Di mana ada Adam, di situ
ada Ayien. Berkepit siang dan malam. Aduhai, anak mama ni, manja sangat lah
dengan papanya. Adam pula menurut saja apa kata Ayien. Merap sangat lah si
nakal itu. Sikit-sikit papa, Risya marah sikit, mesti cari papanya.
“Abang, jangan manja sangat
anak tu,” tegur Risya. Makan tadi, nak papa yang suapkan. Dulu mama, sekarang
papa lah semuanya.
“Baik, sayang!” balas Adam
sambil tersenyum. Petang nanti nak bawa Ayien jumpa ibu. Ibu nak sangat
berjumpa dengan cucunya yang seorang ini.
“Papa, panggil siapa tadi?”
mulut comel itu sudah mula bertanya. Risya menguntumkan senyuman. Kan dah kena.
“Panggil...hmm...,” kata
Adam sambil memegang dagunya.
“Sayang tu siapa?” laju
mulut Ayien bertanya.
“Ha, itu lah, sebut lah
benda-benda macam tu di hadapan anak, sayang lah, manja lah.. tengok anak dah
mula bertanya,” ucap Risya sambil mendukung Adam.
“Yer, sayang papa!” kata
Adam sambil mengambil Adam. Tak kisah
pun dengan teguran isterinya itu.
“Sayang tu apa papa?”
“Sayang tu macam
nie.., kata Adam sambil mengucup pipi
kanan Ayien.
“Macam nie..,” sambung Adam
terus mencium pipi kiri Ayien pula. Tersenyum bahagia saja si ayien dengan
sikap papanya.
“Dan macam ini..,” kata
Adam berpura-pura mahu mengigit pipi kanan Ayien. Mengekek Ayien dibuatnya.
“He he he..,” ketawa Ayien.
Mereka berjalan keluar dari
restoran makan. Tengah hari ini Adam membawa Ayien untuk makan tengah hari
bersama kerana Adam ambil cuti semata-mata untuk Ayien.
“Adam!” tegur satu suara
lelaki. Adam dan Risya mengalih ke arah datangnya suara itu. Terpandang Datuk
Muiz bersama Datin Aisyah, ibu bapa kandung Adam. Datin Aisyah tersenyum
senang. Sepatutnya petang nanti baru mahu datang berjumpa Adam dan ayien,
tetapi tidak sangka pertemuan berlaku lebih awal. Risya terus mengambil Ayien
dan cuba menjarakkan langkah. Tahu hakikat yang sebenarnya tentang sikap Datuk
Muiz kepada Ayien.
“Papa...,”kata Adam terus
berjalan menghampiri ibu bapanya. Tetapi Risya tidak berganjak.
“Itu anak kau Adam?” soal
Datin Aisyah. Adam mengangguk sambil memberi isyarat supaya Risya datang
membawa Ayien kepada ibunya. Tetapi Risya tidak berganjak.
“Ha, ah..,” jawab Adam.
Subhanallah. Indahnya ciptaan Ilahi. Besarnya anugerah ini. Matanya, wajahnya,
rambutnya, semua tentang dia, sekali pandang saja membuatkan hati kita sudah
terpaut. Terpikat!
“Cucu ibu!” panggil Datin
Aisyah berjalan ke arah Risya dan terus memeluk Ayien. Diciumnya kedua belah
pipi Ayien dengan penuh kasih sayang.
“Anak kau Adam? Ini ke
Ayien yang kau sebut tu?” tanya Datuk Muiz dengan tegas sekali. Renungan mata
Datuk Muiz menikam ke sukma. Berbisa sekali renungan matanya.
“Kalau papa tak suka,
jangan lah papa sakiti hati Risya dan ayien, papa. Saya sudi menerima apa saja
kata-kata papa, tapi biarlah ini rahsia antara kita berdua saja,” bisik Adam
perlahan ke telinga papanya. Jujur, aku tidak rela papa menyakiti hati insan
yang aku sayang. Risya dan Ayien, kedua-duanya aku sayang.
“Papa nak jumpa kau malam
ini. Bawa Risya dan anak kau sekali!” ujar Datuk Muiz sambil menghampiri
isterinya. Matanya tertumpah ke arah si comel itu. Hati tidak tentu arah secara
tiba-tiba saja. Benarlah ada keajaiban pada si kecil ini, bisik hati Datuk
Muiz.
“Insha ALLAH, papa!” ujar
Adam. Aku akan datang tetapi tanpa Risya. Tanpa Ayien. Biarlah aku saja
menerima hukuman tetapi bukan Risya dan Ayien.
“kalau kau anak papa, kau
patut patuh pada arahan papa, Adam Rafael. Jangan engkar pula. Papa tak pernah
ajar kau jadi penipu..,” cabar Datuk Muiz yang faham sangat dengan perangai
anak lelakinya.
Itu dulu lah papa, sekarang
saya adalah suami dan ayah kepada seorang anak lelaki. Jadi, saya sanggup
lakukan apa saja untuk melindungi orang kesayangan saya.
