Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,247
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
3 - 3

SAFWAN gantung kunci rumah di penyangkut rak. Dia menyusun langkahke arah sofa. Tubuh dihempaskan di atas sofa. Disandarkan lalu kepaladidongakkan ke atas. Jemari memicit dahi dek terasa pening.

            “Surprise!”

            Entah dari mana,tiba-tiba figura Haziq Samsul, adik bongsunya muncul. Berdiri sambil mendepakankedua-dua belah ke udara.

            Safwan tersentak.Dia bingkas bangun lalu menerpa Samsul. Ditumbuk manja bahu si adik.

            “Bila Sam sampai?Kenapa tidak beritahu abang? Abang boleh ambil Sam di airport.”

Tiada yang menggembirakan hati si abang melainkanmenyambut kepulangan si adik. Andai kata dia tidak memaksa Samsul untukkembali, adiknya itu mungkin akan bermastautin di Terengganu. Dia amat hairan.Apakah yang dicari oleh Samsul? Adakah Samsul sudah menemui buah hati ketikamenjalani latihan praktikal di sana?

Samsul melabuhkan duduk di sebelah Safwan.

“Sam tidak mahu menyusahkan abang. Lagipun, Samboleh naik GrabCar. KemudahanInternet kini di hujung jari. Aplikasi itu ternyata memudahkan kita, bang,”balas Samsul.

Safwan mengangkat kedua-dua belah kaki, lalududuk bersila.

“Abang fikir Sam sudah lupa jalan ke rumahabang. Atau, ada orang sedang menunggu Sam di sana ke?” usik Safwan nakal.

Samsul melepaskan keluhan. Wajah si dia menjengahdi mata. Kesedihan perlahan-lahan menyelinap di sukma. Namun, ia sudah tiadaapa-apa makna lagi. Mungkin juga takdir bakal menemukan mereka, mungkin jugasebaliknya. Biarlah… jika perjalanan pertemuan mereka sudah diatur di luthMahfuz, maka tidak mustahil ia akan berlaku.

Safwan memetik jari di hadapan wajah Samsul.

Samsul tersentak.

“Adakah tekaan abang ini benar?” teka Safwan.

Samsul menghamburkan tawa sekadar untuk menutupduka. Lagipula, dia masih belum bersedia untuk berkongsi rahsia ini denganSafwan. Dia mahu memendam seorang dri, serta berusaha sekeras-kerasnya untukmengesan jejak si dia.

“Sam sibuk dengan kerja, bang. Sam tiada masauntuk mencari calon isteri,” nafi Samsul.

Safwan menjongketkan keningnya ke atas.

“Abang tidak percaya akan kata-kata Sam. Samseorang lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan idaman wanita di luar sana. Samkacak, berkerjaya hebat dan berduit. Abang yakin, pasti ada gadis yang sudahterpaut hati pada Sam. Sam sahaja yang jual mahal kut,” sakat Safwan lalumengenyit mata tanda nakal.

“Mengapa Sam pula? Ayat-ayat ini lebih sesuaiditujukan kepada abang. Abang seorang duda vogue,”balas Samsul lalu tersenyum meleret.

Safwan menjegil mata.

“Sudahlah. Abang nak naik atas. Nak mandi danberehat. Oh ya, kita keluar makan malam pada hari ini? My treat!” ajak Safwan bersungguh-sungguh.

Samsul tersengih-sengih, seraya mengusapperutnya.

“Rezeki usah ditolak, musuh jangan dicari.Sebelum Maghrib, Sam akan bersiap dengan paras rupa yang menawan. Manalah tahukut-kut ada yang terpikat. Makan nasi minyaklah kelak,” balas Samsul selamba.

Pecah tawa Safwan.

“Biul Sam ni tidak pernah berubah ya?” bebelSafwan. Dia beredar menuju ke biliknya.

 

 



Previous: 3 - 2
Next: 3 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.