Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,076
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1

“Saya kahwin dengan awak, sebab saya pernah nampak awak tumbuk seorang lelaki depan pasaraya hari tu,” beritahu Adam Rafael. Tu dia nama dia ni, Adam tu sedap dah, yang Rafael datang dari mana pulak yer. Ada juga yer, orang kauhwin kerana kes macam ni.

“Nie nak kahwin sungguh-sungguh ke, nak kahwin olok-olok?” tanya Risya, tanya lah terus terus terang lagi senang kan?

“Tak tau lagi, tapi awak ni okey lah juga!” itu jawapan Adam Rafael. Hish, hish, memang tak boleh pakai langsung lah ni. Yang aku ni mudah-mudah pergi terima Adam Rafael ni kenapa? Dia masuk saja meminang terus aku terima tanpa fikir panjang pun. Pelik lah juga. Ini yang aku tak boleh nak fikir. Risya mengambil batal mahu tidur di bawah saja.

“Eh, nak ke mana pulak ni?” soal Adam Rafael apabila melihat Risya mahu beredar dari situ.

“Nak tidur kat bawah lah!”

“Tak payah, awak tidur kat sini!” kata Adam Rafael sambil menarik tangan Risya. Glup, pakai tarik tangan segala ni. Tapi kami kan sudah sah menjadi suami isteri. Hmm..,

“Awak nak tidur kat mana?” soal Risya kembali. Dia tak cinta aku kan, tak kan nak tidur sekali kut!

“Ler tidur sekali dengan awak lah, bukan salah pun!” jawab Adam. Agak-agak dia tendang aku tak? Sudah lah dia ni jenis kasar. Entah-entah aku jatuh katil pulak nanti.

“Hah, tak nak lah saya!” tolak Risya. Kalau dalam drama, dalam novel selalunya kalau tak suka, tak cinta, tak tidur sekali kan? Jadi, elok lah tidur berasingan.

“Tidur lah, kita dah sah nikah lah, tak payah fikir serabut kepala otak tu. Kalau tak mau tidur dengan saya, yang awak gatal kahwin dengan saya tu kenapa?” balas Adam Rafael sambil memandang Risya dari atas sampai ke bawah. Kena bersiap sedia juga ni, takut dia sepak aku ke, apa ke? Tak pasal semua tu.

Lama Risya berfikir, betul juga kata suami aku tu. Lagi pun buat apa lah tidur atas lantai segala, dari tidur atas lantai baik tidur atas katil yang empuk ini. Lagi senang! Risya kembali meletakkan bantal kepunyaan di sebelah Adam, Adam hanya ketawa saja. Rock sungguh lah isteri aku ni. Adam sengaja letakkan tangan kanannya di atas pinggang Risya. Nak tengok marah ke tak?

“Hah?” terkejut Risya dengan tindakan Adam. Gementar macam nak mati, kalau aku tahu kahwin kena hadapi semua ini, taubat aku tak kahwin. Adam semakin berani, terus dia cuba memeluk pinggang Risya dengan kemas. Baru mahu menarik badan Risya terus Risya menendang kaki Adam.

“Sah, awak ni memang garang tak bertempat!” pakai tak boleh sentuh lah kalau macam ini. Terus Adam tarik tangan kanannya kembali.

“Sorry, sorry tak sengaja!” jawab Risya. Tak tahu nak jawapan apa sebenarnya. Takut ada, berdebar pun ada. Jantung ini macam nak pecah saja.

“Awak ni, malam pertama mana boleh tendang suami macam tu, tak pergi kursus kahwin ke?” sindir Adam. Boleh lah bawa balik mengadap mama besok hari. Kalau kahwin dengan gadis lemah lembut, tentu kena buli dengan mama. Itu satu hal lah, Nenek pun boleh tahan juga garangnya.

“Saya....,” saya apa? Mampuih lah aku malam ni.

“Apa???”