Memang tak akan pergi pun
rumah papa malam ini. Apa nak jadi, jadi lah. Lagipun papa sudah usir saya,
buang saya dalam hidup papa kerana saya pertahankan Ayien. Walaupun papa terima saya bekerja di syarikat
papa sebagai pekerja biasa saja, tetapi hati saya tetap terluka, papa?
Apa salah Ayien, papa?
Kalau dia ada keluarga kandungnya, tak akan lah dia ada bersama Risya dan
menumpang kasih Risya dan saya. Tetapi takdir menentukan, dia menjadi yatim
piatu sebelum lahir ke dunia ini lagi. Belum sempat kenal dunia, kedua ibu
bapanya telah pergi meninggalkan dia, papa.
Dan saya faham sangat kenapa, dan mengapa Risya terlalu sayangkan Ayien
mengatasi nyawanya sendiri. Pergorbanan Risya terlalu besar lah, papa!
“Abang tak pergi ke rumah
papa?” soal Risya. Dah 9.30 lebih, tetapi Adam masih bersama Ayien. Pakai t
shirt dan kain pelekat saja. Anak datuk nih suka sangat pakai kain pelekat
kalau duduk kat rumah. Aku pula tak selesa tengok laki aku pakai kain pelekat
macam tu. Macam ayah yang tinggal di kampung saja.
“malas nak pergi, kalau
pergi pun buang masa saja lah!” ujar Adam. Setakat pergi bergaduh, baiklah
tinggal di rumah dengan Ayien. Kan Ayien?
“Pergilah, tak baik biarkan
papa dan ibu menunggu kat rumah tu. Mana tahu papa ada hal yang lebih penting
nak cakap dengan abang,” gesa Risya. Papa hanya tak suka aku dan Ayien, bukan
tak suka anak sendiri pun.
“Tak nak!” terus Adam
dukung Ayien yang mahu terlelap itu masuk ke dalam bilik.
“Ris boleh jaga Ayien lah,
tak payah perlu bimbang tentang kami berdua,” jerit Risya lagi, entah lah sama
ada Adam dengar atau tak, Risya sendiri pun tak pasti.
Terdengar telefon bimbit
Adam berbunyi, tetapi sengaja tidak dijawabnya. Banyak kali pula tu. Tentu dari
ibu dan papa. Selepas itu telefon Risya
pula berbunyi.
“Kalau Ris anggap abang ni
suami Ris, jangan jawab telefon tu,” jerit Adam dari atas. Apa hal pulak ni,
sampai beri amaran macam tu. Ini yang buat aku bengang malam-malam macam ni
lah. Risya terus naik ke atas untuk mencari Adam. Ayien dah terlelap pun, dia
tu boleh pula belek muka ayien, tanpa berkelip matanya.
Risya menarik tangan Adam
keluar dari bilik.
“Ayien dah tidur, boleh lah
kita pun tidur awal malam ni..” kata Adam sambil senyum penuh makna.
Dipandangnya Risya dengan renungan yang penuh bermakna.
“Tidur awal? Abang jangan
harap...,” ujar Risya. Selagi abang tak selesaikan masalah abang dengan papa
malam ini, Abang tidurlah dengan Ayien.
“Boleh lah, yang..,”
“Abang pergi jumpa papa
dulu, boleh?” bantah Risya. Sudah lah tak bagi aku jawab call tadi, sedangkan
ibu yang call, bukan papa pun.
“Nak buat apa jumpa, papa? nak
dengar papa marah dan berleter? Buang masa saja lah!” dengus Adam.
“Ooo, abang bergaduh dengan
papa. Jadi, apa masalahnya kalau saya angkat call ibu tadi?” kau yang bergaduh
dengan papa, bukan salah ibu pun.
“Ibu mesti nak suruh Risya
pujuk abang jumpa papa, itu saja lah!”
jawab Adam penuh yakin. Macam tahu sangat ibu nak suruh Risya pujuk dia.
“Apa pun terjadi, jangan
putus hubungan dengan papa lah. Abang nak hidup macam Ris ke? Perit tau hidup
macam Ris...,” ujar Risya perlahan. Abang bertuah, sebab kasih sayang papa dan
ibu hanya untuk abang seorang, bukan seperti Ris, yang kasih sayang terpaksa
dibahagikan dengan adik-adik tiri.
Adam mengeluh berat. Dia
tahu perasaan Risya saat ini. Dia cuba memahaminya sejak dia tahu kehidupan
Risya tidak seperti orang lain. Ada tiga mak, tiga ayah, tetapi kasih sayang
yang tulus rasanya dari mak seorang saja, iaitu mak aruah Fiqri. Selebihnya
terpaksa berkongsi kasih, sebab ibu dan bapa kandung bercerai dan mempunyai
keluarga masing-masing dan mempunyai tanggungjawab ke arah lain selain dari
Risya seorang.
“Susah lah cakap dengan
papa tu, Ris. Dia tak faham dan tak nak faham!”
ujar Adam. Papa fikir darjat dan keturunan dan menolak Ayien kerana
ayien bukan darah daging ku. Itu lagi perit dari apa yang Risya alami.
“kalau susah buat lah
supaya jadi senang!” balas Risya sambil tersenyum. Adam mengeleng tanda tidak
memahaminya.
