BAB 11TJ bungkam.
Dia sendiri tidak
tahu bagaimana sekeping
hati Mel yang
terluka bisa di
rawati dan di
ubati.
“Saya tak
tahu nak pujuk
dia macam mana
lagi. Dia beria-ria
nak pergi juga.
Apa yang kitorang
patut buat ni?”
“Takkanlah itu
pun saya nak
kena fikirkan juga.
Pandai-pandai awaklah. Dahlah!
Jangan ganggu saya
lagi!”
Talian di
putuskan sebelum sempat
TJ menitip sebarang
bicara. Waduh! Mana
mungkin perhubungan jiwa
ini boleh bertahan
kiranya hati yang
gersang sering sahaja
di sirami racun
berbisa. Jiwanya mula
lelah dengan bongkak
dan ego sang
kekasih.
“Mr R
marah kau lagi
ke?” soal Lili.
Geram sudah mula
bersimpul dalam hati.
TJ pantas
berdalih. “Err...takdelah. Dia
suruh aku jaga
diri baik-baik. Itu
aje.”
Lili mencebik.
“Gegendang telinga aku
ni masih sihat
walafiat lagi, kau
tahu tak? Setiap
butir bicara yang
keluar dari mulut
kau tu jelas
lagi terngiang-ngiang kat
telinga aku.”
TJ terkedu.
Namun masih menyimpan
harapan perbualannya sebentar
tadi hanya singgah
sepicing cuma di
cuping telinga Lili.
Sekali lagi perhatian
Lili cuba di larikan.
“Alah, tak
yahlah cite pasal
aku. Baik kau
fikir macam mana
kita nak pujuk minah bendul
tu hah. Kalau
betul-betul dia nak
pergi Johor Bharu,
habislah kita. Menjawablah
dengan Mak Cik
Sara nanti.”
Serentak mereka
berdua berpaling ke
arah Mel. Dia
tenggelam dalam lamunan
yang tidak berpenghujung. Angin
yang menyapa pipi
tidak bisa menyisir
gundah di hatinya.
Sebak di jiwanya
tidak terperi. Nasib buruk yang
tidak kunjung padam
bagaikan mencabar kesabarannya.
Hatinya walang mengenangkan
nasibnya yang malang.
Buat kesekian kalinya
sebuah keluhan kasar
terhembus keluar dari bibir Mel.
“Janganlah macam
ni, beb. Kalau
kau monyok macam
ni, aku pun
tak sedap hati. Kitorang bukan
tak nak tolong
kau tapi kitorang
tak berdaya,” pujuk
Lili. Bahu Mel
di usap lembut.
“Takpelah. Aku
tak marah. Sekurang-kurangnya sekarang
aku tahu nilai persahabatan aku
dalam hati korang.”
Pedas lagi
hangat. Namun ianya
hakikat yang tak
mampu di tepis
oleh TJ dan
Lili buat masa
ini. “Janganlah cakap
macam ni, beb.
Bukan kitorang tak
nak tolong kau.
Tapi cubalah kau
bukak minda kau
besar-besar sikit. Takkanlah
sebab nak puaskan
hati kau, sanggup
kau nak heret
kitorang sama sampai
ke Johor Bharu?
Soal hati ni
kecil punya hal
lah. Kau janganlah
nak emo tak
tentu pasal. Esok,
lusa terubatlah hati
kau tu,” pujuk
TJ.
“Kalaulah hati
ni boleh di
rawat semudah kita
mengungkapkan kata-kata, alangkah
indahnya hidup ni,
kan? Masalahnya ini
kenyataan hidup aku
yang sentiasa pahit
dan kelat. Mungkin
aku tak layak
untuk kecapi nikmat
cinta dari seorang
lelaki yang bergelar
suami,” ungkap Mel
sayu. Dia sedar,
parasnya tidak seindah
Zulaikha, hartanya tidak
tinggi menjulang seperti
Ratu Balqis. Namun
ini bukan bermakna
kaum adam bisa
merobek pintu hatinya
sesuka hati.
“Habis tu
sekarang ni apa
kau nak buat?
Takkanlah kau nak kejar si
Rizal tu? Tak
berbaloilah, beb. Kumbang
bukannya seekor,” sampuk
Lili pula.
