Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
143,622
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
9 - 2

SAFWAN mendengus tatkala melihat namaEmma yang terpamer di layar skrin telefon bimbit. Mengapa bekas isterinya itutidak berhenti mengganggu? Mereka sudah bercerai. Emma juga sudah ada kehidupanbaru!

            Deringanitu dibiarkan sehingga mati. Beberapa saat kemudian, ia berdering semula. Masihorang yang sama. Terpaksa Safwan menjawab panggilan itu.

            “What do youwant, Emma?” Dingin nada suara Safwan.

            “Can you helpme, Wan?” pinta Emma.

            “What help doyou want?” tanya Safwan.

            “Kereta I rosak. Bolehtak kalau you tolong ambil I? I tak tahu nak minta tolong siapa. I fikir you seorangsaja sekarang ni.” Emma amat berharap agar Safwan sudi membantunya.

            “I think youneed to contact your husband. Ask him to pick you up,” tolak Safwan.

Safwan tidak mahu mengundang masalah denganHaidhar, suami kepada Emma. Haidhar seorang lelaki yang kuat cemburu. Silappercaturan, dia yang terkena tempiasnya.

            “Haidhar sibuk.Wan, I keseorangan di sini.” Emma sengaja menerbitkan rasa serba salah dipundak Safwan.

Safwan berdecit.

            “Okey, I’llhelp you!”

Kasihan pula pada Emma. Safwan tidak tergamakhendak membiarkan Emma di tepi jalan. Sebagai seorang manusia, dia haruslahmenolong orang lain yang berada di dalam kesusahan.

            “Terima kasih,Wan!” Emma gembira yang amat.

            “Where are younow?” soal Safwan ingin tahu.

            Safwan keluardari biliknya setelah Emma memberitahu lokasi keberadaannya kini.

Previous: 9 - 1
Next: 9 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.