun dan menghampiri Risya.

“Ris dah jadi milik abang sepenuhnya ni.. abang...” kata Risya sambil merangkul tangan suaminya. Adam mencuit hidung Risya dengan manja.

“Abang tak akan persiakan hidup Ris, hidup Ayien lah,” akur Adam. Risya adalah amanah aku, Ayien pula adalah amanah ibu bapa kandungnya, dan aku mahu memikul tanggungjawab ini bersama Risya kini.

“Papa, mama..,” panggil Ayien sambil berlari mendapatkan mereka berdua. Adam terus mendukung Ayien.

“Ayien tinggal dengan nenek yer hari ni, nanti mama datang jemput Ayien petang nanti,” beritahu Risya sambil memegang pipi Ayien.

“Abang jaga Ayien hari ni..,” beritahu Adam. Semalam Adam tak boleh tidur kerana berpisah dengan Ayien, sebab Ayien tidur dengan atuknya. Asyik menyuruh Risya kejutkan mak dan ayah saja, sebab mahu mengambil Ayien. Tetapi Risya tidak melayan kehendak Adam. Biar lah Ayien dengan atuk dan neneknya. Bukannya selalu pun,

“Tak kerja hari ni?”

“Malas..,”

“Bagus tu, bawa lah sifat malas tu lama-lama sikit, biar Risya yang kerja, abang duduk kat rumah pula nanti,”

“Boleh juga tu, abang jaga anak-anak, Ris buat kerja!” asyik nak berkepit dengan Ayien saja lah kerjanya. Makin manjalah si ayien tu nanti,

“Mama ayien nie memang garang lah!” kata Adam sambil membawa Ayien keluar dari bilik mereka. Risya menjuihkan bibirnya.

Hari ni nak singgah rumah mentua. Rasanya sudah lama tak datang ke sini setelah tinggal berasingan. Ketika Risya sampai hanya ada neneknya saja, ibu dan bapa mentuanya tiada di rumah. Ah, sebelum tu, papa mentuanya telah pun menceraikan Datin Salbiah dengan talak tiga. Kehidupan keluarga mentuanya aman bahagia sekarang, sebab org yang menyibuk tiada lagi.

“Risya!” panggil Kak Mah, pembantu rumah yang diambil oleh Risya dulu.

“Kak mah!” jawab Risya. Kak Mah menarik tangan Risya ke luar dari halaman rumah.

Panjangnya cerita dari kak Mah membuatkan hati Risya luluh. Patutlah sejak akhir-akhir ini, Adam tak pernah sebut tentang ahli keluarganya di hadapan Risya, rupanya ada cerita di sebaliknya.

“Encik Adam kena halau lah Risya, sebab Risya dan Ayien. Nek Yam dan Datuk Muiz tak nak terima Ayien, sebab Ayien anak angkat Risya,” berterus terang saja kak mah di hadapan Risya.

“Ibu pula mcm mana?”

“Datin boleh terima Ayien tu, Cuma Datuk tak setuju, tak suka, sebab ayien bukan darah daging Encik Adam!” kata Kak Mah membuatkan hati Risya robek dan terluka. Apa salah Ayien sehingga dia ditolak dalam hidup Adam?

“Terima kasih kak kerana bagi tau Ris perkara ini, kalau tidak Ris tak tahu hal yang sebenarnya yang telah menimpa keluarga abang adam..,”

“Nie pun Nek Yam suruh kak mah halau Ris, tak benar Ris pijak rumahnya!” beritahu Kak Mah. Bergetar dada Risya. Patutlah pintu utama tidak berbuka, walaupun dia sudah banyak kali memberi salam. Wal hal dia sudah melihat kelibat Nek Yam di dalam rumah. Malah Nek Yam sama melihatnya yang berdiri di luar.

Hmm, aku tak kisah sangat tetapi bagaimana dengan anak aku? Sudah lah dia rapat dengan Adam. Sedih lah macam ni, sedih sangat. Ingatkan keluarga Adam boleh terima Ayien, boleh terima aku yang sudah ada anak satu, rupanya salah sangkaan aku. Bila hati dah suka kepada Adam, jadi macam ini lah pulak. Bukan senang nak buat bagi hati kita suka dekat seseorang, bila dah suka, bila dah serah hati, keluarga pula yang menghalangnya.

“Risya, Datin tiap-tiap malam menangis, kerana rindukan encik Adam, kalau boleh suruh lah encik adam balik jengguk datin yer..,” beritahu Kak Mah lagi. Adam memang rapat dengan ibunya sejak dari kecil lagi, ibu mana tak rindukan anaknya.