“Cakap senang lah nak buat
yang susah!”
Telefon berbunyi lagi, kali
ini dari papa. Adam terus mengangkatnya.
“Kau bawa Risya dan anak
kau ke rumah papa sekarang juga, Adam. Kalau tidak papa mengamuk nanti,”ugut
Datuk Muiz di talian.
“Ikut suka hati papa lah,
nak mengamuk ke apa ke, saya tak kisah!” kata Adam sambil mematikan talian
telefonnya.
“Abang ni tak baik lah buat
macam tu kat papa. kalau tak fikir abang nie suami Ris, nak Ris bagi penumbuk
muka abang,” tegur Risya sambil berlalu dari situ.
“Apa kes nak tumbuk muka
suami pula ni?”
“Geram lah, papa tu baru
ajak berjumpa, abang dah fikir yang buruk-buruk, cuba fikir yang baik-baik
saja!” entah-entah papa dah terpikat dengan ayien, lalu mahu menerima ayien
sebagai cucunya. Siapa tahu kan?
“Kau memang garang lah
Risya, sampai nak tumbuk muka suami kerana kes macam tu? Spesis apa lah agaknya
kau ni, abang pun tak tahu?”
“Sebab Encik Adam Rafael ni
suami saya saja, kalau tidak memang sah saya belasah muka Encik Adam malam ini,”
ujar Risya kembali meneruskan langkahnya.
“Ooo, nak tumbuk saya, nak
belasah saya lah ni!” kata Adam sambil mempercepatkan langkahnya ke arah Risya.
Di pegangnya bahu Risya, tetapi Risya menepisnya dengan kasar. Disentuhnya
tangan kanan Risya pula, Risya menepisnya dengan tangan kiri. Adam cuba memeluk
Risya, tetapi Risya berjaya menolak badan Adam ke sebelah.
“Aik, berani lawan abang
yer!” kata Adam. Mujurlah aku ada ilmu seni mempertahakan diri, kalau tidak
sahih kena belasah dengan isteri sendiri. He he he...,
Kali ini Adam memegang
kedua belah tangan Risya. Risya cuba menendang kaki Adam tetapi tidak berjaya.
Risya cuba meronta, mahu melepaskan pegangan tangan Adam tetapi pegangan tangan
Adam terlalu kuat.
“Macam mana? Nak mengaku
kalau atau tak?” ujar Adam. Ah, aku nak lepaskan diri tu, boleh lagi lah,
tetapi kalau aku bertindak nampak kasar sangat dan tak hormat kat suami pula.
Nie yang susah kalau berhadapan dengan suami sendiri dan adam tahu tentang itu.
Sebenarnya Risya boleh mengloloskan dirinya dari Adam tetapi kalau Risya
bertindak, nampak sangat Risya berkasar dengan suami sendiri. Risya hanya
tersenyum saja.
“Sebab dah kalah jadi abang
dapat hadiah lah kan?” kata Adam sambil memeluk Risya dan mengendong Risya.
“Abang nak buat apa nie?”
ujar Risya apabila Adam membawanya masuk ke bilik sebelah.
“Buat apa yang sepatutnya
seorang suami buat kat isterinya..,”
“Tak nak!” ujar Risya
apabila Adam meletakkannya di atas katil. Terus Adam padamkan lampu bilik.
Bangun pagi ini dapat
berpuluh panggilan dari papa, Adam buat tak kisah saja.
“Ris, abang nak pergi cari
kerja tempat lain lah, hari ini. Ris ambil cuti jagakan ayien boleh?” kata
Adam. Tak nak kerja dengan papa. lagipun kawan baiknya, Amar ada menawarkan
pekerjaan kepadanya di syarikat Amar. Jadi, hari ini dia akan berjumpa dengan
Amar untuk membincangkan hal tersebut.
“Ris kena pergi mahkamah
lah, ada kes pagi ni,” beritahu Risya, tak boleh lah bercuti nanti mummy
mengamuk.
“Ayien?”
“Tinggal dengan mak macam
biasa lah!”
“Abang hantarkan sekarang,”
kata Adam terus mendapatkan Ayien. Risya hanya mengangguk saja.
Tetapi baru jam sepuluh,
apabila mak telefon dan beritahu berita tidak enak ini membuatkan Risya hilang
akal.
“Papa ambil Ayien kat rumah
mak lah, abang!” beritahu Risya sudah mula cemas. Takut papa buat benda tak
baik kepada Ayien dan melukakan hati Ayien pula nanti. Takut papa sakitkan hati
Ayien.
“Risya!” panggil Adam
apabila mendengar suara tangisan Risya. Risya nie kalau org buat apa saja kat
dia, dia tenang saja, tetapi kalau org buat kat Ayien, mesti dia menangis.
“Abang datang jemput Ris
sekejap lagi, nanti kita jumpa papa!”
Janganlah papa sakitkan
hati Ayien. Aku sendiri pun tak sanggup kalau hati Ayien terluka.
“Papa, kita berbincang!”
ujar Adam Rafael menyerah kalah. Untuk
Ayien, biarlah aku berkorban saja.