Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,509
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
3 - 2

“KAMU masih mengharapkan cinta Elis lagi ke? Dia dah tolak cintakamu, Shamil. Ibu tak nak tengok kamu dikecewakan lagi.”

Puan Salawati hairan. Shamil keras kepala. Tetapmengejar bayang-bayang cinta Elis. Sudah terang gadis itu tidak pernahmenyukainya. Tetapi Shamil tetap terhegeh-hegeh. Tak ada maruah.

            “Shamil cintakanElis, ibu! Shamil akan buat dia sukakan Shamil,” tegas Shamil.

            “Macam mana kalauShamil tak berjaya?”

Puan Salawati sengaja mematahkan semangatShamil.

            “Belum cuba belumtahu, ibu,” balas Shamil.

            “Kenapa kamudegil, Shamil? Ibu mahu yang terbaik untuk kamu. Lupakan Elis! Terima Shasha.Dia wanita yang sesuai untuk kami.”

Puan Salawati berusaha memujuk Shamil. Baginya, sia-siaShamil terus mengejar Elis. Lebih baik menerima Shasha yang ikhlas mencintainya.

            “Shamil tidakmahukan Shasha!”

            “Tapi Shasha amatmenyayangi kamu, Shamil!”

            “Perasaan Shamilsebaliknya, ibu! Shamil nak keluar.”

Shamil bangun. Pinggan dibawa ke sinki. Hilangselera.

            “Shamil nak pergimana?”

Mata Puan Salawati terkebil-kebil.

            “Shamil ada kerjadi luar. Sebelum Shamil terlupa. Elis dah balik KL. Dia ditukarkan ke Selangor,dan ditempatkan di sekolah ibu. Shamil harap ibu dapat bersikap profesional.Bukan ikut emosi.”

Setelah itu, Shamil beredar meninggalkan rumah.

            Puan Salawati tergamam.Dia tidak pernah menjangka situasi itu berlaku. Mujurlah Elis bukan guruprasekolah, sepertinya. Jikalau tidak, dia pasti terseksa berhadapan dengangadis itu saban hari. Benci dia pada Elis!

Previous: 3 - 1
Next: 3 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.