Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,304
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
3 - 1

Andaicinta itu milik kita…

Nescayaia akan hadir menyinari hari kita…

 

ARIQ menjawab panggilan selepas beberapakali telefon bimbitnya itu berdering. Dia berdecit apabila kerjanya tergendala.Lantas ditekan punat berwarna hijau tanpa melihat nama si pemanggil di skrin.Telefon bimbit itu diletakkan ke telinga kanannya.

            “Hello?”

            “Bila Ariq nak pulang ke Selangor?Setahu abang, Ariq sudah tamat jalani latihan praktikal di Terengganu. Ariqsudah lupa jalan pulang ke rumahkah?” Bertubi-tubi serangan mulut si abangbergendang di pendengaran Ariq.

            Ariq lekas menjauhkan jarak telefon bimbitnya.Bingit mendengar bebelan itu. Dilihat ke arah skrin bila terdetik untuk tahusiapa si pemanggil. Matanya terjegil. Abangnya. Tawa dilepaskan.

            “Abang rindu pada Ariq ke?” usikAriq selamba.

            Abangnya itu mendengus.

            “Ariq, usahlah mengarut! Tak kuasaabang nak rasa begitu pada Ariq. Abang cuma hairan kerana Ariq masih menetap disana lagi. Pengajian akan bermula dalam masa beberapa minggu lagi. Kamusepatutnya berada di sini, bukan di sana lagi!” balas abangnya itu.

            Ariq memang nak balik, tetapi…Senyuman lemah perlahan-lahan terukir di bibirnya.

            “Ariq,where did you go? To London?” perli abangnya itu apabila Ariq membisusecara tiba-tiba.

            Ariq tersentak.

            “I’mok. Don’t worry about me,” balas Ariq.

            “Abang nak Ariq balik!” desakabangnya itu.

            “Okey, Ariq ikut pilihan abang!”

            Tutt. Talian dimatikan. Dia memejammata lalu menarik nafas berulang kali. Bayangan wajah Elis seperti menjelma diminda.

            Elis, semoga kita ditakdirkan untukberjumpa untuk kali yang kedua. 

Previous: 2 - 3
Next: 3 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.