“Awak kan kahwin dengan saya...,”

“Apa?? Dua kali dah tanya aku apa? Aku tumbuk muka tu baru tau. Adam Rafael tersenyum saja, aku pun ada karate lah, setakat nak lawan dengan perempuan macam kau, tak ada masalah sebenarnya.

“Cakap terus terang kenapa awak kahwin dengan saya?” tanya Risya sekali lagi.

“Mama saya suruh saya kahwin dengan pilihannya, saya tak suka sebab saya dah ada buah hati, jadi nak elak kahwin dengan perempuan tak senonoh tu, saya kahwinlah dengan awak,” jawab Adam Rafeal sambil memandang wajah Risya yang comel itu. Tak boleh merenung dia lama-lama, boleh tergoda nanti, tapi kalau tergoda pun apa masalah.

“Kenapa tak kahwin dengan buah hati awak saja?” yang kahwin dengan aku nie kenapa? Sengaja nak tempah masalah kut?

“Buah hati saya tu lemah lembut, lembik, keluarga saya pula semuanya keturunan singa, takut kena baham nanti,”

“Pastu kahwin dengan saya, sebab saya garang???”

“Yup!”

Hish, hish, jawapan apa lah. Ada ke orang kahwin sebab alasan macam ini.

“Yang awak terima saya tu kena pulakk??” soal Adam sambil membelek tangan Risya yang dihiasi dengan inai merah. Tadi semasa kali pertama nampak wajah Risya disolek dia sendiri terpegun. Cantikk!!

“Awak segak kut, sebab saya kan memang nak cari lelaki segak, kaya macam awak!” jawab Risya, geram sebenarnya. Kau datang meminang aku, selepas itu mak ngan aku pula jadi orang tengah, siap cakap yang baik-baik dan indah-indah saja kat mak dan ayah aku dulu, sehinggakan ayah aku tu sanggup lah paksa aku kahwin dengan kau. Macam nak tendang kaki Encik Adam Rafael ni sekali lagi lah.

“Kah kah kah..,” ketawa besar Adam Rafael dengan jawapan yang Risya berikan. Zaman sekarang kalau lelaki tak berduit, perempuan mana nak? Perempuan sebelah mata pun tak pandang.

“Awak ni mata duitan juga ni..” sambil memegang tanya Risya. Ya ALLAH, lembutnya tangan perempuan ni. Perangai saja kut kasar, tetapi tangan lembut. Aduhai, hati tertawan lah kalau macam ini berterusan.

“Tengok mata saya, ada nampak duit ke?”tinggi suara Risya. Adam merenung anak mata Risya, terus dia memandang ke arah lain. Cahaya mata Risya menangkap hatinya sehingga ke sukma. Boleh jiwa kacau nih. Tak sanggup nak pandang sekali lagi. Takuttt.

Mata cantik, orangnya comel, tak kan lah tak ada mamat yang tersangkut kat dia ni? Nak tanya lah.

“Awak tak ada buah hati ke sebelum ini?” tanya Adam. Malam pertama kami jawabnya sesi perkenalan lah yer. Risya diam. Hanya menjawab di dalam hati saja.

“Tak kan awak tak ada buah hati ke, kekasih ke, tunang ke?” ulang Adam sekali lagi.

“Tunang tu ada lah!” jawab Risya perlahan. Teringat kat dia tiba-tiba. Rindu itu datang lagi. Rindu yang tidak kesampaian.

“Ada tunang? Nie kahwin dengan saya tunang awak tak mengamuk ke?” soal Adam lagi.

“Tunang saya dah meninggal lah awak!” jawab Risya perlahan. Kalau tunang saya ada, buat apa lah saya kahwin dengan awak. Bangang betul lah Encik Adam Rafael nih.

“Hah??”

“Tunang saya kemalangan dua tahun lepas...,”

“Sorry..,”

“Ha, ah!

“Awak jangan menangis yer, nanti orang tuduh saya buat apa-apa pula kat awak malam pertama kita nih..,”

Dia ni tak sombong lah, tengok muka saja yang serius, tak senyum tu mesti orang salah sangka.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.