BAB
26Toyota Wish
1.6 berwarna hitam
meluncur laju membelah
kegelapan malam. Kelajuan
yang mencecah 180
kilometer/jam sudah cukup
mengirai cuak di
jiwa masing-masing.
Arish mengetap
bibir. Geram kian
bertali-tali. Berbaldi-baldi makian
dalam hati. Tidak
di sangka sama
sekali Robo berjaya
memperkotak-katikkan
kewibawaannya selaku inspektor
terkemuka di Malaysia.
Selama ini sang
penjahat langsung tidak
berani menunjukkan wajah
di hadapannya. Mendengar sahaja
namanya, semuanya kecut
perut. Kehandalannya bermain
dengan senjata tidak
dapat di sangkal
lagi. Belum di
kira lagi dengan
pelbagai seni kemahiran
diri seperti silat,
taekwondo dan silambam
yang utuh dalam
diri.
Tapi dengan
Robo langkahnya bagaikan
terkunci. Dia jadi
lemah. Semuanya gara-gara
ugutan Robo terhadap
Mel. Entah mengapa
hatinya bagaikan di
carik-carik tatkala muncung
pistol tertala pada kepala PA
nya itu. Jiwanya
memberontak. Tidak!!! Nyawa Mel
tidak harus berada
dalam keadaan bahaya
sebegitu. Dia rela
menjadi hamba tebusan
Robo. Namun setitis
kesakitan pun tidak
akan di benarkan
menyentuh tubuh gadis
itu, ikrarnya dalam
hati.
Tiba-tiba Robo
membelok secara mendadak
di suatu selekoh
yang agak tajam.
Tubuh sasa Arish
sama sekali tidak mampu bertahan.
Tak pasal-pasal terhimpit
tubuh kecil molek
Mel.
Dup! Dap!
Dup! Dap! Jantung
Mel macam nak
runtuh. Tidak pernah
tubuhnya serapat ini
dengan seorang lelaki.
Hangatnya tubuh itu,
suam meresap ke
jiwa. Bergetar dada
menahan gelora. Aish!!
Tak boleh jadi
ni. Mel meliang-liukkan tubuh.
Isyarat supaya Arish
meregangkan jarak di
antara mereka. Tapi Arish sekadar
pamer wajah selamba
derk. Bukan
makin jauh tapi
makin rapat pula
dia menyendeng ke
tubuh Mel. Arghh!!
Bengkek Mel di
buatnya!
“Rasanya kat
sebelah tuan tu
banyak lagi ruang
kosong, kan? Apa
kata tuan injak
sana sikit? Tak
payahlah nak menyempit
sebelah saya ni.
Naik melekit badan
saya ni, tau?”
gerutu Mel geram.
“Patutlah bau
busyuk masham,” spontan
Arish menukas. Kemudian
dia menginjak tubuhnya
ke sebelah kiri
semula.
Mel kerling
tajam. Nanar jiwanya.
Sakit hati betul
bila dapat bos
yang sengal macam
ni. Mulut aje
comel tapi bisanya
bukan main!
Daud dan
Masri yang duduk
di kerusi belakang
dah tersengih-sengih macam
kerang busuk. “Tahulah
ekau berduo ni baru
lopaih
nikah. Dah tak
sabo nak bermesro-mesro eh?”
seloroh Daud.
Serentak Mel
dan Arish berteriak.
“Nikah dengan dia
ni? Aish tak
naklah!”
“Eh? Ekau
berduo ni bukak
laki bini ko?
Den ingat ekau
berduo ni baru
habis majlis nikah.
Yolah siap pakai
baju nikah semuo
ni. Takkanlah tak
jadi nikah kot?”
tebak Masri. Dahinya
dah kerut seribu.
“Memang hari
ni hari nikah
dia. Tapi nak
buat macam mana,
pengantin lelaki dah
lari. Tapi kalau
orang sebelah ni
sudi, saya pun
boleh aje jadi
suami gantian dia,”
sinis Arish menjawab.