“Memanglah kumbang
bukan seekor. Tapi
kalau semuanya kumbang
tanduk, buat apa?
Si Mel ni
nak tunggu kumbang ladybird yang
datang,” sampuk TJ
sambil menyerigai.
“Korang ni
mereng ke apa?
Bila masa pula
aku jadi pengumpul
tegar segala mak
nenek kumbang ni?”
soal Mel bingung.
Lili menepuk
dahinya. Datang balik
dah bendul teman
baiknya ni. “Ish,
susahlah cakap dengan
kau ni! Lain
kitorang cakap, lain
yang kau tangkap!”
Bendul Mel
semakin menjadi-jadi. “Lah,
tadi kumbang, ni
main tangkap-tangkap pula.
Oh, aku faham!
Kau nak suruh
aku tangkap semula
hati Rizal, ya?
Terima kasihlah Lili
sebab kau bagi
idea bernas kat
aku. Tu yang
aku kena pergi Johor Bharu
juga walau apa
pun yang jadi.
Aku kena tangkap
hati dengan tuan
punya badannya sekali.
Korang berdua kena
tolong aku.”
TJ dan
Lili saling berpandangan.
Kusut kian menerkam
di minda. Rancangan
gila Mel harus
di hentikan segera sebelum
ia di laksanakan
tapi bagaimana?
Gugup Lili
menjawab. “Err...aku...err...nak
tolong apa yek?”
Segaris senyuman
terukir di bibir
mungil Mel. “Senang
aje. Sekarang ni
hantar aku kat
stesen STAR LRT
yang berdekatan. Pastu
pandai-pandailah aku bawak
diri. Jangan risau,
aku takkan menyusahkan
korang lepas ni.”
Lili terpana.
Bersungguh benar Mel
kali ini. “Apa
yang kau nak
buat sebenarnya ni,
beb? Tolonglah...sebelum kau
buat apa-apa tindakan,
fikirkanlah mak kau
kat rumah tu.
Janganlah bertindak terburu-buru.
Kalau apa-apa jadi
kat kau, macam
mana nanti? Aku
tak sanggup kehilangan
kau, beb. Aku
sayangkan kau macam
adik-beradik aku sendiri.
Kaulah kawan aku
dunia akhirat.”
Bebola mata
Mel sudah mula
di genangi kristal
jernih yang menunggu
masa untuk berlabuh
ke pipi gebu
miliknya. Sungguh! Hatinya
tersentuh. Keihlasan jelas terpancar
dari bait kata-kata yang
terluncur keluar dari
bibir Lili. Tubuh
Lili terus sahaja
di dakap kemas
dalam pelukan.
“Kau pun
kawan baik aku
dunia akhirat! Aku
bersyukur sebab ada
kawan macam kau,
TJ dan Tipah.
Tanpa korang pasti
aku takkan sekuat
ni. Jangan risau,
Lili. Ini kehidupan
aku. Langkah ini
aku yang pilih,
lorong ini aku
yang tuju. Kalau
aku tersilap langkah,
jangan risau. Allah
kan ada. Dia
akan sentiasa menyuluh
dan melimpahkan cahaya
petunjuk buat aku. Cuma sekarang
ni aku minta
tolong sangat-sangat, hantarlah
aku ke mana-mana
stesen STAR LRT
yang berdekatan. Aku
janji akan hubungi
korang dan update lokasi
aku, ok?”
Lili sekadar
mengangguk. Tiada sebarang alasan
lagi untuk dia
menolak.
Berita itu
bagaikan renjatan elektrik
yang terus menyentak
jantungnya. Qisya mengeluh.
Sangkanya dahan tempat
berpautnya selama ini
sudah cukup kuat
dan kukuh. Rupa-rupanya
ianya sudah mereput
dan tunggu masa
untuk menyembah ke
bumi. Tidak! Dia
tidak percaya. Sekelumit
harapan yang kian
pudar masih di
sandarkan ke jiwa.
“Qisya tak
percaya! Takkanlah Arish
akan lakukan kesilapan
macam tu? Tak
mungkinlah, papa. Bukan
papa ke cakap
dulu, Arish tu
anggota papa yang
paling cemerlang dan
berpotensi untuk maju
ke hadapan. Kenapa
pula sekarang ni
papa cakap macam
ni?”