“Abang Adam memang rapat dengan ibunya lah, kak mah!” aku pun ada ada anak juga, jadi aku faham perasaan seorang ibu.

“Encik Adam telefon pun tak sudi lah. Datin dah cuba call banyak kali, tetapi Encik Adam tak nak jawab. Apa lah salah Datin, Risya?” beritahu Kak Mah lagi. Amboi, sampai macam tu sekali merajuk? Apa lah abang ni. Mana boleh buat ibu seperti itu. Kasihan ibu!

“Nanti saya pujuk dia yer, kak mah. Cakap dengan ibu, tak payah lah susah hati tentang hal ini,” itu janji Risya.

Adam dan ayien masih mahu bermalam di rumah ibu malam ini. Dua-dua tak mahu balik ke rumah. Suka sangat tinggal di rumah mak yang menetap di kampung. Suka dengan sikap ayah yang melayan mereka berdua. Hmm, mcm mana nak berbincang kalau tinggal di sini. Takut nanti mak dengar pulak.

Tengok kemesraan antara Adam dan Ayien membuatkan hati Risya menjadi sebak. Macam mana dengan Ayien, kalau Adam tiada nanti? Tentu Ayien rindukan papanya. Aku kena kuat demi Ayien. Tak boleh bersedih-sedih di hadapan Ayien.

“Kenapa? Abang tengok murung saja sejak dari tadi?” soal Adam ketika meletakkan Ayien di atas ribaan Risya. Dah terlena pun Ayien ni, main dengan papa sampai terlena malam ini.

“Call lah ibu, kasihan ibu rindukan anaknya.., “suruh Risya. Baru pukul 11.00 malam tentu ibu belum terlena.

“Ibu??? Abang selalu call lah!”

“Awak nak tipu saya sampai bila ni?” ujar Risya. Adam memandang Risya tepat ke anak mata. Risya tarik bantal, dan letakkan Ayien di atas bantal. Risya bangun dan menarik tangan Adam keluar dari bilik, tetapi Adam menarik tangan Risya masuk ke dalam bilik semula.

“Esok kita bincang, macam lah esok dah tak ada!”

“Tapi ini masa depan Ris, masa depan Ayien lah,

“Habis, Ris ingat abang mempermainkan hidup Ris, hidup Ayien?”

“Keluarga abang dah tak suka hidup Ris dan Ayien kan? Kak Mah dah ceritakan semuanya kepada Ris lah petang tadi...,” terang Risya. Patutlah tengok aku pun tak sudi, rupanya dah tahu cerita aku.

“Ooo, perkara ini lah yang nak bincang sangat tu?” kata Adam, terus merangkul Risya dekat dengannya.

“Yup!”

“Ibu restu lah perkahwinan kita, cukup lah tu,”

“Habis, yang abang merajuk dengan ibu tu kenapa? Abang tu seorang saja anak ibu tau tak?”

“Hish la, biar lah kat abang nak merajuk ke, nak apa ke, Risya apa peduli?” pertikai Adam, tetapi tangan sedang mengapai telefon bimbit Risya. Terus didailnya nombor ibunya, tetapi diserahkan kepada Risya.

“Cakaplah dengan ibu, abang rindu sangat kat ibu!” suruh Adam sambil meletakkan telefon di telinga Risya. Ibu nak cakap dengan abang lah, bukan dengan Risya pun.

Lama juga berbual dengan ibu membuatkan hati Risya yang gelisah tadi menjadi tenang. Betul, ibu amat merestui hubungan mereka berdua dan ibu nak berjumpa dengan Ayien, kerana belum pernah lagi ibu bertemu dengan Ayien. Tak sabar katanya untuk bertemu dengan cucunya yang comel itu.

“Abang rasa papa dan nenek tak lihat lagi anak kita yang comel ini, kalau tengok, mesti suka!” kata Adam selepas Risya memberitahu tentang hasrat ibu mentuanya yang mahu sangat berjumpa dengan Ayien.

“Orang dah tak suka, jangan lah paksa-paksa!”

“Jangan cepat mengalah sebelum berusaha lah, jadi mak orang, isteri orang ni kena kuat semangat,” pujuk Adam.

Dulu aku boleh hidup dengan Ayien saja. Aku kuat kerana Ayien yang memberi aku sinar harapan baru. Sekarang, aku dah ada Adam, tak lah bimbang sangat sekarang. Sebab cik abang aku nie memang boleh diharap pun.
Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.