Mel ketap
bibir. Rona wajah
dah merah padam.
Geram menghimpit jiwa.
Percubaan menggoda hati
ke apa ni?
“Apo?! Ekau
berduo belum nikah
laie? Mano boleh
macam ni? Boronti
kereto den ni
sekarang! Boronti den
kato! Boronti!!!”
Robo terkejut.
Kaki serta-merta membrek.
Semua yang berada
dalam kereta terdorong
ke hadapan. Robo
berpaling ke belakang.
Mata dah terjegil
macam burung hantu
kelaparan.
“Kau ni
dah kenapa? Terjerit-jerit malam
buta ni? Pekak
telinga aku ni,
tau?” pekik Robo.
“Ekau turun
jap! Den tak
kiro, baik ekau
turun sebelum den
naik angin!” gesa
Daud pada Togo. Tubuh Togo
di tolak kasar
dari belakang.
Togo terkulat-kulat. “Sakitlah!
Kau ni dah
kenapa? Kenapa pula
kau nak suruh
aku turun ni?”
“Sobabnyo diorang
berduo ni bukan
laki bini! Mano
boleh duduk berduo-duoan
macam ni! Sabdo
Rasullulah, "Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir
melainkan dio ditomani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lolaki
borduo-duoan bersamo porompuan kecuali porompuan tadi ditomani oleh mahramnya."
Ini dah torang-torang
diorang berduo tak
ado apo-apo ikatan
yang sah! Den
tak nak ado
maksiat dalam kereto
den ni hah! Kalau kito
buek bodoh ajo,
kito pun samo
tanggung dosa bersubahat.
Ekau semuo nak
tanggung ko? Den
tak nak!”
Semua melongo.
Langsung tak terjangka
akan terkeluar penyataan
sedemikian dari mulut
Daud.
Togo dah
garu kepala. “Habis
tu nak buat
macam mana ni,
bos?”
Semua berpandangan.
Bingung. Tergeleng-geleng kepala
Robo melihat muka
cekodok basi yang
menempel di wajah
masing-masing.
“Dah! Tak
payah nak pening-pening! Togo,
kau duduk tengah-tengah. Habis
cerita! Lepas ni
aku tak nak
dengar apa-apa lagi,
faham? Kalau tidak
aku tembak sekor-sekor
nanti!”
“Sekor? Ingat
ayam ke apa?
Suka-suka aje nak
panggil orang macam
tu,” sungut Mel
perlahan. Tapi masih
tepat tembus ke
telinga Robo. Matanya
dah kerling tajam.
“Eh, perempuan
ni. Suka hati
akulah nak panggil
apa! Apa yang
kau susah?” Arish dah singgul
lengan Mel. Hasrat
Mel nak menangkis
kata-kata Robo terus
terkubur.
Perjalanan di
teruskan sebaik sahaja
Togo dan Arish
bertukar tempat. Kali
ini sunyi merajai
suasana. Sedikit sebanyak
ugutan Robo terkesan
di jiwa. Arish
mengeluh. Sesak nafasnya
memikirkan apa yang
akan berlaku selepas
ini. Ke mana
hala tuju pun
langsung tidak di
ketahui. Sudahnya kepala
di panggung ke
luar. Cuba mencerap
setiap laluan yang
di lalui. Toyota
Wish itu laju
menyusuri Jalan Bendahara.
Setibanya di Jalan
Laksamana kelibat Sungai
Melaka di sebelah
kanan kian jelas
di mata dalam
remang malam kesamaran.
Tidak berapa lama
selepas itu mereka
tiba di hadapan
Cheng Ho
Cultural Museum. Tidak
kelihatan kelibat sesiapa
waima seekor unggas
sekalipun.
“Togo! Pecahkan
pintu masuk tu
cepat!”
Erkk?! Arish
terkedu. Tak pasal-pasal
dia terbabit dengan rompakan
pulak!