Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,256
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
9 - 1

Dikala hati kata suka,

Adainsan lain kembali menagih kasih…

 

SAFWAN berdecit apabila gagalmenghubungi Elis. Dia berasa hairan kerana talian telefon Elis sukar ditembusi,padahal tadi okey sahaja. Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunannya. Diapantas menyimpan telefon bimbitnya di dalam laci. Fail di atas meja dicapailalu dibuka.

            “Masuk!” arahSafwan.

            Elis menghayunkaki menuju ke arah Safwan. Muk berisi Nescafe diletakkan di atas meja. Diatersenyum, kelihatan seperti tidak ikhlas saja.

            “Nah, air yangcikgu suruh saya buat tadi,” kata Elis.

            “Terima kasih,”balas Safwan lalu mengambil muk itu.

            Safwan menegukminuman itu. Baru hirup sedikit, diletak muk itu di atas meja semula.

            “Sedap ke tidak?”tanya Elis.

            “Tak!” jawabSafwan.

            “Apa yang kurang?”Elis sudah naik angin. Bukan nak berterima kasih. Dikutuk lagi ada.

            “Pahit! Awakikhlas ke tidak masa bancuh tadi?” perli Safwan.

            Terjegil mata Elis.Dia memang pantang kena sindir.

            “Apa kata cikgupergi buat sendiri saja! Saya buat air tak sedap!” marah Elis.

            “Sentap!” ejekSafwan.

            “Malas naklayan!” bentak Elis lalu ke muka pintu.

            “Elis, tunggu sekejap!”laung Safwan.

            Langkah Elismati.

            Safwan bangunlalu menghampiri Elis.

            “Awak keluarmakan tengah hari tak?” soal Safwan.

            “Saya bawa bekal.Kenapa?” balas Elis.

            “Boleh awakbekalkan makanan untuk saya pada hari esok? Saya tidak sempat pergi beli makanan.Banyak sangat kerja di pejabat,” pinta Safwan.

            “Eh, cikgu kayaraya. Duit berlonggok dalam bank. Cucuk kad dekat mesin ATM, confirm keluar beribu-ribu lemonringgit. Cikgu pergilah makan di kedai!” bebel Elis.

            “Ala, bolehlah!”rayu Safwan.

            “Yalah!” Elisterpaksa mengalah. Kasihan pula.

            “Terima kasih.”Safwan tersenyum.

            “Sama-sama,”balas Elis.

            “Jangan lupadatang sebelum 7.30 pagi ya? Kita tengok siapa yang sampai dulu!” cabar Safwan.

            “Saya akanpastikan saya yang tiba sebelum cikgu!” ucap Elis begitu yakin.

            “Okey!” balasSafwan.

            Serentak itu, Elismembolos keluar dari bilik Safwan.

Previous: 8 - 3
Next: 9 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.